Tatkala anak-anak lain seusianya bebas berlari ke sana ke mari dengan penuh keriangan, dia hanya mampu terbaring lesu tidak bermaya. Baru berumur 9 tahun, namun si kecil ini sudah diduga hebat dengan 4 jenis penyakit.
Kisah adik Nour Rabiatul Adawiyyah Iman Binti Mohd Fauzi ini dikongsikan oleh saudara Najmi Farisham di laman facebooknya baru-baru ini.
Ads
Luluh hati aku bila dengar seorang kanak-kanak perempuan, Nour Rabiatul Adawiyyah Iman binti Mohamad Fauzi, berusia 9 tahun sedang bertarung 4 jenis penyakit.
Adik ini menderita ketumbuhan otak, sawan kronik, sakit saraf dan asma. Sehingga ke hari ini sudah lebih seminggu kena tahan dalam wad di Hospital Taiping. Aku duk mesej dengan maknya, hari ini baru sedar setelah 7 hari tak sedarkan diri, itupun masih lemah.
Ads
Ayahnya cuma kerja kampung. Maknya pula tak bekerja. Setiap hari terpaksa berulang alik ke hospital untuk jaga Iman. Sedikit sebanyak sedikit terjejaslah kewangan mereka. Lagipun Iman ini bergantung dengan susu khas yang mana kos bagi sebulan RM500.
Iman juga nanti akan ikuti rawatan lanjut kerana doktor masih tak dapat kesan punca sawan yang terlalu kerap.
Jika ada dalam kalangan kita yang bermurah hati nak berkongsi rezeki, bolehlah sumbangkan ke nombor akaun ini ya. Kita bantu setakat mampu, insya-Allah.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian pada akaun
Haslizah Ibrahimn Bank Bsn Giro-i di nombor 0890041000096805. Atau boleh menghubungi Haslizah di talian 01157605916 untuk maklumat lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam kita dikejutkan dengan kemalangan tujuh kenderaan dekat Ipoh yang meragut nyawa empat individu merupakan sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan pada petang Rabu.
Mereka dikenali Rahim Ramli, 60, yang merupakan pesara polis, isterinya Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak perempuan, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.
Ketika kejadian sekitar jam 3 petang itu, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur untuk menghantar seorang anak perempuan mereka yang baru mendapat kerja di ibu kota.
Anak saudara kepada Siti Petimah yang mahu dikenali sebagai Atie, 43, berkata, keluarga berkenaan bertolak awal pada sebelah pagi dan kali terakhir dapat dihubungi sekitar jam 12 tengah hari ketika mereka berada berhampiran Alor Pongsu.
“Sekitar jam 4.30 petang saya cuba untuk hubungi ibu saudara saya untuk bertanyakan sudah sampai di mana, namun talian tidak bersambung.
“Saya cuba telefon ke nombor tiga yang lain, tetapi tiada satu pun yang berjaya membuatkan hati saya tak tenang.
“Sampailah saya dapat panggilan daripada seorang lagi makcik maklumkan kejadian itu,” katanya yang juga dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke Bangi.
Anak bongsu mangsa, Mohamad Hazman, 20 tahun, reda dengan pemergian sekali gus empat ahli keluarganya dalam kemalangan terbabit. Dia hilang kata-kata sebaik menerima perkhabaran duka mengenai kemalangan yang mengorbankan ibu bapa dan dua kakaknya itu, selepas dihubungi seorang lagi kakaknya.
Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu ialah pada Selasa, sebelum dia pulang ke Perlis untuk menjalani latihan Industri.
Katanya, ibu bapanya dalam perjalanan menghantar kakak sulungnya, Nor Hadirah, ke Kuala Lumpur untuk melapor diri di tempat kerja selepas sekian lama bercuti.
“Saya tahu mereka hendak ke Kuala Lumpur sebab mahu hantar kakak saya ke Kuala Lumpur, sebab kakak hendak kerja di sana.
“Saya sangkakan mereka pergi macam biasa, macam sebelum-sebelum ini, ayah yang akan bawa kakak ke sana.
“Jadi, saya pun balik kerja di Perlis macam biasa, salam cium tangan mereka. Tapi tiba-tiba, dengar-dengar macam ini.
“Rasa sedih, tak tahu hendak cakap macam mana. Di sini, tinggal saya dengan kakak sahaja,” kata Mohamad Hazman ketika ditemui pada majlis pengebumian jenazah empat ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Pasir, Pulau Pinang awal pagi ini.
Jelasnya, sebelum kejadian, tiada kelakuan pelik yang diperhatikan melibatkan ahli keluarganya itu.
“Semua macam biasa. Kami keluar pada Hari Raya tempoh hari, saya bawa kakak saya berjalan-jalan, pergi ziarah ke rumah adik-beradik. Emak dan ayah pun pergi. Kiranya, kami sempatlah berziarah,
“Cuma, saya sedihlah, sebab sekali pergi empat orang, bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tapi sekali empat. Memang betul-betul sedih,” tambahnya.
Terdahulu, jenazah empat beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 3.15 pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang Rabu, empat sekeluarga yang menaiki kereta Proton Persona maut akibat tersepit selepas terlibat nahas membabitkan enam kereta dan sebuah treler.
Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu akhirnya ditemui selamat.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi, mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan baik dan selamat.
Semalam Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.
Albertine Leo Jia Hui disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu ketika mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Tidak dinafikan kebiasaannya anak-anak yang masih kecil memang sangat rapat dengan ibunya, bagai tidak boleh dipisahkan. Kemana sahaja ibunya berada, di situlah anak ini akan ada di sisi. Ini kerana hubungan yang istimewa ini telah terbina sejak anak berada di dalam kandungan lagi. Jadi tidak hairanlah anak ini akan ‘berkepit’ sahaja dengan ibunya.
Namun andai dipisahkan tentu sahaja anak ini akan sedih, menangis dan meraung. Apatah lagi bila melihat ibunya terpaksa dipisahkan dan dibawa pergi dengan menaiki ambulans akibat positif Covid-19.
Berdepan dengan senario memilukan itu, Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya (HPj), Ahmad Azim Afifi Sharupuddin dan pemandu ambulans di Jabatan Kecemasan HPj, Muhammad Faris Adnan berkongsi pengalaman di Harian Metro.
“Anak kecil menangis dan menghalang untuk mengambil ibunya antara kenangan yang menyayat hati saya pernah lalui semasa mengendalikan pesakit Covid-19 kritikal,” kata Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya (HPj), Ahmad Azim Afifi Sharupuddin mengenai pengalamannya menjadi orang pertama yang menjemput pesakit Covid-19 sebelum dihantar ke pusat kuarantin.
Menceritakan pengalamannya itu, Ahmad Azim berkata, apa yang lebih memilukan, kejadian itu berlaku pada Hari Raya pertama Aidilfitri.
“Kejadian ini berlaku di kawasan Salak Tinggi, Sepang. Ayah dan ibu (anak itu) positif, manakala tiga lagi anaknya masih dalam pemantauan.
“Ketika saya tiba di rumah terbabit, wanita berkenaan berada di atas katil di dalam biliknya dengan keadaan tidak bermaya.
“Disebabkan kesihatan wanita terbabit yang semakin teruk, kita terpaksa mengambil keputusan untuk membawanya ke wad kecemasan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Azim berkata, pada ketika itu, anak-anak wanita berkenaan mulai menangis sambil memanggil ibunya serta menghalang petugas kesihatan membawa wanita itu ke hospital.
“Bagaimanapun, situasi itu dapat dikawal selepas ayah kanak-kanak berkenaan menenangkan keadaan. Ayahnya yang positif itu masih menjalani kuarantin di rumah serta menunggu panggilan daripada pihak hospital untuk dibawa ke pusat kuarantin,” katanya.
Bagi rakannya, pemandu ambulans di Jabatan Kecemasan HPj, Muhammad Faris Adnan berkata, walaupun penularan Covid-19 sudah setahun, namun perasaan sedih setiap kali mengambil pesakit itu sama seperti pertama kali.
Menurutnya, perasaan sedih itu tidak dapat digambarkan terutamanya apabila melihat pesakit terpaksa berpisah dengan ahli keluarga masing-masing.
Muhammad Faris berkata, kebanyakan pesakit yang menjangkiti virus berkenaan adalah warga emas serta ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil.
“Kebanyakan kes membabitkan warga emas, suami dijangkiti, manakala isterinya pula tidak (dijangkiti). Apabila dah biasa duduk bersama, sudah pasti rasa kehilangan bila salah seorang tiada di sisi.
“Disebabkan, suaminya dijangkiti Covid-19 dan mempunyai masalah jantung, kita tiada pilihan lain selain membawa pesakit untuk segera menerima rawatan,” katanya.
Muhammad Faris berkata, ramai yang menganggap penularan Covid-19 itu satu perkara biasa sehingga mengatakan angka harian yang ditunjukkan setiap hari itu cuma wayang.
“Tetapi percayalah apa yang berlaku ini adalah kenyataan dan bukannya untuk menakutkan orang ramai,” katanya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.