Bila hujung minggu, ada yang jenis ‘gantung kuali’, beli makanan kat luar je atau makan kat luar. Paling pun, akan masak tapi menu yang semudah yang mungkin.
Tapi… ada pula yang jenis tak kira bila bosan je mula la ada benda yang nak dibuatnya, lagi-lagi masuk ke dapur!
Haaa… Siapa yang jenis pantang nampak makanan sedap rasa nak masuk dapur je, atau yang craving nak makan mee kari tapi rasa nak buat sendiri tak rajin nak mencari kat luar, jom cuba resipi mudah dari Bunga Jua ni. Senang je cara nak buat, bahan pun tak susah nak cari!
Mee Kari Special
Bahan-bahannya :-
– Mee kuning (celur sekejap)
– Fishball (goreng dan hiris)
– Fishcake (goreng dan hiris)
– Tauge
– Daun sup (hiris)
– Lada merah/hijau (hiris)
– Bawang goreng
– Limau kasturi
– Telur rebus belah dua
– Nak tambah kerang/udang pun boleh
Ads
Bahan untuk kuah:-
– Ayam @ daging
– Tauhu pelampung (goreng sekejap)
– 2 biji bawang merah besar *
– 3 biji bawang putih*
– 2 sudu besar udang kering*
– 10 tangkai cili kering*
– 1 batang serai (ketuk)
– 4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
– 1 kotak kecil santan
– 1 cawan air
– 1 kiub pati ayam
Cara – caranya :-
Ads
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
Ads
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.
Kredit resepi: Bunga Jua
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan adakala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormon dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar, hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening. Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
2. Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa. Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
4. Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secara meniup bibir).
5. Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
6. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
7. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetes. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
8. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air teh panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
9. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolisma dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
10. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
.
11. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia dapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
12. Makan makanan yang sihat. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekurangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber dapat membantu merawat rasa pening itu. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lain orang lain petua yang diamalkan ketika menanam tanaman. Contohnya dalam hal menanam kunyit ini.
Ini telah dikongsikan di media sosial dan semoga bermanfaat buat ibu-ibu yang ingin mencuba menanam kunyit untuk kegunaan sendiri. Bahkan tentu teruja buat anda yang sering menanam pokok kunyit tapi sering isinya tak menjadi.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Cara mak tanam kunyit, tanam dalam plastik sabun. Bawah skali letak sabut, baru letak tanah… banyak jugak isinya dalam satu pokok. Tanah paras sejengkal tangan dan lebihkan satu inci. Senang bila nak ambil. Tak payah susah2 gali tanah.
Tips tambahan :
※ Selalu potong daun tua, tinggalkan daun muda.
※ seeloknya guna sabut yang tiada kulit.
※ elakkan air bertakung nnt isi kunyit membusuk.
※ kalau tanam guna rezom, cuma letak atas tanah sahaja..jgn timbus dgn tanah… dh naik daun baru letak tanah.
※ masa baru2 tanam, letak 3 biji baja tahi kambing.
※ isi kunyit matang 8 bulan, selain itu boleh lihat daunnya..kalau daun kering dan nak mati isi dh matang dan berbunga.. tp berbunga depent jugak.. better tunggu daun mati atau matang 8 bulan.
※ satu lagi petua, masa tanam, tindihkan jari2 anda atas satu sama lain…mcm dlm gambar, nak bagi isi dia banyak, mcm jari kita buat tu..
Selamat mencuba
sumber : Dikma Rim Ima Via Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi lemak adalah menu kegemaran ramai. Walaupun menu ini simple tapi ramai yang ‘fail’ untuk masak nasinya. Ada yang mentah, ada yang lembik. Jika masak dalam jumlah yang banyak. tentu ada tak menjadi.
Kepada yang merancang hendak memasak dalam jumlah yang banyak untuk berniaga atau kenduri, boleh cuba sukatan ini. Sesuai sangat untuk masak-masak raya haji nanti dan juga newbie yang baru hendak mula berniaga. Tak salah mencuba! Mana tahu rezeki melimpah.
Pagi ni ada yang pm saya,tanyakan sukatan nak masak nasi lemak untuk 10 orang makan yang sebelum ni saya kongsikan sukatan untuk 30-60 orang makan.Ok…ada dah kat bawah tu.
Tapi tak nak lah nanti ada yang pm nak sukatan 5 orang makan pula.Yang tu pergi je beli kat makcik yang jual nasi lemak bawah pokok dekat dengan rumah.Boleh makcik tu balik cepat.
Sukatan(10 orang makan)
1kg beras
1/2kg santan
1 liter air
1sudu garam
Sukatan(30-40 orang makan)
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Sukatan(55-60 orang makan)
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula.
Cara penyediaan :
Tanak
1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Lalu, anda bolehlah alihkan periuk ke dalam ‘rice cooker’ dan tunggu hingga nasi masak. Selepas nasi masak, kacau nasi tadi agar ia sebati dan berderai cantik.
Kukus
Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Teruskan kacau nasi hingga nasi agak kering.
Sementara itu, anda bolehlah panaskan periuk kukus. Apabila air periuk kukus mendidih, masukkan nasi tadi ke dalam periuk dan kukus selama 15 – 20 minit atau hingga nasi masak.
Tips : nasi lemak yang dimasak secara kukus lebih tahan lama, tidak cepat basi dan cantik. Anda jangan lupa mencuba ya.
P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER
Sumber : Puan Fazniza Raza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.