Pernah tak sampai satu tahap tak tahu nak makan apa, tapi malas nak makan nasi? Kalau makan yang ringan nanti tak kenyang pula!
Dah alang-alang tengahari tadi dah kenyang makan nasi, malam ni cer tukar selera western pula! Haa tak ada la western yang susah pun, simple je guna kentang goreng! Nak tahu? Jom follow min scroll kat bawah tengok resipi Cheese Fries dari Lin Ghapar ni! Selamat mencuba!
Resipi Cheese Fries
Salam semua, petang² balik kerja kalau tak larat nak masak lauk pauk, bolehla masak menu ni, nak² bagi yg gemar masakan western.. Bahannya mudah aje… Resepi ada kat setiap gambar… Jom..
*cheddar belakang tu eksen je… Tak terlibat pun dalam menu ni😁
Cara-caranya:
Daging burger lembutkan dulu, lepastu hancurkan dan bulat²kan… Pastu goreng macam kat gambar tu.. Bulatkan kecik² je
Ads
Kentang, goreng dulu macam biasa… Perasakan sikit dengan garam. Dah siap goreng, masukkan dalam loyang atau apa² bekas untuk masuk oven nanti
Taburkan mozarella atas fries tadi
Tabur sos spageti
Ads
Tabur daging burger yang dah digoreng tadi
Tutup lagi dengan mozarella banyak²
Ads
Ni saja je tabur sos spagethi yang lebih² tu
Saya tabur dengan serbuk cili dan lada hitam. Kemudian masukkan cendawan butang ke, lada benggala ke, sayur bayam ke…. Nenas ke…. Macam kita buat pizza tu.
Ok.. Masuk oven, suhu oven saya 200¤c, masa dalam 15-20 minit… Ikut oven masing²la senang cakap kan… Sampai agak² cheese tu dah mencair
Tadaaaa… Siap… Cuba jangan tak cuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi anda yang suka memasak menggunakan santan kelapa asli, tentunya pakar untuk membezakan rasa hidangan yang dimasak dengan berasakan santan.
Dikatakan, rasa santan kelapa yang diperah lebih berlemak dan segar rasanya. Jadi tidak hairanlah, walau banyak produk santan dipasaran, namun santan dari parutan kelapa tetap jadi pilihan utama.
Pun begitu memastikan santan yang diperah pekat hasilnya, ada tips dan teknik yang boleh dilakukan oleh anda. Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Yatie Eimra.
Tip Perahan Santan Pekat/Kepala Santan
Kalau beli santan dah siap perah, selalunya jadi sakit hati jer.. Macam pekat, tapi ramai penjual campurkan tepung dalam santan nak bagi nampak pekat. Bukan setakat santan kurang lemak, tapi sesetengah tu ganggu gak rasa & hasil masakan.
Walaupun boleh jer perah sendiri, tapi kekadang nak cepat tu, beli la gak santan dah siap perah. Tapi last² kena perah sendiri gak baru puas hati.
Untuk masakan yang perlukan santan pekat, memang saya buat macam ni jer..
Ni cara yang mak saya ajarkan untuk dapatkan perahan santan pekat. Alhamdulillah, sejak dari zaman sekolah dulu sampailah sekarang saya masih gunakan cara mak.
Mungkin ramai yang tahu untuk dapatkan santan yang pekat, kena gunakan air panas² suam & gunakan blender.
Kalau guna air terlampau panas (air panas menggelegak) boleh sebabkan santan pecah minyak.
Nisbah air
Samada gunakan air panas & air masak dalam anggaran 1 : 1 ataupun kalau korang simpan kelapa parut dengan cara frozenkan, boleh gak guna air panas & air masak dalam nisbah 2 : 1 (supaya tak terlampau panas & dalam masa yang sama kelapa parut tu jadi suam² sikit). Air kena suam² sikit supaya santan lebih mudah diekstrak/diperah.
Air panas² suam tadi dituang sikit² je dalam bekas berisi kelapa parut, ramas kelapa parut agar sekata. Kemudian bahagi kelapa parut pada 2 bahagian.
Ini Rahsia Dapatkan Santan Pekat
Ambil 1 bahagian, masuk dalam blender, tambah air suam sikit² (sampai boleh blend jer). Perah/tapis santan tadi.
Blend 1 lagi bahagian kelapa parut. Tapi kali ni gunakan santan yang telah diperah tadi. Tak perlu tambah air lagi dah. Gunakan santan perahan pertama tadi jer semata².
Kenapa kelapa parut kena bahagi 2?
Sebab kalau sekali blend jer, lebih banyak air yang perlu ditambah untuk pastikan kelapa parut dikisar dengan lancar.
Tapi dengan asingkan 2 bahagian & blend 2 kali, hanya kali pertama jer kita tambah air. Tengok dalam gambar ke-3, lapisan air (air yang ditambah) tak sampai ⅓ bahagian pun.
Lapisan atas semuanya santan pekat/kepala santan. Biasanya jika saya buat sekali blend jer, lapisan air dah hampir separuh dari santan..
Bila dah blend semua kelapa parut, barulah blend sekali lagi (semua sekali) & tambahkanlah air untuk dapatkan santan cair. Walaupun blend kali ke-2 ni dapat santan cair jer, masih ada sikit lagi lapisan pati santan pekat.
Yang saya tunjukkan ni untuk sebiji kelapa jer. Kalau nak buat lebih dari sebiji kelapa, biasanya saya blend sebiji demi sebiji. Tambah air hanya untuk kelapa yang first, kelapa selebihnya gunakan perahan santan untuk blend. Kalau guna cara ni, nak buat tahi minyak pun kejap jer sebab kandungan air sikit jer..
Ekstra tip
*Kalau nak santan tahan lama, pastikan guna air masak (jangan guna air paip) & taburkan garam sikit pada lapisan atas santan (jika simpan santan bahagian fridge bawah untuk beberapa hari). Kalau nak frozenkan pun boleh gak..
Hujung minggu ni apa kata anda cuba resipi ringkas ini. Jagung rebus!
Jagung rebus atau bakar yang dimakan ketika panas pasti buat anda terangkat.
Jagung rebus sememangnya enak dijadikan makanan sendalan tidak terasa ‘kosong’ dan hambar dengan adanya sokongan rasa enak dan lemak dengan menggunakan petua ini. Bagaimana?
#PETUA 1
BAHAN-BAHAN:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
Air secukupnya
Sebelum merebus pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih. Kemudian rebuslah seperti biasa dan ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan. Biarkan jagung direbus hingga masak. Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.
#PETUA 2
BAHAN-BAHAN:
Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya
Rebus jagung selama 15 minit dan angkat jagung. Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesihatan amat penting dan harus sentiasa dijaga terutama di bulan puasa ni. Walaupun nak makan makanan yang sedap, nutrisi dan zat pun mesti diambil kira.
Sebab itu lah resipi terung john ni sangat istimewa dan lain dari yang lain. Menu yang sangat berkhasiat ini juga memang sangat sesuai dengan semua peringkat umur baik yang sakit atau yang sihat.
Menurut resipi yang dikongsikan oleh Noorul Izzah Marzuki, bagi peminat terung terutama yang nak diet atau kurangkan karbo dalam makanan memang patut cuba.
“Ni antara salah satu daripada menu rendah karbo yang saya dan suami amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg, suami turunkan 191kg kepada 85kg. Berjaya reversed diabetes dan pulih darah tinggi Alhamdulillah”.
Terung John:
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.
– Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa² rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.
– Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
– Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.
– Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Jeruk lemon madu untuk batuk antara petua semula jadi berkesan legakan tekak perit dan selsema ringan. Ketahui cara penyediaan serta khasiat madu dan lemon untuk kesihatan.