
Disebalik perjalanan hidup ini pasti ada melalui episod suka duka, tangis dan ketawa kerana itu semua adalah hakikat sebenar kehidupan. Pun begitu, bagaimana caranya untuk kita mampu mengharungi setiap ujian hidup dengan tenang dan masih dapat merasai kebahagiaan hidup, itu adalah cabaran paling utama.
Umumnya kita beranggapan, setiap kali berdepan dengan masalah atau ujian pasti seseorang itu akan menjalani kehidupan yang kusut terbeban dengan masalah dan tidak tentu arah. Namun sedar atau tidak, sebenarnya ramai juga yang masih mampu menjalani kehidupan yang cukup tenang walau sedang ditimpa ujian yang berat untuk dirinya.
Bagaimana dua situasi ini boleh terjadi? Ayuh kita fahami coretan daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini dan semoga ianya juga dapat menyuntik inspirasi buat diri kita untuk lebih tenang menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta walau dalam keadaan apa sekali pun.
Ini perkongsiannya.
Benarlah seperti yang dikatakan, seorang nampak tenang bukan kerana tidak mempunyai masalah yang berat tetapi kerana dia pandai menyembunyikan kesusahannya. Dipendam kepahitan dengan senyuman. Dipadam kerunsingan dengan gurauan.
Minggu lepas, minggu yang penuh peristiwa. Aku bertemu pelbagai ragam manusia. Daripada sahabat rapat, saudara terdekat dan kenalan dikalangan pembaca tulisan-tulisan ku. Mereka meluahkan masalah, kesusahan dan derita yang mereka sedang hadapi, tanpa mereka sedari bahawa aku juga sedang dan pernah melalui kesukaran yang sama.
Ada di antara mereka, yang sejak dulu ku kagumi ketenangannya. Namun, bila didekati mereka juga rupa-rupanya sedang menghadapi ujian yang tidak kurang getirnya. Ujian sakit, karenah isteri, sikap negatif anak-anak, dipulau rakan sekerja, tanggapan negatif sanak-saudara serta macam-macam ujian lagi.
Aku tersenyum pahit. Pelangi selalu kelihatan di atas kepala orang lain. Maksudnya, kesenangan dan keindahan kita rasakan hanya dimiliki oleh orang lain. Tanpa kita sedari mereka juga hakikatnya punya ‘perang’ tersendiri. Seperti kita, mereka juga sebenarnya sedang berhempas pulas mendepaninya.

Akhirnya, aku mendapat satu kesimpulan bahawa: Bukan soal masalah itu ada atau tidak, masalah itu berat atau ringan, tetapi sejauh mana iman di dalam diri untuk menanggungnya. Semua orang ada masalah, dan itu bukan masalahnya, tetapi yang penting ialah bagaimana pergantungan hati seseorang kepada Allah.
Ya, Allah lebih besar daripada masalah kita. Jika Allah besar di hati, segala masalah menjadi kecil dan mudah dihadapi. Tetapi jika Allah kecil di hati, masalah yang kecil pun menjadi besar untuk ditangani.
Justeru, jika kau melihat insan lain tersenyum, jangan kau cemburui senyumannya, tetapi cemburuilah iman yang ada di hatinya. Sehingga dengan itu mereka masih mampu tersenyum walaupun ada perang di dalam hatinya.
Ya, mungkin sahaja perang yang mereka hadapi lebih besar daripada perang yang kau hadapinya… tetapi iman mereka lebih besar daripada iman mu ketika menanggung dan menghadapinya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


Caranya cukup mudah. Langkah pertama, anda hanya perlu membeli barangan Nestlé bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit di Lotus’s. Langkah kedua, WhatsApp nama, nombor kad pengenalan, gambar resit ke nombor 0182406228. Pemenang yang dipilih bakal membawa pulang Touch ‘n Go pin yang bernilai RM100.
Bagi yang ingin memenangi hadiah PS5, langkah pertama, anda hanya perlu membeli barangan Nestlé bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit di Lotus’s. Langkah kedua, tangkap gambar atau video anda dan ahli keluarga mengambil bahagian dalam aktiviti kreatif menggunakan produk Nestlé. Sebagai contoh, Selfie bersama keluarga dan produk Nestlé dengan cara yang paling kreatif.
Penyertaan paling kreatif akan memenangi PS5. Selain itu, peraduan ini juga tidak terhad kepada ahli keluarga sahaja, sebaliknya terbuka kepada semua.
Jangan tunggu lagi, jom sertai sekarang peraduan Beraktif Bersama Keluarga dan Nestlé serta menangi hadiah yang ditawarkan. Cepat sebelum kehabisan!







