Sedar atau tidak, setiap hari dari mulanya matahari terbit hinggalah terbenam, ada sahaja tugas mengurus rumah dilakukan oleh isteri, tidak pernah habis! Tentu sahaja keadaan ini memenatkan isteri bila semuanya dilakukan sendiri. Bermula daripada mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak, melipat kain dan macam-macam lagi pekerjaan yang dilakukan bagi memastikan seisi rumah berasa selesa dan lengkap segalanya.
Pun begitu, alangkah beruntung dan bertuahnya badan jika bersuamikan seorang lelaki yang tahu membantu isteri dan ringan tulang untuk melakukan kerja-kerja tanpa diminta.
Seorang suami sewajarnya tidak akan membiarkan isteri melakukan semua tugas-tugas itu bersendirian dan harus faham menjadi tanggungjawab bersama untuk saling bantu membantu dalam memastikan keharmonian rumah tangga dapat dicapai. Bahkan membantu isteri itu juga tiada salahnya malah bila suami ringan tulang, pasti dapat ganjaran pahala daripada Allah.
Berkongsi kisah daripada sebuah keluarga ini cukup membahagiakan dan pastinya ramai wanita sebenarnya mengimpikan dan mengharapkan seorang suami yang tidak berkira dan ringan tulang untuk sama-sama mengurus rumahtangga. Mengertilah wahai lelaki bergelar suami bila mana kalian ringan tulang membantu melakukan tugasan di rumah bersama isteri tersayang, tindakan sebegini cukup kuat buat kami isteri rasa disayangi dan dihargai.
Untuk itu, jom kita baca perkongsian kisah daripada Nurlia Mohd Nor ini.
Ads
Semalam selepas Isyak saya on washing machine. Dan kemudian pukul 10 lebih saya dah terlelap. Bangun awal pagi saya turun bawah siapkan menu sahur, sediakan ubat Abah dan keperluan lain. Dah ready semua saya gerak Abah dan si kembar yang tidur di ruang bawah. Tak lama kemudian incik suami turun dan sahur bersama- sama. Selesai sahur dia bantu saya mengemas dapur, basuh periuk nasi dan sebagainya.
Bila naik atas semula saya jenguk ke balkoni. Lega. Setel satu kerja. Incik suamiku dah siap sidai semua pakaian yang dibasuh semalam di ampaian. Tak pasti sama ada dia sidai semalam atau sebelum turun sahur tadi.
Ads
Ya, antara salah satu punca mood orang perempuan stabil adalah disebabkan perkara kecil seperti ini. Mungkin kecil bagi orang lain, tapi tidak bagi kami kaum wanita. Bila ada yang membantu memudahkan tugasan di rumah hati cukup rasa berbunga- bunga.
Percayalah…
Apabila suami dan anak- anak selalu bantu melakukan tugasan rumah bersama ianya mengurangkan tugasan dan penat lelah kita seharian. Bila kurang tugasan, badan dan otak taklah penat dan ini membuatkan mood kita happy dan ceria.
Andai kata seorang ibu/isteri secara tiba- tiba hilang mood, mungkin ini antara puncanya. Segeralah bertindak. Bantu dia melakukan tugasan rumah bersama- sama dan pasti anda akan lihat dia berubah menjadi individu yang ‘normal’ semula.
Ads
Sebenarnya kaum wanita bukanlah serumit yang disangka. Tak susah pun nak happy kan orang perempuan ni. Kalau bagi bunga atau hadiah satu hari je happy, tapi kalau selalu bantu buat kerja rumah hari- hari jadi happy. Happy wife, happy life.
Terima kasih kepada kaum adam yang ringan tulang membantu melakukan tugasan di rumah bersama. Tindakan sebegini cukup buat kami kaum hawa rasa disayangi dan dihargai.
Memasak memang menyeronokkan buat ibu-ibu terutama dalam menyediakan hidangan kepada keluarga dengan air tangan sendiri. Tetapi, yang lecehnya lepas masak kena pula mengemas. Segala minyak dan peralatan digunakan harus di cuci. Begitu juga dengan dapur.
Penat juga kadang-kadang tapi ia akan jadi aktiviti yang menyeronokkan apabila melihat hasilnya. Bagi ibu-ibu yang nak lihat dapur bersih berkilat macam baru, boleh cuba petua yang dikongsikan ini.
Tips Cuci Dapur Guna Tepung
Tips cuci dapur tanpa guna air sahaja selamat tak pecah dan retak. Lepas guna pun boleh buat macam ni.
Guna tepung je, tabur kat cermin dapur pastu gosok dengan tangan sampai bersih berkilat macam ni. Lepas tu lap dengan kain bersih.
Tungku tu rendam dengan cuka campur soda Clorox sikit selama 2 jam. Semalaman pun boleh.
Cubalah, berguna untuk kita semua.
Selamat mencuba!…ye.
kredit: Idel Hayarnulis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seronoknya bila dah ada rumah sendiri kan. Terbayang-bayang apa konsep dan tema untuk dihias di kediaman sendiri. Tetapi kalau dah namanya rumah secondhand, nak tak nak anda kena terima segala macam kekurangan.
Part paling sedih bila masuk bilik air, Pasti ada yang termenung seketika melihat apa yang ditinggalkan oleh orang sebelum ini. Tapi tak perlu pening kepala. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.
Tip ini dikongsikan oleh Hani Mynis. Selamat mencuba!
The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dgn pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu haha 🙈🙈 . Tapi berita baik nya, dapat lah hani buat tutorial utk uols macam mana utk buat deep cleaning bilik air ha! . Kecuali zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci hani beli dari Eco.
Keadaan bilik air sebelum dicuci.
. Semoga bermanfaat 🤗😘 . . P/s: as requested, hani import dari ig story je haha . P/s: Ada sesetengah kotoran yg degil susah nak hilang mmg perlukan bantuan harsh chemicals seperti peluntur dan asid. Oleh itu, guna dgn cermat, baca arahan pada botol, utamakan keselamatan. Apa yang hani buat dlm tutorial ni bukan deep cleaning yg weekly hani buat tau 🙈🙈 deep cleaning yg mcm ni sesuai utk monthly atau every 3 months. Weekly cleaning memadai guna pencuci tandas biasa shj(bergantung kpd tahap kekotoran) 😘🤗
P/s: semua hardware yg boleh ditukar kitorang tukar. Walaupun beli rumah secondhand nak juga lah fefeling beli rumah baru kan hahah 🙈🙈. Yg ditukar: penutup mangkuk tandas (kedai hardware), kepala paip (mr diy), paip besi sekali dgn kepala dia tu (Eco), penapis besi kat sinki (Yang Yang Rm2), shower head (Eco)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau mengupas telur rebus dalam kuantiti yang banyak memang buat rasa stress. Maklum sahaja ia ambil masa yang agak lama dan mengupas telur bukanlah semudah yang disangka kalau tak tahu caranya.
Kalau kulit remuk dan pecah, lagi tambah sukar untuk dikupas. Adakalanya hasil kupasan telur rebus kita tidaklah cantik dan licin permukaannya.
Bagaimana nak jadikan cepat, pantas dan hasilnya pun tip top? Puan Waherda Basiron berkongsi di facebooknya cara-cara memastikan telur lebih mudah dikupas. Jom kita cuba.
Hari ni Kek Da tak nak share resepi. Nak share #tips cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela. Mudah je ..
Cara-caranya:
1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambahkan air.
2. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telurnya. Terus masukkan sahaja.
3. Masukkan sesudu garam dan campurkan sesudu minyak masak.
4. Rebus lebih kurang 15 hingga 20 minit, sehingga air menggelegak.
5. Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.
SIAP!
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Kredit: Waherda Basiron
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...