Bab menukar tong gas yang habis digunakan walau nampak mudah namun jangan ambil sambil lewa. Apatah lagi jika berlaku kebocoran gas namun namun seisi rumah tidak menyedarinya, memang undang bahaya.
Jadi bila menukar tong gas yang baharu dan ada terhidu bau gas, jangan panik. Ambil langkah mudah ini terlebih dahulu untuk atasi masalah tersebut sebagaimana yang dikongsikan oleh Hairul Izham ini. Jom semak.
Step 1 : Buka tingkap bagi memastikan pengaliran gas ke luar dapat dilakukan.
Step 2 : Tanggalkan getah yang terdapat di dalam injap tong gas menggunakan alatan yang bersesuaian. Apa yang dapat dilihat getah bahagian atas tos gas ini telah haus.
Ads
Step 3 : Terbalikkan getah tersebut
Ads
Step 4 : Masukkan semula pada tempat asalnya tadi dengan kemas.
Ads
Sedia untuk digunakan seperti biasa dan lazimnya masalah kebocoran gas dapat diatasi dengan jayanya. Namun andai masih ada kedengaran seakan bunyi gas keluar sila hubungi pembekal gas untuk tindakan selanjutnya. Selamat mencuba.
Dalam melayari alam rumah tangga ada pelbagai cabaran dan dugaan. Baik dengan orang sekeliling mahupun diri kita sendiri. Sebab itu setiap pasangan kena saling menghargai dan bertolak ansur jika mahu rumah tangga aman bahagia.
Dalam masa yang sama, hargai pasangan anda. Tak kira bagaimana cara bukan hanya dengan wang ringgit atau hadiah yang mahal-mahal. Yang penting mereka tahu.
Sebut hal ini, ada antara pasangan yang suka membawa isteri dan anak-anak keluar makan di luar. Namun, cara ini jika tak kena gaya boleh mengundang perselisihan faham dan buat pasangan bermasam muka. Nak tahu kenapa, jom baca bingkisan dari Mohd Fadli Salleh.
Kawan aku Mohd Farid muat naik status cara nak gembirakan isteri dengan ajak keluar makan je katanya.
Mudah je nak hargai dan bahagiakan isteri katanya. “Suruh mereka gantung kuali dan tanya nak makan apa.”
Si Farid ni tak tahu ke, teknik tu bakal makan diri? Nak suruh isteri gantung kuali tu dah betul. But it’s a big no to ask them what to eat. That is a big mistake!
“Sayang nak makan apa?”
“Apa-apa je lah bang.”
“Masakan Thai ya.”
“Bosan dah makanan Thai.”
“Western nak?”
“Tak nak la western. Kan minggu lepas baru makan.”
“Kita makan pizza nak?”
“Tak elok untuk kesihatan makan fast food ni bang.”
“Kalau gitu, kita makan masakan Itali lah.”
“Mahal la bang. Lagi pun jauh restoran tu. Jem lagi. Susah parking lagi. Nanti anak meragam.”
“Okey. Kalau gitu sayang yang tetapkan. Sayang nak makan apa?”
“Apa-apa la bang.”
Ha nampak? Nampak? Nampak tak keanehan orang perempuan?
Jangan la cari bala tanya mereka nak makan apa. Kau bawa terus la kat kedai mana-mana Farid oi!
Kau bukan tak tahu, mereka ni bukan makhluk dari bumi. Kalau dia diam pun bikin kita gundah gulana dan risau.
Kalau kita tanya apa masalah, bila mereka jawab “Tiada apa-apa masalah pun” itu ada 1001 maksud. Paling senang minta maaf je walau kau tak tahu apa salah kau.
Bila mereka buka mulut, argue itu ini, buat-buat pengsan adalah jalan terbaik.
Jadi, jangan ajar bukan-bukan kat adik-adik kita yang baru kahwin tu.
Soalan “Sayang nak makan apa?” boleh membuatkan kaum kita kemurungan tahu tak?
#MFS
– Wanita bukan makhluk bumi –
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kontroversi yang melanda perkahwinan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mendakwa dia murtad.
Pasangan yang menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu dikatakan telah mengadakan majlis resepsi di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Di dalam majlis tersebut Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.
Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup.
Ramai pihak berkongsi pandangan mengenai isu ini. Antaranya termasuklah isteri kesayangan Adam Corrie. begitu pun, Fazi tidak mengulas mengenai isu kontroversi, sebaliknya dia mengimbas kembali saat disatukan bersama pemilik nama sebenar Fazema Mohd Fuad tidak menyangka dia bakal bertemu jodoh dengan saudara baru. Sementelah tanggung jawab yang bakal dipikulnya cukup besar.
Terbaca kisah viral terkini wanita Islam berkahwin dengan lelaki India. buat saya teringat kisah saya dan suami di awal perkahwinan. Dulu sebelum saya bersetuju bernikah dengan suami saya iaitu lelaki berlainan bangsa dan juga muallaf, saya tanya diri saya.
Adakah saya layak berkahwin dengan beliau. Beliau bukan sebangsa dengan saya. Budaya tak sama, bahasa juga tak sama. Malah makanan seharian juga tak sama dan pernah menjadi penganut agama lain.
Ia akan timbul konflik kemudian hari , kerana kami berdua sangat berbeza. Tambah-tambah dia artis. Lagilah payah..
Semuanya berbalik kepada diri saya. Saya yang kena tentukan hala tuju hidup saya.
Saya tanya pada diri, aku hendak berkahwin kerana apa? Kerana cinta? Tak mungkin .. kerana saya tak bercinta dengan dia. Tak kan baru 3 hari dah jatuh cinta. Betullah.. kita kena mengadu dan pinta pertunjuk padaNya. Allah akan bantu kita.
Apabila kita tahu kita banyak kekurangan dalam agama. Kita memang kena upgrade diri kita. Tak salah pon kita kahwin dengan muallaf kerana cinta tapi … kita kena kuatkan juga niat berkahwin kerana Allah. Allah suka hambaNya yang ada niat baik. Apabila kita kuatkan perkahwinan kita niat kerana Allah. Allah akan bantu kita dalam semua aspek.
Berjanji dengan diri sendiri, “aku berkahwin dengan si folan kerana aku inginkan syurga dan keberkatan dariMu Ya Allah. Jadikan aku isteri yang baik, dan dapat membantu suami ku menjadi muslim yang baik dan ketua keluarga yang membawa kami sekeluarga ke syurgaMu.. Aamin” (contoh) Berkahwin dengan muallaf adalah amanah yang berat dan hadiah dari Allah, Kerana Allah tahu kita mampu membuka hadiah ini dengan baik, teliti dan sabar.
Kalau kita solat pon ke laut.. macamana dia nak jadi muslim yang baik. Saya memang jadi bodyguard suami saya. awal perkahwinan , saya nampak budaya laga pipi dengan artis perempuan adalah kebiasaan. saya tegur ia haram dalam Islam. lelaki perempuan bukan mahram tak boleh bersentuhan. sejak dari dari itu, dia cuba mengelak dari bersalaman dan laga pipi dengan artis / penari / kru wanita.
Sehingga hari ini saya masih cuba upgrade diri. Supaya kami sama-sama tak terpesong, terlupa akan tipu daya dunia. Kata nak masuk syurga sama-sama kan. Aamin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Saya Tak Nak Anak Derhaka Pada Ayah Mereka..”-Mulianya Hati, Netizen Respect Cara Ziana Zain!
Bercerai tidaklah bermaksud untuk bermusuh. Begitulah mulianya hati penyanyi Madah Berhelah, Ziana Zain ini. Walaupun jodoh tidak panjang bersama bekas suaminya, namun tidak pernah sedikit pun melarang anak-anaknya untuk meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka, Armin Zaharin.
Empat tahun memegang status ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka.
Semua ini diceritakan ikhlas darihatinya melalui program bual bicara Next To Neelofa musim kedua yang bersiaran di Astro Ria pada malam Sabtu yang lalu.
“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu. Saya tak nak anak-anak saya derhaka kepada ayah dia dan juga saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ziana Zain turut berpesan pada anak-anaknya untuk menunaikan tanggungjawab kepada ayah mereka untuk menjaganya bila suda tua kelak.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” demikianlah katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh hati dan meluahkan rasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi kesayangan mereka itu. Meskipun telah banyak dugaan yang dilalui namun tetap mahu menjaga hubungan baik anak-anaknya dengan ayah kandung mereka.
Ini antara komen yang ditulis oleh warganet :-
“Bagusnya kakziana ni… didik anak2 sy cuba jadi ibu mcm kakziana juga”
“Tabahnya kak zz..nangis kita tgk”
“Hebat anak2 Kak Ziana..good looking🥰”
“MashaAllah Kuat nya kakak ku ziana, ank2 pun Baik alhamdulillah 🥺”
“Muka anknya mcm… penyanyi indonesia tu… Rizky Febian😁”
Ekstra Info : Terdahulu, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada Mei 2018. Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 12 Julai 2018.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.