Jangan buat main bab duit ini. Ada yang anggap remeh nak kena semak transaksi setiap bulan.
Hakikatnya jangan culas untuk berbuat demikian agar tidak ada pihak mengambil kesempatan ‘mencuri’ duit simpanan kita.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh perunding kewangan ini bahawa terdapat ramai yang telah menjadi mangsa apabila duit simpanan hilang secara sikit-sikit.
Ikuti lanjut perkongsian beliau. Moga menjadi iktibar.
Duit hilang sikit-sikit?
1. Semakkan saya dalam penyata bank dapati, ada duit dipotong tiap tiap bulan sebanyak RM9.99
2. Potongan ini dibuat secara konsisten setiap tarikh yang sama dengan judul transaksi Google* FACEBOOK .
Ads
3. Semakkan saya dengan bank mendapati, ia dilakukan oleh scammers yang secara rambang ambil no debit kad kita dan buat potongan.
4. Saya sedar selepas ada 4 bulan transaksi yang sama. Saya buat aduan di bank dan mereka kembalikan wang tersebut. Terus kecawangan bank berhampiran.
5. Kad debit saya telah ditukar baru. Sebelum ini pernah jadi pada kad credit saya, alhamdulilah juga saya telah tutup kad yang lama.
6. Rajinlah buat semakkan penyata kad debit dan kredit kita. Teliti setiap potongan berlaku agar tidak mudah tertipu.
Ads
Saya pelanggan Maybank, mereka bagi layanan sangat baik dan segera tukar kad baru .
Jika rajin, semak penyata isteri dan ibubapa kita. Banyak yang dia dapat sebenarnya.
Ada transaksi cubaan ambil 200 setiap bulan tapi gagal. (Rujuk foto)
Mengapa menjerit? Alasannya, jeritan akan membuat anak berasa takut dan ikut arahan yang diminta. Ada juga menjadikan jeritan sebagai salah satu cara untuk memastikan anak mengikut suruhan dengan cepat terutama ketika keadaan menjadi kelam kabut di awal pagi.
Amalkan tip dan teknik ini dan anda tidak perlu menjerit dan dijerit. Teknik ini perlu dilakukan secara konsisten dan jadikan ia sebagai amalan seumur hidup. In sha Allah akan berhasil jika anda benar-benar mahukan perubahan ini.
Terima kasih dan maafkan saya.
1. Rutinkan ucapan terima kasih dan maafkan saya sebagai ucapan harian yang wajib ada di rumah atau di sekolah. Ucapan ini melatih anak untuk rasa dihargai dan menghargai.
Tenang dan kawal
2. Bertenang, bertenang dan bertenang walaupun keadaan kelam-kabut. Kanak-kanak adalah pemerhati terbaik dan mereka akan lihat dan ikut bagaimana anda urus diri anda ketika waktu tenang atau waktu kelam-kabut. Ketika anda mulai rasa kelam-kabut, ambil masa 10 saat untuk bernafas dengan baik dan bertenang. Kawal emosi anda dan anda akan lihat keadaan menjadi tenang dan terkawal. Katakan “Semuanya terkawal dan saya amat tenang sekali”.
Suara lembut dan sopan
3. Ajari anak menggunakan suara lembut dan sopan. Tunjukkan melalui teladan. Anak-anak perlu diajar cara bercakap dalam keadaan suara yang lembut dan sopan. Guru terbaik adalah anda. Jika anda mahu anak bercakap dengan suara yang lembut dan sopan, anda juga perlu berbuat demikian. Hasilnya anda tidak perlu menjerit dan dijerit oleh anak-anak.
Teknik bisikan
4. Anda boleh menggunakan teknik bisikan apabila ingin meminta anak anda lakukan sesuatu. Dengan bisikan, anak anda akan lebih peka dan teruja untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan. Lakukan ia seperti permainan. Contohnya: Dalam nada berbisik “Aiman… tolong mama simpan baju dan seluar biru dalam almari”/ “Siapa boleh tolong mama simpan semua mainan paling pantas dalam kotak? Satu… dua… tiga…”
Pandangan mata
5. Pandang mata dan tunduk ketika bercakap dengan anak. Apabila bercakap atau memberi arahan kepada anak-anak. Pastikan anda memandang mata mereka dengan pandangan kasih dan sayang dan tundukkan sedikit badan atau duduk sedikit supaya anak tidak perlu mendongak ketika bercakap dengan anda.
Cara ini membantu anak menerima arahan anda dengan jelas dan sepenuh perhatian. Cara ini juga perlu digunakan ketika anak anda berbual dengan anda. Memberi sepenuh perhatian ketika anda atau anak sedang bercakap mendidik anak secara tidak langsung untuk memberi perhatian tanpa perlu menjerit.
Kaedah beri arahan anak lelaki dan perempuan
6. Kaedah beri arahan kepada anak lelaki dan perempuan tidak sama. Otak anak lelaki adalah monotrek bermaksud otak anak lelaki fokus pada satu perkara dalam satu masa. Ini bermakna, anak lelaki perlu diberi satu arahan dalam satu masa. Selepas anak menyelesaikan tugasan tersebut, barulah ditambah dengan arahan seterusnya. Cara ini membantu anak untuk faham arahan dengan mudah.
Otak anak perempuan bersifat multitasking. Anda boleh memberi 2 hingga 3 arahan kepada anak perempuan untuk diselesaikan dalam satu masa. Contohnya: “Sofea, tolong ibu angkat pingan, cawan dan sudu dan letakkan di dalam sinki.”
Pasang ayat-ayat Al Quran
7. Pasang ayat-ayat Al Quran, zikir munajat atau lagu- lagu bertemakan alam contohnya ‘Nature soothing music‘ untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal. Keadaan rumah atau sekolah yang tidak terkawal menyebabkan tekanan. Tekanan inilah yang menyebabkan kita akan menjerit dan dijerit. Adakan satu sesi dalam masa 30 minit – 1 jam setiap hari secara konsisten untuk bertenang.
Berikan Pujian
8. Berikan pujian, sokongan, kata-kata semangat, pelukan, tepukan atau hadiah berupa makanan berkhasiat, peralatan tulis atau stickers kepada anak sebagai hadiah galakan dan motivasi ketika mereka mendengar kata, berjaya melakukan tugasan yang diminta dan bertutur dengan sopan.
Minta anak ulang arahan
b
9. Anak-anak perlukan masa untuk memahami arahan yang diberi. Jadikan ayat suruhan anda ringkas dan sesuai untuk anak selesaikan. Antara cara terbaik untuk memastikan anak faham atau tahu apa yang anda inginkan. Minta anak ulang semula kata-kata anda. Contoh: “Haikal, tolong mama angkat tuala putih dan biru atas lantai. Haikal, tadi mama minta tolong apa?”
Tunjukkan caranya
10. Arahan seperti: kemas bilik, cuci pingan, sapu sampah adalah suruhan yang tidak semua anak faham apa yang dimaksudkan dengan kemas bilik. Tunjukkan caranya apa itu kemas bilik, cuci pingan dan sapu sampah. Walaupun bagi anda perkara-perkara di atas adalah remeh dan anak telah biasa lihat bagaimana anda mengemas. Tunjukkanlah caranya agar anak lebih faham tugasan-tugasan yang dibeikan.
Anda adalah contoh utama dan pertama yang akan diikuti oleh anak-anak. Perbuatan dan perbualan anda perlu seiring dan sejalan dengan apa yang anda mahukan dari anak-anak. Jika mahu anak mendengar kata tanpa menjerit dan dijerit, berbuallah dan bertindaklah dengan tenang dan konsisten.
Pelakon lagend, Faizal Hussien membuat satu pendedahan di mana akaun media sosialnya iaitu, Tiktok dipegang dan diuruskan sepenuhnya anak lelakinya.
Memetik dari laporan Gempak, pelakon utama filem ‘Azura’ mengatakan bahawa menyedari banyak syarikat meletakkan syarat untuk mempunyai platform itu, semua perkongsian di TikTok merupakan hasil penyuntingan anaknya.
“Saya memang ada akaun TikTok pun. Sebagai seorang pelakon, sekarang ini mesti kena beberapa platform sosial media. Macam dalam kontrak, ada syarikat yang nak kita promosi menerusi TikTok.
“Sebenarnya anak saya yang menguruskan akaun TikTok saya. Dia tak beri saya post sendiri. Apa yang video dikeluarkan di TikTok saya itu, semuanya hasil daripada dia.
“Tapi bila budak umur belasan tahun, yang memang era dia, jadi dia ini lagi pro daripada bapa. Jadi, saya ikut sahaja sebab ada view video yang dia edit pun capai 1 juta.
“Kalau mama dia tergodek-godek ke, dia marah mama dia. Jadi, memang dia yang jaga sebab agaknya dia tak nak nampak bapa dia bodoh dekat TikTok la,” katanya.
Filem arahan pengarah hebat Meor Hashim Manap yang sudah mula ditayangkan di pawagam itu turut diterajui oleh Datuk M Nasir dan Vanidah Imran.
Sumber : Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika disebut khasiat lemon, seakan semua sedia maklum. Memandangkan sering disebut sebut antara kita.
Namun bila ditanya tentang manfaat limau kasturi mungkin tidak ramai yang tahu selain hanya digunakan untuk dijadikan perisa minuman yang menyelerakan.
Rupanya tidak sangka limau kasturi yang selama ini sering digunakan untuk dijadikan air minuman atau pun sebagai penyedap sambal belacan rupanya mengandungi banyak khasiatnya.
Ini dibuktikan seorang penyelidik di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi yang terkenal dengan kejayaan meneroka potensi dan khasiat pelbagai jenis tanaman dan herba yang boleh dimanfaatkan terutama untuk tujuan kesihatan seperti dalam channel youtube ni
1. Kandungan phloretin jauh lebih bagus dari epal. Mengandungi aktiviti antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding green tea.
Phloretin biasanya di dapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos. Namun kajian mendapati bahan ini banyak terdapat pada limau kasturi atau limau sambal.
Bila disebut teh hijau, kebanyakan kita akan sebut “minum teh hijau”, tapi limau kasturi sebenarnya lebih bagus dari green tea.
2. Vitexin ni juga bahan yang bagus ada dalam buah limau kasturi. Selalunya ia hanya dijumpai dalam ‘hawthorn berry’. Ianya digunakan untuk rawatan jantung dan kanser.
Surprisingly vitexin ini banyak dalam limau kasturi.
3. Sesuai sangat untuk orang perempuan yang suka nampak cantik sebab dalamnya ada Ferulic Acid. Asid ini bagus untuk hilangkan kedut pada kulit dan perlahankan proses penuaan. Ia membina kolagen, meremajakan kulit, dan meningkatkan tekstur kulit secara keseluruhan.
Untuk kaum lelaki nak kuatkan jantung pun bagus makan limau kasturi ini.
Sebab itu, petua orang tua tua kata “sebelum makan daging, perah limau dahulu atasnya”
Memang betul! Sebab, ia potong lemak. Ia akan menurunkan kadar kolesterol.
Kalau kandungan creatinine kita tinggi dalam badan, ianya akan merosakkan buah pinggang. Dengan mengamalkan limau kasturi, ia akan membantu menurunkan creatinine.
Mengetahui hal ini, Puan Noriza Rahman pula telah berkongsi cara penyediaan minuman yang berkhasiat dengan menggunakan limau kasturi. Jom semak cara penyediaannya itu.
Hari ni meqza nak kongsikan cara menyediakan minuman untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan dengan minuman air limau kasturi.
Bahan-bahan
Satu sudu teh chia seed
Jus 4-5 biji limau kasturi
Satu sudu madu. (Kalau tiada pun tak apa)
Satu setengah gelas air sejuk
Cara penyediaan :
2. Masukkan jus limau ke dalam segelas air ais dan kacau dengan satu sudu kecil madu.
3. Selepas chia seed telah direndam, tambahkannya ke dalam gelas.
4. Kacau dengan sudu dan minum minuman pagi ini setiap hari dengan perut kosong.
InsyaAllah jika diamalkan selalu, ia boleh memperbaiki kesihatan jantung, meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, merendahkan paras LDL dan trigliserida.
sumber : Noriza Rahman via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Jom saksikan video menarik tentang adik-adik BK kita ni makan Ayam McD 3X pedas. Boleh tahan ke tidak? Jom saksikan.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Arif Aiman kahwin dengan Nurul Aliah Natasha dalam majlis tertutup di Johor Bahru. Momen sebak memeluk ibu selepas akad nikah turut mencuri perhatian ramai.