Tidak dapat dinafikan sebagai orang tua kita cukup memandang serius aspek pendidikan anak-anak. Kita percaya hanya dengan ilmu, anak-anak kita akan menjadi orang berguna bila dewasa nanti.
Atas sebab ini juga, semahunya kita akan berikan keselesaan dan kemudahan yang terbaik untuk anak-anak sepanjang menuntut ilmu. Beruntunglah anak-anak kita yang dilahirkan dalam serba serbi sempurna.
Pun begitu bagi anak-anak yang berada nun jauh di Perkampungan Orang Asli Kuala Lipis, Pahang, walau terpaksa menempuh perjalanan yang sukar selama 45 minit dengan mengharungi semak samun, menelusuri anak sungai dan sebagainya sebelum sampai ke sekolah, tidak sedikit pun menimbulkan rasa gerun apatah lagi patah semangat untuk terus menuntut ilmu di sekolah.
Semua ini diterjemahkan dalam catatan seorang Guru Sains di SK Lenjang Pedalaman Asli Kuala Lipis, Pahang di akaun fbnya Ameer Firdaus yang cuba memahami dan merasai sendiri perjalanan yang ditempuh oleh anak-anak muridnya setiap hari.
Masa ni sedang berkumpul. Sedang tunggu yang lain-lain datang. Ni murid-murid yang tinggal di Kampung Tungau. So hari ni aku teman diorang balik rumah. Aku tak sempat tukar baju. Sebab diorang macam dah lambat. Follow jom!!
Selamat pulang ke rumah sayang
Satu hari tu aku janji ngan anak-anak murid aku ni, untuk hantar mereka pulang ke rumah. So that day, aku ajak pengawal keselamatan sekolah temankan aku. Maka pergilah aku berjalan bersama-sama mereka. Perjalanan aku menghantar anak-anak aku ni ke rumah mereka yang tinggal di sekitar “Kampung Tungau” telah memakan masa 45minit pergi dan 45minit balik. Boleh tengok sendiri turutan perjalanan anak-anak ni pergi dan balik sekolah setiap hari dalam keadaan macam ni. Haa, kalo nak rasa, boleh datang sini, kami boleh bawakkan.
Okeh, berbalik kepada cerita sebenar.
Setiap hari, dalam pukul 5.30pagi diorang bangun bersiap ke sekolah. Kat rumah xde iron pun, mak diorang lipat2 baju sekolah anak dia letak dalam beg, kumpul ngan kawan2, bawak lampu suluh, pukul 6.00pg nak gerak dah. Ade la sorang dua parent teman hantar kadang2 jalan kaki menyusuri semak, bukit2, dan titian buluh tu untuk kesekolah. 45minit jalan kaki dalam hutan, sampai kat pagar belakang sekolah tu, dorang cari tempat lapang sikit, then baru diorang sarungkan baju sekolah.
Ads
Jangan pakai lagi baju sekolah sayang
Taw kenapa? Sebab parent dia pesan “jangan pakai lagi baju sekolah sayang”. “Dalam perjalanan waktu dini hari nanti embun2 pagi kat daun2 tu akan buat baju basah, dan tanah2 yang lembab tu akan buat baju sekolah kotor. Karang sampai ke sekolah cikgu marah kalau baju kotor” (translate dari bahasa semai). So tahan la sikit comot kat pakaian sekolah tu.
Then, kira-kira pukul 6.50 macam tu, bila dah siap-siap sarung pakaian sekolah tu baru dorang masuk pagar sekolah tuk makan RMT. Pukul 7.25pagi tu dah siap-siap nak berhimpun dah. Sama jugaklah dengan waktu balik dari sekolah. Dorang akan tanggalkan pakaian sekolah tu dulu. Letak dalam beg. Then pegi tadah makanan tengahari dalam tupperware, lepas tu makan sambil jalan otw balik. Ada tu makan sambil melompat2 pun ada. Biarlah. Budak2.
Ada asrama sekolah. Tapi asrama tidak boleh menampung semua murid. Jadi asrama di hadkan pada +-200 murid yang tinggal di kawasan yang terlalu jauh sahaja. Jadi sebenarnya Kampung Tungau ni masih lagi tidak terlalu jauh…..(tapi sebenarnya jauh)
Dalam keadaan yang macam ni tak hairan lah dorang boleh jadi malas untuk ke sekolah, lewat datang dan lewat makan RMT, ataupun baju diorang tu akan kotor sangat. Dan aku ni, dalam beberapa tahun mengajar kat sini duk asyik tanya dan marah dorang dengan soalan-soalan ni.
“kenapa baju kotor sangat ni??” “awak ni kenapa lambat sangat datang, dah la baju kotor!” “dah kenapa awak selalu lewat makan pagi, lewat beratur” Bla3… Kenapa tu.. Kenapa ni.. Bla3
Ads
Macam2, dengan nada bengis, kadang nada elok nasihat, kadang marah. Yang dimana aku menganggap mereka ni tidak faham tentang kebersihan, mahupun menepati masa utk datang awal ke sekolah, ataupun kepentingan utk datang belajar kesekolah. Tapi dalam situasi mereka ni..Siapa sebenarnya yang tidak faham..??
Tetap Ke Sekolah
Memulakan perjalanan dengan riang. Heppy je dorang. Melompat-lompat sambil nyanyi2.
Rasa kejam dan rasa bersalah. Benar-benar memberi kesedaran pada aku. Yang memberikan tamparan lebih hebat pada aku, bila dalam keadaan mereka yang macam tu, tapi mereka tetap datang ke sekolah. Ade beberapa orang tu memang kalau tak sakit, dia akan selalu datang. Dia awal, belajar elok, suka tolong cikgu buat itu ini, dan aku tak nampak penat pun kat muka dia ni. Dan kawan-kawan dia yg lain pun ikot sama.
Ya, mereka hidup dengan apa adanya, gembira dengan apa yang ada, tidak merungut, sedar diri, dan ingin berusaha memperbaiki kehidupan. Semua ni buat aku lebih sedar tentang kenapa aku ditempatkan di pedalaman ni. Even jalan aku susah untuk masuk kesekolah ni dgn meredah sungai, jalan lereng bukit berselut dan sebagainya tu. Apalah sangat nak dibandingkan kesusahan yang sedikit tu dengan keperitan hidup anak-anak murid yang lebih memerlukan cikgu-cikgu dia utk berada disana.
Ads
Mmmmmm, banyak dah bebel.. Dah sampai rupanya kat kawasan sekitar kampung Tungau ni. Maafkan cikgu, cikgu dah marah awak semua tanpa memahami situasi awak sebenarnya. Terima kasih jadi anak-anak murid yang sabar dan sayangkan cikgu. Terima kasih kerana menghilangkan rasa penat cikgu dengan senyuman riang walaupun sebenarnya awk sangat penat. Comot-comot pun, cikgu tetap sayang.
Jom Kita Selusuri Perjalanan Anak-anak Ini Setiap Hari Demi Menimba Ilmu.
Memulakan perjalanan dengan riang. Heppy je dorang. Melompat-lompat sambil nyanyi2.Kemudian, lintas titian buluh yang kecil dalam semak-semak tu.Lepas tu pulak ada titian kedua.Yg ni macam besar la sikit. Tapi besar tu jela gayanya. Mmmmmm. Yep, Dhaif perjalanan ni.. So boleh fikir tak waktu diorang mulakan perjalanan (berjalan kaki) dalam sewal pukul 05.45 or 06.00 pagi. Melalui semak samun dan titian2 yang macam ni.Masih lagi senyum-senyum keriangan. Cikgu temankan awk semua balik hari ni oke.Naik turun bukit. Aku nampak semak samun dah makin menebal bila dah jauh ni. Masa ni dah dalam 20minit perjalanan.Terus jumpa titian ke tiga. Yg ni macam jauh sikit menitinya. Sebab sungai bawah tu macam lebar. Dini hari dengan beg sekolah. Bersama rakan2 yang beberapa org je tu. Di jalan macam ni lah diorang pegi dan balik sekolah.Jalan makin sempit. Semak semakin menebal. Aku nampak muka dorang penat sikit. Hmmmm. Jauh….Ini jambatan ke empat dah.. Posing sini dulu. Rehat jap. Masa ni dah 30minit perjalanan. Aku tunggu dorang basahkan badan dalam sungai. Then gerak semula.Naik bukit. Kat atas sana dah nak sampai ke Kampung Tungau. Cikgu dah lenguh sayangYeayyy, dah sampai. Penat. Cikgu pulak terlebih penat. Haha Okeh, salam cikgu dulu.
Dah sampai rumah ni, semua salam cikgu dulu.
Melambai, sambil menahan sebak.
Selamat pulang ke rumah sayang.
sumber/foto : Ameer Firdaus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sering kali kita mendengar tentang ketabahan dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak istimewa. Namun, jarang sekali kita membaca mengenai kisah anak yang menjaga ibu bapa istimewa.
Itulah yang ingin dikongsikan oleh wanita bernama Richie Anne Castillo yang mempunyai ayah yang menghidap sindrom Down. Mengakui awalnya dia malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling ketika masih kecil, namun segalanya berubah apabila menginjak ke alam dewasa.
Malah, Anne yang berasal dari Filipina berbangga memiliki ayah yang kuat dan menjadi inspirasi buat dirinya. Ini yang dikongsikan oleh Anne pada 2 Jun lalu, dia memuat naik ucapan hari lahir kepada ayahnya di Facebook bagi menunjukkan betapa istimewanya insan tersebut dalam hidupnya.
Gambar: Facebook Richie Anne Castillo
“Ayahku sayang, hari ini merupakan detik yang istimewa dalam hidup ayah. Hari ini genap usia ayah 50 tahun dan saya berasa dirahmati kerana ayah terus menjalankan hidup yang indah dan panjang.
“Saya tahu ayah takkan mampu baca luahan ini tapi saya mahu seluruh dunia tahu betapa bangganya saya mempunyai ayah sebagai ayah saya. Saya ingin mereka tahu betapa indahnya ayah luar dan dalam.
“Ayah, saya mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpul kekuatan menghadapi semua orang. Semasa sekolah rendah, saya dibuli kerana mereka cakap ayah berbeza. Sebagai kanak-kanak, saya tidak nampak perbezaan itu, yang saya nampak ialah ayah merupakan ayah saya. Saya tidak faham kenapa mereka mengejek dan memanggil saya tidak normal. Setelah beberapa lama, barulah saya faham. Saya menjadi penakut setelah itu.
Anne turut menyifatkan ayahnya sebagai insan yang paling berani dan kuat kerana jarang sekali mengeluh walau terpaksa menjalani pelbagai prosedur kesihatan.
“Selama ini, ayah jarang sekali merungut walau terpaksa disuntik, dibedah di sana sini, dialisis dan banyak lagi.
Gambar: Facebook Richie Anne Castillo
“Saya pernah tengok ayah ketika ayah terlalu penat dan sakit. Saya pernah lihat ayah menangis kerana lutut ayah sakit. Saya tidak dapat rasa kesakitan itu tapi saya harap mampu mengambil tempat ayah supaya ayah tidak sakit lagi.
“Ayah, maafkan saya jika tidak membawa ayah ke pantai dengan lebih kerap atau tidak bawakan dimsum kegemaran ayah atau tak cukup kerap melawat ayah.
“Satu perkara yang saya kesali ialah menyembunyikan ayah dari hidup saya kerana saya masih lagi kanak-kanak sama yang takut dibuli. Tapi saya sayangkan ayah lebih dari yang ayah tahu dan saya sentiasa terinspirasi dengan ayah.
“Selamat hari lahir yang ke-50 ayah! Saya kuat dan berani kerana ayah. Saya sayang ayah. Saya dah cukup besar untuk pertahankan diri dari pembuli.”
Menyusahkan dan memenatkan! Itu mungkin tanggapan negatif segelintir ibu dan ayah yang terasa ingin mengerjakan umrah apabila membawa anak kecil bersama-sama. Pun begitu, hakikatnya melalui perkongsian pengalaman oleh puan Nadia Sakinah ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita lebih berlapang dada untuk membawa anak-anak bersama.
Banyak info dan tip dikongsikannya dan bolehlah dijadikan inspirasi untuk suatu hari nanti kita juga dapat membawa anak-anak bersama ke tanah suci. Jom semak perkongsiannya ini.
Umrah dengan anak kecil
Isteri Aliff Syukri dah share tu kan? Tapi Nadia nak share pengalaman Nadia sendiri, moga ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama.
Alhamdulillah, Allah juga yang mudahkan dan menjaga kami di sana. Proses umrah tu sendiri penat dan susah, tapi perlaksanaan keseluruhan Allah mudahkan sangat. Jangan la expect everything smooth, sebab kalau semua terlalu mudah, tak akan ada didikan yang kita dapat betul? Bayangkan nak heret budak 3 tahun dan 11 bulan tawaf dan sa’i?
Tapi memang rasa sangat penjagaan Allah buat kami. Aatif meragam mengantuk sebelum masuk rawdah, bayangkan masuk je rawdah, even kena tolak sesak dengan orang, Aatif terus tidur, nyenyak sampai siap solat dan keluar dari rawdah. Malam lepas kita orang habis umrah, hujan lebat, tapi sebab dah lewat so kitorang redah je balik hotel. Memang lencun, tapi kuasa Allah, anak-anak tak demam pun.
1. Solat
Tentang solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, rugi kalau kita tak solat di masjid just sebab ada anak. Bukan mudah kan nak dapat pahala berganda-ganda tu. So apa yang kami buat, kami gilir. Sorang solat di masjid, sorang lagi jaga anak. So salah seorang akan dapat pahala berjemaah dan solat di masjid. Sorang lagi dapat pahala solat di masjid je la. Next waktu solat, tukar la bagi pasangan lagi sorang berjemaah pulak kan. Tapi kalau anak jenis tak merayau merata, boleh je dua-dua solat berjemaah di masjid tu. Tapi get ready la nak kena kutip anak-anak main tah mana-mana. Allah jaga je diorang, time Nadia solat serentak dengan suami, anak-anak dok main kat kawasan tong air zamzam je. Boleh juga solat dukung anak (yang kecik).
2. Tawaf
Ketika tawaf, based on Nadia tanya ustazah, InsyaAllah boleh je dukung baby and bawa dia sekali tawaf. Jangan risau sangat, baby kan pakai pampers. Plus Islam ni mudah je, tolong la jangan rumitkan k. Kalau anak yang dah boleh berjalan, make sure pegang tangan dia kemas-kemas atau pakaikan kid harness ye sebab ketika tawaf, kalau ramai orang, memang risiko anak dibawa arus tu ada. Suami Nadia angkat Daniel bawak atas bahu dan Nadia dukung Aatif. Sebab time kitaorang buat umrah tu dah lewat malam so Daniel dah penat sangat so kesian nak bagi dia jalan sangat.
Elakkan tawaf sunat atau tawaf umrah betul-betul sebelum dan selepas waktu solat sebab orang akan ramai time tu. Better pilih time lapang sikit untuk tawaf dengan anak-anak. Dalam bilik hotel dan kat lobi hotel akan ada live feed keadaan di kaabah, so boleh refer TV tu sebelum ke kaabah.
Time tawaf sunat, ramai sangat orang. So Daniel memang suami dukung ketika tawaf sebab risau terpisah. Sebab ada kes time kitaorang kat situ, tengah-terngah tawaf ada budak takde mak bapak. Tak sempat pun nak tarik budak tu, dia dibawa arus ke sana ke mari. So be careful and take care of your kids ye.
3. Sa’i.
Yang ni especially sangat sangat penat. Sebab jauh tau Safa dan Marwah tu, dengan lantai dia somehow sakit tapak kaki bila pijak, plus dukung baby kannn. So bayangkan lah macam mana Hajar di tengah panas dengan anak kecik berlari berulang kali cari air untuk anak? Memang time tu reflect sangat .
4. Makanan.
Make sure dalam beg sentiasa ada bekal makanan untuk anak-anak. Sebab diorang kurang meragam bila kenyang kan? Boleh je nak makan snack dalam masjid, tapi kemas la balik lepas diorang makan tu. Nadia lupa bawak makanan untuk Daniel, duduk tepi tu tunggu waktu solat. Polis masjid tu datang dan bagi oreo untuk niel dan kurma sepuluh bijik ha. Banyak orang bersedekah kan kat sana. Boleh juga bagi diorang minum air zamzam kerap, free flow kan.
5. Mainan.
Bawak bekal mainan anak-anak supaya diorang tak bosan tunggu kita berdoa dan solat. Daniel sepanjang masa kat tangan ada hotwheels, habis semua tempat jadi track dia. And dia suka sangat main sana sebab lantai di masjid kan luas. Baby pulak asyik merangkak and suka pulak bila orang kejar nak ambik dia.
6. Contact.
Be prepared kat sana nanti ramai orang akan tegur, agah, pegang dan nak cium anak kita. Kadang tu Nadia bagi je, tapi kadang tu risau jugak sebab anak-anak kan, takut diorang dapat infection pape. So bawa wipes, sterilizer spray tau. Daniel sampai marah bila orang asyik nak pegang rambut dia.
Betul, pengalaman di tanah haram ni berbeza-beza bagi setiap orang. Ujian dan cabaran nya berbeza mengikut keperluan dan situasi setiap manusia. Jangan pernah compare dengan orang lain, sebab Allah uji dan bantu kita mengikut keupayaan dan kelemahan kita kan?
Pesanan mak saya yang Nadia nak pesan juga pada readers, di sana nanti jaga mulut, jangan marah anak beriya dan doakan anak banyak-banyak.
Jangan takut nak pergi umrah dengan anak kecil. Macam Nadia share, penat, tapi Allah mudahkan perlaksanaannya.
Fahami hati wanita dan hargailah wanita, itu yang sering kita canangkan pada orang lain untuk meraka benar-benar dapat memahami diri kita sebagai wanita, isteri dan ibu di dalam keluarga.
Pun begitu, mungkin ada yang terlepas pandang tentang menjaga hati dengan tidak menunaikan keinginan sekali gus terlupa untuk membahagiakan hati sendiri. Umumnya, hingga isteri itu akan lebih memahami suami, anak-anak dan bila menyentuh hal diri sendiri kita anggap semua itu boleh dikemudiaankan. Akhirnya membuatkan kita sendiri merajuk dengan layanan yang diterima oleh orang sekeliling. Tidak mahu terus terasa di dalam hati, elok kiranya kita fahami perkongsian daripada wanita ini.
Hati ini kalau tidak dibelai akan merajuk.
Kawan,
Penah merajuk time suami buat bodo tak layan apa kita cakap? Atau penah merajuk anak asyik menangis meragam tak tau apa yang dia nak? Kita pun sedihla, menangis bagai. Rasa orang tak sayang. Rasa orang tak paham kita. Rupanya.
Bila Kak Lis pi belajar. Sebelum kita merajuk dengan orang, jangan biar kita merajuk dengan diri sendiri. Allah. Macam mana tu?
Macam ni. Penah satu masa dulu kala Kak Lis selalu berkira-kira dengan diri sendiri. Apa apa pikir orang lain dulu. Family dulu. Anak dulu. Suami dulu. Orang lain dulu. Pendek kata untuk diri sendiri takde pun takpe!
Bagus kita selalu memikirkan kebahagiaan orang tapi kan lebih bagus kita masukkan diri kita skali dalam kebahagian tu.
Penah dulu.
Masa masak, biarlah orang lain makan dulu makan yang best best. Kita takpe lambat. Makan yang ‘balance’ pun takpe. Ni contoh.
Masa shoping. Duit perabis setel beli barang anak anak or rumah ke. Untuk sendiri takde takpe. Kasut ke beg ke baju ke. Takkkkkpeeerr pakai je yang lama. Elok lagi tu. Pakai sampai buruk. Yang penting orang lain okey.
Rupanya diam-diam hati sendiri makan dalam. Dalam diam hati sendiri melukai diri. Sampai satu tahap mulalah timbul rasa-rasa jahat. Rasa orang tak sayang kita, rasa orang tak hargai kita, rasa penat giler ko kita korban macam macam untuk orang.
Itula kesan bila kita tak hargai diri kita sendiri. Kita mula nampak salah orang pada kita.
Habis macam mana? Kita sendiri tak hargai diri, tak sayang diri. Apa lagi orang lain?
Rupanya, kita perlu hargai diri. Raikan diri. Reward diri sendiri tiap kali kita cuba bahagiakan orang lain. Walapun hanya dengan membeli sebatang aiskrim untuk diri sendiri pada hari tu.
Bila kita tengok aiskrim kon Cornetto Kit Kat tu je hati kita dah happy. Apalagi bila kita gigit aiskrim rasa perghhhh sedap sejuk cair coklat dengan kekacang dia dalam mulut. Kita pun cakap “Alhamdulillah sedapnyaaaa”. Kita pun happy je hari tu. Kita dah reward diri kita. Dalam bahasa sains kita dah pujuk RAS kita.
(RAS = Reticular Activating System)
Atau membeli coklat Ferero Rocher yang giler sedap feveret kita tu untuk diri kita sendiri je. Ala baru RM3.75 je kot dapat 3 biji. Jadilah.
See. Hargai diri tak semestinya perlu duit banyak atau benda mahal. Reward hargai diri.
Kalau tak nak beli? Ni dah penat yakmattt masak sampai sejam kat dapur siap pakej basuh pinggan penuh sesink. Habis basah baju. Bisa betis berdiri lama. Reward diri. Masa makan tu amik peha ayam yang paling besar dan nampak sedap sekali. Hahaha.
Aci la kan. Pujuk hati kita. Sayang hati kita. At least kalo abang tak puji aku masak sedap tak apo. Yang penting aku dah baham peha paling besar. Kakaka. Nampak kan? Apa je. Buat setiap hari.
Apa lagi reward diri dengan emas 3 kilo lagi la bagus. Silakan. Haha. In shaa Allah kita lagi sayang diri kita. Kita tak mudah terasa kalau orang tak pujuk puji kita lagi. Kita bahagia, orang lain pun akan bahagia. In shaa Allah kan.