Kotoran yang melekat pada pakaian putih terutama baju sekolah anak-anak memang memeningkan kepala para ibu. Kalau asyik guna peluntur, warna pada baju itu pula akan pudar dan lebih kronik lagi mudah reput. Jadi, bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini?
Jom cuba tip yang mudah ini dengan menggunakan sabun buku sahaja. Tip ini dikongsikan oleh Emy Amiza menerusi facebooknya.
Cukup mudah dan menjimatkan, hanya beli sabun ini di kedai Eco masalah kotoran pada baju putih anak akan dapat diatasi. Tak percaya, jom cuba sendiri nanti. Kongsikan dengan admin ye!
Teknik yang betul
Ads
Setelah memperoleh 513429867 like; 5 warga bumi dan selebihnya alien, maka hari ini saya nak share cara cuci uniform tanpa meroyan, tidak terus membebel daripada mula menyental hingga sidai serta tak buat lengan anda jadi sado.
Nota penting: Sila rujuk caption pada setiap gambar untuk teknik yang betul ??
Bapak ke main hitam bahagian leher ni. Aku syak dorang ni membajak kat sekolah.Sabun ajaib termurah di pasaran. Sila serbu kedai Eco dua hinggit seposen. Baik korang borong sebab selalu tak ada stok.Sebelum rendam, korang tonyoh sabun kt bahagian yang paling kotor menjijikkan meloyakan. Kalau ada kepam2 tu abaikan saja. Air rendaman akan bertindak membersihkan semua kotoranTara… Tak perlu nak sental. Bersih putih jah. Settle kerja paling hazab mak bila ada anak2 suka kotorkan baju. Sekarang mak ada byk masa berFB ??
Selain pakaian, dia juga menggunakan sabun yang sama untuk menyental stroller dari lama menjadi seakan-akan baru.
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada orang, pantang disentuh anggota badannya pasti akan sendawa. Katanya banyak angin dan bila dilepaskan barulah rasa lega.
Namun betulkah, ada angin dalam badan kita yang ianya perlu dikeluarkan?
Nak lebih jelas, jom baca perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
“Betul ke kalau sendawa bila berurut itu tandanya, badan banyak angin?”
Angin adalah istilah bahasa melayu yang terlalu luas definisinya. Antara penggunaan istilah ini adalah untuk memerihal masalah berikut: sengal otot, lenguh sendi, kembung perut, dan sebagainya. Tak pasti mengapa semuanya dinamakan angin.
Jika angin yang dimaksudkan merujuk kepada masalah ketegangan otot selepas melakukan kerja berat, penukaran posisi mendadak atau silap bantal/tidur itu sebenarnya adalah myofascial knot.
Myofascial knot adalah kontraksi serat-serat otot berikutan radang yang lazimnya berlaku selepas otot tercedera akibat trauma seperti terlebih regang, atau koyak. Ia juga boleh berlaku akibat keletihan otot. Apabila ia berlaku, biasanya kita rasa seperti otot itu ketat, tegang dan sengal semasa melakukan pergerakan.
Berurut boleh melegakan myofascial knot jika tukang urut tahu di mana perlu diurut. Dalam perubatan moden, urutan dibuat oleh jurupulih fisioterapi terlatih menggunakan teknik urutan myofascial release. Teknik menggunakan anggota badan seperti jari dan siku atau penggolek untuk mengaplikasikan tekanan pada myofascial knot tersebut.
Myofascial knot juga boleh dilegakan dengan rawatan dry needling — penggunaan jarum halus yang dicucuk untuk memberi ransangan pada fascia yang terlibat. Teknik ini hampir serupa dengan teknik akupuntur tetapi tidak melibatkan konsep aliran chi dalam badan. Dry needling juga dikenali sebagai akupuntur barat.
Selain itu, modaliti fizikal juga boleh membantu. Contoh modaliti fizikal adalah seperti stimulasi elektrik dan penggunaan therapeutic ultrasound.
Berbalik kepada soalan. Apabila kita berasa sakit-sakit badan, sengal-sengal otot, kita pun pergi berurut. Semasa berurut, kita sendawa dan susulan itu kesakitan itu menjadi semakin lega. Oleh kerana itu, masyarakat kita panggil simptom sakit badan itu sebagai angin.
Apa yang menarikya, fenomena sendawa semasa berurut ini adalah fenomena yang hanya mahsyur di dalam batasan geografi dan kebudayaan Asia Tenggara. Jika anda ke negara Eropah misalnya, chiropractor (tukang urut bertauliah) di sana akan mengatakan ia fenomena langka buat mereka. Oleh itu, ia mungkin lebih kepada budaya dan amalan setempat.
Pelbagai teori telah diketengahkan untuk menjelaskan fenomena ini.
Teori respon “rehat dan hadam” membawa hipotesis bahawa urutan meransang sistem saraf parasimpatetik. Parasimpatetik bertanggungjawab atas pengaktifan penghasilan air liur dan air mata, penghadaman, serta perkumuhan kencing dan najis. Pengaktifan sistem penghadaman dan perkumuhan secara tidak langsung boleh menyebabkan sendawa itu berlaku.
Teori aerophagia pula mengetengahkan konsep penelanan udara. Semasa tekanan diberi oleh pengurut ke atas anggota tubuh pesakit, ia mendatangkan rasa sakit. Respon normal bagi menahan sakit adalah menarik nafas panjang kemudian menahan nafas itu. Semasa proses ini berlaku, ada kebarangkalian pesakit menelan udara nafas yang ditahan itu tanpa disedari. Apabila sudah cukup banyak udara yang ditelan ke dalam perut, ia akan ditolak keluar oleh otot perut dan terhasillah sendawa.
Namun begitu, semua teori-teori ini adalah penjelasan teoritikal dan masih memerlukan kajian yang lebih menyeluruh untuk membuktikan kebenarannya. Apa yang pasti, sendawa ketika berurut itu bukanlah akibat tubuh dipenuhi angin.
Melainkan angin yang dimaksudkan itu merujuk kepada kembung perut akibat masalah penghadaman.
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Niat baiknya hanya ingin membantu bisnes rakan, namun siapa sangka dia terpaksa berhadapan dengan insiden yang menyebabkan kulitnya terbakar.
Mangsa yang dikenali sebagai Inazalina Zalina bercerita detik hitam yang berlaku ke atasnya ahad minggu lalu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berdepan trauma apabila kulit muka dan lehernya mengalami kesan melecur yang teruk gara-gara kecuaian rakannya yang nerupakan seorang pakar kecantikan sebuah spa bergerak.
Tanpa sengaja rakannya itu tertumpahkan air panas daripada alat stim muka tepat ke wajah Inazalina.
“Awalnya saya ingat hanya cuci muka biasa-biasa tapi pelik tiba-tiba tengok ada alat stim muka kat tepi. Waktu tu saya terfikir macam tak selamat je.
“Saya tak tahulah dia tak sempat tolak alat tersebut ke apa, sebab tiba-tiba alat tu jatuh atas muka saya. Air yang menggelegak tu masuk kena mata, muka dan mengalir sampai ke leher.
“Waktu tu rasa macam terbakar hidup-hidup. Saya tak menjerit, tak boleh cakap apa-apa sebab terlampau sakit. Sebaik saja air panas tu masuk mata saya terus pergi ke sinki dan basuh dengan air.
“Saya ambil bekas besar dan rendam muka. Tapi sakit tu tak hilang, makin lama makin sakit,” katanya lagi.
Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, Inazalina terus menghubungi suaminya untuk ke hospital.
“Sebaik tiba kami ke bahagian kecemasan sebuah hospital swasta. Mula-mula mereka macam tak nak terima saya sebab kes melecur.
“Lepas tu dia bagi air drip satu botol biar mengalir kat muka, saya juga ambil suntikan tapi sakit memang tak hilang-hilang.
“Jururawat ambil gambar saya dan hantar dekat doktor pakar. Biasalah Ahad tak ada (doktor) pakar dan nasib baik mereka nak ambil kes saya. Alhamdulillah.
“Saya ingatkan hanya sapu krim kemudian saya boleh balik. Tapi bila doktor datang barulah dia jelaskan mengenai tahap luka saya.
“Saya disuruh puasa dan perlu segera jalani pembedahan kerana kulit saya sudah mereput, hitam memang teruk sangat.
“Kulit saya yang mereput itu perlu dikoyakkan dan dibuang kerana bimbang berlaku jangkitan jika tidak dilakukan segera. Waktu tu saya memang terkejut sangat-sangat,” katanya.
“Saya jadi down sangat-sangat. Tiga hari saya menangis. Saya fikir macam mana saya nak berdepan dengan orang ramai sebab saya kerja di bahagian frontliner,” ceritanya lagi.
Dalam pada itu, doktor turut menasibatinya supaya mengelak dari terkena pancaran matahari sekurang-kurangnya sebulan.
” Saya juga tak boleh pakai apa-apa di muka selama enam bulan kecuali Bio Oil. Kulit saya dah rosak jadi warna kulit akan sentiasa berubah-ubah.
“Nak kembali ke kulit asal mungkin tak akan berlaku sebab melanin kulit dah mati. Jadi warna kulit selepas ini bergantung kepada badan masing-masing. Kadang-kadang boleh jadi gelap, mungkin boleh jadi terlalu cerah atau mungkin berbelang hingga ke leher,” ujarnya lagi.
Lebih menyedihkan keadaan wajahnya sedemikian membuatkan anak bongsunya enggan mendekatinya.
“Anak kedua saya sampai takut tengok muka saya. Bayangkan anak yang selalu kita peluk tu, dia datang kata muka saya macam hantu. Dia macam ketakutan tak nak dekat dengan saya.
“Itu yang buatkan saya sedih. Sepanjang saya berada di hospital, saya hanya jumpa dua anak saya dua kali sahaja. Bila saya call dia macam ok tapi bila berdepan dia jadi takut,” katanya.
Sementara itu, Inazalina menasihati orang ramai agar tidak menjalani rawatan muka menerusi spa bergerak yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kebelakangan ini.
“Saya hanya mahu menyedarkan orang ramai supaya insiden ini tidak berlaku kepada sesiapa selepas ini. Saya sendiri tertanya-tanya adakah spa bergerak ini betul-betul berdaftar, sijil diiktiraf atau sebaliknya.
Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Inazalina bagaimana pun terkilan dengan sikap lepas tangan kawannya itu selepas insiden tersebut.
“Dia hanya meminta maaf di atas apa yang berlaku. Dia hanya cakap sorry tak sengaja. Saya rasa sama ada dia pegang alat tu kemudian dia terlepas ataupun dia tertolak.
“Bila saya tanya dia tak nak jawab tapi saya tak marah waktu tu sebab saya fikir dia kawan saya. Dia hanya melawat saya di hospital selepas hari ketiga saya dibedah. ia datang bagi saya Vitamin C. Masalahnya benda tu bukan boleh pulihkan muka saya.
Inazalina yang kini masih berada di hospital untuk rawatan berharap semoga semuanya dipermudahkan buatnya.
“Apa sahaja boleh berlaku. Ini sekadar peringatan. Saya bernasib baik sebab tak buta. Itu yang pelik sebab air yang menggelegek itu betul-betul jatuh tepat pada mata. Syukur kerana Allah selamatkan saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu-ibu dah mula buat biskut raya ke? Bagi yang sedih kerana ada yang diumumkan tempat anda PKP lagi, ubati kekecewaan itu. Jom ibu-ibu kita buat biskut raya ni.
Boleh jamu keluarga dan teman-teman terdekat pagi raya nanti, kan hari raya pertama kita boleh beraya. Tapi pastikan ikuit SOP, kita jaga kita kan. Ini resipi Swiss Tart Hazel Nutella yang dikongsikan oleh puan Liza Idris . Katanya resipi asal oleh Azlina Ina. Selamat mencuba!
MasyaAllah sedap biskut SWISS TART HAZEL NUTELLA viral by Azlina Ina. Guna cara manual je.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.