Ada orang, pantang disentuh anggota badannya pasti akan sendawa. Katanya banyak angin dan bila dilepaskan barulah rasa lega.
Namun betulkah, ada angin dalam badan kita yang ianya perlu dikeluarkan?
Nak lebih jelas, jom baca perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
“Betul ke kalau sendawa bila berurut itu tandanya, badan banyak angin?”
Angin adalah istilah bahasa melayu yang terlalu luas definisinya. Antara penggunaan istilah ini adalah untuk memerihal masalah berikut: sengal otot, lenguh sendi, kembung perut, dan sebagainya. Tak pasti mengapa semuanya dinamakan angin.
Jika angin yang dimaksudkan merujuk kepada masalah ketegangan otot selepas melakukan kerja berat, penukaran posisi mendadak atau silap bantal/tidur itu sebenarnya adalah myofascial knot.
Ads
Myofascial knot adalah kontraksi serat-serat otot berikutan radang yang lazimnya berlaku selepas otot tercedera akibat trauma seperti terlebih regang, atau koyak. Ia juga boleh berlaku akibat keletihan otot. Apabila ia berlaku, biasanya kita rasa seperti otot itu ketat, tegang dan sengal semasa melakukan pergerakan.
Berurut boleh melegakan myofascial knot jika tukang urut tahu di mana perlu diurut. Dalam perubatan moden, urutan dibuat oleh jurupulih fisioterapi terlatih menggunakan teknik urutan myofascial release. Teknik menggunakan anggota badan seperti jari dan siku atau penggolek untuk mengaplikasikan tekanan pada myofascial knot tersebut.
Myofascial knot juga boleh dilegakan dengan rawatan dry needling — penggunaan jarum halus yang dicucuk untuk memberi ransangan pada fascia yang terlibat. Teknik ini hampir serupa dengan teknik akupuntur tetapi tidak melibatkan konsep aliran chi dalam badan. Dry needling juga dikenali sebagai akupuntur barat.
Ads
Selain itu, modaliti fizikal juga boleh membantu. Contoh modaliti fizikal adalah seperti stimulasi elektrik dan penggunaan therapeutic ultrasound.
Gambar hiasan
Berbalik kepada soalan. Apabila kita berasa sakit-sakit badan, sengal-sengal otot, kita pun pergi berurut. Semasa berurut, kita sendawa dan susulan itu kesakitan itu menjadi semakin lega. Oleh kerana itu, masyarakat kita panggil simptom sakit badan itu sebagai angin.
Apa yang menarikya, fenomena sendawa semasa berurut ini adalah fenomena yang hanya mahsyur di dalam batasan geografi dan kebudayaan Asia Tenggara. Jika anda ke negara Eropah misalnya, chiropractor (tukang urut bertauliah) di sana akan mengatakan ia fenomena langka buat mereka. Oleh itu, ia mungkin lebih kepada budaya dan amalan setempat.
Pelbagai teori telah diketengahkan untuk menjelaskan fenomena ini.
Ads
Teori respon “rehat dan hadam” membawa hipotesis bahawa urutan meransang sistem saraf parasimpatetik. Parasimpatetik bertanggungjawab atas pengaktifan penghasilan air liur dan air mata, penghadaman, serta perkumuhan kencing dan najis. Pengaktifan sistem penghadaman dan perkumuhan secara tidak langsung boleh menyebabkan sendawa itu berlaku.
Teori aerophagia pula mengetengahkan konsep penelanan udara. Semasa tekanan diberi oleh pengurut ke atas anggota tubuh pesakit, ia mendatangkan rasa sakit. Respon normal bagi menahan sakit adalah menarik nafas panjang kemudian menahan nafas itu. Semasa proses ini berlaku, ada kebarangkalian pesakit menelan udara nafas yang ditahan itu tanpa disedari. Apabila sudah cukup banyak udara yang ditelan ke dalam perut, ia akan ditolak keluar oleh otot perut dan terhasillah sendawa.
Namun begitu, semua teori-teori ini adalah penjelasan teoritikal dan masih memerlukan kajian yang lebih menyeluruh untuk membuktikan kebenarannya. Apa yang pasti, sendawa ketika berurut itu bukanlah akibat tubuh dipenuhi angin.
Gambar hiasan
Melainkan angin yang dimaksudkan itu merujuk kepada kembung perut akibat masalah penghadaman.
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyaksikan sendiri insan tersayang berperang dengan penyakit digeruni cukup membuatkan hati penyanyi Nizam Laksamana seolah-olah disiat-siat.
Itulah fasa yang cukup memilukan sebagai seorang suami tatkala sabg isteri, Salwati Zulkifli disahkan menghidap kanser payudara.
Akui Nizam, banyak hal melibatkan emosi yang harus ditempuhi ketika itu. Begitupun dia memanjat rasa syukur setelah isterinya kini sudah kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan sama seperti individu normal lain.
“Isteri saya pernah menghidap kanser payudara dan penyakit itu berlanjutan sekitar setahun lebih. Namun alhamdulillah, kanser dia dah hilang.
“Dia wanita yang hebat. Dia tahan sakit dan melalui proses kemoterapi sebanyak enam kali. Bukan semua orang boleh menahan sakit ketika proses berkenaan. Tanyalah Elyana.
“Bila sampai rawatan keempat dan seterusnya, rambut mula gugur. Atas permintaan isteri, saya botakkan kepalanya. Saya juga turut botakkan kepala tanda memberi sokongan,” katanya seperti yang dikongsikan bersama portal Gempak.
Dalam pada itu, Nizam berkata, ujian yang diterima oleh isteri telah menerbitkan rasa kesabaran yang tinggi dalam dirinya.
“Jujurnya, saya bukanlah jenis orang yang sabar. Tapi saya berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan untuk terus menjaga isteri ketika dia memerlukan saya.
“Apabila berada dalam kesakitan, emosinya terganggu. Jadi saya kena banyak sabar. Saya jaga keperluan hariannya seperti menyuapkan makanan dan menukarkan baju. Saya pastikan saya sentiasa berada di sisinya.
“Ada juga rakan wartawan yang nak bantu saya dan isteri dengan mengadakan tabung kutipan. Tetapi saya menolak. Saya kata doakan sahaja. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dan isteri saya kini sudah kembali sihat sepenuhnya,” katanya lagi.
Tahun lalu, media pernah melaporkan Salwati terpaksa dimasukkan ke hospital kerana masalah kemurungan, ketika sedang menjalani rawatan bagi memulihkan dirinya daripada kanser payudara.
Soal anak terlalu taksub dengan gajet bukanlah isu baru yang perlu diperkataan.
Banyak pro dan kontranya akibat terlalu banyak masa dilebihkan dengan gajet. Sebagai ibu dan ayah kitalah yang perlu mencorakkan mereka. Ada waktu yang sesuai untuk mereka. Bila?
Baca hujahan wanita bernama Nowa Nija ni. Ibu ayah sila ambil perhatian!
BAGI LAGI ANAK MAIN GAJET SELALUMungkin sebab anak anak mula ke arah gajet, Allah dorong saya buka channel tv3 dan ngam-ngam topik wanita hari ini pasal anak dan gajet ?
Ok panel tadi dua orang Pakar Psikologi & Pakar Pediatrik (boleh tengok gambar)
.
Antara pengetahuan baru yang saya dapat tadi:
? 2 tahun lepas, Taiwan gubal undang-undang melarang anak dibawah umur 2 tahun didedahkan pada gajet. Kanak-kanak bawah 18 tahun boleh guna gajet tapi ada had masa.
?Steve Jobs (rata-rata kenal kan) tidak benarkan anak-anaknya guna gajet pada hari persekolahan dan ada batasan kalau weekend.
? Bill Gates hanya benarkan anak main gajet bila capai umur 14tahun.
? Perkembangan otak berkembang sebanyak 80% dari otak dewasa bila umur anak 3 tahun sebab itu umur 0-3 tahun adalah tempoh yang tidak sesuai untuk anak terlalu kepada gajet. Nanti jejaskan perkembangan otak.
?WAJIB tahu yang stimulasi rangsangan (persekitaran) sangat diperlukan untuk 2tahun permulaan (eye contact bila bercakap dan respon).
So hasil tadi juga bagi tamparan pada ibu dan ibu yakin pada ibu bapa lain juga:
?Anak ni tengok pada ibu bapa. Sebab itu bila ibu bapa terlalu ke arah gajet, anak follow. Role model remember?
?Memang anak akan suka pada games dalam gajet sebab umur 0-3 tahun ni dunia anak-anak adalah bermain. Bak kata salah seorang pakar tadi bisnes anak-anak ialah bermain.
?Kalau seawal umur setahun tiada stimulasi rangsangan yang sangat diperlukan pada 2 tahun permulaan, penglihatan, perkembangan otak & tumbesaran akan terganggu ?
?Jangan tanya kenapa anak suka tantrum (mengamuk) bila tidak dibagi gajet bila selama ni memang jadi teman rapat anak dah ? pappp tampar pipi ibu
?Kognitif (membezakan besar kecil tinggi rendah etc) anak boleh terganggu. Even dalam gajet misalnya saiz haiwan tidak sama dengan di luar – bila masuk sekolah could be problem untuk anak-anak.
?Attention deficit menakutkan. Sebab tu anak mula tidak dengar bila kita panggil dan kurang bercakap. Pokoknya benda lain pun tidak ambil peduli bila gajet depan mata.
?Anak kecil sepatutnya Ekstrovert (periang dsb.), tapi bila dengan gajet sangat anak jadi introvert (pendiam dsb.).
Sejujurnya saya risau bila Anak saya dalam sehari mencari gajet. Terkadang tu ada drama airmata bila saya kata berhenti dulu. Anak pun dah pandai tunjuk fon ?
Macam yang pakar cakap there is no betul salah pasal gajet. Sebab teknologi akan stay. Cuma sebagai parents kita yang kena corakkan anak. No wonder orang kata guru pertama anak ialah ibu bapa bukan cikgu masa di sekolah.
Umur yang recommended untuk bagi gajet? 5 tahun.
Suka saya masukkan sekali analogi yang Pakar tu bagi tadi – kita dibenarkan bawa kereta bila umur sesuai (17 ke atas – pastikan ada lesen ?) Sebab sudah pandai control dan ada kebolehan bawa kereta, sama juga prinsip nya dengan bagi anak gajet. Sebab itu walaupun recommended umur sebegitu tetap ada had masa. Parents kena peduli!
Kredit: Nowa Nija
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
3. Rebus + 1 sudu garam kasar 4. Bila tukar kulit petai dari hijau ke kuning, tutup api. 5. Biar sejuk & buang ulas biji terus dalam balang.(Tidak perlu cuci)
6. Masukkan air dalam balang + secubit garam 7. Letak 4 @ 5 Hari disuhu bilik. 8. SIAP JERUK PETAI & boleh makan * Simpan dalam peti sejuk tahan 6 bulan. * Campur air nasi, rasa lebih masam tetapi berbau kuat. Peluh pun berbau petai