Pernah tak one time bila basuh baju, tup tup bau hapak? Kita basuh baju sebab nak bersih, tapi lagi teruk jadinya! Time tu mula la salahkan mesin spin tak betul lah itu lah ini lah. Padahal, kita yang tak pernah cuci mesin basuh kita tu!
Eh jap, mesin basuh boleh cuci? Iye, semestinya lah! Sepanjang hayat kita guna mesin basuh kat rumah, agak apa lah kotoran yang ada dalam mesin tu. Tambah pula macam-macam kita basuh dalam tu, tiba-tiba rasa insecure nak pakai baju sendiri. Ye la bukan tambah bersih, silap-silap lagi kotor jadinya. Nanti mula la datang penyakit macam-macam kat keluarga kita,
Jom tambah ilmu baru dengan tengok step by step cara nak basuh mesin basuh hasil dari perkongsian Julimasanum Ali di laman Facebook miliknya. Jom belajar dan praktikkan!
Okey!! Seumur hidup, tak tahu pon yang mesin basuh ni kene cuci or ade maintenance. Sejak duduk sendiri, ade washing machine sendiri baru lah tahu TAPI tau guna Tub Hygiene je. Lepas tu xguna ape2 detergent pon. Tekan cycle tub hygiene pastu dah settle. Sebenarnya salah ye. Takde kesan ape2 pon buat camtu. Membazir air je.
So, since nak kene cuci baju2 #BabyIM and rasa mcm xsedap je nak cuci dlm mesin basuh yg berbau. Yup BERBAU. Kite dok pening mane datang bau ni. Lepas tu kadang tu baju mcm ade habuk2 melekat. Makanya i ask mr google cara nak bersihkan mesin basuh. And finally baru lah dapat solution nya. So here i nak share lah macam mana proses2 pembersihan mesin basuh yang berkesan. Hasilnya mmg Haa gitew expressions nya. Haha
1. First kene beli detergent utk Tub Hygiene. I beli kat Cosway Pharmacy, nama nya Wash Drum Cleaner (Power Max). Harga RM15.90 (non-member). Klw harga member murah sikit.
Ads
2. Baca instruction pada kotak before start ye. Lepas tu ready kan diri. Kenapa? Sebab proses lama. So tengok jam set bile yang betol2 free nak mulakan operasi ni (i amek masa lebih dr 24jam utk settle sbb nak betol2 bersih – so bergantung jugak pd kekotoran mesin anda ye). Klw banyak keladak sampah, lagi lama lah jawabnya
3. Masukkan 1 packet Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (wajib guna 1 packet ye, jangan kedekut nak guna half plak).
4. Pilih menu cycle WASH sahaja dan air paling maximum. Biarkan mesin beroperasi gitew. Habis cycle wash biarkan je mesin basuh tu terendam sekurang2nya 5 jam (klw ikot instruction kat kotak) Tp iols biarkan semalaman – I start at 6pm so biar mesin terendam sampai lah esok pagi baru ke step seterusnya. So terpulang kat ampa la nak start kol bape and berapa lama.
5. Ini adalah hasil selepas cycle wash & rinse. Haa kotor kan?? Okey proses ni leceh sikit lah plus korg kene rajin. Setiap kali proses rinse, bile mesin basuh keluarkan semua air, maka kat dasar mesin basuh akan ade sampah sarap yg tertinggal. So korang kene guna tisu or kain bersihkan dasar mesin basuh tu sebelum next cycle.
Ads
6. Ni hasil lepas dah lap dgn tisu, buang sampah2 yg tertinggal tu sebelum next cycle. Masa ni kene PAUSE mesin dulu ye.
7. Proses ni i ulang ulang ulang dan ulang sampailah sampah sarap tu xde. Lebih dr 5 kali rasanya. Haaa mmg lama lah cite nya sbb bertahun punya keladak kan.huhu
Ads
8. Lagi satu penapis dlm mesin basuh pon kene cuci ye. Nampak kan kotor gileeeeee!!
9. Tadaaaa!!! Ni hasil terakhir. Dah bersih mcm ni baru puasa hati. Yeeeee banyak pakai air ye uols. Lebih dari 5 kali nya cycle. Bertabah lah
Done! Haa paling best lepas dah settle ni bile cuci baju xde dah bau hapak, bau terkempam tu. Yay!!
So ade lagi sepeket Wash Drum Cleaner. Bile nak guna tu terpulang pada berapa kerap korang cuci baju. Iols maybe buat 3 bulan sekali lah kot. Okey selamat membersihkan washing machine korang!! Jangan ingat cuci baju, mesin korang pon sama bersih Banyak sampah rupanya kat bawah tu. Hee #sharingiscaring
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terdapat pelbagai petua untuk kekal awet muda dan badan kekal sihat. Begitu juga dengan petua ini yang mudah dipraktikkan. Hanya menggunakan bawang putih dan susu untuk kembali sihat.
Ikuti petua ini.
Sebab ramai yang tanya petua awet muda kan. Orang la kata kakak ni awet muda. Kakak redha je
Ni ha. Amalkan minum susu bawang putih. Segelas susu, panaskan dengan 3-4 ulas bawang putih yang diketuk sampai bawang tu lembut. Guna api perlahan je. Tambah madu atau gula perang sikit. Minum suam-suam. Bawang tu boleh kunyah kalau suka. Silalah cuba, rasa dia sedap je.
Bukan setakat awet muda, badan pun rasa ringan.
Susu – guna susu segar, susu penuh krim atau susu rendah lemak. Janganlah guna susu tepung atau susu pekat manis. Amalkan setiap hari, pagi atau malam. Kalau rajin pagi dan malam pun boleh. Biasanya terbabas jugaklah sehari dua. Tak apa je.
Air bunga telang selasih lemon minuman yang mampu menyejukkan badan terutama ketika cuaca panas. Dalam masa sama, air bunga telangselasih membantu meredakan masalah sembelit jika diamalkan selalu.
Air Bunga Telang Selasih Lemon
Air remedi ini sangat bagus untuk menyejukkan badan, meredakan refluks, meredakan batuk, meredakan sembelit dan meredakan kahak yang biasa terjadi pada pesakit gerd. Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.
Kebaikan air telang selasih lemon ini jika diamalkan selalu ialah ia boleh menjadikan kulit nampak segar dan ‘glowing’. Logiknya bila usus kita sihat dan sistem perkumuhan kita sihat maka kulit wajah pun nampak segar dan ‘bercahaya.’
Berikut perkongsian Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.
Boleh cuba amalkan minum air telang selasih lemon. Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk air telang selasih lemon.
Sejukkan Badan & Redakan Sembelit
RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON
Bahan-bahan:
Bunga telang 20 helai rebus kosong atau campur molases/orcs
1 sudu makan biji selasih
Air suam
Lemon/peach/pear/epal/buah naga
Cara membuat:
1. Rebus bunga telang. Rebus kosong atau campiur dengan campur molases/orcs.
2. Rendam biji selasih dengan air panas sehingga kembang.
3. Satukan air bunga telang dan biji selasih. Masukkan lemon yang dihiris nipis. Boleh juga perah jus lemon ke dalam air bancuhan.
Badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga. Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius. Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya ada pemeriksaan seseorang doktor.
PUNCA-PUNCA BADAN LEMAH
Ia boleh dibahagikan kepada 3 kategori am iaitu:
1. Gaya hidup
2. Masalah kesihatan
3. Masalah mental
1. Gaya hidup
Jika anda mengalami masalah badan lemah, aktiviti dan juga gaya hidup mungkin menjadi punca dan penyebab kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, ia boleh disebabkan oleh senaman yang berlebihan atau tidak melakukan senaman, kurang tidur, lebih berat badan, sedang dalam keadaan stress, sedang mengalami kehilangan seseorang ataupun sesuatu, pengambilan alkohol/dadah yang kerap, pengambilan kafein yang banyak dan tidak mengamalkan diet yang sihat.
2. Masalah kesihatan
Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang menyebabkan simptom. Ia adalah disebabkan Anemia (kurang sel darah merah), sakit sendi, jangkitan kuman (ketika demam dan selsema), Hipotiroid, masalah tidur (Insomnia), Penyakit Autoimune (Contoh : SLE, Rheumatoid arthritis, Psoriasis), lemah jantung, kanser, kencing manis, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi hati.
3. Masalah mental
Terdapat beberapa masalah mental yang menyebabkan perkara ini seperti penyakit kebimbangan, tertekan dan sebagainya. Rawatan masalah ini berkait rapat dengan punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Doktor akan memeriksa pesakit terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada pesakit. Jika pesakit disyaki mempunyai masalah kesihatan, pesakit mungkin akan diminta untuk menjalani beberapa jenis pengambilan sampel darah untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.
KENA UBAH CARA HIDUP
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk merubah gaya hidup dan mengelakkan rasa badan lemah. Ia adalah :
1. Sentiasa mengambil air yang mencukupi
2. Melakukan senaman secara rutin dan tidak berlebihan
3. Dapatkan tidur yang secukupnya
4. Elakkan perkara yang menyebabkan anda stress
5. Elakkan pekerjaan yang menyebabkan beban yang banyak kepada anda
6. Elakkan pengambilan alkohol, rokok dan penggunaan dadah
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di...