Sebut sahaja pasal kejutan, mesti ramai yang suka terutamanya kaum wanita. Tidak kiralah kejutan apa – apa sekali pun, pasti akan rasa bahagia jika menerimanya. Bila dah berkahwin, sudah pasti isteri akan menerima kejutan yang banyak, tidak kurang juga suami.
Kejutan yang diberi tidak semestinya berupa bentuk dalam mata wang ataupun benda. Masa yang diluangkan juga merupakan salah satu bentuk kejutan untuk pasangan. Yang paling penting, usaha dan konsistensi yang ditunjukkan dalam menyalurkan rasa cinta antara pasangan.
Seperti yang sedang tular di media sosial baru – baru ini, selebriti Hafiz Mahamad sekali lagi menjadi perhatian apabila cara beliau menyambut ulang tahun isterinya, Syafiqah Aina.
Untuk pengetahuan, Hafiz Mahamad tidak pernah gagal untuk menyambut ulang tahun isteri tercinta setiap tahun. Tahun 2023 merupakan sambutan kali ke – 55 yang dilakukan oleh beliau demi kebahagiaan isterinya.
“Abang taknak hadiahkan perkara yg awak mampu beli, tp abang akan beri apa yg tak mampu awak beli.
IKLAN
“Saya sewa 1 panggung wayang semalam ada sebab, mungkin dia pernah menginginkan kehidupan seperti watak atau apa cerita dalam wayang / drama.” kata Hafiz Mahamad menerusi postingnya di Instagram.
“Saya hadiahkan 1 documentary pada dia. Ya Allah, tujuan saya, saya nk dia tahu tanpa dia sedar banyak dh kebaikan yg dia buat. Orang kata, “Baik kita, biar orang ceritakan. Dalam documentary tu, banyak kebaikan yg mereka ceritakan ttg awak”
Menurut Hafiz, menunaikan haji bersama – sama ibu bapanya merupakan satu impian yang sangat diinginkan oleh isterinya. Jadi, visa haji dijadikan satu kejutan yang sangat tidak ternilai untuk sambutan ulang tahun isterinya kali ini.
“Dari tahun lepas lagi, Aina kata teringin sangat nk bawa mama ayah pergi haji. Kami usahakan tahun ni sama sama & saya tak sangka Visa lulus 3-4 hari sebelum Birthday Aina.”
IKLAN
“Saya sembunyikan berita ni untuk bagitahu pada hari Birthday Aina. MasyaAllah, ini semua sebab awak terlalu baik Ainaa. Tahniah sayang”. Kata Hafiz Mahamad.
Untuk rekod, Hafiz Mahamad telah mengahwini Syafiqah Aina pada 24 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Raisya Arisa dan Rayqal Arees.
Isteri itu bagaikan surihati suami. Usahlah disakiti tapi disayangi. Isteri bukan untuk dijadikan hamba tetapi harus disantuni.
Begitulah sebagaimana perkongsian ini. Semoga suami-suami santuni isteri dengan berhikmah.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Makan minum, tempat tinggal dan pakaian tu bukan “EHSAN” seorang suami terhadap isteri…
“Bersyukur la aku dah bagi makan, minum, tempat tinggal semua tu, itupun kau nak aku tolong kau buat keje2 rumah lagi? Itupun kau nak sekat kebebasan aku utk keluar buat apa yg aku nak buat?”
“Kau ni isteri yg tak tahu bersyukur…”
Isteri kita ni bukan hamba, bukan pengemis…kedudukan isteri bukan dibawah tapak kaki suami, tapi disisi suami…
Makan minum, tempat tinggal semua tu, tanggungjawab suami…hak isteri…maka nak xnak, klu kau kawin dgn mana2 perempuan, kau kena bagi smua ni sbb ini HAK DIA dan TANGGUNGJAWAB KITA…
Jgn ingat, bila dah bagi semua ni, kita boleh buat sesuka hati, layan sesuka hati…dia urus rumahtangga, dia besarkan anak2, semua dia buat seorang diri…memg dia tak mintak cerai, tapi itu tak bermakna dia bahagia dan suka dgn cara layanan kita…
Dia taat suami sebab itu perintah Allah s.w.t…
Bila dah serba serbi isteri buat, maka suami buat apa? End up, isteri ja ke syurga, suami masuk neraka sbb dia tak berbuat baik dgn isteri…
PERANAN SUAMI
Allah perintahkan suami utk layan isteri dgn makruf…Rasulullah s.a.w juga ada berpesan bahawa, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya…”
Berbuat baik pada isteri itu PERINTAH ALLAH s.w.t dan SUNNAH RASULULLAH s.a.w…Maka siapa kita utk tidak mengikut perintah ini dan tidak mengamalkan sunnah tersebut…?
Kehilangan orang tersayang ibarat separuh dari diri kita hilang. Apatah lagi, pemergian tersebut secara mengejut.
Malamnya masih bergurau senda, namun esoknya dia sudah tiada lagi. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bila mendapat berita yang cukup menghibakan.
Perkongsian pelakon Catriona Ross dalam satu program benar-benar menyentuh hati. Kehilangan ibu dalam satu kemalangan benar-benar mengubah hidup pelakon Pujaan Hati Kanda ini.
“Sebelum pemergiannya, ibu selalu bercerita dan berkongsi satu hadis. Waktu itu saya tak tahu ia petikan hadis. Petikan berbunyi dalam sekujur jasad, ada seketul daging. Andai baik daging itu maka baiklah seluruh jasad itu. Andai buruk, maka buruklah seluruh jasad itu.
“Seketul daging itu adalah hati. Jadi, saya selalu fikir apa yang ibu selalu bercerita berulang kali. Lama-kelamaan baru saya faham, dalam mendidik dan menasihati anak, keluarga dan orang sekeliling segalanya adalah berkenaan hati.
“Waktu umur 4-5 tahun, saya dan adik perempuan diminta ibu untuk baca surah-surah lazim sebelum tidur. Esoknya, pantang bagi ibu bila kami bangun dan sebut ‘good morning’. Sebaliknya ibu minta kami bagi salam dan barulah cakap good morning kalau perlu. Itulah antara perkara yang ibu saya lakukan dan saya cuba terapkan dalam mendidik anak-anak sehingga sekarang.
Pesanan ibunya waktu awal perkahwinan dulu masih diingat sehingga kini. Kata arwah, layan dan terima keluarga mentua sebagai keluarga kedua.
“Kalau berkahwin nanti, jangan fikir itu famili mentua, tetapi itulah keluarga kedua kamu. memang menyakitkan bila kehilangan ibu tetapi alhamdulillah Allah berikan ibu mentua yang sangat memahami, penyayang untuk saya jadikan pengganti arwah ibu.
“Mendidik dan membesarkan anak-anak cukup mencabar dan bukan mudah. Bagaimana kita nak betul-betul didik anak supaya mereka hormat kita kerana sayang bukan kerana takut. Saya cuba didik anak dan selalu tanya kenapa hormat mummy, dia kata sebab sayang. Saya tanya lagi kenapa sayang saya, anak saya kata kerana ibu lahirkan saya.
“Untuk seorang anak umur 5-6 tahun sangat meluluhkan jiwa raga kita. Saya tanya kena nak hormat mummy, anak saya kata sebab dia nak bersama tok mummy (ibu saya) di syurga. Jadi dia nak ke syurga, jadi dia perlu hormat semua orang disekelilingnya.
“Insyaallah apa yang saya terapkan pada anak-anak ini adalah hasil didikan ibu saya dulu. Saya harap anak saya membesar dan menyayangi Allah dan Rasul, mentaati agamanya.
Risaukan apabila anak tidak membuang air besar beberapa hari atau dikenali sebagai sembelit. Jika dibiarkan ia mungkin merujuk kepada masalah sistem pencernaan. Malah sembelit boleh menjejaskan proses tumbesaran kanak-kanaktermasuk bayi.
Jadi ibu ayah kena tahu cara untuk mengelak masalah ini. Melalui maklumat yang diperolehi, menurut Dr. Syahrul Bariah Abdul Hamid, Ketua Pusat Pengajian Pemakanan & Dietetik,Fakulti Sains Kesihatan, Uitm Puncak Alam mengenai pemakanan yang betul mengelak masalah sembelit dikalangan kanak-kanak.
Sembelit kerap terjadi di kalangan kanak-kanak dan atas sebab itu, ia juga sering dipandang ringan oleh sesetengah ibu bapa. Mereka mengandaikan ia adalah perkara biasa yang berlaku semasa proses tumbesaran, terutama apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pejal ketika berusia 6 bulan.
Menurut definisi, sembelit berlaku apabila seorang kanak-kanak membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, mengalami kesukaran semasa proses itu atau najis adalah keras, kering dan bersaiz agak besar daripada kebiasaan dan kanak-kanak mengadu sakit semasa membuang air besar.
PUNCA SEMBELIT
Sembelit terjadi apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan di dalam usus yang menyebabkan najis menjadi kering dan keras.
Banyak faktor boleh menyumbang kepada sembelit di kalangan kanak-kanak, termasuk:
1.Perubahan pada diet
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta air yg tidak mencukupi pada diet kanak-kanak boleh menyebabkan sembelit (Fujitani et al., 2018). Selain daripada itu, ia juga kerap terjadi pada bayi yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal disebabkan perubahan diet cecair (susu ibu/formula) kepada makanan pejal.
2.Alahan kepada susu lembu
Alergi kepada susu lembu dan produk tenusu serta pengambilan yang berlebihan juga boleh menyebabkan sembelit.
3.Sejarah keluarga
Kebarangkalian berlakunya sembelit pada kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang berpengalaman menghidap sembelit adalah tinggi. Ia mungkin disebabkan oleh genetic dan tinggal dalam persekitaran yang sama
4.Kegemukan atau berlebihan berat badan
Beberapa kajian mendapati sembelit kerap terjadi pada kanak-kanak yang berlebihan berat badan dan kegemukan berbanding usia. Ini kerana, pengambilan harian mereka adalah kebanyakannya tinggi lemak, kurang serat dan air serta terhad aktiviti fizikal.
5.Menahan atau mengabaikan rasa ingin buang air besar kerana sibuk bermain, takut ke tandas atau tidak selesa menggunakan tandas awam apabila di luar.Kesakitan yang dialami semasa buang air besar menyumbang kepada trauma dan menyebabkan kanak-kanak akan menahan diri daripada membuang
6.Masalah latihan tandas pada usia muda
Sekiranya anak-anak diberikan latihan tandas pada usia muda dan tidak bersedia, ia boleh mendorong kanak-kanak untuk menahan buang air besar dan menyebabkan sembelit.
7.Perubahan pada rutin harian
Sebagai contoh, cuaca, tempat dan stress akan mendorong kepada sembelit.
8.Pengambilan ubat atau suplemen
Sesetengah jenis ubat dan supplemen boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
9.Masalah kesihatan
Sembelit di kalangan kanak-kanak disebabkan masalah kesihatan atau penyakit jarang berlaku, tetapi ia merupakan petunjuk kepada abnormaliti pada anatomi, metabolic atau system pencernaan atau disebabkan penyakit yang lain.
BAGAIMANA MENGATASI DAN MERAWAT SEMBELIT?
1.Tingkatkan pengambilan air
Minum air masak atau cecair yang lain dapat membantu najis melalui usus dengan mudah. Jumlah air yang diperlukan setiap kanak-kanaka dalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Tetapi, kebiasaannya, kanak-kanak memerlukan 3 ke 4 gelas air masak setiap hari. Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas dan mula diperkenalkan dengan makanan pejal, cuba tawarkan sedikit jus prun sekiranya menghadapi sembelit. Manakala, bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan dan berlari, pengambilan air perlu ditingkatkan sesuai dengan pertambahan usia dan aktiviti fizikal mereka.
2.Hidangkan makanan yang berserat tinggi
Makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan seperti jambu batu, prun dan epal dan roti mil penuh boleh membantu mengelakkan sembelit (Stewart & Schroeder, 2013). Serat tidak boleh dicerna, tetapi ia membantu dalam memudahkan pencernaan makanan sehingga ke penyahtinjaan. Manakala, makanan yang tinggi lemak, gula dan berkanji menyebabkan pergerakan usus lebih lambat dan berkecenderungan mengalami sembelit (Fujitani et al., 2018).
3.Pengambilan jus buah-buahan
Jus buah-buahan dapat membantu mengatasi sembelit, sebagai contoh buah prun, epal atau pir. Kanak-kanak berumur setahun dan ke atas digalakkan minum jus buah sebanyak 120 ml – 180 ml sehari, manakala bagi bayi berumur 6 bulan ke setahun, tidak melebihi 120 ml sehari.
4.Aktiviti fizikal yang mencukupi
Aktiviti fizikal membantu dalam memudahkan pergerakan usus, jadi, ibubapa perlu menggalakkan anak-anak untuk beriadah seperti berbasikal, berlari di taman dan sebagainya.
5.Jadual makan yang tetap
Jadual makan yang tetap setiap hari dapat membantu kanak-kanak membentuk rutin amalan buang air besar
6.Pengubahsuaian pada diet
Bagi bayi yang baru diperkenalkan makanan pejal ketika berusia 6 bulan. Ibubapa perlu bijak membuat pengubahsuaian terhadap diet si bayi agar bersesuaian dengan umur dan kemahirannya. Perhatikan keadaan najis kanak-kanak dalam tempoh beberapa hari selepas diperkenalkan dengan makanan tertentu. Ibubapa perlu sentiasa peka dengan perubahan najis anak dan perubahan diet mereka. Sekiranya bayi tidak membuang air besar 2 ke 4 hari, lebihkan pengambilan air atau buah dalam diet mereka.
Kanom Piak Poon atau Puding Pandan Thai ini antara sajian pencuci mulut yang sangat terkenal di negara Thailand. Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding, lembut, cair dalam mulut!