Rasa teruja bercampur rasa berdebar membuatkan bakal ibu mula rasa ragu-ragu akan ketepatan ketika menggunakan kit kehamilan. Betul ke hamil? Macam-macam persoalan yang mula difikirkan.
Macam mana nak periksa samada hamil atau tidak dan bila waktu sesuai. Panduan yang dikongsikan oleh Hello Doktor ini boleh anda jadikan panduan.
Anda mungkin ingin melakukan UPT secepat mungkin tetapi disarankan untuk menunggu sehingga tempoh seminggu anda tidak mengalami pendarahan haid.
Jika rasa tak sabar menantikan hari kedatangan haid, bakal ibu disarankan sekurang-kurangnya berikan tempoh 1 atau 2 minggu selepas hubungan seks terakhir anda sebelum menjalani ujian UPT.
Tempoh menunggu ini penting, kerana badan perlu membangunkan hormon kehamilan hCG secukupnya agar keputusan ujian kehamilan positif dapat dikesan.
Bagi kebanyakan kes, anda sudah boleh mengesan tahap hCG bermula 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan telur berlaku. Jika waktu melakukan UPT terlalu awal, anda mungkin menerima keputusan negatif walaupun pada hakikatnya anda hamil.
Waktu tepat buat ujian UPT?
Anda boleh lakukan ujian pada hari pertama lewat haid. Jika anda tidak tahu bilakah tarikh anda datang haid, lakukan ujian sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda melakukan hubungan seks.
Waktu terbaik untuk membuat ujian UPT ini pastinya ketika waktu pagi sebaik bangun dari tidur. Air kencing pertama pada waktu pagi mempunyai kadar kepekatan hCG paling tinggi.
Air kencing pertama pada waktu pagi adalah yang terbaik bagi mengesan tanda awal kehamilan. Ia biasanya mengandungi kadar kepekatan human chorionic gonadotropin (hCG), iaitu hormon kehamilan yang tertinggi.
Berita baiknya, kadar hormon hCG ini akan meningkat setiap 2 hari pada awal kehamilan. Ini bermakna selepas minggu ke-4 atau ke-5 kehamilan, tahap hCG adalah mencukupi untuk memberikan hasil ujian kehamilan positif lebih tepat tanpa perlu menggunakan air kencing pertama waktu pagi. Sekali gus, bermaksud waktu melakukan UPT adalah pada bila-bila masa dalam sehari.
Ujian darah lebih tepat
Umumnya, ujian kehamilan yang dilakukan di rumah anda adalah untuk mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing. Doktor mencadangkan untuk melakukan ujian darah kerana ia lebih sensitif dan boleh memberikan lebih banyak maklumat berbanding ujian pengesan melalui air kencing yang dibuat di rumah.
Ujian pengesanan kehamilan melalui darah ini paling terbaik untuk dilakukan setelah beberapa hari lewat daripada waktu anda sepatutnya mengalami haid.
Ujian pengesanan kehamilan melalui darah ini paling terbaik untuk dilakukan setelah beberapa hari lewat daripada waktu anda sepatutnya mengalami haid.
Jika ujian yang dilakukan di rumah tetap memberikan hasil keputusan negatif walaupun anda mengalami semua tanda kehamilan, cadangan terbaik adalah untuk melakukan ujian darah ini.
Membina dan menjaga hubungan baik antara menantu dan mertua, tidak dinafikan akan terkesan dalam membentuk sebuah rumah tangga yang harmoni dan bahagia.
Sebaiknya tolak jauh-jauh perasaan kononnya menantu dan mertua tidak sebulu. Tapi yakinlah andai mertua dan menantu bijak memainkan tanggungjawab masing-masing dan ibu ayah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anak-anak membina keluarga mengikut acuan mereka, pasti semua akan menjadi lebih mudah.
Ini sebagaimana perkongsian kisah daripada Mohd Yazid tentang ibu mertuanya yang dianggap sebagai mertua dari syurga.
Jom ikuti perkongsian penuh daripadanya.
Mertua dari syurga..
Ketika saya di tahun dua UIA, saya berkenan nak kawin dengan Widyana Ali. Saya minta no hp maknya dan terus call. Gentleman kan kan.
Masa call, saya guna strategi, saya tak cakap nak kawin. Tapi saya bagitahu nak jaga anaknya supaya sentiasa sihat dan cemerlang pelajaran, yang mana indirectly maksudnya nak kawin degan anak Mak sebenarnya. Masa tu Widyana ada sedikit masalah kesihatan sejak kematian ayahnya.
Widyana anak yatim, ayahnya meninggal sebulan sebelum Widyana ambil SPM. Allahummaghfir lahu warhamhu.
Alhamdulillah Mak setuju walaupun Widyana masa tu baru tahun satu di UIA. Mak tak tanya pun saya ada duit ke, ada income bulanan ke, nak tinggal kat mana lepas kawin. Mak suruh bawa keluarga untuk bertunang dan bincang pasal majlis.
Bayangkan nak bagi anak yang masih belajar di tahun satu universiti, bukan satu keputusan yang mudah. Tambah pula kakak kepada Widyana pun belum kawin, tiba-tiba anak bongsu nak langkah bendul pula. Tapi Mak rilek je terus bagi bila saya call.
Selepas 10 bulan bertunang, kami kawin. Ahamdulillah pelajaran kami makin cemerlang selepas kawin dan CGPA meningkatkan.
Fast forward, selepas lebih 12 tahun kawin, saya rasa sangat bertuah dapat mak mertua yang “cool” macam Mak. Tak pernah sekali pun campur tangan dalam urusan keluarga anak menantu. Semua keputusan kami buat Mak tak bantah, malah Mak sokong semua.
Mak tak pernah busy body. Tak pernah tanya dan tak pernah tahu pun berapa income kami. Hanya bila Mak hadir sesi briefing pasal bisnes saya baru mak tahu income saya, itu pun selepas lebih 10 tahun jadi menantu.
Tiga tahun lepas ketika Widyana nak berhenti kerja sebagai pensyarah di KUIS, Mak tak tanya pun kenapa nak resign. Semua keputusan kami Mak tak persoalkan, padahal berhenti kerja sebagai pensyarah ni bukan perkara yang normal. Tak kan lah anak belajar tinggi-tinggi jadi best student akhirnya jadi suri rumah “je”.
Layanan kepada anak-anak dan menantu sama adil, tak ada pilih kasih. Harta dan pangkat tak memberikan apa-apa perbezaan, semua sama Alhamdulillah. Terima kasih Mak.
Kepada kawan-kawan yang bakal nak jadi mertua, jadilah mertua yang tak busy body. Tu je tip untuk jadi mertua yang soleh .
Tip untuk menantu, terima lah seadanya mertua kita. Layanlah mereka seperti ibubapa kandung.
P/s: Ini gambar tahun 2010 masa majlis konvo, Mak dan Mek bersama menantu masing-masing. Bashir berumur 2 tahun masa tu.
Benarlah anggapan yang mengatakan kesetian seorang isteri diuji ketika tidak memiliki apa-apa. Manakala si suami pula diuji bila mana mempunyai segalanya.
Kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya. Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun.
adi sebagai suami, jangan asyik kondem isteri sahaja, lebih lebih lagi jika mereka sudah tidak selangsing atau secantik dulu. Kena baca apa pesanan Intan Dzulkefli
kongsikan di sini. Moga jadi panduan dan pedoman untuk semua pasangan suami isteri.
Isteri Tak Lagi Secantik Bidadari
Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut.
Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.
Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.
Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.
Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.
Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.
Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.
Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.
Tundukkan Nafsu Jahat
Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.
Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, “Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)
Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.
Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.
Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.
Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.
Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.
Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?
Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.