Pelakon drama Gerak Khas, Sheera Iskandar yang kini sedang sarat hamil anak pertama teruja menanti kelahiran zuriat hasil perkahwinannya dengan suami, Mohd Halim Abdul Gani.
Namun demikian dalam kegembiraan itu, terselit perasaan sedih apabila ia tak dapat dikongsi oleh arwah papanya, Tengku Iskandar yang meninggal dunia pada 28 Februari lepas.
Menurut Sheera, bapa mentuanya pula meninggal dunia pada 15 April lalu.
“Mereka tak sempat nak tengok cucu. Sebelum mereka meninggal, saya sempat beritahu yang saya mengandung. Kedua-duanya sangat bersyukur dengan berita gembira tersebut.
Arwah papa amat gembira bila tahu saya mengandung. Arwah ayah mentua pula, bila kami tunjukkan gambar scan baby, raut wajahnya seakan tahu dia tak sempat tengok cucunya,” demikian ujar Sheera yang meluahkan rasa sedih mengenangkan dua insan tersayang tidak dapat menatap wajah anak sulungnya.
Ads
FOTO: Instagram @sheeraiskandar
Kedua-duanya meninggal dunia pada Februari dan Ramadan tahun ini akibat sakit tua. Sheera yang berkahwin dengan Mohd Halim pada 3 Mei tahun lalu sempat meluangkan masa pulang ke kampung Halim di Melaka pada Hari Raya pertama.
“Raya kali ini disambut bersederhana saja. Saya baru baik dari C0VID-19 dan belum sihat sepenuhnya. Halim pun kerja di pagi raya. Lepas kerja kami balik Melaka sekejap untuk beraya bersama ibu Halim dan ziarah kubur ayah mentua.
“Berkenaan persiapan menyambut cahayamata sulung, saya dijangka bersalin pada awal Jun. Persiapan pun belum sepenuhnya. Anak pertama jadi kami belum tahu sepenuhnya apa yang perlu dibeli.
Ads
FOTO: Instagram @sheeraiskandar
“Sepanjang hamil saya tidak mengidam yang bukan-bukan. Sekarang pun dengan deria rasa dan bau hilang akibat C0VID-19, makan lauk raya pun tak ada rasa. Doktor tak cakap pula saya kena jangkitan tahap berapa. Cuma Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kena pantau saya sebab mengandung,” katanya.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pilu dan menyentuh hati. Itu yang boleh digambarkan tatkala membaca kisah yang cukup menyedihkan ini. Kisah ibu dan anak ini dikongsikan oleh Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor.
Dalam satu perkongsian, pihak skuad menerima info seorang pemuda yang telah terlibat dalam kemalangan dua bulan lalu. Pemuda ini berasal dari Sabah dan merantau seorang diri di Selangor untuk mencari rezeki bagi meyara keluarga di Sabah. Kemalangan berlaku 2 bulan lalu akibat terbabas ketika menunggang motorsikal semasa perjalanan balik kerja.
Sepanjang 2 bulan di Hospital, ayah dan ibunya dari Sabah datang menjaganya yang berada dalam keadaan koma. Mereka berdua hanya menumpang di Balai Pelawat Hospital.
Dua bulan bertarung nyawa
Oleh kerana keadaannya yang tidak menunjukkan perkembangan, doktor pakar memanggil pihak Zakat Selangor dan berbincang mengenai urusan memindahkannya ke Hospital di Sabah agar lebih mudah penjagaan dan kebajikan ibu bapanya mencukupi.
Namun, Allah lebih menyayanginya. Dua bulan bertarung naywa akhirnya lelaki tersebut kembali kerahmatullah.
Awalnya si ibu memilih untuk membawa pulang jenazah ke Sabah. Setelah perbincangan dan penerangan dari SSU, ibu dan bapa ini bersetuju untuk di uruskan jenazah ini di semenanjung pada hari ini.
Ciuman ibu buat kali terakhir
Saat anak dikapan dan diturunkan ke liang lahad, kelihatan si ibu ini mengambil kesempatan buat terakhir kalinya mencium anaknya dengan aliran air mata meredhai pemergian anaknya.
Dalam pada itu, Zakat Selangor turut membantu sepenuhnya bagi urusan ini sehingga dikebumikan. Selain itu, pihak zakat turut bermurah hati menerbangkan ibu dan bapa arwah untuk pulang terus ke Sabah dengan bantuan wang zakat kerana mereka dari keluarga yang tidak berkemampuan.
Inilah sebahagian fungsi wang zakat, diagihkan sebaiknya. Marilah sama – sama kita doakan agar pemuda ini dikurniakan keampunan dari Allah, dirahmati rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh. “bersama kami membantu mustahiq”
Setiap kali Dato’ Lee Chong Wei (LCW) memuat naik perkongsian di media sosial miliknya, pasti membuatkan ramai terhibur. Tulisannya cukup melucukan dan ada sahaja kisahnya yangg membuatkan ramai geli hati.
Terbaru, LCW berkongsi cerita mengenai anak sulungnya yang meminta untuk makan buah kurma. Namun disebabkan anaknya ketika itu bercakap dalam bahasa inggeris, membuatkan dia salah faham yang anaknya mahu ‘date’.
Kisah tersebut mengundang kelucuan di kalangan warganet dan rata-rata menyifatkan anak bekas jaguh negara dalam sukan badminton itu kini banyak mewarisi sifat LCW selain wajah mereka juga mirip.
Bulan Ramadan menjelang. Chong Wei sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga bulan Ramadan yang suci ini memberi rezeki dan kekuatan baharu kepada semua, terutama ketika negara beransur ke phasa endemik. Marhaban Ya Ramadan, selamat menjalani Ibadah puasa.
Kepada non muslim, jom kita sama-sama memberi penghormatan kepada kawan-kawan kita yang menunaikan ibadah puasa. I pun sudah berpesan kepada Kingston agar lebih bertolak ansur ngan kawan-kawan melayu kelas dia terutamya sessi rehat di sekolah. Ingatkan cerita Syihan & Amli puasa last year.. yg x ingat scroll balik je.
Sidenote : Chong Wei dan Mew Choo juga telah membeli kurma untuk kawan-kawan Muslim, santapan berbuka puasa. Semalam baru beli, I pon letaklah kat atas meja makan. Kurma tu dalam kotak.
Tetiba Kingston muncul. Aku masa tu tengah baca berita kat telepon, sambil minum Teh Bawangchaji MY – 霸王茶姬 . Kingston tetiba tanya dalam English. Jarang dia pakai English.
Kingston :” Papa , can I have a date ?”
Tersembur teh aku. “ You are too young to have a date!! Anyway pretty or not first?“
Kingston :” Erm, skin a bit crumbled “
Me : “ Alamak old lady ka ?”
Kingston :” What old lady, I mean the date in the box.”
Baru then I tahu I dah dimalukan apabila I baca kotak kurma tu tertulis “Medjoul Dates”.
Hubungan suami isteri bukan sekadar saling memahami, tetapi juga menjadi teladan terbaik untuk anak-anak. Namun, tanpa kita sedar, kadang kala perasaan tidak puas hati terhadap pasangan terlepas dalam bentuk kata-kata negatif di depan anak-anak. Perkara kecil seperti mengeluh atau mengumpat pasangan boleh memberi kesan besar kepada cara anak-anak memandang ibu bapa mereka.
Kata-kata seperti, “Bapak kau ni pemalas!” atau “Mak kamu menyusahkan betul,” mungkin nampak ringan, tetapi sebenarnya ia menggugat rasa hormat anak terhadap ibu bapa. Bila anak-anak sering mendengar kritikan sebegitu, ia membentuk persepsi buruk yang kekal hingga mereka dewasa. Lebih buruk lagi, ia boleh menyebabkan hubungan yang renggang dan hilangnya rasa kasih serta hormat dalam keluarga.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Khairul Nadzir perlu kita ambil peduli untuk kesejahteraan rumah tangga.
MENGUMPAT DI BELAKANG PERIHAL PASANGAN DEPAN ANAK-ANAK “Saya dengar dengan telinga saya sendiri tuan, saya balik dengan penatnya, isteri saya suruh anak-anak masuk bilik sambil cakap ‘binatang tu dah balik’!” Sambil berkaca matanya bercerita.
Saya tak tahu apa yang berlaku antara dia dan isteri, tapi masih terngiang ceritanya walaupun dah bertahun kisah ini berlaku. Kita tak sedar, kadang kala kita ini ter’mengumpat’ dengan anak-anak di belakang suami atau isteri. Padahal benda kecik je. Tapi anak-anak akan ingat sampai bila-bila walaupun dalam usia kecil terhadap ‘umpatan’ di belakang. “Aish, mak kamu ni, menyusahkan betullah” “Itulah perangai bapak kau, pemalas!” “Jangan jadi macam mak kau tu, comot!”
Perkataan yang tanpa sedar, kita sebut depan anak-anak, tapi tidak diketahui oleh sang suami atau isteri. Anak-anak ambil perkataan ini sebagai ‘judge’ kepada ibu ayahnya, dan tak sedar, anak-anak hilang respect perlahan-lahan sampai mereka besar, dan tiada masalah untuk merasa hina terhadap kita sebagai makayah, maka, biadab adalah intonasi yang jadi kebiasaan kepada kita daripada anak-anak. Nauzubillah. Saya banyak belajar dengan orang keliling terutama isteri saya, apa yang nak disebut dengan anak-anak ketika pasangan tiada bersama untuk bekerja atau sewaktu dengannya supaya anak-anak kita boleh tahu erti kemuliaan kepada ibu ayahnya.
Buatlah 5 ‘skrip mengumpat’ di belakang pasangan kita ni depan anak-anak, insyaAllah tanpa sedar, walaupun kita jarang dengan anak, anak mampu jadikan kita ni hero/heroin di mata mereka.
1. Selalu sebut ayah/ibu tiada di rumah sebab apa. “Ayah pergi kerja, nak bawak balik rezeki” “Ibu pergi berniaga, sebab nak tolong ayah” “Ayah keluar lama-lama, sebab ayah pergi tolong orang/ dakwah,” “Mak keluar dengan kawan-kawan, sebab nak rehat kejap, kan ibu dah lama dengan korang,” Nampak simple, tapi anak tahu pasangan kita keluar rumah ada tujuan yang jelas. Elakkan guna ayat-ayat yang anak kita ada soalan kedua, contohnya, pergi meeting, dan pergi jumpa kawan atau lain2. Anak kita tak sampai lagi level kena tahu benda-benda ni. Biar kita sebagai pasangan je simpan.
2. Sebut timeline waktu balik pasangan. “Ayah/mak kau kalau dah jumpa kawan, tak reti balik!” “Ayah/mak kamu mana reti balik bila dah kerja, tak payahlah tunggu!” “Ayah/mak kau kalau dah keluar, jalan balik rumah pun lupa!” Boleh bayang tak apa yang anak akan proses dalam otak bila pasangan sebut begini? Kita tak puas hati pada pasangan tu satu hal lah. Tapi janganlah drag anak kita sekali utk bencikan ibu ayah mereka sendiri. Sebutlah, contoh.. “Ayah/mak keluar sekejap dengan kawan-kawan tu, nanti baliklah,” “Ayah/mak keluar 2-3 hari je tu.”
3. Puji penampilan dan sikap positif pasangan depan anak-anak “Cantiknya anak ayah pakai tudung, macam mak laaa,” “Sihatnya anak umi, macam abinya’” “Along ni rajinlah, macam abi,” “Adik ni sopan je, macam umi,” Perkataan yang kecil, tapi impaknya teramat dahsyat, terutama sekali kepada anak perempuan. Tanda-tanda anak-anak tak boleh jadikan ibu ayahnya sebagai hero/heroin hidup mereka, apabila pasangan gagal bercerita hebatnya ibuayah mereka daripada kita sendiri. Tak sedar kita selalu ‘ejek’ pasangan depan anak-anak dengan bentuk fizikal, rupa paras, sikap dan tingkahlaku yang negatif, sehingga anak-anak berani ‘ulang’ perkataan itu depan orang ramai. Buanglah benda ni. Rugi untuk kita sekeluarga.
4. Selalu rasionalkan anak, apabila pasangan kita buat sesuatu pada anak. “Along kena tahu kenapa abi marah, sebab apa yang along buat tu salah,” “Abi bawak awak makan-makan ni sebab, nak hargai umi yang banyak jaga awak semua,” “Adik cuba tengok umi, penat tak? Sebab umi nak bagi yang terbaik pada adik” Siapa lagi yang nak jadi backup besar kepada kita kalau bukan pasangan kita sendiri. Jangan manipulate situasi depan anak-anak untuk dilihat ‘sayang sebelah pihak’ kalau pasangan kita buat sesuatu pada anak, apatah lagi dalam situasi menghukum anak oleh salah seorang daripada pasangan.
5. Ajar anak bacakan doa dan al fatihah untuk makayah dia secara kerap jika berjauhan. Saya rasa inilah asas paling besar dalam memastikan kita beri perkataan yang terbaik pada anak ketika pasangan kita berjauhan atau berada di ‘belakang’ kita. Seawal usia kecil dah diajar untuk doakan ibu bapanya. Bukan hanya bila dah tiada, baru nak dibacakan doa, kerana hati kita ini ada pemilik-Nya. Bila tidak berdepan dan bersua, yang mengikat kita ini hanyalah Allah. Tanamkan anak-anak kita ni dengan ikatan yang paling mulia, iaitu doa kepada Allah. InsyaAllah, pandangan sakinah dan mawaddah sentiasa akan terbit walaupun berjauhan, dan insyaAllah juga hati ini akan tidak tergamak berkata yang buruk-buruk di depan anak terhadap pasangan kita. Begitulah . So, silalah mengumpat yang baik-baik ye pada pasangan kita di depan anak
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...