Siapa kata Ramadan bulan berjimat? Sebenarnya kos barang basah semakin meningkat berbanding bulan-bulan biasa. Kos terpaksa dilebihkan untuk membeli kelengkapan dan barang-barang untuk memasak, demi memenuhi selera anak-anak yang berpuasa.

Itu belum masuk lagi kos untuk membeli di bazaar atau makan sesekali makan di luar bersama anak-anak. Kosnya memang luar biasa.

Pun begitu, tahukah anda sebenarnya bermula dari perbelanjaan barangan dapur, suri rumah mahupun suri bekerjaya boleh saja merancang belanjawan agar tidak membebankan terutamanya dalam membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

1. ATUR BELANJA DAPUR

Buatkan jadual belanjawan dalam tempoh sebulan sepanjang Ramadan. Beli apa yang perlu dan rancang makanan yang hendak dimasak dalam bulan itu. Sebaiknya, senaraikan barangan dengan harganya sekali. Cara ini membolehkan anda melihat pergerakan wang anda pada bulan-bulan seterusnya.

Jimatkan Belanja Barang Dapur Sepanjang Ramadan, Ibu Boleh Praktikan 10 Cara!

2. BIJAK MEMBELI

Maksudnya di sini, sebelum berbelanja, anda telah menyenaraikan keperluan. Jika tidak begitu mendesak, letakkan ia di senarai paling akhir. Ada duit lebih, barulah boleh dimasukkan dalam troli barangan.

3. CERMAT KUASAI DAPUR

IKLAN

Suri yang hebat adalah suri yang cermat menggunakan bahan mentah atau peralatan di dapur. Memasak ikut keperluan keluarga, bukannya ikut suka sehingga akhirnya tidak dimakan oleh anak-anak mahupun suami.

Belajar dari orang tua ataupun banyakkan belajar agar mahir memasak sekaligus tidak menggunakan bahan mentah yang tidak diperlukan.

4. DAHULUKAN KEPERLUAN

Jangan sesekali membeli keperluan yang tidak diperlukan oleh keluarga mahupun anak-anak. Katakan anda begitu teringin memiliki kuali berjenama yang memudahkan kerja-kerja memasak.

Apa kata anda simpan sedikit wang dari belanja dapur itu. Setelah cukup barulah membelinya. Tahan keinginan dan elakkan berhutang.

Jimatkan Belanja Barang Dapur Sepanjang Ramadan, Ibu Boleh Praktikan 10 Cara!

IKLAN

5. ENERGI DARI DAPUR

Mencipta makanan yang enak tidak memerlukan anda membeli bahan mentah yang mahal. Jika pandai mengubah resipi mengikut cita rasa anda dan keluarga itu sudah membolehkan suami dan anak-anak jatuh kasih dengan air tangan anda. Lihat apa yang ada di dalam peti ais dan ubah suai mengikut keperluan.

6. GUNA FUNGSI SEPENUHNYA

Gunakan sepenuhnya alatan yang ada di dapur anda selagi ia masih berfungsi dengan baik. Tidak perlu memasak berkali-kali. Memasaklah sekali sehari tetapi masih boleh dinikmati sehingga ke tengahari atau menjelang malam hari.

7. D.I.Y

IKLAN

Mengapa perlu berbelanja lebih semata-mata mahu menikmati keenakan sesuatu makanan? Cuba belajar di internet dan buat saja sendiri. Sekarang ini banyak panduan dan teknik membuat makanan proses sendiri dengan bantuan carian di ‘google’.

Jimatkan Belanja Barang Dapur Sepanjang Ramadan, Ibu Boleh Praktikan 10 Cara!

8. ELAK BOROS

Pernahkah anda membeli makanan dan akhirnya makanan itu dibuang ke tong sampah? Itu salah satu amalan pembaziran sekaligus menyusutkan nilai wang anda. Nasi yang berlebihan jangan dibuang, tetapi boleh digunakan untuk membuat nasi goreng atau diadun dengan tepung untuk dibuat cekodok.

9. NOTA KECIL

Tulis nota belian dan belanjawan ikut keperluan anak-anak di peti sejuk. Tujuannya mengingatkan anak-anak dan keluarga yang anda sebenarnya sedang menggalakkan kempen penjimatan di dapur.

10. BELAJAR BERJIMAT

Rancang jika anak-anak mahu menikmati makanan kegemaran mereka. Beli bahan mentah bukan sekali guna, sebaliknya boleh digunakan untuk keperluan yang lain. Contohnya membeli seekor ayam, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan untuk tempoh seminggu itu.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI