Terlalu lama menanti, pelakon dan penyanyi Marsha Milan dan suami nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat sedikit masa lagi.
Melalui perkongsian Harian Metro, Marsha dan suami yang sudah pun tujuh tahun menanti mencapai kata sepakat demi untuk zuriat mereka yang dinantikan sekian lama.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
Ads
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Akui Marsha lagi, dia sememangnya seorang yang berfikiran positif malah tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai soal zuriat.
Ads
Malah dia tambah semangat dengan sokongan peminat yang selama ini mendoakan zuriat buat dirinya.
“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.
Ads
Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.
Bila masuk bulan ramadan ni, tak dinafikan sesekali pasti akan teringat kenangan bersama yang tersayang. Lebih-lebih lagi bagi orang yang sudah tiada meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Baru-baru ini, penyanyi lagenda, Datuk Hattan ada meluahkan rasa rindu kepada ibunya memandangkan sekarang kita berada di bulan yang mulia, malah memberi cadangan untuk adik beradik berkumpul untuk membersihkan dan menziarah kubur mereka yang sudah pergi.
Bukan cuma itu, perkongsian berbentuk video yang dimuat naik di laman instagram miliknya itu juga terselit pesanan kepada orang di luar sana yang amat menusuk kalbu lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan seorang ibu.
Dalam video berdurasi 1 minit itu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin berkata sekiranya si anak telah menjatuhkan air mata ibu, maka dengan itu segala kemewahan yang dimilikinya langsung tidak bermakna.
“Ibu kita ni jangan sesekali pun kita menitikkan air matanya. Kalau terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita.
“Tak kisah macam mana tinggi pun kita berdiri di muka bumi ni, tapi kita mengguriskan hati ibu, baik pergi minta ampun.
“Kalau jatuh kebawah, sakit. Macam mana berjaya pun tak ada makna. Sebab apa? Dalam masa 24 jam semua benda boleh hilang dalam sekelip mata.
“Banyak kali dah terbukti benda macam ni. Percayalah cakap saya. Emak kita ini adalah segala-galanya untuk kita. Kena ingat tu,” pesannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat peribadi pelantun lagu ‘Gadis Jolobu’ ini. Malah, ada yang mengatakan bertuah bagi sesiapa yang masih ada ibu dan jangan pernah abaikan mereka demi orang lain.
Lelaki Ini Hilang Sebelah Tangan Seminggu Sebelum Kahwin, Gigih Tebar Roti Canai Demi Keluarga.
Meruntun jiwa apabila mendapat tahu bahawa salah satu anggota terpaksa di potong akibat hancur teruk akibat kemalangan. Lebih menyedihkan lagi, kejadian itu berlaku seminggu sebelum hari perkahwinan.
Namun tragedi pahit itu bukan menjadi penamat dalam hidupnya. Dia tetap gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan demi keluarga tersayang.
Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, mad_ujang atau Khairil Badri Zainurin menunjukan kecekapannya menebar roti canai hanya menggunakan satu tangan sahaja.
Untuk menebar roti canai bukan suatu yang mudah lantaran ia memerlukan kecekapan yang baik dan fokus.
Kagum dengan semangat yang ditonjolkannya, telah meraih perhatian ramai buat pelanggan yang pernah menjamu selera di Medan Selera Pasar Borong Batu Berendam
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tragedi dalam hidup, kehilangan tangan kiri
Mengimbau tragedi hitam dalam hidupnya kira-kira lima tahun lalu, katanya ia berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Taman Merdeka menuju ke Pasar Borong Batu Berendam, Melaka.
Dia yang menaiki motosikal bersama isteri (ketika itu tunang) dalam kelajuan sekitar 80-90 kilometer/jam.
Tanpa disangka sebuah kenderaan dari arah bertentangan secara tiba-tiba memasuki simpang pada bahagian kiri saya.
Demi memastikan isterinya selamat, dia sempat menghalakan motosikalnya bertembung sebelah kiri yang mengakibatkan tangannya hancur.
Lebih menyedihkan akibat kemalangan jalan raya itu berlaku seminggu sebelum majlis perkahwinan.
Akibat kemalangan tersebut, dia terpaksa menjalani hidup dengan satu tangan yang berbaki walaupun sebelum ini terdapat usaha untuk menyelamatkan tangan kirinya dengan memasukkan besi.
TABAH DEMI KELUARGA
Dikurniakan dua cahaya matanya bersama isteri tersayang adalah semangat buat dirinya untuk terus berjuang mencari rezeki buat keluarga. umber kekuatan buat dirinya untuk terus berbakti dalam perniagaan roti canai.
“Bagi saya, selagi kita masih berusaha, Allah SWT pasti akan membantu, tetapi sekiranya tiada usaha untuk mencari rezeki, tiada sesiapa yang akan membantu kita”.
Rezeki Khairil tidak berhenti disitu apabila dia kini menjadi pemilik kepada kedai roti canai yang dusahakannya selepas di amanahkan oleh pemilik kedai tersebut.
Khairil yang juga memiliki kereta GTR telah memberi sumber inspirasi kepada ramai warganet sempat memberi nasihat bahawa kekayaan akan datang jika berusaha.
WARGANET KAGUM
Meninjau di ruangan komen, ramai warganet kagum dengan kegigihan Khairil yang berjuang untuk memberi kebahagian buat keluarga tersayang. Kekurangan diri bukan menjadi halangan buat dirinya untuk berjaya dalam hidup.
“auto follow..mantap bro..tetap semangat biar apa pun dugaan yg dtg.. respected.”
“Alhamdulillah..selagi ada kemahuan insyaallah akan dipermudahkan segalanya. semoga sahabat teruskan perniagaan anda..”
“teruskan bang biar orang nak kata yang penting abang hebat.”
Anak kita berbeza-beza. Ada yang lebih cepat belajar dengan apa yang didengari namun ada pula yang peka dengan apa yang dilihatnya.
Bagaimana pula dengan anak ‘Naturalistic Learner’? Mak ayah biasanya jarang menyedari anak ‘Naturalistic Learner’ yang sememangnya amat menyukai alam di sekelilingnya.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol menerusi Instagram beliau, anak ‘Naturalistic Learner’ lebih mudah belajar bila berada di luar rumah berbanding ketika di dalam rumah. Ikuti perkongsian beliau.
Seminggu ni saya tengok anak saya asyik meragam je. Makin lama makin susah nak tidur malam.
Fikir punya fikir baru saya tersedar. Dah makin jarang saya bawa anak bermain di luar rumah.
Selalunya hampir setiap hari saya bawa anak naik basikal jauh sampai ke kebun pokok getah.
Kat situlah anak-anak kutip biji getah, ranting kayu dan daun yang menarik coraknya untuk dibawa balik.
Mula-mula saya fikir entah apa yang anak saya ni main. Lama-lama baru saya faham yang anak saya ni jenis Naturalistic Learner.
Dia ni jenis yang lagi cepat belajar bila dikelilingi oleh alam semulajadi.
Selain itu, kanak-kanak Naturalistic Learner ni suka:
* Libatkan diri dengan hands-on activities.
* Suka aktiviti di luar rumah atau bilik darjah.
* Suka belajar mengenai binatang dan tumbuh-tumbuhan.
* Suka aktiviti yang membolehkan mereka menyentuh dan memegang.
Nak anak belajar dengan lebih cepat, buat je aktiviti ni dengan anak:
– Main kad atau board game di atas rumput.
– Main anak patung di bawah pokok
– Berkebun bersama
– Bermain dalam lumpur
– Mandi dalam hujan
– Panjat pokok
– Bermain dengan ranting kayu
– Ajar anak perhatikan langit
– Bawa mainan yang biasa main di dalam rumah ke luar rumah
Mengikut kajian kanak-kanak anya perlukan 10 minit sehari untuk bermain di luar rumah.
Tapi kebanyakkan kanak-kanak meluangkan masa 7.5 jam sehari menghadap skrin elektronik.
Satu daripada lima kanak-kanak hanya bermain di luar rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Tip untuk mak ayah:
* Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit, tiga kali seminggu bersama anak di luar rumah.
* Kajian menunjukkan bermain di luar bersama alam sekitar dapat menurunkan hormone stress (kortisol).
Hari ini jom bawa anak bermain di halaman rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...