Lelaki Ini Hilang Sebelah Tangan Seminggu Sebelum Kahwin, Gigih Tebar Roti Canai Demi Keluarga.

Meruntun jiwa apabila mendapat tahu bahawa salah satu anggota terpaksa di potong  akibat hancur teruk akibat kemalangan. Lebih menyedihkan lagi, kejadian itu berlaku seminggu sebelum hari perkahwinan.

Namun tragedi  pahit itu bukan menjadi penamat  dalam hidupnya. Dia tetap gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan demi keluarga tersayang.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, mad_ujang atau Khairil Badri Zainurin menunjukan kecekapannya menebar roti canai hanya menggunakan satu tangan sahaja.

Untuk menebar roti canai bukan suatu yang mudah lantaran ia memerlukan kecekapan yang baik dan fokus.

Kagum dengan semangat yang ditonjolkannya, telah meraih perhatian ramai  buat pelanggan yang pernah menjamu selera di Medan Selera Pasar Borong Batu Berendam

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

 

 

@mad_ujang aku lah penebar roti canai terbang single hand.. dan inilah kelebihan tuhan bagi pada aku.. setiap org ada ujiannya..💪💪💪 #fypシ゚viral #fypsupportme #fyplikeshare ♬ Apapun Mereka Bilang – Dj Kapten Cantik

Tragedi dalam hidup, kehilangan tangan kiri

Mengimbau tragedi hitam dalam hidupnya kira-kira lima tahun lalu, katanya ia berlaku ketika dia dalam  perjalanan dari Taman Merdeka menuju ke Pasar Borong Batu Berendam, Melaka.

Dia yang menaiki motosikal bersama isteri (ketika itu tunang) dalam kelajuan sekitar 80-90 kilometer/jam.

IKLAN

Tanpa disangka sebuah kenderaan dari arah bertentangan secara tiba-tiba memasuki simpang pada bahagian kiri saya.

Demi memastikan isterinya selamat, dia sempat menghalakan motosikalnya bertembung sebelah kiri yang mengakibatkan tangannya hancur.

Lebih menyedihkan akibat kemalangan jalan raya itu berlaku seminggu sebelum majlis perkahwinan.

Akibat kemalangan tersebut, dia terpaksa menjalani hidup dengan satu tangan yang berbaki walaupun sebelum ini terdapat usaha untuk menyelamatkan tangan kirinya dengan memasukkan besi.

@mad_ujang inilah kisah perjalanan hidup saya dan impian saya.. moga² shabat smua sudi support saya mad ujang dan @Angah badrika7311 ., #fypsupport_me_guys💝💝 #fyppenebarsinglehand #penebarroticanai #fypterusbersemangatfyp #fyplikeshare #terimakasihAPHD ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

 

TABAH  DEMI KELUARGA 

Lelaki Ini Hilang Sebelah Tangan Seminggu Sebelum Kahwin, Gigih Tebar Roti Canai Demi Keluarga.

Dikurniakan dua cahaya matanya bersama isteri tersayang adalah semangat buat dirinya untuk terus berjuang mencari rezeki buat keluarga. umber kekuatan buat dirinya untuk terus berbakti dalam perniagaan roti canai.

IKLAN

“Bagi saya, selagi kita masih berusaha, Allah SWT pasti akan membantu, tetapi sekiranya tiada usaha untuk mencari rezeki, tiada sesiapa yang akan membantu kita”.

Rezeki Khairil tidak berhenti disitu apabila dia kini menjadi pemilik kepada kedai roti canai yang dusahakannya selepas di amanahkan oleh pemilik kedai tersebut.

Khairil yang juga memiliki kereta  GTR telah memberi sumber inspirasi kepada ramai warganet sempat memberi nasihat bahawa kekayaan akan datang jika berusaha.

WARGANET KAGUM

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet kagum dengan kegigihan Khairil yang berjuang untuk memberi kebahagian buat keluarga tersayang. Kekurangan diri bukan menjadi halangan buat dirinya untuk berjaya dalam hidup.

“auto follow..mantap bro..tetap semangat biar apa pun dugaan yg dtg.. respected.”

“Alhamdulillah..selagi ada kemahuan insyaallah akan dipermudahkan segalanya. semoga sahabat teruskan perniagaan anda..”

IKLAN

“teruskan bang biar orang nak kata yang penting abang hebat.”

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Lelaki Ini Hilang Sebelah Tangan Seminggu Sebelum Kahwin, Gigih Tebar Roti Canai Demi Keluarga.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI