Perkongsian daripada seorang suami ini yang dilihat banyak menulis tentang menjaga hubungan suami isteri, menarik juga untuk dipraktikkan.

Apatah lagi kali ini perkongsiannya menyentuh tentang bagaimana cara dirinya membayar hutang masa bersama isteri dek kerana sebelum ini melalui kehidupan yang sibuk.

Ayuh fahami apa yang cuba disampaikan, dan bolehlah dijadikan alternatif untuk menjaga hubungan dan kemesraan hubungan suami isteri.

Ini perkongsiannya.

Semalam hampir 1 jam saya dan isteri berpelukan. Bukan buat apa pun, kami cuma menghabiskan masa bersama tanpa gangguan. Ini bukan nak cerita pasal hal dalam bilik, tetapi cerita pasal hutang masa dengan isteri yang perlu dibayar.

Bermula 2020, saya dan isteri hanya ada masa dari jam 11 malam sehingga 7 pagi sahaja. Ini kerana jadual baru kehidupan kami yang semakin padat terhasil dari bermulanya Akbar bersekolah.

Rutin baru saya terdiri dari menghantar dan mengambil Akbar dari sekolah. Di antara masa itu, saya akan ke gym kerana tidak berbaloi untuk balik dan keluar semula. Kemudian, saya akan menemani Jasmine menunggu van sekolah. Selepas itu saya sudah perlu bersiap sedia untuk ke tempat kerja.

IKLAN

Rutin itu telah membuatkan kami suami isteri tidak dapat menghabiskan masa bersama dengan cukup. Jadi, semalam sebelum ke tempat kerja, kami berdua berpeluk erat tanpa ada sebarang gangguan langsung. Akbar dan Daisy di luar bermain dan pintu hanya ditutup sahaja tanpa dikunci.

Telefon kami berdua diletakkan di tepi dan kami berbual, bergurau, bermesra dan kadang-kala diam sahaja dan menikmati masa bersama itu sebaik yang mungkin. Kami tidak berbual mengenai perkara yang perlu difikir atau yang berat-berat. Hanya yang santai dan diselangi dengan kata-kata cinta.

Sehingga sekarang, hampir 10 tahun berkahwin, kami sememangnya biasa mengucapkan kata-kata cinta terutamanya isteri saya. "Abang sayang baby kan? Abang milik sayang sorang je tau?"

Jangan muntah, kerana benda ni penting. Banyak saya dengar ayat seperti "ala, benda ni memang dah tahu, buat apa nak cakap pasal cinta-cinta ni?" Tahu itu satu hal, tapi ungkapan itu hal yang lain. Bila ianya diungkapkan, perasaan itu hadir terus pada waktu itu dan yang menerimanya juga dapat terus rasakan perasaan cinta itu.

IKLAN

Ketepi soal "saya tak romantik". Semua manusia ada perasaan cinta. Itu termasuk dalam romantik. Bezanya, ada yang tidak mahu ungkapkan, berat mulut dan ego. Jangan cerita bab malu la. Malu saya mendengarnya. Nak malu apa? Anda semua sudah berkahwin. Orang yang dalam pelukan itu halal milik anda. Jadi, berhentilah menggunakan alasan tak romantik tu.

Benda tak biasa sebab tak biasakan. Fahami ayat ini. Cuba dulu, bila dah cuba, buat selalu. Dah buat selalu, mesti biasa dan tak kekok lagi. Jangan takut untuk ekspresikan cinta. Nanti pasangan cari cinta yang lain pula.

Sibuk Hingga Tiada Masa Bersama Pasangan. Suami Ni Kongsi Apa Perlu Buat. Boleh Follow!

Nasihat saya, kena semak rutin harian. Jika terlalu sibuk, tolong cipta masa. Tolong curi masa. Tolong guna masa yang ada sebaik mungkin.

Pelukan 1 jam itu kuasanya sangat hebat. Jangan hanya fikirkan seks bila saya utarakan mengenai pelukan. Tetapi fokus kepada memindahkan rasa cinta dan sayang dari tubuh anda ke tubuh pasangan.

IKLAN

Apabila cinta dalam diri telah dipenuhi, tiadalah ruang untuk cinta lain memasuki.

Cubalah. Habiskan masa 1 jam berpelukan, baring bersama, hadap wajah pasangan, usap rambutnya, pipinya, puji kecantikannya, ungkapkan ayat-ayat manis yang membuatkannya gembira. Saya yakin, ini akan menjadikan anda dan pasangan lebih rapat.

Rutin harian yang sibuk boleh menjadi racun dalam perhubungan. Kawal dan rebut masa dari rutin itu. Suami dan isteri amat perlukannya.

Jom kongsi penulisan ini. Jika semua pasangan cuba terapi 1 jam pelukan ini, saya yakin lebih ramai pasangan akan menjadi lebih erat.

BroOhsem

sumber : Akhtar Syamir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI