Melihat anak asyik dengan gajet buat mak ayah pening kepala untuk mengawal mereka. Lagi-lagi bila asyik bermain game seharian. Buntu jadinya.
Walau sudah ditegur dengan baik, anak yang semakin membesar menjadi semakin susah untuk dikawal. Apa lagi kepada anak yang makin meningkat remaja.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, sibukkanlah waktu anak agar anak tidak mempunyai masa untuk bermain di telefonnya.
Jom ikuti perkongsian dari beliau.
Ads
Anak asyik main game sebab terlalu banyak masa lapang. Sebab tu kena sibukkan anak remaja dengan rutin dan jadual yang padat.
Cara yang saya guna:
1. Setiap petang, mesti keluar rumah untuk beriadah. Boleh main bola, joging dan buat apa sahaja aktiviti untuk keluarkan peluh.
Ads
2. Yang saya sangat belajar ialah mak ayah pun ikut beriadah dengan anak. Membuatkan bonding kita dengan anak jadi lebih baik.
Penat atau tak, saya pun kena keluar beriadah dengan anak.
Ads
3. Beri kelas tambahan untuk tambah skil baru. Contohnya, kelas karate, kelas berenang dan kelas mengaji.
4. Bila dah sibuk, lama-lama dia pun dah tak teringin nak main game.
Baru-baru ni saya tanya anak saya, ada lagi ke rasa nak main game. Walaupun hujung minggu ada je slot untuk dia berehat tapi dia dah kurang minat dengan game.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umurnya baru 8 bulan. Namun si kecil ini menerima dugaan yang cukup berat. Sejak lahir ada ketumbuhan di dalam mulut si kecil bernama Ainul Mardiah Binti Ahmad Safiuddin ini. Dan kini ketumbuhan itu sudah merebak. Doktor mengesahkan Ainul menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.
Berat Ainul makin susut sejak beberapa hari ini, dia sudah pun menjalani rawatan kimoterapi di HKL. Namun yang menyedihkan sekarang ketumbuhan ni sudah merebak dan keluar terus dari mulutnya.
Ibu bapanya tidak berputus asa dan mencari jalan untuk menampung kos rawatan dengan ubat-ubatan Ainul sehinggakan si ayah terpaksa melakukan beberapa kerja termasuklah menjual popcorn.
Ibu bapa mana yang tak sayang anak kan. Berat kita yang memandang..berat lagi si ayah dan ibu yang memikul.
“Doakan semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya. Sebagai ibu bapanya, kami sentiasa mengharapkan anak sulung kami ini akan sembuh,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24,
Katanya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya, Nurul Erwani Zaidi tujuh bulan dan si kecil lahir dengan keadaan sudah diserang kanser berkenaan.
Assalamualaikum & Salam sejahtera. Pada ketika dan saat ini saya menulis untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sebab dari pagi tidak henti orang hubungi saya termasuk beratus whatapp masuk.
Pertama sekali, saya mahu perkenalkan diri. Saya Ahmad Safiuddin, Bapa kepada Ainul Mardhiah yang kuat
Sebelum saya teruskan, saya mahu mohon maaf jika ada panggilan yang tidak dapat saya jawab dan whatsapp yang saya tidak respon. Kuasa viral hari ini betul-betul membuatkan telephone saya tidak berhenti berbunyi
Saya akan ceritakan kisah Ainul dan apa yang Ainul telah lalui selama 8 bulan. Sebelum itu, sedekahkan Al fatihah buat jiwanya supaya dia terus bersemangat untuk melawan segala penyakitnya
Baik. Ini kisah Ainul.
Ainul Mardhiah nama diberi, secantik orangnya, sekuat-kuat manusia. Ainul lahir pada 13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka. Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya. Selesai bab itu.
Pada usianya 9 hari, Ainul telah di transfer ke Pediatrik HKL, Hari Khamis, 23.8.2018 menaiki ambulan. Sesampai sahaka Ainul di sana, Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat )
Seusia 10 hari, dengan berat badan 1.3kg, Ainul telah masuk dewan bedah. Kuatnya Ainul.
Alhamdulillah, syukur saya ucapkan dan saya sangat menghargai usaha Dr Pakar Bedah tersebut dengan izinNya ketumbuhan itu telah berjaya dibuang.
Saya fikirkan ianya terhenti disitu, tetapi apabila ainul selesai dari pembedahan, Doktor Pakar Bedah memaklumkan bahawa ada dua berita iaitu berita baik dan berita yang kurang baik.
Berita baiknya, Ketumbuhan itu telah berjaya dikeluarkan tanpa tinggal sesisa pun. Berita tidak baiknya, Ainul didapati tidak memiliki lelangit ( Cleft Palate ). Doktor beritahu, operation untuk lelangit kena tunggu Ainul besar sikit, atau erti kata lain kena tunggu berat badan dia naik sebab tidak mungkin Ainul sekecil itu akan bertahan jika buat dalam masa terdekat.
Saya pendekkan cerita, selesai sahaja urusan rawatan Ainul di HKL, Ainul di pindahkan semula ke melaka.
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation.
Allah sahaja tahu apa perasaan kami ketika itu. Kami yang sedang bergembira mahu menyambut ainul pulang ke rumah selama 3 bulan dia di hospital, akhirnya dapat berita seperti itu. Hanya Air mata sahaja menjadi perbualan saya dan isteri ketika mulut sudah tidak mampu berkata apa-apa.
Saya rasa ketika itu saya jatuh ke dalam gaung dan dihempap lagi dengan batu. Selepas terima berita itu, Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Dengan usia Ainul 4 bulan, berat badannya 2.2kg, Ainul akan terima rawatan chemotherapy. Doktor maklumkan bahawa ainul adalah baby pertama yg chemo dengan berat badan sebegitu.
Saya akur walaupun saya takut! Tapi pada mulanya saya tidak bersetuju kerana saya tidak yakin Ainul boleh bertahan dengan organ organnya yang masih kecil! Tapi apakan daya, saya tiada pilihan. Saya beri Ainul peluang untuk terima rawatan chemo tu.
Doktor sudah menetapkan ainul akan jalani 6 sesi chemotherapy. Tapi saya hanya buat dua kali. Kerana, saya tidak sanggup tengok anak kecil saya itu menderita akibat kesan chemotherapy.
Tapi Ainul sangat kuat, dia berjaya jalani dua kali sesi dengan jayanya.
Dan, Allah swt masih tidak mengizinkan Ainul sembuh apabila ubat chemo pun tidak berkesan buatnya. Doktor sarankan untuk tukar ubat lain, dan ubat itu adalah ubat terakhir yang boleh doktor cuba, jika tidak berhasil, maka TIADA LAGI RAWATAN DI HOSPITAL BUAT ANAK SYURGA SAYA.
Saya minta maaf kepada Ainul sebab saya dan isteri tidak sanggup ambil risiko itu dan kami membuat keputusan itu tidak teruskan chemoteraphy yang ketiga merangkap ubat yang last doktor boleh usahakan
Ainil tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kuatkan ainul…
Jadi, tujuan saya menulis ini untuk anda tahu bahawa Ainul insan terpilih yang Allah kirimkan kepada saya dan isteri, Dia Ainul Mardhiah kami yang kuat dan cekal!
Di dalam post ini, saya ingin menjelaskan bahawa pihak hospital telah melakukan banyak usaha untuk pastikan Ainul sihat dan terima kasih saya ucapkan tanda penghargaan kepada Doktor yang merawat Ainul
Doakan Ainul diberikan kekuatan dan kecekalan.
Saya, Bapa Ainul Mardhiah ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang tak henti henti mendoakan dan yang memberi sumbangan kepada AinuL
Saya doakan anda semua diberkati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan olehNya. Semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya.
Ketika saya menulis ini, saya sedang berada di wad kecemasan, Tiub pemakanan Ainul longgar dan keluar air.
Begini lah saya dan isteri, tidak kira siang dan malam, kami selalu berulang-alik ke hospital
Akhir kalam, bukan wang dan ringgit yang kami harapkan, tetapi doa kalian. Siapa tahu ada di antara kita yang doanya diangkat Tuhan. Doakan Ainul Mardhiah ye. Dan saya minta maaf jika saya sudah buat keputusan untuk tidak lagi menerima sumbangan kerana sudah cukup sumbangan orang ramai beri hari ini
Sungguh, bukan saya mahu menolak rezeki Ainul. Tapi saya sebagai bapa masih ada kudrat dan tenaga untuk kerja lebih keras untuk biayai Ainul dan saya tak mahu menyusahkan kamu semua. Yang sudah hulurkan sumbangan, tiada kata lain saya boleh ungkapkan selain jutaan terima kasih. Doa sahaja sudah memadai kerana pada saat dan ketika ini, hanya Allah swt sahaja yang mampu apa yang manusia tidak mampu!
Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi. Berita tersebut dimuat naik oleh suaminya Mohd Faizal menerusi laman instagramnya sebentar tadi.
Abby sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat masalah darah tinggi yang tidak terkawal. Pagi tadi, dia dikhabarkan mengalami masalah turun darah dan kemungkinan terpaksa dibedah.
Berita tersebut dikongsikan oleh Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Manakala di laman intagram Mohd Faizal atau Jaezzany memohon semua mendoakan isterinya dan bakal anak selamat.
Ya Allah Kau selamatkan My Love @abby_abadi112 dan zuriatku . Permudahkan segala2 urusan…Kau yang lebih berkuasa, Kau yang lebih mengetahui. . Saya sebagai suami..mohon ampunkan segala salah silap Abby ya.. . Doakan semuanya selamat
Tepat jam 10.43 pagi, Abby selamat melahirkan bayinya.Namun disebabkan pramatang dan seberat 535 gram sahaja, bayi tersebut berada di NICU.
Alhamdullilah Allah permudahkan segala2nya . 1043 pagi…Baby Boy . My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil…BP pun dh turun . Doakan yang terbaik untuk Baby….sekarang berada dalam NICU . Mohon doa sahabat2 semua untuk Abby & Baby ya…”Demikian perkongsian dari Jaiezzany menerusi laman instagramnya.
Hati ibu mana yang tak luluh, jiwa ibu mana yang tak galau apabila anak yang ditatang bak minyak yang penuh sejak kecil tiba-tiba ‘hilang’. Semuanya berlaku dalam sekelip mata membuatkan pelakon Noorkhriah tidak keruan.
“Saya tak mampu bayangkan kalau dia (anak) hilang selama lamanya,” itu luahan Noorkhiriah tatkala berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah Azfaizul, 12, dilaporkan hilang.
Bagaimanapun beberapa jam kemudian, anaknya dilaporkan sudah dijumpai.
“Saya sedar dia hilang daripada pandangan mata sekitar waktu Subuh.
“Jujur saya menggigil ketakutan fikir bukan bukan. Apa jadi kepadanya. Macam macam berlegar dalam kepala.
“Tapi syukur, kawan suami saya menemuinya di sebuah kawasan parkir kereta,” jelasnya lagi.
Sebelum itu, pelakon drama Nur ini berkongsi kehilangan anaknya menerusi laman instagramnya dan memohon bantuan ramai untuk menjejaki anaknya.
Menurut Noorkhiriah, kali terakhir anaknya dilihat berbasikal merah dan menyarung ‘sweater’ berwarna kuning tertera tulisan negara Australia.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai termasuklah rakan artis seperti Azza Elite, Iesya Toh dan pengarah Shahrulezad Mohameddin. Mereka turut memanjangkan berita berkenaan di Instagram masing masing.
Noorkhiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie berkahwin dengan Azfaizul Ahtan sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Selain Hudhaifah, pasangan berkenaan mempunyai anak bernama Muhammad Yusoff, 10 dan anak perempuan bernama Nur (2 tahun).
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.