Orang kata, barang lama tu mempunyai sentimental value. Makin lama makin kita sayang. Begitu juga dengan baju lama, nak buang sayang, pakai pun selesa.
Malah ada mak-mak suka pakai baju lama aka baju yang kelihatan lusuh atau buruk dibuat tidur malam. Biarpun nampak begitu, ia membuatkan tidur lena di malam hari.
Jangan tak percaya, ramai mak-mak suka berbuat begitu. Kain jika dah lama pakai memang sedap dan lembut.
Sebuah perkongsian seorang wanita yang berkongsi tabiat suka memakai pakaian lama. Katanya selesa di pakai terutama waktu malam.
Malah, katanya kejadian lucu berlaku apabila kakaknya melihat bajunya di sidai di ampaian sebagai kain buruk!
Menghargai baju kesayangannya itu, wanita itu berkongsi kejadian lucu itu di media sosial.
Malah perkongsiannya mendapat komen yang bersetuju bahawa baju buruk itu yang paling sedap apabila di pakai, selesa dan lembut.
Jom ikuti perkongsian nya.
Ads
BAJU BURUK TETAP BEST!
Haritu kakak aku tdo umah aku.
Sambil sidai baju aku berborak dengan die.
Pastu die tanya “kenapa ko campur kain buruk dengan baju elok?”
Aku macam terpinga-terpinga.
Ads
Die ingat baju aku pakai malam ni kain buruk gaiss
Baju macam kain buruk ni la sedap pakai malam weiii
Bila disebut-sebut ada sekolah yang disenarai pendek menjadi antara sekolah terbaik dunia, tentu sahaja kita semua berasa bangga dan teruja. Apatah lagi buat warga sekolah tersebut, ianya suatu pencapaian yang cukup besar dan bermakna.
Bahkan sebagai ibu ayah juga tidak dinafikan turut terasa tempiasnya, maklumlah anak-anak belajar di sekolah tersebut. Pasti sahaja tumpang gembira di atas kejayaan mencipta rekod bertaraf dunia.
Lantaran itu, ucapan tahniah harus diberikan kepada dua Sekolah Amanah Malaysia yang ternyata cukup luar biasa pencapaiannya. Dua sekolah ini telah disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD250,000 (RM1.1 juta).
Memetik laporan Bernama, sekolah yang dimaksudkan itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori Inovasi.
Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor bagi kategori Menangani Cabaran.
Tiga lagi kategori adalah Cabaran Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar dan Menyokong Kehidupan Sihat.
Anugerah Sekolah Terbaik Dunia itu dilancarkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express pada tahun ini.
Beri Inspirasi
Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bertujuan meraikan sekolah yang memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi masa depan dan memberi sumbangan besar terhadap kemajuan masyarakat terutama semasa pandemik Covid-19.
Para pemenang akan diumumkan pada Oktober 2022 di World Education Week dan setiap pemenang akan menerima AS$50,000.
Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, para finalis contoh terbaik sekolah yang mantap dengan kisah kejayaan yang memberi inspirasi.
“Kami amat berbangga kerana dua buah Sekolah Amanah Malaysia antara yang tersenarai membuktikan bahawa sekolah awam mampu menjadi antara yang terbaik di dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota pula berkata, sekolah disenarai pendek tersebut dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh.
“Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan.
“Kini para pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini,” katanya.
Sumber : Bernama
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Dalam kita bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, ada beberapa perkara juga yang perlu dititikberatkan seperti adab.
Adab berhari raya juga sangat penting terutama apabila beraya sebagai tetamu di rumah orang lain.
Bagi memupuk kesedaran beradab ketika beraya, ibu bapa sangat memainkan peranan penting sebagai contoh yang boleh diikuti oleh anak-anak kelak.
Mengupas isu yang sama, penyanyi Fynn Jamal turut sempat berkongsi beberapa khidmat nasihat khasnya kepada para ibu bapa agar mendidik anak menyantuni hari raya.
“Sedikit pesanan khidmat masyarakat kepada semua ibubapa dlm mendidik anak menyantuni pagi raya.
“Dapat sampul- Terus masuk beg. Jangan hafal siapa bagi sampul mana. Jangan buka sampul depan orang yang memberi walaupun alasan nak tengok so boleh bagi sama timpal.
“Ini akan ajar anak kita bersyukur dgn rezeki Allah SWT, bukan makhluk bernama pak itam atau mak uteh sebagai pemberi rezeki. Apa ada, berapa pun collection, Alhamdulillah dah,” tulisnya.
Selain itu, menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, Fynn juga selitkan adab ketika menziarahi rumah orang walaupun mempunyai anak autisme sekalipun.
“Masuk rumah orang- duduk sebelah kita. Anak ada autism ke, ada ADHD ke, ada hyperthyroid ke ada demam kepialu apetah lagi, jangan bagi anak berlegar-legar.
“Melainkan tuan rumah mmg ada sediakan ruang bermain, suruh anak-anak kita have fun, jgn bagi anak kita keluar masuk bilik rumah orang.
“Jangan guna ‘alah budak-budak’ atau ‘anak aku ada condition, sila understanding sikit’. We adapt, bukan dunia utk kita. ini akan ajar anak kita hormat privacy orang.
Bukan itu sahaja, Fynn juga berkongsi adab jika mahu pulang untuk menjaga hati tuan rumah.
“Sebelim masuk rumah orang, create code word sesama keluarga. contoh- ‘laksa penang’. The moment rasa nak balik, pandai-pandailah mention dalam conversation so yanh lain faham.
“Bukan hanya mak pak boleh pakai code word, anak-anak pun berhak. So kalau nak balik tu, takde la bunyi benci sangat pergi rumah orang. Ini akan ajar anak kita adab menjaga hati orang sambil menjaga mental sendiri,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Fynn juga menegaskan bahawa jika tiga perkara yang dikongsikannya itu sukar dilakukan, maka tidak sesuai untuk bertandang ke rumah orang.
“Kalau tiga benda ni dirasakan leceh, percayalah, tak usah bertandang hanya WhatsApp atau call keluarga dan teman-teman, minta maaf tahun ni tak dapat datang.
“Instead, kita pilih tarikh dan jemput je orang datang rumah kita. At least anak kita buat perangai dalam rumah sendiri tak kacau sesiapa,” katanya.
Fynn Jamal yang popular dengan lagu Arjuna Beta ini juga banyak berkongsi tentang kesedaran autisme melalui anak angkatnya Bakti Arjuna Fitri Abdullah.
Namun, pada November 2017, Fynn mengambil keputusan untuk menimang anak angkatnya yang keduanya iaitu Sakti Kencana Fitri.
Sumber: Instagram Fynn Jamal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang wanita bergelar isteri dan ibu sanggup mengorbankan segalanya demi mengutamakan keluarga. Ada yang meletakkan kerjaya dan keinginan di tempat kedua demi melebihkan suami dan anak-anak.
Artikel yang cukup indah ini dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh dalam mendedikasikan ucapan terima kasih atas pengorbanan isterinya yang bertungkus lumus serta sanggup menanggung segala penat demi keluarga mereka.
Malam tadi, jam 12 malam puan isteri siapkan bahan-bahan untuk dia masak sahur ini. Setelah itu masuk tidur antara lena dan tidak bila anak merengek.
Jam 4:30 pagi alarm telefonnya berbunyi. Dia bangkit masuk dapur, penuh sabar menyiapkan hidangan sahur pula. Setelah semuanya siap siaga, beliau mengejutkan ahli keluarga.
Usai makan, saat ahli keluarga lain ada yang menyambung tidur, ada yang melayan telefon menantikan azan Subuh, beliau masih didapur. Mengemas dan membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga.
Kemudian beliau bergegas solat Subuh seterusnya siapkan anak untuk ke sekolah pula. Setelah itu baru dia bersiap untuk turun kerja. Tangan aku dikucup memohon keredhaan. Tanpa pernah bosan itulah rutinnya sejak 10 tahun lepas.
Hampir jam 3 petang, baru beliau pulang. Menguruskan anak-anak pula. Memandikan, tukar pakaian, bermain sekejap kemudian menidurkan anak. Beliau turut terlelap kepenatan.
Jam 4, beliau bangun siapkan juadah berbuka. Ramadan pertama, juadah mesti meriah dengan air tangannya sendiri.
Di dapur memasak siakap stim limau, siakap tiga rasa, udang berkuah, sayur, ayam goreng dan apa lagi entah.
Sambil bersilat didapur, sambil itu juga perlu melayan anak-anak yang merengek mahu ibunya.
Dan sebentar tadi, azan Maghrib berkumandang menandakan tamatnya waktu menahan lapar dan dahaga.
Beliau ambil sebiji kurma lantas dimakannya. Diminum seteguk air, sebelum mula menghadap hidangan yang menyelerakan.
Baru hendak menyuap, anak paling kecil merengek lagi. Mengantuk dan tak selesa agarnya.
Dia tinggalkan hidangan nasi yang belum bersentuh itu, lantas berkata.
“Baby tak selesa ya? Baby mengantuk ya? Jom ibu mandikan dan dodoikan.”
Dia berlalu mendukung anak masuk bilik untuk dimandikan, dipakaikan bedak dan disalin baju baru pula. Kemudian disusukan anak bongsu kami penuh kasih dan sayang sehingga anak kecil itu tertidur atas ribanya.
Setelah itu baru dia kembali ke dapur untuk makan. Setelah semua ahli keluarga selesai berbuka. Mengemas pinggan mangkuk dan periuk belanga pula setelah itu.
Aku memerhati semua kejadian dengan kekaguman.
Itulah dia wanita.
Aku yakin bukan puan isteri aku sahaja begini sikapnya. Bahkan majoriti seluruh wanita di dunia pun begini sikap mereka.
Pengorbanan ini tidak kecil. Ia sangat besar, cuma kadangkala ia tidak dihargai.
Cuba kita perhati rutin puan isteri kita. Perhati dan halusi ketekunan, kesabaran dan pengorbanan mereka untuk kita dan keluarga.
Mereka sebenarnya penat. Namun mereka tetap senyum dengan tabah dan kuat.
Itulah wanita. Itulah isteri. Itulah ibu.
Terima kasih atas pengorbanan kalian. Tidak terbalas segala budi dan jasa. Semoga syurga buat kalian semua dan kami juga.
Amin.
#MFS – Suatu kisah di Ramadan pertama –
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.