Side Table Lama Nampak Wow Bila Buat DIY Mudah Ni. Kos RM 100 Je!

Share

Sesuatu yang cukup membanggakan dapat kita rasakan bila perabot lama nampak berseri dan wow setelah diberi sentuhan DIY.

Ini sebagaimana apa yang dihasilkan oleh suami kepada Puan Norsaleza ini. Side table di bilik tidur yang asalnya nampak biasa sahaja namun terserlah setelah lakukan tranformasi dengan bajet yang rendah.

Nak tahu bagaimana hasilkan side table mewah seperti itu, jom semak langkahnya.

D.i.y side table
Banyak masa terluang semasa PKPB husband make over side table ala Ss#

Tempah cermin 3mm Rm80
Gam tiup Rm10
Masking tape Rm5
Spary tin color gold Rm7.50
Total Rm100 ngam2

step 1

Spray dengan warna gold bahagian tulang permukaan sahaja.

Step 2

Dah siap spray biarkan kering dalam 2 -3 jam dah kering. Kalau nak  tunggu 2-3 hari pun boleh.

Step 3

Sementara tunggu badan dia kering, bolehlah tampal cermin pada laci.

Step 4

Selepas gam tampal tape agar cermin tidak bergerak dan biarkan ia kering selama 5-10 minit.

Step 5

Badan side table pun dah kering, kita mula tampal bahagian badan.

Step 6

Dah siap.

Bahkan bukan itu sahaja, bagi menyempurnakan lagi ruangan bilik, pasangan suami isteri ini turut memberi sentuhan pada kemasan dinding dengan memilih rona gelap  cat Jotun Majestic Carbon Black Code 9920  sekali gus nampak begitu mewah.

Boleh juga tonton video ni untuk kita buat DIY alas kaki. Mudah dan cantik!

sumber : Norsaleza Hamzah via Kelab Kaki Deko

 

IKLAN