Sesuatu yang cukup membanggakan dapat kita rasakan bila perabot lama nampak berseri dan wow setelah diberi sentuhan DIY.
Ini sebagaimana apa yang dihasilkan oleh suami kepada Puan Norsaleza ini. Side table di bilik tidur yang asalnya nampak biasa sahaja namun terserlah setelah lakukan tranformasi dengan bajet yang rendah.
Nak tahu bagaimana hasilkan side table mewah seperti itu, jom semak langkahnya.
D.i.y side table
Banyak masa terluang semasa PKPB husband make over side table ala Ss#
Tempah cermin 3mm Rm80
Gam tiup Rm10
Masking tape Rm5
Spary tin color gold Rm7.50
Total Rm100 ngam2
step 1
Spray dengan warna gold bahagian tulang permukaan sahaja.
Ads
Step 2
Dah siap spray biarkan kering dalam 2 -3 jam dah kering. Kalau nak tunggu 2-3 hari pun boleh.
Step 3
Sementara tunggu badan dia kering, bolehlah tampal cermin pada laci.
Ads
Step 4
Selepas gam tampal tape agar cermin tidak bergerak dan biarkan ia kering selama 5-10 minit.
Step 5
Ads
Badan side table pun dah kering, kita mula tampal bahagian badan.
Bahkan bukan itu sahaja, bagi menyempurnakan lagi ruangan bilik, pasangan suami isteri ini turut memberi sentuhan pada kemasan dinding dengan memilih rona gelap cat Jotun Majestic Carbon Black Code 9920 sekali gus nampak begitu mewah.
Boleh juga tonton video ni untuk kita buat DIY alas kaki. Mudah dan cantik!
Saat membaca kisah-kisah daripada saudara Islam kita yang pernah menjadi tetamu Allah, benar pasti terdetik dihati seakan tidak sabar pula menanti bila masa untuk kita berada di bumi barakah itu.
Apa yang pasti, semua perkongsian cerita itu cukup menarik dan cukup menginsafkan.
Ini sebagaimana cerita yang dicoretkan oleh Puan Siti Nadzrah atau lebih mesra di sapa Ummi, berkongsi kisah menjadi tetamu Allah berkat doa ibu mertua.
Ini perkongsiannya
Alhamdulillah Allah swt telah memberi kemudahan untuk Ummi melaksanakan ibadah haji pada tahun 2002.
Kalau diikutkan kemampuan, memang Ummi dan Abah belum boleh ke Mekah sebab kekangan kewangan dan anak-anak masih bersekolah agama swasta yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan.
Pernah kami perlu survive dengan baki negatif dalam bank. Pernah bercatu makan, pernah miss bayar sewa rumah beberapa bulan dan pernah mengekang nafsu berbelanja mana yang tidak perlu.
Namun ada peristiwa yang menjadi pencetus keupayaan kami berjaya melaksanakan rukun islam ke-5 ini.
Abah anak kedua dari tiga beradik lelaki rapat-rapat selang setahun. Setiap kali Mak Mertua pergi ke Mekah, dia tidak pernah tinggal mendoakan agar kesemua anak dan menantunya dapat buat Haji sebelum usia 40 tahun.
Doa yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan tidak lekang itu didengari Allah swt dan dimakbulkan, alhamdulillah.
Akhirnya Along dan isteri berjaya buat Haji di usia 32 tahun dan Usu serta isteri di usia 34. Ketika itu belum nampak bayang kami dapat ke Mekah untuk buat Haji.
Di usia 39+ tiba-tiba kami terima surat jemputan dari salah sebuah universiti di Saudi Arabia untuk menjadi tetamu mengerjakan haji. Tawaran dibuka untuk 2 calon sahaja dari Malaysia (suami dan isteri). Tawaran ini juga dibuka kepada calon dari negara-negara lain. Surat diterima sudah agak suntuk dan amat memeranjatkan sekali. Persediaan belum dilakukan dan tiada kursus haji bermakna kami perlu cepat belajar sendiri cara-caranya.
Bila difikirkan balik, memang tidak dapat brain langsung. Tiada perancangan, tiada lintasan niat, tiada kewangan yang mencukupi.
Tapi tiba-tiba kami sedang prepare untuk ke Mekah mengerjakan haji. Betapa besarnya keagungan Allah swt. Bila dikatakan jadi maka jadilah ia.
Pakej yang kami terima ialah Pakej VIP. Semua dilayan dengan begitu baik sekali. Tiada masalah langsung. Dari awal jejak kaki di airport sehingga berangkat pulang semuanya bak tetamu khas yang sungguh istimewa. Dua bas penuh tetamu dari serata dunia seperti Jepun, Turki, Amerika, Brazil, Cina, Indonesia dan lain-lain. Kami berdua saja dari Malaysia. Setiap perjalanan ada outrider yang melancarkan urusan, so takde lah jem atau penantian lama dalam sebarang urusan haji. Semua kosnya PERCUMA sejak keluar dari rumah sampai balik semula ke rumah.
Hotel yang dipilih di Mekah dan Madinah memang 5 star hotel. Di Arafah, khemah kami asing. Selesa siap dengan aircond dan ada tandas khas, tak perlu campur dengan orang ramai. Di Mina juga setiap khemah sangat selesa, peralatan cukup, baru dan bersih. Makanan enak dan buah-buahan sentiasa tersedia. Rasa macam dalam syurga pulak. Baik kata semuanya perfect dan amat menggembirakan. Kami juga sempat menikmati jamuan makan malam di istana raja.
Ummi dan Abah berada di sana lebih kurang dua minggu saja. Bila selesai mengerjakan haji dan balik ke Malaysia, dua tiga hari lepas tu Hari Jadi Abah yang ke-40. Sebelas hari kemudian Hari Jadi Ummi yang ke-40 pula.
Ini bermakna kedua-dua kami berjaya mendapat gelaran Haji dan Hajjah sebelum usia 40 tahun, seperti dalam doa Mak. Terima kasih Mak sebab tolong doa dan syukur alhamdulillah ya Allah kerana telah memperkenankan doa Mak.
Di sebalik peristiwa ini, Ummi bertambah yakin akan kekuasaan Allah swt. Kalau ditinjau balik, Ummi tak nampak apa-apa keistimewaan kami untuk terima semua ini. Ummi selalu berkata….”Ya Allah, aku tak baik mana pun. Sebagai manusia biasa, aku masih banyak lakukan dosa kecil dan besar. Kau selalu tutup aibku ya Allah. Tapi, kenapa sampai macam ni sekali Kau hidangkan aku dalam dunia ini. Layakkah aku mendapat anugerah yang hebat ini, ya Allah?”
“Aku amat mensyukuri setiap nikmat dan ujian yang Kau berikan. Doaku moga Kau uji aku, anak cucuku dan semua umat muslimin muslimat dengan sesuatu yang lebih baik. Selamatkan kami di dunia dan akhirat. Satukan kami di Jannatul Firdaus. Amin ya Robb. Thank you Allah….”
Orang dulu-dulu suka berpesan kalau kedekut sekali pun, bab makan jangan berkira.
Umumnya setiap makanan yang berkhasiat dan enak seperti yang kita tahu kebanyakkan harganya sedikit mahal. Namun demi keluarga tercinta, apalah salahnya sekali sekala diraikan selera dengan menjamu hidangan yang istimewa.
Pun begitu, jangan pula hingga membazir dan makanlah mengikut keperluan. Apabila tekak anak-anak teringin hendak merasa sesuatu dan kita tahu kita mampu untuk membelinya, mengapa tidak dibeli?
Ikuti juga perkongsian daripada Farizal Radzali berkenaan jangan berkira bab makan ini dan semoga ianya bermanfaat.
Bab makan, jangan berkira. Kalau nak kedekut bab lain takpe, tapi jangan sesekali kedekut bab makan.
Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, dok rumah setinggan, hidup susah. Tapi bila ada tetamu jauh datang rumah, mak akan suruh saya atau adik, perlahan-lahan pergi ke kedai Uncle Maniam kat belakang rumah. Mak suruh ambil biskut sikit, cakap kat kat uncle Maniam, nanti mak bayar kemudian. Uncle Maniam tu pun dah kenal sangat dengan kami. “Ada orang datang rumah ye?” Sebab mak takkan nak ambil biskut mengejut macam tu. Mak mesti bayar baru ambil.
Tapi zaman tu, semua orang berbaik tak kira kaum. Uncle tu akan bagi, kadang-kadang dia kata tak payah bayar pun. Baik uncle tu.
Kalau kita selalu bancuh air tawar, bila ada tetamu datang, lebihkanlah gula. Jangan bagi air tawar pada tetamu. Letakkan air kosong sebekas supaya tetamu yang taknak manis boleh tambah air kosong ikut selera dia.
Nak bersedeqah pun, dulukan bab makan. Sedeqahlah makanan kepada orang-orang yang memerlukan. Makanan menjadi darah daging. Moga ia menjadi jariah.
Kalau teringin nak makan sesuatu, usahakanlah.
Kadang-kadang bila anak-anak minta makanan, kita akan berkira-kira takut duit tak cukup. Yang tak mampu, itu lain. Ini saya merujuk kepada yang mampu tapi rasa perkara itu tak penting. Kita rasa ada perkara lain yang lebih penting. Atau kita rasa makan je la apa yang ada asalkan kenyang.
Cubalah untuk tidak menjawab ‘nanti lain kali’ kat anak-anak hanya untuk mendiamkan mereka dari terus meminta. Sebab mereka akan menanti dan terus menanti, hingga akhirnya mereka kecewa.
Jangan hampakan sesiapa bab makanan. JANGAN.
Jika tak mampu, jelaskan sebaiknya. Jangan bagi harapan.
Jika mampu, jangan kedekut. Tunaikanlah. Selagi kita kedekut bab makanan, selagi itulah kita akan rasa duit tak pernah cukup.
Ada seorang klien kami, dia kaya banyak duit tapi kedekut. Ada seorang isteri dan seorang anak. Orang nampak dia kaya, tapi waktu rehat makan mee segera. Anaknya dalam seminggu tu mesti 2-3 kali akan makan nasi dengan telur je. Tapi duit kat bank, 5 angka. Kereta mewah, rumah bagai istana. Tapi bab makan, kedekut. Sampaikan si anak menangis nak makan KFC pun tak dapat. Sebab padanya itu tak penting. Akhirnya dia mati kerana sakit jantung akibat kuat bekerja. Duit banyak tapi bab makanan dia kedekut. Sampai anak dan isteri ‘makan hati’.
Bab lain boleh kedekut, tapi tidak bab makan. Selagi mampu.
Sumber : Farizal Radzali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah baru Nubhan sudah siap, “Jom review rumah baru…Tidaklah hebat mana, biasa-biasa saja. Memiliki rumah baru adalah impian setiap individu dan keluarga. Ia merupakan simbol kejayaan, usaha gigih, dan pencapaian yang tidak ternilai harganya.
Apabila rumah baru sudah siap, ia adalah detik yang penuh kegembiraan dan kelegaan. Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi berita gembira apabila rumah barunya sudah siap dengan dekorasi yang menarik.
Berikut hantaran Nubhan di laman Instagramnya.
Alhamdulillah…jom review rumah baru dah siap…tidaklah hebat mana…biasa-biasa saja.
Saya doakan kalian juga dapat apa yang kalian impikan… Aamiin
Tq @ritzreka.id kerana merealisasikan konsept dan design yang saya inginkan…Sangat berpuas hati
Hantaran Nubhan dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Ramai yang tumpang gembira bila rumah idaman Nubhan dan keluarganya sudah siap. Dekorasi kediaman menarik perhatian.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Sekadar info, Nubhan dan isteri berkahwin pada 2015 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Aafiya Kamilia berusia enam tahun, Ahmad Aaffan, empat tahun dan Afzan Nayille, dua tahun.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.