Sebagai ibu yang mempunyai anak perempuan yang masih kecil tidak dinafikan saat ‘menyiapkan’ mereka agar nampak cantik menjadi antara perkara yang menarik dan teruja untuk kita lakukan setiap hari.
Apatah lagi jika ingin keluar rumah untuk berjalan-jalan. Kita akan pastikan bukan sahaja anak-anak mengenakan pakaian yang cantik, malah rambut disisir cantik dengan pelbagai gaya untuk tampak rapi.
Pun begitu bercerita tentang saat merapikan anak, seorang ibu ini ada berkongsi video di media sosial yang mencuri tumpuan warganet apabila ibu tersebut terpaksa meminta bantuan anggota bomba kerana sikat rambut anaknya tersekat dan melakat hingga tidak boleh dikeluarkan.
Menerusi perkongsian Hakimah Zikir, di aplikasi TikTok terakam sepasukan anggota bomba sedang berusaha untuk membantu seorang kanak-kanak perempuan bagi meleraikan sikat yang tersekat di rambutnya.
Ads
Reaksi Nur Mayram Medina saat menerima bantuan daripada pegawai bomba telah mendapat perhatian umum. Difahamkan pada mulanya ibunya berhasrat untuk berjalan-jalan dengan anaknya dan atas sebab itu sedang mempersiapkan anak.
Entah bagaimana ketika menyikat rambut tiba-tiba sikat yang digunakan untuk menyisir rambut anaknya itu tersekat dan tidak boleh ditanggalkan. Mencari idea untuk meluruskan rambut anaknya yang kusut, terus diambilnya pula minyak rambut dengan harapan sikat tersebut boleh ditanggalkan daripada terus tersekat di rambut anaknya yang sememangnya ikal.
Ads
Namun belum sempat ibunya berbuat demikian, lain pula jadinya di mana apabila anaknya itu berusasha untuk mengeluarkan sendiri sikat tersebut yang akhirnya menjadikan keadaan semakin teruk. Dimana gulungan rambut pada sikat tersebut semakin seakan rumit pula untuk dileraikan.
Melihat keadaan itu, ibunya yang pada awalnya tenang tiba-tiba gusar dan seakan ingin menangis melihat keadaan rambut anaknya yang terbelit dengan sikat. Malah ibunya juga telah bertindak untuk menggunting sikat tersebut bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Ads
Namun masih tidak berjaya dan akhirnya ibu ini mengambil keputusan terus segera pergi ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan. Syukur pegawai-pegawai bomba tersebut berjaya meleraikan kekusutan rambut pada sikat tersebut tanpa menggunakan sebarang alatan khusus. Bahkan masa yang diperlukan hampir 15 minit lamanya dengan tanpa perlu menggunting rambut kanak-kanak tersebut.
Gembira anak pada pemberian ibu bapanya, gembira ibu bapa pula pada kejayaan anak-anaknya. Begitulah kelazimannya dan tidak hairanlah setiap kali anak-anak memperolehi kejayaan, kita jugalah orang yang paling bahagia dan bangga dengan apa yang mereka perolehi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina, 55, berkongsi kegembiraan dengan pencapaian puteri tercintanya, Hani Karmila atau lebih dikenali Mila apabila meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri, Jujitsu kategori 58 kilogram (kg) di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.
Berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram, Tiara berkata, kejayaan terbabit adalah kali pertama diraih Mila di peringkat antarabangsa.
“Saya berbangga dengan anak perempuan saya, Mila. Dia baru saja memenangi pingat emas antarabangsa pertamanya mewakili Malaysia dalam sukan Jujitsu.
“Kejayaan ini berlangsung di Singapura, dalam kategori tali pinggang biru bawah 58kg. Saya tumpang gembira untuk pasukan Ryu Combat Academy pada perlawanan antarabangsa pertama mereka. Syabas juga buat jurulatih Abang Saef Hud,” tulisnya.
Menurut Tiara sebagaimana memetik Berita Harian Online, kemenangan itu cukup bermakna buat Mila yang terpaksa melalui dugaan menerima rawatan di hospital beberapa kali.
“Kemenangan ini amat bermakna kerana Mila keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu, tetapi dia masih mengikuti latihan dan berusaha keras. Segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil hari ini,” tulisnya lagi.
Jujitsu adalah seni mempertahankan diri dari Jepun yang menggunakan senjata pendek atau tanpa senjata dan Malaysia mula menghantar wakil pada acara berkenaan bermula 2019.
Perkongsian daripada seorang suami dan juga merupakan seorang penceramah, menyentuh tentang apabila isteri yang rajin memasak dan suami yang suka makan dirumah.
Diharapkan ianya dapat memberi inspirasi untuk kita sebagai isteri agar terus memperbaiki keenakan rasa setiap hidangan yang dimasak untuk keluarga. Jom semak.
Wahai wanita yang bergelar isteri, JIKA suamimu suka makan di rumah, masakanmu dan tidak suka makan makanan kedai atau luar rumah. Bergembiralah..! itu tanda kalian sudah menawan satu bahagian dari hati suami.
JANGAN pula rasa beban, malas, muak, tak gembira nak masak dan asyik nak ajak makan kat luar.. JANGAN BERHENTI MAHIRI MASAKAN..
Suami tak puji & hargai? bukan begitu, suami nak makan kat rumah, mengunyah dan menambah itulah tanda penghargaan sang suami.
Sekali sekala makan di luar untuk family time adalah juga baik..tetapi sekali sekala, better family time dengan masakan ori oleh isteri.
Sumber : Dr. Zaharudin Abd Rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan anak-anak adalah cerminan diri kita. Segala perbuatan kita akan menjadi ikutan anak-anak.
Lantaran itu, ibu bapa perlu menjaga tingkah laku supaya perbuatan anak-anak lebih positif terutama anak-anak yang masih kecil.
Ikuti perkongsian ini untuk renungan kita bersama bergelar ibu bapa.
Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.
Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
5 TIP IBU BAPA KENA BUAT
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. BELIAN KASIH SAYANG
Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2.LUANGKAN MASA
Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. ‘TUNGGU SEBENTAR BOLEH’
Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. FAHAMI PERSONALITI ANAK
Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.
5. SIKAP POSITIF ANAK
Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Sumber: FB Anak-Anak Amanah Allah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.