Jika anda mempunyai hobi berkebun pastinya ia adalah aktiviti yang sungguh berbaloi.
Bukan sahaja terapi mata, terapi minda tetapi memberi mendatangkan pendapatan sampingan yang tidak disangka-sangka.
Ketika pandemik ini ramai yang cuba berjinak-jinak berkebun di laman rumah.
Namun yang menjadi masalahnya apabila ada serangan perosak. Akibatnya pokok mula tidak menjadi, mengecut, tidak subur dan rosak.
Ini yang buat ada yang patah semangat, baru je nak cuba berkebun tapi ada halangan pula!
Sebenarnya nak berkebun ni kena ada ilmu tentang penjagaan pokok, bukan hanya sirim setiap hari dan letak baja je. Ilmu bagaimana nak halang serangga perosak kena ada.
Selain mengunakan racun perosak, ramai yang lebih suka menggunakan cara alami.
Ads
Begitu juga dengan perkongsian puan Liyana Mohd Poad yang menunjukan cara membuat semburan hanya mengunakan kulit bawang! Cara ini mampu menghalau semut, ulat beluncas dan kutu thrip dan bena putih. Serangan serangga ni yang membuatkan daun pokok jadi rosak.
Ikuti perkongsian beliau.
Ni satu lagi petua nak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara saya bg kat bawah. Dah tiga hari guna, puas hati rasanya.Semut kecik dan semut hitam dah tak ada.
Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh.Kumpulkan semua kulit bawang dlm satu bekas.Ni bawang bawang yg tlh dikupas. Mereka sedia untuk mmbawang. Yg ni guna utk masakan shj.Kulit kulit bawang rendam sekejap aje dlm bbrp minit.Kemudian,isi air penuh dlm bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya.Simpan dua hari di bawah sinki dapur. Slps dua hari, tapis airnya dan masukkn dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yg besar sekali,cth botol jus oren twister.Tambah air paip bg penuh.Masukkn dlm botol spray 500ml separuh dan tambah air. Lps tu spray pd pokok yg brmasalah setiap pagi dan petang selang sehari.InshaAllah masalah tanaman akan berkurangan.
Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Ia menjadi satu hari penting yang harus diingat dan diraih.
Imbau dan rasai momen manis pastinya kembalikan kasih sayang yang menyatukan pasangan selama hidup bersama.
Perkongsian Raja Permaisuri Agong Tengku Puteri Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar menerusi Instagram airtangan_tuakuazizah yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 35 mengundang perhatian ramai warganet. Pasangan romantik ini sentiasa kelihatan mesra dimana jua ibarat di hari pertama melangkah ke alam perkahwinan.
Hari ini 35 tahun yang lalu, menyatunya dua hati antara Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah dengan Tengku Puteri Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar. Majlis Istiadat Akad Nikah Pengantin Diraja telah berlangsung di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, diikuti Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Besar, Johor Bahru pada 19 Julai. Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pula menyusul pada 26 Julai.
Perkenalan baginda berdua bermula sejak mereka masing-masing berusia 13 dan 12 tahun daripada pertemuan di acara polo yang sering diadakan oleh keluarga Diraja Pahang dengan Johor, membawa sehingga ke peterana. Perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang itu menjadikan Tengku Azizah sebagai Tengku Puan Pahang.
Pada Julai 2019, Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-16.
Sepanjang usia sebagai suami isteri, pasangan Diraja ini dikurniakan sembilan orang cahaya mata; empat putera dan lima puteri.
Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada susu dalam tin untuk minuman atau bahan untuk masakan.
Rasa manisnya memberi rasa nikmat yang enak. Jadi tidak mustahil ada yang akan mengunakan susu pekat manis ini dalam minuman harian.
Namun, disebalik keenakan itu, sebenarnya ia mengundang kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Dalam pada itu, sebenarnya susu ini mempunyai pelbagai jenis seperti susu sejat, susu isian sejat, krimer sejat, susu isian peka dan krimer pekat manis. Tak sangka kan, rupanya banyak jenis.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr. Rusyainie Ramli di facebooknya.
‘SUSU’ DALAM TIN? Tahukah kalian yang krimer pekat manis yang dalam tin yang berbagai jenama yang dijual dengan begitu banyaknya di pasaraya dan kedai runcit tu, BUKAN SUSU? Kalau kalian lihat labelnya, perkataan pertama dalam senarai kandungannya ialah GULA. Sebab? Krimer pekat manis mengandungi hampir 50% gula!
Krimer pekat manis ni dihasilkan dari minyak tumbuhan, biasanya kelapa sawit dan ia tak ada pun protein susu dari binatang seperti lembu. Dan kerana itulah harganya lebih murah dari susu pekat manis. Rasa lemak berkrim yang seperti susu tu datang dari minyak kelapa sawit tulah.
Dipasarkan sebagai tanpa kolesterol, kita ingat ia bagus. Tapi mana nak ada kolesterol kalau lemaknya datang dari tumbuhan. Kolesterol hanya ada dalam haiwan. Ditambahlah vitamin ke, mineral ke, dalam krimer pekat manis, fakta tentang gula yang begitu banyak masih tak dapat diletak tepi. Vitamin dan mineral tu semua boleh datang dari makanan yang lain kan.
Yang krimer pekat manis nilah yang menjadi salah satu bahan penting dalam teh tarik. Kalori dalam 1 cawan teh tarik kecil pun dah 140kcal, kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi.
Sekarang dah tahu kan yang krimer pekat manis tu gulanya menimbun, maka buatlah keputusan sendiri.
Di pasaran ada juga SUSU PEKAT MANIS. Yang ni memang susu dari sumber binatang, biasanya lembulah. Ia ada protein susu. Penuh berkrim tu sebab ada lemak susu. Susu ni melalui proses pemekatan, di mana kandungan airnya disejat dan lepas tu ditambah gula. Malang sekali, kandungan gula tu jauh lebih tinggi dari susu tu sendiri untuk bagi rasa yang manis.
Kalau ada kat label SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM tu bermakna, susu tu dah ditambah lemak susu. Lemak susu tu datang dari proses penghomogenan susu. Susu ni kan kandungannya ada air dan lemak. Kalau tak buat proses ni, susu akan terpisah sebab lemak tak larut dalam air. Penghomogenan akan pecahkan lemak kepada molekul yang jauh lebih kecil dan hasilnya, lemak lebih baik penyebarannya dalam susu. Masa proses tulah ada lemak yang terapung kat permukaan susu. Yang tulah dimasukkan dalam susu yang dilabel penuh krim.
Kalau dibandingkan, secara logiknya susu pekat manis penuh krim tu memang rasanya lebih sedap tapi dahlah ada gula, tambah lemak susu lagi hampir 10%. Aduh. Seram ok. Sama macam krimer pekat manis, kalau dilihat di label isi kandungan, gula adalah bahan paling utama. Jadi, pandai-pandailah fikir bila nak bubuh dalam makanan dan minuman kita.
Susu pekat manis ni susah nak jumpa kat negara kita. Saya tak pasti kalau pasaraya premium macam Village Grocer, SAM Groceria atau Jaya Grocer ada dijual. Secara peribadi, krimer atau sus pekat manis memang tak ada dalam rumah saya.
Krimer sejat bukan susu
KRIMER SEJAT tu pun bukan susu. Macam krimer pekat manis, ia adalah produk dari minyak tumbuhan yang diproses menjadi seakan bentuk rupa susu. Ia lebih cair dan rasanya kurang manis. Ia banyak digunakan dalam sajian manis dalam masakan. Krimer ni boleh dijadikan dalam bentuk serbuk. Yang nilah banyak digunakan dalam minuman 3 dalam 1, bubble tea yang sekarang tengah in-trend atau sesetengah ‘susu’ kambing sunnah yang sebenarnya punah yang banyak dijual di toko jamu.
Susu sejat
SUSU SEJAT tu pula bermaksud, susu dari haiwan, yang melalui proses penyejatan supaya kandungan air dari susu tu jadi sikit, dan susu tu lagi pekat. Yang ni tak ada tambahan gula.
Susu isian
Kalau nampak perkataan SUSU ISIAN, biasanya dijual sebagai susu isian sejat, bermakna susu dah melalui proses untuk buang lemaknya dan diganti lemak tu dengan lemak minyak tumbuhan. Selalunya minyak sawit. Jadi SUSU ISIAN SEJAT yang kalau kita nampak kat kedai tu, tulah maknanya.
Semak dulu kandungan nutrisi sebelum beli.
Yang penting, semak kandungan nutrisi sebelum beli. Rasanya saya dah merangkumi semua jenis ‘susu’ dalam tin. Sekarang dah ada ilmu, silakan amalkannya dan buatlah pilihan yang bijak, pandai dan cerdik. Kalau tanya saya, elakkan lagi baik. Sekali sekala boleh la buang kempunan.
Kemahiran menjahit yang kita tahu walaupun tidaklah seperti profesional, namun tidak salah kiranya dari masa ke semasa kita belajar ilmu jahitan.
Umpamanya jika ingin menjahit fabrik lycra untuk dijadikan skirt untuk anak-anak ataupun tudung, ada tip dan caranya yang kita perlu tahu andai guna fabrik tersebut.
Keterangan lanjut tentang ini dikongsikan oleh Qurra Saim.Jom semak.
TIPS MENJAHIT KAIN LYCRA
Kebiasaan masalah yang berlaku apabila menjahit kain jenis lycra adalah jahitan melangkau atau benang tidak berkait pada kain mahupun kain tidak bergerak atau stuck semasa menjahit.
Jika masalah ini yang berlaku anda harus mencuba setiap satu solusi ini, kerana keupayaan mesin adalah berbeza-beza.
1 JARUM
Biasanya untuk mesin industri,gunakan saiz jarum no 11 untuk jahit lycra tetapi bergantung kepada ketebalan kain.
Jika kain sederhana tebal,gunakan saiz 13. Digalakkan menukar saiz jarum untuk mengelakkan jarum patah.
2 TAPAK TEFLON
Gunakan tapak teflon untuk menjahit kain lycra. Tapak teflon juga boleh digunakan menjahit PVC,PU dan kulit.
3 KETEGANGAN BENANG
Ketegangan benang juga merupakan faktor penting semasa menjahit lycra tau.
Fabrik lycra adalah fabrik yang mudah diregang, jadi ketatkan ketegangan benang dengan memulas ke arah jam jika mata jahitan asal melompat lompat atau longgar.
Fabrik lycra perlukan ketegangan benang yang lebih untuk mencengkam fabrik so,apa yg anda perlu buat?????
Buat Adjustment secara sedikit demi sedikit sehingga mendapat mata jahitan yang dikehendaki.
Jika mata jahitan terlampau rapat dan tegang, pulaskan ke arah lawan jam dan sebaliknya jadi anda mesti bijak tau membuat adjustment ni….
4 MATA JAHITAN
Elakkan gunakan mata jahitan yang terlampau kecik seperti 2 atau kurang, kerana jahitan yang terlalu kecik menyebabkan jahitan tak cantik
Sebaiknya guna saiz 2.5 atau 3 supaya jahitan lebih cantik.
Jom praktik jahit kain lycra… lama lama anda akan mahir
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...