“Simple Tapi Cantik. Untung Bakal Isteri.” Lelaki Ni Kongsi Deko Rumah Sendiri, Ramai Puji Kreatif, Rajin & Pandai Urus Wang!

Share

Setiap orang punya cara tersendiri dalam menzahirkan kasih sayang. Menerusi satu perkongsian di instagramnya, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan sebuah rumah untuk bakal isterinya.

Malah dia sendiri menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.

Menurut Amirul Izman yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.

Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.

Berkongsi cerita dengan mStar, mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabul pada 20 September ini.

 “Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.

“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.

“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.

“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.

“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami.

“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.

“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.

Sumber: Instagram amirul_izman

 

 

 

 

IKLAN