Menghias ruang dalam rumah dengan sentuhan kehijauan tanaman, diakui akan memberi impak lebih segar dan damai.
Tidak dengan itu, dikatakan ramai gemar menanam pokok di dalam rumah bertujuab untuk memastikan pengudaraan di dalam kediaman menjadi lebih sihat dan segar.
Walau apa pun tujuannya, tumbuhan yang ditanam harus dijaga agar hidup dengan subur. Selain perlu dibaja mengikut kekerapan tertentu, malah tidak boleh tidak harus disiram.
Memahami bagaimana sebaiknya tumbuhan indoor plants ini harus dijaga, elok kita baca perkongsian ini. Jom semak.
PENYIRAMAN INDOOR PLANTS
Tahukah anda penyiraman merupakan asas penting di dalam penjagaan pokok?
Ads
Pokok yang disiram terlalu banyak air atau kekurangan air boleh menyebabkan risiko pokok menjadi layu dan mati.
Perlu untuk kita ketahui, penyiraman sehingga menyebabkan air bertakung, terlebih air yang diperlukan oleh tanaman merupakan salah satu faktor utama pokok indoor plants kita mati.
Ads
Bagi melakukan penyiraman, adalah tidak digalakkan sama sekali menggunakan air yang bersuhu dingin.
Penyiraman mengunakan air ini akan menyebabkan pertumbuhan terbantut atau merosakkan akar tanaman.
Setiap keperluan suatu tanaman berbeza mengikut sepsis, habitat, tanah, cahaya, suhu dan kelembapan di kawasan rumah.
Ads
Tumbuhan yang mempunyai permukaan daun yang besar akan lebih banyak memerlukan air berbanding tanaman yang mempunyai daun kecil.
Berdepan dengan masalah tanah di laman rumah yang keras dan tidak subur, menyebabkan ada yang patah semangat untuk bercucuk tanam.
Pun begitu jangan putus asa, apa kata cuba cara yang dikongsikan ini. Kita rawat kesuburan tanah dengan teknik yang mudah sebagaimana yang dikongsikan oleh Zawiyah Mohid ini.
Alhamdulillah, cuba2 menanam kacang tanah, tepi rumah, bila timbang dapatlah sekitar 6 kilo. Cukuplah makan anak beranak.
Kenapa saya tanam kacang tanah? Sebabnya ialah untuk pulihkan tanah agar gembur.. tanah merah awalnya sangat keras, apa lg bila tak hujan.. memang jadi macam batu..
Masa awal menanam saya terpaksa cangkul tanah keras tu setakat ada sedikit lekokkan pada tanah, kemudian atas lekukkan tu saya bubuh tanah bakar hitam agar benih boleh bercambah dan tumbuh dengan elok.
Kalau tak letak tanah hitam, harus benih tak mahu tumbuh sebab keadaan tanah yang sangat keras.
Ini saya teringat pesan orang tua saya.. katanya kalau nak gemburkan tanah dan nak bagi tanah tu elok, hidup maka tanam kacang tanah.
Nanti akar-akar pokok kacang tanah tu buat “kerja” untuk pulihkan tanah agar gembur. Tak tau apa kelebihan pada akar kacang tanah tu. Memang betul, lepas saya cabut pokok-pokok kacang tu tanah jadi gembur dan mudah nak cangkul. Saya nak tanam yang lain pun akan jadi mudah nanti.
Kegusaran di hati ibu ayah bila melihat anak-anak tidak dapat pergi ke sekolah sepanjang tempoh PKP ini bertambah-tambah bila memikirkan anak akan menduduki peperiksaan besar tahun ini tidak lama lagi.
Pun begitu, semalam ( 15 April) dengan adanya pengumuman daripada Menteri Kanan Pendidikan semalam di kaca TV, berkenaan UPSR dan PT3 dibatalkan, menimbulkan pelbagai reaksi.
Ada yang setuju dan lega malah tidak kurang juga sebilangannya mempertikaikan.
Lantas ibu ayah mengajukan pelbagai persoalan kepada guru-guru. Dan hal ini turut dialami oleh seorang guru ini di akaun fbnya, bila mana dihujani pelbagai persoalan berkenaan bagaimana pengambilan anak-anak ke sekolah MRSM dan SBP.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya, semoga memberi info kepada semua ibu bapa sekelian.
Sidang media Menteri Kanan Pendidikan sebentar tadi (p15 April 2020) mengumumkan Peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan untuk tahun ini.
Terus ada yang pm aku bagaimana nak nilai murid masuk SBP dan MRSM.
Kawan-kawan. Banyak kali dah aku tulis sebelum ini, pengambilan ke SBP dan MRSM kini bukan seperti zaman kita dulu kala. Ia tak bergantung pada result UPSR lagi.
Bermula 2017, pengambilan pelajar SBP dan MRSM perlu melalui Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).
Sebab itu ada pelajar yang dapat 3A pun diterima masuk SBP. Kerana markah UKSBP mereka tinggi selain penglibatan mereka yang aktif dalam bidang lain di sekolah.
Pendidikan di Malaysia kini bukan lagi bertumpu pada akademik semata-mata. Kita tidak lagi menilai murid hanya atas kertas, bahkan mengambil kira kebolehan anak-anak kita yang lain.
Sebab itu bila KPM umumkan UPSR dimansuhkan akibat Pandemik COVID-19 ini, tak perlu gusar soal ke SBP dan MRSM. Ada cara yang dah lama pun KPM aplikasikan sebelum ini.
Untuk ke sekolah harian biasa, ia tidak menjadi masalah besar.
Alhamdulillah. Banyak sangat cadangan dari post yang aku tulis tempoh hari diterima pakai oleh KPM. Ia cadangan bersama kita semua. Dan kerajaan meneliti setiap satu cadangan dan memperhalusinya.
Kita dalam wabak. Kita dalam perang. Kerajaan sehabis baik membuat keputusan demi keselamatan anak-anak kita. Maka usahlah disindir sinis dan mempertikaikan pula.
Setiap orang diuji dengan cabaran yang berbeza-beza dan atas perkara itu juga ada yang menyebabkan diri melalui detik sukar dalam hidup dan seterusnya menjadi penyebab kepada perasaan kemurungan membelenggu diri.
Umumnya, tiada siapa pun mahu terus menerus berada di dalam zon kemurungan itu hingga menjejaskan kesihatan. Namun bagaimana caranya? Menjawab persoalan ini, apa kata kita baca perkongsian daripada seorang ibu ini yang pernah melalui saat Depression dan juga gangguan kebimbangan (Anxiety).
Semoga perkongsian ini dapat memberi insprasi untuk wanita di luar sana agar dapat kembali menjalani kehidupan yang bahagia dan menceriakan sepertinya hari ini.
Ini perkongsiannya.
Semalam, dating dengan Prof Najib, psychiatrist aku waktu 2017 dulu.
Kenapa aku jumpa Psychiatrist aku semalam? Setelah almost 3 years aku hilangkan diri taknak makan ubat, kenapa pula tiba tiba?
” Saya cuma rasa nak bercakap cakap dengan Prof.
After 3 years, saya survived tanpa ubat. Tapi saya jadi seorang yang sangat pelupa. Lebih teruk jika saya tulis di media sosial tentang mama abah ke, tentang momen masa kecil ke, selepas tu otak saya takkan boleh ingat semula. Seolah olah otak saya transfer semuanya ke folder lain, saya ok je lately saya happy je Prof. Kenapa yer?”
Prof bukak file aku. Prof tanya aku,
1.Bila tarikh kami berjumpa buat kali pertama.
2.Bila appointment seterusnya selepas appointment kami kali pertama.
3.Apa yang berlaku pada waktu sekian sekian.
4. Sewaktu awak mengalami post partum disorder, apa yang cuba lakukan? Boleh ulang semula suara yang awak dengar?
Banyak dia tanya.
Semuanya aku boleh jawab dengan sangat detail. Aku tahu tarikh, aku tahu nama ubat. Aku tahu dose ubat, aku masih ingat semuanya. Aku ingat semua momen tu, aku ingat semua kepahitan tu.
Macamana pula aku terlupa teruk selama ni? Habis semua aku tak ingat susah nak recall.
” Apa method yang awak buat untuk luahkan rasa sedih dan kecewa sepanjang 3 tahun ni? Prof menyoal.
” Saya menulis Prof. Saya menulis semua yang menyakitkan dan pahit di dalam 1 buku atau notepad handphone saya.
Makin hari saya makin perasan saya jadi sangat pelupa dan saya takut saya hilang semua memori tu. Sebab tu saya mula menulis semua memori manis dan pahit sebelum semuanya hilang. Saya keluarkan semua dari otak, ”
Hasil perbincangan dengan Prof semalam, apa yang aku dapat ialah,
Brain kita, kalau kita train begitu lama lama dia akan jadi begitu. Contohnya aku train untuk keluarkan semua masalah di dalam satu kertas, aku buang or delete lepas tu, lama kelamaan brain kita faham itu cara delete all those memories. Bagus la kan?
But memory tu masih ada di brain sebenarnya. Cuma untuk stopkan dari overthinking, ianya sangat membantu.
Semalam Prof macam kagum jugalah aku survived 3 years tanpa ambil ubat semula. Yes, ada masa aku memang seret kaki setiap pagi paksa untuk diri untuk hidup.
Tapi dia cakap,
” Your depression still there Syahirah, masih di situ. But it’s ok if you feel better lepas kita bercakap cakap begini. Kalau awak ready untuk makan ubat, saya akan bagi,”
Aku cakap aku Istiqarah dulu. Aku senyum dan aku baliklah lepas tu.
Gais, tak salah pun makan ubat. But I have my own reason kenapa aku tak makan ubat. Aku tak ada support system yang kuat buat masa ni. Aku perlu uruskan anak anak aku, if baru nak cuba cuba ubat semula, aku akan tak betul beberapa bulan sementara nak ok. But please, makan ubat jika keadaan kau memerlukan.
Cuma aku nak share few tips yang aku rasa membantu. Tak salah untuk kau cuba.
#1 BUAT DECISION YANG FIRM.
Ambil satu kertas. Tulislah di situ. Bulatkan hati kau minta sungguh pada Allah. Kau nak bahagia. Kau nak happy. Buat hari hari. Aku buat everyday. If tak kertas, handphone pun boleh dekat notepad.
You deserve to be happy! Tulislah dekat situ, Depression isn’t going to win. Tulis kau hebat. Tulislah kau yang control brain kau. Buatlah begitu. Sangat membantu.
2# CARILAH APA YANG BUAT KAU HAPPY
Aku pilih untuk bahagia. Aku cari apa yang buat aku gembira. Aku gelak, aku tengok cerita kelakar. Sebab bila kau gelak otak kau akan releases the “happy chemical” dopamine, kemudian kau akan rasa lega dan tenang. Dan satu lagi, endorphines. Yang ni melegakan rasa stress kau, dan InsyaAllah kau akan tidur lebih baik.
3# INGAT SEMUA MEMORI YANG BEST DAN PENCAPAIAN TERBAIK DALAM HIDUP
Ingat, dan tulis. Aku tulis semua yang best dalam hidup. And aku tulis apa yang aku mahu dalam hidup. Of course aku berdoa dan berusaha. Cuma ini cara kau latih otak supaya nampak apa yang kau pernah capai dan mahu. Remind yourself of times when you were happier. Tulis tulis tulis.
4# JANGAN HIDUP DALAM KESERABUTAN.
Pergi kemas peti ais, rumah kau. Kain tak lipat tak apa kejap. Asingkan dulu 1 bilik. Tapi kemas rumah tu. Vacuum, mop. Kau tak akan tenang kalau rumah kau serupa reban.
5# KURANGKAN GULA
Memang ni payah sikit. Aku juga sejenis cari coklat dan aiskrim. Tapi sedikit tak apa. But if too much boleh buat kau depressed lebih teruk sebenarnya.
6# PAKAI CANTIK CANTIK, KELUARLAH TENGOK DUNIA LUAR
Lawan semua rasa low esteem tu. Pergi keluar. Ambil udara segar, biar otak kita berkembang sikit. Keluarlah walaupun ada anxiety. Belajar kawal diri pelahan lahan. Jangan lah pergi tempat ramai orang. Pakai selekeh buat kau rasa down. Bersiap lah sikit, asyik siapkan keluarga je.
Aku selalu lepak kedai buku, minum kat luar sambil menulis. Eh jap, aku gi mamak menulis pakai boots tau?
Ala boots RM27 beli kat LAZADA je. Mamak kagum ok?
#7 BERGERAK!
Kalau tak mahu bersenam kat luar, bukak youtube kau zumba la depan youtube. Aku suka follow ada 1 group budak medic ni johan aerodance menari. Best! Kau kena bergerak. Kau terbaring sepi jer apa pun tak jadi tau.
8# BUAT SEBERAPA BANYAK KEBAIKAN
Buatlah seberapa banyak kebaikan dengan keluarga, jiran. Perbaiki hubungan dengan orang sekeliling.
Cut off mana yang terlalu negatif, but banyak lagi cara untuk kau berbuat baik dengan makhluk lain. Bagi makan stray cat, dog, belikan pakcik makcik cleaner breakfast, cuci tandas awam, basuhkan telekung surau kat rumah. Banyak sangat cara. Buatlah seberapa banyak kebaikan.
Aku taknak tulis dekatkan diri dengan Allah. Aku tahu struggle kau semua macamana. Macamana kita merayu kat Allah pun kita saja yang tahu. Tapi kena ubah cara kita berfikir. Kena ubah diri kita sendiri.
Prof cakap,
” Saya, ubat, tak boleh sembuhkan awak. Allah, diri awak saja yang boleh ubah diri awak dan bantu diri awak,”