Pelbagai jenis baja berada dipasaran yang boleh dijadikan sebagai ‘makanan tambahan’ buat pokok-pokok mahupun tanaman kesayangan agar menjadi lebih subur, segar dan membesar dengan sihat.Baja juga boleh dihasilkan sendiri dan menariknya ia cukup mudah didapati dan boleh dilakukan sendiri.
Telur yang telah digunakan, jangan dibuang kulitnya. Ini kerana sisa kulit telur tersebut juga bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai baja organik buat pokok-pokok mahupun tanaman di rumah.
Menerusi perkongsian Norisniyati Abdul Hamid beliau berkongsi cara menghasilkan baja organik daripada sisa kulit telur yang cukup mudah dilakukan. Apa yang penting ia selamat digunakan lagi menjimatkan, sekaligus mengelakkan pembaziran.
Telur kita makan.. kulit telur bagi pokok pulak makan.. so tiada pembaziran.. 🙂
Bahan-bahan:
Ads
Kulit Telur
Cara Membuat:
Ads
1.Basuh kulit telur tersebut.
2.Jemur kulit telur pada cahaya matahari.
Ads
3.Tumbuk hancur kulit telur tersebut menggunakan lesung batu.
4.Taburkan pada pokok/ tanaman seminggu sekali.
Siap! Selamat Mencuba!
Sumber:Norisniyati Abdul Hamid (Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kecederaan boleh berlaku andai tidak berhati-hati. Lebih-lebih lagi membabitkan kanak-kanak.
Ibu bernama Ina Khairul menerusi perkongsiannya di laman facebook ada memuat naik satu insiden di mana anaknya cedera akibat terjatuh ketika suaminya menekan brek keta secara mengejut.
Insiden tersebut menyebabkan kepala anaknya berdarah sehingga terpaksa dibawa ke hospital dan menerima rawatan.
Semoga cerita dari Puan Ina ini memberi pengajaran kepada ibu bapa lain dalam alert menjaga keselamatan anak-anak baik di dalam mahupun di luar rumah.
Petang tadi kami ke tesco beli barang2 rumah.. on the way balik, macam biasa la suami bawak kereta, tiba2 kereta depan berhenti dan suami emergency break, Cinta yang tengah berdiri jatuh tersembam ke bawah dan kepala terhentak kat besi bawah seat.. darah memancut keluar dengan banyaknya.. ya Allah aku yang dok depan terus ke belakang. panik sangat2 sebab nampak darah menitik2 kene seat kereta.. ambil towel, tekap kat kepala Cinta.. darah terus keluar. Cinta mula menangis sebab sakit katanya.. suami terus drive menuju ke klinik 1 msia yang dekat..
ku ribakan Cinta dan sepanjang jalan tu memang cakap, adik jangan tido tau.. takut2 Cinta pengsan sebab darah keluar banyak.. bagi Cinta minum air tapi die minum sikit je.. sampai kat klinik 1 msia, MA cuci kepala Cinta dan die terus bagi surat refer ke hospital. katanya luka perlu di gam.. boleh jahit tapi takut Cinta menangis, meronta2, trauma tengok jarum.. dan of course la jahit tu sakit kan.. kami terus ke hospital alor gajah sebab hospital yg paling dekat dan orang tak ramai (harapan) kat hospital, doc scan sebab kepala bengkak, alhamdulillah takde ape2.. dan doktor gam luka yg menganga tu..
Kaseh dan Cinta memang suka berdiri, memanjat atas kerusi.. depan ke belakang tak reti duduk diam. sebenarnya dah banyak kali Cinta dan Kaseh jatuh tergolek ke bawah bila emergency break ni.. tapi tak pernah jadi apa2, so kami sambil lewa dengan keselamatan anak2.. even anak tido dan baring pun bahaya tau.. beberapa kali jugak pernah tergolek ke bawah.. klo nak tdo, biar tdo duduk je. tak perlu baring..
Pengajaran utk diri sendiri dan kawan2.. jangan biarkan anak2 bdiri, memanjat dalam kereta. perlu pakaikan seat belt atau duduk kat car seat. jalan dekat ke jalan jauh ke.. keselamatan anak2 yang penting.. bahaya ada di mana-mana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Datang dari keluarga yang susah, berstatus ibu tunggal yang sendirian membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Anak-anak menjadi saksi pengorbanan ibu mereka.
Demi menjimatkan duit, setiap minggu ibunya akan membeli ikan, ayam berdekatan pasar jumaat. Menurut Siti Khairul Afira Binti Suria, 28 selain murah, ikan yang dijual juga masih elok dan murah.
“Masa tu boleh beli banyak, jimat belanja dan masa. Cuma masa tu mak banyak beli ikan. daging jarang sekali kami dapat makan. apatah lagi udang, sotong atau ketam. Dapat makan setahun sekali pun bersyukur sangat dah masa tu. Peti ais pun kecik, mak biasa beli ikan sardin, ikan kembung, ayam dan sayur-sayur yang murah-murah. Selepas beli, mak akan siang ikan tersebut, basuh elok-elok. Kemudian mak akan bunjut dalam plastik sebab nak jimat ruang dan simpan dalam tempat beku peti ais.
“Jadi, sepanjang tempoh saya berkahwin selama 6 tahun ini, itulah kaedah yang saya buat. Cuma rezeki saya, peti ais lebih besar. Jadi saya lebih suka beli untuk tiga minggu hingga sebulan punya barang basah. Kebetulan di tempat saya Butterworth, penang. Untuk mendapatkan ikan segar dan murah ada banyak tempat. Contohnya di pasar tani Kepala Batas. Pasar Malam Sg Dua. Pasar Bisik.
“Tapi sejak 2 3 tahun ni saya lebih suka berbelanja di Pasar Besar Bukit Mertajam setiap bulan. Sebab disana, saya boleh mendapatkan barang basah pada harga yang lebih murah. Setiap bulan saya hanya peruntukkan RM200 sahaja untuk pelbagai jenis ikan, ayam, daging, udang, sotong dan juga sayur,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata Wardah Wardina Haniz, 5 tahun, Aminul Malikullah Haniz 4 Tahun dan Wardhia Safieya Haniz 10 bulan.
Idea sendiri dan tip dari penjual
Idea menyimpan barang basah yang dilakukan anak kelahiran Kuala Kangsar ini pernah tular di media sosial sebelum ini. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Fieya mengakui, itu adalah hasil ideanya sendiri.
“Banyak saya cuba dan lihat hasilnya. Dulu ada jenis ikan yang saya tak pandai cara simpan. Contohnya macam isi ikan tenggiri. Isi ikan pari. Isi ikan merah. Ikan tongkol. Isi ikan yu. Semua jenis ikan ni mudah rosak dengan cepat dan mudah hancur dan hilang manis ikannya. Jadi, saya cuba pelbagai cara akhirnya saya dapat cara dengan lapiskan isi ikan dengan lapisan plastik sebelum menindih isi ikan dengan isi ikan yang lain.
“Ada juga tips yang diberi oleh penjual udang untuk mengekalkan rasa manis udang. Pertama, kalau udang Laut yang warna putih, nak simpan lama, perlu buang kepala dan kulitnya. Simpan dalam bekas atau plastik seal kemudian masukkan air tapis ke dalam bekas berisi isi udang. Tutup kemas dan simpan dalam tempat beku.
“Kalau udang hitam/udang ternak. Jangan buang kulit. Buang bahagian tajam di kepala dan ekor. Kemudian cungkil bahagian hujung e8kor udang untuk keluarkan kotoran ditengah belakang udang tanpa perlu membuang kulit udang. Letak air sehingga memenuhi bekas simpanan. Dan simpan dalam bahagian beku.
“Dengan tips ini biasanya saya boleh simpan udang lebih dari sebulan dalam peti sejuk. Dan masih ada rasa manis udang. Teknik nak mencairkan simpanan beku juga perlu ada. Elakkan merendam barang basah yang sudah beku terus ke dalam air. Kalau mahu cairkan ais dengan cepat bolwh rendam dengan bekasnya sekali dalam air atau keluarkan dari bahagian beku lebih awal. Contohnya, nak masak untuk tengah hari esok. Malam sebelum tidur turunkan bekas bahan basah yang mana ingin dimasak keesokan hari terlebih dahulu.
Buat perbandingan harga
Mengakui dirinya sangat mudah berinteraksi dengan orang, itu antara kelebihan yang membuatkan dia tak malu-malu untuk berbual dengan penjual.
“Jenis saya pula, kalau saya dah biasa beli pada seorang penjual biasanya saya setia pada satu penjual sahaja. Jadi setiap bulan memang saya sudah tahu. Daging beli kat penjual mana yang elok. Ayam beli kat penjual mana yang bersih. Itik penjual mana yang Halal. Bukan apa, bila kita setia. Penjual mula ingat muka kita bila kita membeli.
“Macam saya. Kalau beli apa-apa mesti dapat lebih. Dapat kurang harga. Sebab setia dengan satu penjual. Melainkan kalau dia tak meniaga, atau kualiti barang yang dia jual berubah. Baru saya cari penjual lain. Dalam pasar besar banyak peniaga. Jadi kita kena pandai bandingkan harga. Elakkan ditipu dan buat pilihan yang baik. Tu sebab setiap bulan kalau saya ke pasar besar. Lebih kurang 2 jam saya berada dalam pasar untuk memilih barang basah sahaja,”jelasnya.
Bajet ikut kemampuan
Tambah Fieya lagi, waktu mula-mula kahwin gaji suaminya lebih kurang Rm1+++ je sebulan. ditambah pula dia hanya suri rumah sepenuh masa.
“Jadi kami sangat berjimat cermat ketika berbelanja. semuanya mesti digunakan mengikut bajet yang ditetapkan agar kami mampu membuat simpanan kecemasan untuk keluarga kami. Sekarang anak dah tiga. Gaji pun sudah tiga kali ganda dari gaji awal perkahwinan tapi kami dah terbiasa peruntukkan RM200 setiap bulan untuk barang basah.
“Ada lebihan gaji buat beberapa tabungan. Contohnya tabungan persekolahan anak-anak, tabung kecemasan jika sakit, dan simpanan kekal untuk misi membeli sesuatu keperluan secara tunai tanpa perlu berhutang.
“Selain itu, dengan cara menyimpan barang basah begini saya sangat kurang tekanan. Sebelum tidur biasanya sudah ada menu untuk dimasak esok. sama ada dicadangkan oleh suami dan anak-anak atau terlintas sendiri dalam kepala hendak masak apa keesokan harinya selepas meneliti barang basah apa yang tinggal dalam peti sejuk.
“Rutin harian saya lebih teratur, tak perlu nak kepasar setiap hari, berasak dengan ramai orang bersama baby kecil saya yang baru 10 bulan. semunya sudah ada tersedia. siap cuci bersih dah. tinggal nak masak dengan penuh kasih sayang sahaja untuk keluarga tercinta. Tambahan pula sekarang saya makin aktif menjual makanan baby secara online dan offline.
“Jadi jadual saya lebih teratur dan lebh mudah menyempurnakan tugas harian saya. yang lebih saya suka setiap barang basah yang disimpan dalam kuantiti yang cukup untuk sekeluarga makan tanpa ada pembasiran. setiap satu bekas barang basah yang saya simpan cukup untuk makan tengah hari dan makan malam kami lima beranak. mudah. kemas. menjimatkan masa. menjimatkankan tenaga dan lebih teratur,” ujar isteri kesayangan Mohamad Zafril Haniz Bin Mohamad Azlan.
Setiap tempat harga tak sama
Selain itu, dia juga rajin berkongsi resepi gambar makanan yang dimasak dan beberapa tips di laman facebooknya Fieya Badar serta Instagram izliyahkitchen_fieyabadar.
“Saya selalu kongsi macam mana kehidupan seharian saya, menu masakan, tips selaian turut mengambil tempahan memasak sekitar Butterworth dan Sungai Dua. Sebenarnya, ketika ini belanja dapur sebenarnya semakin mahal. Macam saya, RM200 itu hanya peruntukan barang basah sebulan.
“Belum termasuk barang kering, beras dan sebagainya. Semua orang sebenarnya mahu berjimat cermat. Bertuahnya saya sebab tinggal di Penang sangat dekat dengan laut. Dulu waktu saya bujang dan tinggal di Kuala Lumpur, biasanya saya dan rakan serumah akan terjah ke pasar pudu awal pagi untuk dpatkan bahan basah dengan harga berpatutan.
“Setiap tempat harganya tak sama. jadi, jika tak boleh mengikut harga seperti yang saya dapat. Gunakanlah teknik menyimpan barang yang pernah saya kongsikan di facebook sebelum ini. sekurang-kurangnya dapat membantu anda menjimatkan masa dan tenaga. Mana yang tak bersetuju dengan cara saya. saya terima dengan fikiran yang terbuka. Ini kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Sudah 6 tahun lebih buat perkara yang sama dalam bajet bulanan kami dan rasa dan cara masakan saya masih dipuji anak dan suami tak berubah rasa pun walau disimpan lama.
“Kuncinya, kena rajin sebab semuanya kena menggunakan tenaga, kebersihan dan kemasan dalam proses penyimpanan bahan basah dalam peti sejuk beku. tapi apabila ianya siap, kerja memasak anda lebih mudah dan cepat. In sha allah. Yang baik itu datang dari Allah. Yang kurang itu datang dari saya sendiri,”Ujar Fieya sebelum menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tudung antara koleksi yang paling banyak dikumpul oleh wanita yang berhijab. Namun, satu masalah yang selalu melanda adalah di mana nak menyimpan tudung terutama yang rajin membeli. Lebih-lebih lagi kalau ruang agak terhad.
Jika nak tudung tersusun kemas dan tidak diletakkan merata-rata, boleh cuba buat almari khas untuk tudung anda. Saudara Shafiq Abdul Hamid kongsikan caranya dengan menggunakan paip PVC dan plywood.
Buat ibu-ibu yang nak menjimatkan ruang dan dalam masa yang sama memudahkan ketika nak dipakai, apa kata cuba cara ini.
Projek buat almari tudung. Terbaik idea ni 😍 Saiz paip pvc putih 4 inci.. boleh lah try buat
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.