Tapi…. Yang tak senang tu bila nak mengelak jari dari tercucuk dek muncung udang tu! Sakit tau!
Haaa tahu tak, tercucuk udang tu sebenarnya bahaya? Selalu kita anggap halah tercucuk, letak minyak dah ok dah!
Tak ye! Kalau salah/lambat rawat. Boleh menyebabkan nyawa kita sendiri yang terancam. Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ni. Jom ikuti perkongsiannya.
Seorang lelaki terluka jarinya semasa menyiang udang. Tidak luka teruk pun, hanya tercucuk dan berdarah sedikit.
Ads
Ini bukan kali pertama dia tercedera ringan semasa menyiang udang / ikan. Selepas pendarahan berhenti, beliau terus menyambung melakukan tugas rutin seperti biasa.
Keesokan harinya lelaki malang ini mula alami gejala demam dan hujung jarinya menjadi bengkak dan kehitaman. Dia segera ke hospital dan di jabatan kecemasan doktor mengesahkan dia menghidap Necrotizing Fascitis iaitu sejenis jangkitan kuman SERIUS.
Tidak sampai beberapa jam, jarinya bertukar menjadi lebih hitam tanda bakteria itu sudah mula memakan daging di hujng jaringa. Ya, bakteria ini juga dikenali sebagai “Bakteria Pemakan Daging” .
Pembedahan kecemasan perlu dilakukan segera untuk membuang bahagian otot yang telah dimakan bakteria. Jika lambat bertindak, kuman boleh masuk merebak dan lelaki ini mungkin hilang tangan atau seluruh lengan! Lebih serius, kuman boleh masuk ke darah dan menyerang organ organ penting.
Ads
Pesakit ini bertuah kerana dia datang ke hospital awal. Jika lewat, mungkin nyawanya terancam. Luka di tangannya mengambil masa lama untuk sembuh, tetapi apa yang lebih penting, nyawanya dapat diselamatkan.
Bakteria yang sering ada di haiwan laut ini namanya Vibrio Vulnifikus. Ia menjangkiti manusia apabila tercedera semasa menyiang ikan/ udang. Ia juga boleh menjangkiti penyelam yang ada luka terdedah di kulitnya atau apabila makanan laut dimakan mentah.
Ads
Pengajaran
✔️ Elakkan kecederaan semasa menyiang ikan / udang
✔️ Pakai sarung tangan utk elak cedera
✔️ Jika terluka, basuh dengan air sabun deangan cepat. Jangan picit atau ikat hujung jari
✔️ Jika ada gejala demam, bengkak, kulit bertukar warna, dapatkan rawatan segera
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak mahu badan terhidrasi akibat kurangnya pengambilan air pada bulan puasa ini, ada baiknya kita dengar penjelasan dorktor ini dengan lebih detail cara bagaimana sepatutnya kita lakukan. Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
5 TIPS MINUM AIR DI BULAN PUASA
Air kosong bukan sahaja penting untuk fungsi tubuh yang optimum dan segar sewaktu berpuasa. Minum air yang cukup mencegah dehidrasi punca badan stres, rasa nak pitam dan badan rasa lemah lesu.
Suka saya nak kongsikan amalan saya, 5 tips minum air sewaktu bulan ramadhan:
1) PASTIKAN PENGAMBILAN AIR YANG MENCUKUPI
Periksa warna air kencing..pastikan minum sampai warna jernih dengan mungkin sedikit kekuningan. Kencing lebih 10 kali sehari warna putih jernih mungkin menandakan terlebih minum air. Air kencing warna “coke” menandakan kita perlu kerapkan lagi minum air. Kerapkan pengambilan secawan setiap sejam lepas berbuka lebih baik daripada minum 3-4 gelas sekaligus. Perlukah 8-12 gelas sehari?
Periksa saja warna air kencing. Tapi jangan pula tunggu sampai dahaga teruk baru nak minum ya.
2) PASTIKAN TIMING PENGAMBILAN AIR YANG SESUAI
Minum maksimum setengah gelas sahaja sejurus sebelum makan dan satu gelas selepas makan. Kita tidak mahu mencairkan jus pencernaan yang membantu penghadaman. Saya kebiasaannya mengesyorkan minum 1-2 gelas air setiap jam bulan puasa.
Minum 2 gelas air sebelum tidur dan 1.5 gelas air sewaktu bersahur. Jika anda bersahur ringan seperti kurma sahaja mungkin boleh upkan jadi 3 gelas air.
3) MINUMAN MANIS: ELAKKAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN
Tiada masalah minum manis walaupun tiada hadith soheh yang jelas menyarankannya. Waktu paling sesuai minum air manis ialah sudah tentu sewaktu berbuka puasa.
Saya kebiasaannya mengelakkan minum manis sepanjang bulan puasa kerana “ketagihan manis” ini bisa menyebabkan badan jadi stres dan sangap waktu siang. Maksudnya, waktu paling saya elak minum manis ialah waktu bersahur.
Bagi yang ada penyakit kencing manis tanpa ambil ubat, eloklah guna peluang ini pantang terus air manis. Bagi yang gula selalunya terlampau tinggi, bila puasa siang boleh alami
simtom relative hypoglycemia. Dapatkan nasihat doktor sewaktu bulan puasa ini ya.
4) MINUMAN BERKAFEIN
Mereka yang ada masalah sistem pencernaan serta stres yang tinggi eloklah elakkan kafein. Kafein ini walaupun memberi tenaga tetapi buat sementara sahaja dan badan akan merasai kepenatan.
Malah kafein juga “menarik keluar” air dari diserap badan (kesan diuretik).
Sesetengah orang mungkin mengalami rasa berdebar kuat, menggigil, migrain dengan pengambilan kopi kerana kafein ini umpama topup kepada stres awal berpuasa.
Kafein yang diminum waktu malam juga mungkin mengganggu keseimbangan keseluruhan sistem hormon badan..terutamanya perembesan hormon tidur (Melatonin).
Bagi yang tiada masalah kesihatan, minuman berkafein bukanlah kepantangan utama pada bulan puasa. Saya kebiasaannya minum pada waktu paling mesra hormon iaitu sewaktu bersahur.
5) MINUMAN PROSES
Minuman proses ini biasanya tinggi gula terutamanya jus kotak berperisa buah, susu berperisa dan juga minuman berkarbonat.
Ada yang kata, takpe lah minum diet soda berkarbonat yang “lebih sihat”. Bulan puasa ni, badan kita kerja keras tau nak detox bahan bahaya dalam sel lemak kita yang rosakkan kesihatan kita selama ni. Maka janganlah kita topup lagi dengan bahan kimia seperti pemanis tiruan dan pengawet seperti aspartam, maltodekstrin dan HFCS yang merosakkan.
Bagi lah chann badan rehat sikit bulan puasa ni ye. Banyakkan minum jus buah ori dan air kosong semata. Bila badan dah adaptasi dengan stres berpuasa, apa salahnya mengopi mengeteh sekali sekala kan?
Sama-sama kita hayati keberkatan bulan ini dan semoga kita semua mendapat manfaat darinya..ameen.
Kita sering melihat seakan ada satu semangat luar biasa di dalam hati ibu dan ayah bila diuji dengan kelahiran anak syurga. Semahunya ibu dan ayah ini akan cuba berjuang dan bangkit untuk lakukan yang terbaik untuk anak-anaknya agar dapat menjalani kehidupan sama seperti orang lain di dunia ini.
Kisah yang sama juga dapat dilihat dengan jelas bila kita mengenali seorang ibu muda bernama Doktor Fatin Nadhirah. Ayuh ikuti apa yang telah dilakukannya untuk membantu anaknya yang telah di diagnose mild autisme.
Nama saya Dr Fatin Nadhirah, saya seorang doktor gigi. Hidup biasa macam orang lain dan lebih istimewa bila saya dikurniakan seorang anak syurga, Muhammad Ziyad bin Muhamad Akmal, sekarang 4 tahun 4 bulan – mild autisme.
Ziyad di diagnose pada umur 1 tahun 8 bulan. Ketika itu, semua orang cakap saya ni OCD sangat, ikut sangat teori medical, sampai hati cakap anak sendiri ada autisme. Ada yang kata saya ni pandang rendah pada tahap kebolehan Ziyad dan sebagainya.
Tapi pada saya, kenapa nak hidup dalam dilema? Walaupun kita doktor, tak mungkin ke anak kita ni autisme? Ziyad ada KESEMUA citi autisme yang saya share di poster ini dan jujur saya katakan, perasaan saya sebagai ibu memang sedih.
Tapi, perasaan saya “aku nak improve kan anak aku” lebih tinggi daripada perasaan sedih saya ketika itu. So saya hantar ziyad ke kelas terapi bermula 1tahun 8 bulan. Bayangkan budak setahun dah kena pergi kelas, duduk one to one dengan cikgu setiap minggu…
Kini, Alhamdulillah, setelah Ziyad pergi terapi setelah 3 tahun, kesemua ciri autisme sudah tak ada pada Ziyad… tapi saya tentu kena ingat, Autisme akan selamanya berada dalam dirinya.. jadi saya kena terus belajar dan sentiasa bersedia untuk apa apa yang akan berlaku.
Sedikit perkongsian untuk ibu bapa yang BARU SAHAJA anaknya di diagnose autisma :
1) Sentiasa cuba untuk berfikir positif kerana sekiranya kita bertindak dengan cepat untuk menghantar anak kita ke kelas terapi, kita boleh nampak perubahan dalam diri mereka dengan lebih cepat
2) Jangan sempitkan minda dengan
Autisma : mengamuk, hentak kepala, marah-marah.
No. Ibu bapa kena buka minda, masuk ke dalam dunia anak anak mereka, belajar rasa apa yang mereka rasa. Mereka ni sensitif. Kalau bantal biru, bantal biru jugak diorang nak. Jangan lah kita tukar ke bantal warna lain. Mereka sensitif dengan bunyi kuat dan sebagainya.
Jadi, instead of kita cepat berasa marah macam “kenapa la budak ni tak faham bahasa atau..kenapala budak ni pergi shopping mall je nak tantrum..” , kita kena letak diri kita dalam diri mereka la. Belajar. Mereka ni ada masalah sensori, masalah komunikasi dan sebagainya.
3) Ibu bapa yang baru anaknya di diagnose autisma perlu banyak sabar. Suami isteri kena bergabung bersatu tenaga untuk menguruskan anak autisma ini. Co parenting penting supaya pasangan tak stress uruskan anak autisma keseorangan.
4) Untuk yang beragama Islam, boleh guna terapi Al Quran juga untuk anak autisma. Ini kena belajar. Tapi cara paling mudah adalah bagi mereka dengar ayat Quran setiap hari!
5) Jangan “simpan” mereka.
Jangan takut nak bawa mereka keluar rumah. Biar mereka keluar, tengok dunia luar, rasai kepelbagaian tempat. Macam saya, saya bawa Ziyad travel naik kapal terbang setakat ni paling lama adalah 15 jam. Sangat mencabar. Kami plan macam macam strategi sebelum kami berlepas. Disebabkan ayahnya memang kaki travel, so nak tak nak memang kami kena bawak.
Tapi saya puji suami saya walaupun dia tahu anak dia cepat bosan dalam kapal terbang, boleh tantrum dan sebagainya, tapi setiap tahun dia masih nak bawa kami bercuti .
Pengalaman bawa Ziyad dalam plane, macam macam kami tempuh. Dia ganggu orang tidur, dia ambil makanan orang, dia nangis tak berhenti-henti sampai ada yang datang dekat saya dan cakap dia kena sampuk, saya pun diam je sebab tak tau macam mana nak educate orang tu dan ketika tu tenaga saya dah banyak kurang sebab dukung dan pegang Ziyad untuk tenangkan dia.
Cuma apa saya boleh cakap adalah, bila bawa anak istimewa ini melancong, mereka lebih banyak belajar. Isu masalah sensori mereka sedikit sebanyak bertambah baik. Ziyad tak ada masalah tentang perubahan cuaca, perubahan tempat tinggal (hotel) setakat ni alhamdulillah. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab masyarakat kena tau, anak autisma ni sangat-sangat sensitif terhadap perubahan sekeliling mereka.
6) Dapatkan support daripada ahli keluarga dan rakan terdekat. Orang sekeliling kena educate diri masing masing tentang autisma supaya parents ni takkan rasa macam mereka keseorangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di