Bila baru-baru ini Tabung Haji ada mengumumkan kemudahan sistem semakan Tabung Haji secara online kepada semua pendipositnya secara online. Pastinya itu perkhabaran yang menggembirakan dan pasti memberi 1001 kemudahan untuk semua.
Pun begitu, buat yang masih belum tahu bagaimana untuk aktifkannya, jom semak perkongsian ini.
Sudah bertahun tertanya-tanya kenapa akaun Tabung Haji tidak mempunyai kemudahan semakan secara online. Rasa pelik kerana Malaysia begitu maju dalam industri IT dan TH mempunyai berjuta pendeposit yang pasti sangat mengharap fasiliti yang canggih.
Alhamdulillah pada tahun 2020 fasiliti semakan akaun Tabung Haji secara online sudah menjadi kenyataan.
Kalian boleh mendaftar di website http://thijari.com.my Cantik juga websitenya.
Cara Untuk Mendaftar
1. Pilih button “daftar”
Ads
2. Masukan no mykad dan no akaun TH
3. Masukan no telefon yang sudah berdaftar dengan TH. Kalau belum kenalah daftar di kaunter TH terdekat.
4. Kepada no hp yang sudah terdaftar boleh request TAC.
Ads
5. Apabila sudah terima TAC melalui sms, masukan dalam kotak yang disediakan
6. Buatkan nama ID Contoh Denaihati251
7. Buatkan pasword yang mesti ada gabungan Huruf Besar, Huruf Kecik, Angka dan Simbol contoh 12345Hs@
8. Pilih salah satu gambar antara 5 yang di beri
9. Pendaftaran selesai
Ads
10. Untuk Log In kalian perlu masukan nama ID contoh Denaihati251 dan password contoh 12345Hs@. Jika gambar yang keluar sama dengan gambar yang kalian pilih maka boleh teruskan log in.
11. Dalam akaun tersebut kalian boleh melihat status akaun, status pemohonan haji dan boleh transfer simpanan ke akaun TH yang lain.
Tahniah Tabung Haji.
Semuga tahun ini boleh bayar hibah lebih tinggi dari tahun lepas.
Kepada yang sudah daftar kongsikan pengalaman kalian.
Sebarkan supaya semua pemegang akaun TH boleh mendaftar segera.
Berikut ada lah cara log in akaun THiJari dan cara menggunakan perkhidmatan yang ada dalam sistem @ https://www.facebook.com/amir.denaihati/posts/10213987472955822
Khatam Al-Quran setiap bulan bantu kejayaan SPM. Itulah berita yang cukup menggembirakan dan menyentuh hati ramai apabila penyanyi Linda Rafar berkongsi kejayaan cemerlang anak lelakinya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman yang memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Sebagai seorang ibu, Linda tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih, sebak dan bangga melihat kejayaan anak yang mesra disapa Aqiib itu. Bukan hanya kerana keputusan cemerlang yang diraih, tetapi kerana dia menyaksikan sendiri segala usaha, disiplin dan pengorbanan anaknya sepanjang tempoh menghadapi peperiksaan penting tersebut.
Menurut Linda, dia tidak pernah terlalu memberi tekanan kepada anaknya dalam soal pelajaran. Sebaliknya, dia memilih untuk memberi ruang kepada Aqiib belajar dengan caranya sendiri. Baginya, setiap anak mempunyai pendekatan berbeza untuk berjaya dan sebagai ibu bapa, sokongan serta kepercayaan amat penting dalam membantu mereka mencapai potensi diri.
Namun, apa yang paling mengagumkan Linda adalah amalan hidup anaknya yang sangat menjaga hubungan dengan Allah SWT. Kongsi Linda, Aqiib seorang yang kuat menjaga solat dan lebih mengharukan, dia mampu mengkhatamkan al-Quran setiap bulan.
Amalan khatam Al-Quran setiap bulan bantu kejayaan SPM ini pastinya memberi inspirasi buat ramai ibu bapa dan anak-anak di luar sana. Dalam kehidupan yang penuh dengan gangguan dan kesibukan, kekuatan rohani ternyata menjadi salah satu kunci penting dalam membina fokus, ketenangan dan disiplin diri.
Linda turut berkongsi, perubahan ketara pada Aqiib dapat dilihat dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum SPM. Jika sebelum itu dia belajar seperti biasa, menjelang peperiksaan anaknya mula menghentikan semua aktiviti yang tidak bermanfaat dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkara yang lebih penting.
Dalam tempoh itu, Aqiib benar-benar fokus kepada pelajaran, tuisyen, solat dan mengaji. Sikap itulah yang membuatkan Linda semakin yakin bahawa anaknya bersungguh-sungguh mahu mencapai kejayaan yang diimpikan.
Khatam Al-Quran setiap bulan bantu kejayaan SPM bukan sekadar amalan, tetapi turut disokong dengan disiplin yang tinggi. Gabungan usaha akademik dan kekuatan spiritual ini menjadikan Aqiib lebih tenang dan fokus sepanjang menghadapi peperiksaan.
Sebagai tanda menghargai usaha keras anaknya, Linda berkata dia sudah berjanji untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada Aqiib. Hadiah itu bukan sekadar ganjaran atas keputusan 9A yang diperoleh, tetapi sebagai penghargaan terhadap kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan oleh anaknya.
Dalam pada itu, Linda sempat menitipkan nasihat buat ibu bapa lain yang juga sedang berusaha melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran. Menurutnya, ibu bapa perlu memberi masa dan ruang kepada anak-anak tanpa tekanan melampau. Dalam masa sama, doa yang berterusan dan cara bercakap yang baik juga memainkan peranan besar dalam membina semangat mereka.
Kejayaan cemerlang ini juga menjadi pembakar semangat buat Aqiib untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Linda mendedahkan anaknya menyimpan cita-cita besar untuk menjadi seorang doktor, sekali gus meneruskan langkah ke fasa kehidupan yang lebih mencabar selepas ini.
Lebih menyentuh hati, Linda turut berkongsi pengalaman spiritual yang sangat bermakna buat anaknya apabila diberi peluang menunaikan umrah dan solat di Makam Rasulullah SAW hampir tiga jam tanpa dihalau. Pengalaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang cukup istimewa dan mungkin menjadi salah satu sebab Aqiib lebih yakin dengan kebesaran serta kuasa Allah SWT.
Khatam Al-Quran setiap bulan bantu kejayaan SPM jelas menjadi antara faktor penting dalam kisah ini. Ia membuktikan bahawa kejayaan akademik bukan sahaja lahir daripada usaha belajar semata-mata, tetapi juga datang bersama disiplin, doa, restu ibu bapa dan hubungan yang rapat dengan Allah SWT. Apabila ilmu dunia dan akhirat bergerak seiring, hasilnya bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menjadi teladan terbaik untuk masyarakat.
“Bridesmaid” ataupun gadis pengiring ibarat ‘perkara’ yang wajib ada dalam sesebuah majlis perkahwinan untuk menyerikan majlis kerana mereka akan berpakaian sedondon di samping pelbagai aksesori sampingan mengikut pada zaman sekarang.
Ada juga yang rela menyediakan sejumlah nisbah bagi memastikan rakan-rakan terpilih itu tampil bergaya dengan busana berwarna sama.
Seperti yang dilakukan wanita digelar Chemell di TikTok, yang sanggup menjahit sendiri baju untuk kelapan-lapan pengiring pada hari bahagianya yang juga merupakan rakan rapatnya.
Melalui perkongsian video di TikTok, dia menceritakan perjalanannya menghasilkan rekaan dan menjahit baju-baju tersebut.
“Sepatutnya dress bridesmaid, ada tukang jahit yang buatkan. Tapi disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan, saya ambil keputusan untuk buat sendiri last minute. Memang gila sebab saya tak pernah menjahit. Bridesmaid saya ada lapan orang, memang mak bising dan risau. Penat juga… saya dah cuba cari tukang jahit lain tapi mereka ambil mahal mungkin sebab rekaan tu. Jadi terima kasih kepada cikgu yang sudi terima pelajar last minute untuk belajar meniahit dress yang agak susah,” ceritanya.
Tambahnya lagi, bagi memudahkan proses jahitan dan sebagainya, dia menghasilkan pakaian berasaskan ukuran standard dan menambah rekaan tali bentuk “ribbon” bagi memudahkan rakannya menyesuaikan saiz.
Walaupun letih, namun Chemell gembira kerana dapat menyediakan hadiah terbaik untuk sahabat-sahabatnya.
Mengikuti temubual bersama mStar, Chemell menceritakan keadaan yang dialaminya pada masa itu.
“Tailor bukan tak mahu buat, tapi sebab dia hamil anak pertama jadi keadaannya sedikit tidak stabil. Jadi saya faham situasi yang dialami. Semestinya dia penat, mual, muntah dan alahan sebagainya. Lagipun dia mempunyai pekerjaan hakiki pada siang hari dan memang meluangkan waktu malam untuk menjahit,” ujar Chemell.
Di samping itu, Chemell cuba mencari “tailor” yang baharu dan menepati bajet yang disediakan.
“Tapi tak jumpa yang nak ambil upah mengikut bajet saya. Jadi memang saya nekad untuk buat sendiri dengan tunang. Kebetulan pula saya memang ada mengikuti kelas fashion designer untuk bisnes fesyen saya sendiri. Jadi saya jadikan baju-baju bridesmaid ni sebagai platform pertama dalam meniayakan perniagaan yang ingin diceburi… bila dah pandai menjahit, saya akan jahit sendiri selepas berkahwin,” luahnya.
Akhirnya, Chemell berjaya mennyiapkan kesemua busana tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dan menceriakan rakan-rakannya yang bakal memeriahkan majlis perkahwinanya.
Video perkongsiannya yang dimuatnaik pada minggu yang lalu itu tular di TikTok sehingga mendapat tontonan melebihi 900,000 pelayar. Kebanyakan wargamaya memuji kesungguhan yang dilakukan Chemell dan menyatakan dia seorang yang berbakat dalam bidang rekaan busana.
Pastinya kita sebagai rakyat ternanti-nanti apakah perancangan dan perlaksanaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membawa negara dan rakyat ke arah kehidupan lebih baik pada masa ini di bawah kerajaan Keluarga Malaysia untuk 12 bulan akan datang.
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu akan terjawab Jumaat ini, di mana Bajet 2022 akan dibentangkan di dalam persidangan Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Jumaat ini (29 Oktober ).
Lebih-lebih lagi baru-baru ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada memberi bayangan ada ‘berita baik’ untuk penjawat awam, sekali gus membuatkan seramai 1.6 juta penjawat awam sudah ada yang tersenyum dan tidak sabar menunggu pengumuman Bajet 2022 tersebut.
‘Berita Baik’ Buat Penjawat Awam
Ini sepertimana memetik laporan berita di Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan 1.6 juta penjawat awam sentiasa dihargai oleh kerajaan dan rakyat.
“Kita sangat menghargai penjawat awam kerana mereka sangat penting kepada pembangunan negara, tentu sekali tidak pernah melupakan mereka… tunggu sajalah pembentangan Bajet 2022,” katanya ketika ditanya mengenai ‘berita baik’ bagi penjawat awam dalam belanjawan tahun depan semasa Wawancara Bajet 2022 media bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Dua aspek yang diberi tumpuan dalam Bajet 2022 adalah penjanaan pekerjaan bagi sektor swasta dan awam bagi mengatasi masalah pengangguran dan pendidikan yang merangkumi peruntukan untuk institusi pendidikan bukan hanya untuk Sekolah Kebangsaan, tetapi juga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil serta Maahad Tahfiz.
Ismail Sabri berkata, penjanaan pekerjaan melibatkan semua pihak, golongan belia, rentan dan orang kurang upaya (OKU).
“Hampir 440,000 penempatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan berjaya dilaksanakan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan setakat 22 Okt lepas menerusi pelbagai inisiatif,” katanya.
Beliau berkata, majoriti daripada kejayaan itu disumbangkan oleh penempatan pekerjaan secara pengambilan terus menerusi program Penjana Kerjaya, program Short-term Employment Program atau MySTEP serta Program Perantisan dan Skim Perantisan Nasional (SPN) membabitkan peruntukan RM3.9 bilion.
Katanya, kadar pengangguran dalam negara juga beransur pulih dari nilai tertinggi iaitu 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.6 peratus pada Ogos lepas hasil program latihan relevan yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan kebolehpasaran dan melengkapkan rakyat dengan kemahiran selari permintaan industri.
Sehubungan itu beliau mengajak rakyat supaya mendengar dan memberi tumpuan kepada faedah yang bakal mereka peroleh daripada Bajet 2022.
Tumpuan Sektor Pendidikan
Dalam sektor pendidikan, Ismail Sabri berkata kerajaan akan terus menekankan kualiti pendidikan serta membina ketahanan sistem pendidikan negara berdasarkan pengalaman semasa pandemik COVID-19 selain memberi perhatian mengenai pembayaran pinjaman pendidikan.
Perdana Menteri berkata, Bajet 2022 juga akan menyokong kembali sesi pembelajaran yang lama terjejas akibat penutupan aktiviti ekonomi dan sosial terutama melalui agenda digitalisasi menerusi penyediaan kemudahan serta bantuan pendidikan kepada golongan B40 yang paling terjejas.
“Apa yang penting adalah imunisasi anak-anak kita yang sekarang ini sedang berjalan lancar dan ini salah satu aspek yang akan menentukan kejayaan pembukaan sekolah semula, di samping pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baik dan berdisiplin,” katanya.
Beliau berkata, sekolah-sekolah daif khususnya di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan mendapat perhatian dalam Bajet 2022 yang mana ia akan dibaik pulih bagi memastikan pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran secara kondusif dan sempurna.
Katanya, Bajet 2022 akan membantu Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar yang berdepan dengan tekanan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan penularan pandemik COVID-19. – BERNAMA
Nubhan berkongsi cabaran menjaga ibunya yang sedang sakit serta mengakui rasa penat bukan tanda tidak ikhlas, sebaliknya lumrah seorang penjaga yang berdepan ujian emosi dan fizikal.