Luluh hatinya bila mana mendapat tahu cahaya mata yang dinantikan mempunyai masalah. Lebih memeritkan apabila orang disekeliling hanya mampu melemparkan tohmahan bukannya mahu memberi semangat buatnya menempuh dugaan tersebut.

Bukan mahu menidakkan takdir, namun sebagai insan biasa terpalit rasa kecewa dan sedih dengan keadaan sedemikian.

“Dulu Diejek Kahwin Lambat, Dapat Suami OKU & Anak Pula Sindrom Down.” Wanita Ini Tetap Positif, Percaya Anak Istimewa Bawa Rahmat & Rezeki.

“Dulu saya pernah diejek berkahwin lambat, kemudian dapat suami OKU  cacat kekal di mana kaki pendek sebelah kanan. Apabila mengandung, doktor sahkan sanak saya down sindrom. Lebih memeritkan lagi, dia terpaksa ditebuk perut untuk minum susu dan makan bubur,” ujar Azlila Binti Haji Payno yang berasal dari Pagoh Johor.

“Dulu Diejek Kahwin Lambat, Dapat Suami OKU & Anak Pula Sindrom Down.” Wanita Ini Tetap Positif, Percaya Anak Istimewa Bawa Rahmat & Rezeki.

Awal kehamilan, wanita berusia 36 tahun ini mengakui mengalami alahan yang teruk.

“Waktu saya mengandung dari awal hingga usia kandungan 7 bulan memang alami alahan yang teruk. Sehinggakan muntah keluar darah, mungkin tekak luka sebab kerap muntah. Namun  saya terpaksa gagahkan diri pergi klinik kesihatan dan doktor suruh masuk air sebotol.

IKLAN

“Tapi sepanjang mengandungkan Yusuf,banyak kali juga saya scan tapi doktor kata anak saya ok. sehinggakan satu hari doktor klinik kesihatan Medan sarankan saya pergi hospital sebab doktor detect baby dalam kandungan kecil,  beratnya hanya 1.7kg.

“Dulu Diejek Kahwin Lambat, Dapat Suami OKU & Anak Pula Sindrom Down.” Wanita Ini Tetap Positif, Percaya Anak Istimewa Bawa Rahmat & Rezeki.

“ On the spot time tu juga pakar suruh bersalin melalui pembedahan, siap semua,doktor beritahu suami yang anak saya down sindrom. Betapa luluhnya hati saya. Setiap orang nakkan anak yang sempurna, lagi-lagi ini anak sulung. Lama juga saya nak terima takdir ni.

“Alhamdulillah saya punya keluarga yang banyak menyokong dan menjadi penguat semangat untuk kami suami isteri. Orang pandang serong pada anak sindrom down, tapi mereka tak tahu dengan kehadiran anak istimewa ini membawa sejuta rahmat dan juga pembawa rezeki serta syurga bagi mama dan ayah,”ujar Azlila sambil memberitahu suaminya bekerja di sebuah kilang di Johor.

“Dulu Diejek Kahwin Lambat, Dapat Suami OKU & Anak Pula Sindrom Down.” Wanita Ini Tetap Positif, Percaya Anak Istimewa Bawa Rahmat & Rezeki.

IKLAN

Jelasnya lagi, sekarang Alhamdulillah anaknya Muhammad Yusuf Mohamad Fadzil yang kini berusia 1 tahun 4 bulan sudah sihat.

“Yusuf tidak perlu lagi bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Cuma sekarang mickey button kat perut masih ada lagi.

“Dulu Diejek Kahwin Lambat, Dapat Suami OKU & Anak Pula Sindrom Down.” Wanita Ini Tetap Positif, Percaya Anak Istimewa Bawa Rahmat & Rezeki.

“Dulu saya pernah bekerja di sebuah kilang, tapi selepas dapat Yusuf,saya terpaksa berhenti kerja. Saya percaya pada rezeki yang ALLAH sudah tetapkan. Rezeki anak sentiasa ada biarpun suami hanya kerja sorang,”jelasnya sambil memberitahu mereka sekeluarga sehingga kini masih menyewa.

IKLAN

Menurutnya lagi, walaupun tahap kesihatan Yusuf semakin baik, namun dia masih perlu diperiksa lanjut oleh doktor.

“Setiap minggu saya terpaksa berulang alik ke hospitak untuk check up Yusuf tetapi tidak perlu bermalam di hospital  bagi melakukan fisioterapi dan sebagainya,” ujar Azlila membawa anaknya melakukan pemeriksaan di Hospital sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

“Dulu Diejek Kahwin Lambat, Dapat Suami OKU & Anak Pula Sindrom Down.” Wanita Ini Tetap Positif, Percaya Anak Istimewa Bawa Rahmat & Rezeki.

Dalam pada itu,dia mengakui pernah mohon bantuan namun di tolak.

“Saya pernah memohon dengan pihak jabatan kebajikan masyarakat namun orang itu cakap saya tak layak. Kena tunggu umur Yusuf 18 tahun. Katanyalagi  Yusuf bukan jenis terbaring,” ujar Azlila lagi yang tetap positif walaupun diberi ujian sedemikian.

Sumber: FB  Azlila Payno 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI