Baru-baru ini Farid Kamil menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 40 tahun.
Walaupun diadakan secara sederhana dengan sambutan bersama isteri dan anak-anak namun tetap bermakna dan penuh kasih sayang.
Sambutan hari lahir itu dimuat naik oleh Diana Danielle menerusi laman instagramnya. Menerusi perkongsian tersebut, Diana memuat naik satu video di mana dia dan anak-anak Muhammad dan Nur Aurora menyanyikan lagu hari jadi buat Fraid Kamil.
Ads
Di dalam kapsyen yang dmuat naik itu, Diana menjelaskan kenapa ia dibuat beberapa hari lewat dari tarikh sebenar iaitu 5 Mei yang lalu. Menurut Diana, suaminya tiada di rumah kerana terbabit dalam penggambaran siti TV terbarunya.
Usai kepulangan suami tersayang, Diana menyediakan sepotong kek batik moden dengan lilin di atasnya untuk sama-sama meraikan hari jadi suaminya bersama anak-anak.
Apa yang istimewanya, selepas selesai menyanyikan lagu hari jadi, mereka sekeluarga sama-sama memotong kek tersebut kepada empat bahagian.
Ads
Farid kemudiannya menyuapkan sepotong untuk anak perempuannya Aurora, diikuti Muhammad dan kemudian isteri kesayangannya.
Selepas itu, giliran Diana dan anak-anak pula menyuapkan pada Farid. Sangat sweet dan penuh kasih sayang. Walaupun simple namun sambutan hari lahir yang cukup bermakna buat mereka sekeluarga.
Apa yang menyentuh hati apabila Farid kemudiannya memeluk anak-anak dan isterinya sambil mengucapkan terima kasih atas ingatan mereka terhadapnya.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang tersentuh hati dan turut mengambil peluang mengucapkan ucapan hari lahir buat Farid Kamil.
Bahagia cara sederhana
haniszalikha Moms be like selakkan tisu anak nak makan 🥲 Happy birthday to your strong man bebeh!
ismazarraBahagia cara sederhana tapi sangat bermakna dan terlalu tulus kasih sayang❤️❤️❤️❤️happy birthday Farid Kamil..
murniismailChemad sebiji farid bila duduk sebelah farid.😄
norlyhamidMasa farid kiss semua tu..rasa nk nangess…😢😢
Simple tapi bermakna
wanyyhashimSmall celebration yet i can feel the happiness between them. So sweet. Wish that Allah will always bless this family. Kita tgok pun senyum tetiba😅
fatihahveeSimple tapi bermakna…may Allah bless your family with happiness here..until Jannah…Aamiin ..❤️❤️
amysofeasyakirinHappy belated birthday farid kamil! May Allah shower u and your family with all the great things in life. Love seeing this simple bday celebration but full of love and happiness!
Rumah tangga yang bahagia dan harmoni lahirnya dari kejujuran dan keikhlasan di antara suami isteri. Bohonglah andai kata tiada perselisihan faham, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun, dalam melayari alam rumah tangga kesetiaan dan kasih sayang antara keduanya disemai dengan sebaik mungkin.
Di saat isteri sedang menanggung kesakitan, mengusung perut yang terisi dengan nyawa si kecil, namun tergamak nya si suami melafazkan cerai tanpa mengambil kira perasaan dan situasi insan yang sebelum ini pernah menjadi orang kesayangannya. Benarlah ada ungkapan yang mengatakan “wanita diuji di saat lelaki tidak mempunyai apa-apa & lelaki diuji di saat dia memiliki segala-galanya.
Saudara Firdaus Shakirin memuat naik perkongsian dan pandangannya mengenai isu berkenaan dari kaca mata seorang lelaki dan juga ayah. Hadamkan perkongsian ini!
[ Dari Lelaki Kepada Lelaki ]
Saya Bukan Daei…
Saya seorang lelaki biasa, seorang suami, dan juga seorang ayah kepada 3 cahaya mata…saya tidak menentang poligami, saya tidak mengharamkan apa yg halal utk kita buat sebagai seorang suami…
Nak kahwin lagi, nak berpoligami, ianya sunnah…
Ya, sunnah…Adakah Rasulullah s.a.w hanya meninggalkan 1 sunnah sahaja utk kita ikuti dan contohi? Tak kan…? Banyak lagi sunnah2 lain yg Baginda tinggalkan utk umat Baginda… Menghargai isteri, menyayangi isteri, memahami isteri, menggauli isteri dgn baik juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w…
Berapa kerat lelaki yg mengamalkan poligami dlm keadaan mampu? Mampu utk berlaku adil, mampu utk memberi layanan yg sekata, mampu utk menyediakan nafkah yg sama…?
Tak ramai…dan bila tak ramai yg mampu, tp masih berpoligami, maka penganiayaan akan berlaku dlm rumahtangga itu…semuanya disebabkan ketidakmampuan si lelaki dlm menjadi seorang suami yg mengamalkan poligami…
Berapa kerat lelaki yg ingin berpoligami dan memohonnya di Malaysia serta berkahwin di Malaysia?
Tak ramai…byk yg ke luar negara utk bernikah, utk mendirikan rumahtangga…kenapa? adakah proses dan prosedur Pejabat Agama Malaysia tentang kebenaran berpoligami ini rumit?
Tak rumit, cuma dia takut permohonannya ditolak, dia takut isteri pertama dipanggil mahkamah dan membongkarkan segala perangainya di rumah… Kenapa permohonannya ditolak?
Sbb pihak mahkamah syariah dapat menilai kemampuan si suami yg ingin berpoligami berdasarkan apa yg dia beri, apa yg isteri pertama ceritakan, lalu memutuskan bahawa DIA TIDAK MAMPU dlm segala segi…
Bila dah dapat yg baru, yg lama tak berguna lagi…
Kebanyakannya mcm tu…yg baru ditatang, yg bru disayang, apa yg baru kata, semuanya betul dan kena…bila yg lama bersuara, dia isteri derhaka…bila yg lama mengingatkan akan haknya, dia isteri yg tak tahu bersyukur…guna agama, tundukkan isteri lama, pertahankan isteri baru... Dicanangnya punca dia berkahwin lagi sbb kelemahan, keburukan dan kekurangan isteri lama…Isteri lama lah penyebab dia berkahwin lagi…isteri lama lah yg tidak mahu berubah…isteri lama juga bukan isteri yg dia impikan selama ini…
Kau suami bro, klu seorang isteri pun kau xbleh nk perbaiki, inikan 2…
Niat nak tolong janda, nak bimbing janda…baik, suci dan murni nawaitunya…tapi disaat kau menjandakan isteri sendiri disebabkan janda yg ingin kau tolong dan bimbing, maka kau keji…
Kau lelaki tak guna…
Kau memusnahkan rumahtangga sendiri…kau tinggalkan isteri yg terima kau waktu kau bukan siapa2, tiada apa2…kau tiada nama, kau tiada harta…kau tin kosong sahaja…tapi dia, isteri kau terima kau seadanya diri kau…isteri kau letak harapan dlm diri kau…kau akan menjadi “seseorang” suatu hari nnt, kau akan berjaya suatu hari nnt…dan dia tulang belakang yg meletakkan kau dikedudukan itu…
Benarlah kata pujangga ini, “Wanita diuji disaat lelaki tidak mempunyai apa-apa dan lelaki diuji disaat dia memiliki segala2nya…”
Lelaki, Kau Mudah Lupa & Terlena…
Ini Hakikat Yg Kau Sendiri Susah Nak Terima…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki hari ketujuh bergelar bapa, pendakwah bebas, PU Riz seakan masih tidak percaya dirinya kini sudah memiliki cahaya mata sulung.
Suami kesayangan Neelofa ini meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu dan berharap dapat mendidik anaknya menjadi anak yang soleh.
PU Riz atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail berkata demikian menerusi hantaran terbarunya di laman instagram.
“Alhamdullillah Allah beri nikmat… anak ini adalah aset ke syurga dengan syarat umi dan abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.
“Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali adik menjadi anak yang soleh. Semoga Allah takdirkan anak abah ni dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah. InsyaAllah.
“Baru aku tahu macam mana umi dan abah aku sayang padaku… terima kasih Allah atas peluang ini. Dah jadi bapa-bapa dah pula, cepat dunia berlalu,” tulisnya menerusi kapsyen.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan sepasang stoking bayi.
Haris turut menitipkan pesanan dan berkongsi tazkirah ringkas untuk tatapan pengikutnya di laman Instagram.
“Taat kepada umi kerana ianya perintah Allah yang selamanya. Taat Allah sepenuhnya dan berbuat baik pada ibu bapa kerana tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidupmu.
“Jangan melawan (jika tidak ada yang bertentangan dengan agama). Cakap baik-baik kepada abah umi. Kasihani abah dan umi seperti mana abah dan umi kasih padamu.
“Reda Allah ada pada reda ibu bapa dan kemarahan Allah pada keduanya jua. Alhamdullillah Allah hadirkan (cahaya mata) insyaAllah aset ke syurga doa anak yang soleh itu yang dicari sehinggakan disebut oleh nabi sebagai satu amalan yang tak putus. Semoga anak abah jadi orang yang baik insyaAllah,” ujarnya.
Untuk rekod, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Haris pada Mac 2020.
Sabtu lalu, Haris berkongsi berita gembira apabila isterinya Neelofa selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 3.44 petang.
Pasangan ini kemudiannya mengumumkan nama Muhammad Bilal untuk anak pertama mereka.
Boleh jadi stres dibuatnya kalau rumah banyak semut. Pantang ada minuman manis atau makanan tertumpah, sekelip mata sahaja ‘tetamu’ ini akan datang tanpa diundang.
Bayangkan pula kalau ada anak kecil. Pasti ada sahaja makanan tertumpah di mana-mana ruang rumah. Jadi apa cara yang harus anda lakukan? Jika guna racun serangga bimbang juga, takut anak tersentuh dan termakan. Jadi apa solusinya?
Ikuti perkongsian seorang ibu ini dalam menyelesaikan masalah semut ini.
Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut tak mati lak. Spray serai wangi pun tak berkesan.
Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang-terang nak halau je bukan membunuh semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi dia buat jalan baru pulak. Dahtu semut makin banyak.
Sekarang untuk membanteras semut di dapur dan dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni.
Berkesan juga hapuskan lalat.
Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun. Kawasan-kawasan yang anak tak boleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yg ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan-2 sebelum semut menyerang balik.
Spray Serbaguna (homemade)
Bahan-bahan:
¼cawan cuka putih1
¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara buat :
1. Campurkan semua bahan.
2. Masuk dalam botol spray dan sedia untuk digunakan.
TIP
* Bancuhan ni sebenarnya tiada sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tidak berkesan dan kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.
* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.
Kegunaan :
1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat dan semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje.
3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah xpayah beli mahal² la lepas ni.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena.
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Sumber:Yatie Eimra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.