Buat peminat stimbot sudah tentu ada restoran-restoran tertentu yang menjadi pilihan kan? Setiap restoran ada kelebihan masing-masing. Sama ada kuah yang sedap atau pilihan makanan yang banyak, pilihan restoran mengikut citarasa sendiri.
Ada juga yang sukakan sesetengah restoran stimbot di mana kita boleh buat sendiri sos cicah untuk membangkit selera ketika makan. Satu perkara yang buat kita jarang untuk makan di restoran stimbot kerana harga makanan yag lebih sesuai dimakan ketika sedang gaji.
Apa kata buat stimbot sendiri di rumah? Modal lebih kurang seperti seroang makan di restoran tapi lebih banyak yang kita boleh nikmati. Puas hati! Kalau teringin nak buat stimbot sendiri dan makan ala-ala di Sukiya, apa kata belajar cara buat sos sedap seperti di restoran itu?
Senang rupanya nak buat sos sedap itu, yang penting kena ada bahan rahsia iaitu sos Kewpie Roasted Sesame!
Ikut resipi yang dikongsikan oleh MasakwithMeen ini:
Ads
Bahan-bahan:
2 sudu bawang putih
2 sudu daun ketumbar
2 sudu daun bawang
2 sudu cili padi
Kewpie Roasted Sesame dressing
Cara membuat:
1. Semua bahan dicincang halus-halus.
2. Campurkan bawang putih, daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan juga cili padi yang ditumbuk hancur.
3. Kemudian bolehlah tuangkan sos Kewpie Roasted Sesame dan kacau sebati.
4. Boleh juga nak letakkan sedikit minyak bijan atau minyak cili di atas sos ini. Baunya akan jadi lebih harum.
Senang betul kan? Bolehlah cuba buat. Memang berselera makan stimbot dengan sos ni. Biarpun ringkas tapi kalau dah dibuat sos pencicah memang makan bertambah-tambah. Selamat mencuba!
Kek minyak memang cukup digemari ramai, resipi yang simple dan cara buat pun mudah.
Jika ibu-ibu teringin nak buat untuk minum petang atau sajian hujung minggu nanti, boleh lah cuba resipi ini.
Menggunakan bahan yang mudah dan caranya pun tidak rumit. Guna pengisar pun dah boleh dapat kek yang gebu Dan lembut. Nah admin kongsikan resipi daripada puan Masni Bahari
Kek minyak sunquick kukus..alhamdulillah menjadi dgn gebunya…ada yg suka x🙋♀️
Edit resepi..
Kek Minyak Sunquick Kukus
Bahan-bahan
4 biji telur..
2 cawan tepung gandum..
1cawan gula..blend halus
1 cawan susu cair..
1cawan minyak masak..
1sudu besar ovelet..
1sudu besar baking powder..
3 sudu besar pati sunquick..nak lebih silakan
Skit pewana oren..
Caranya..
Satukan semua bahan kecuali tepung minyak susu cair..mixer bahan td sampai jadi putih gebu. Kemudian, baru tuang susu cair minyak..mixer sebati baru tuang tepung..adun sebati.
Sapu minyak skit dekat loyang alaskan dgn kertas minyak..pastu kukus selama 45minit sampai masak na.
Pastikan air betul2 mendidih baru letak adunan kek tadi. Siap!
Pancake pisang menjadi salah satu makanan yang tidak hanya enak dan lazat dimakan malah menyihatkan serta kaya khasiat. Bahkan menyediakan menu nan satu ini juga memang cukup mudah, namun tak semua antara kita pakar menyediakannya.
Terkadang bancuhan pancake menjadi terlalu cair dan ada juga terlalu pekat. Namun dengan resipi ini, siapapun dijamin akan berjaya menyediakan pankace yang sempurna dan enak.
Perkongsian daripada Yanie Rosdi di akaun facebooknya, diharap dapat memberi idea untuk dihidang kepada keluarga dan dalam masa yang sama menjadikan anda seperti seorang master chef dalam menyediakan menu pankace ini. Selamat mencuba.
RESEPI RINGKAS PANCAKE PISANG TANPA TEPUNG
Cuti sekolah ni takde idea boleh cuba resepi ringkas ni.
Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ni. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.
Bahan-bahan :
3 biji pisang
2 biji telur
Satu sudu madu
Langkah 1 : Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.
Langakh 2 : Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.
Langkah 3 : Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.
Selamat mencuba.
sumber : Yanie Rosdi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daikui ramai yang suka makan limau mandarin apatah lagi bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina ketika ini, harga yang ditawarkan adalah pelbagai. Ada yang murah dan tidak kurang yang mahal, jadi mudahlah untuk kita sebagai pengguna membuat pilihan.
Bila mudah dan banyak buah limau mandarin boleh didapati, tidak hairanlah kita akan makan buah tersebut lebih banyak dan sekali gus hingga ada yang membawa kepada kesan pada kesihatan.
Kadang-kadang pelik juga kita rasakan, kenapa ada yang lepas makan mula rasa batuk-batuk namun ada orang lain sedikit pun tidak terkesan.
Ini turut menimbulkan tanda tanya, adakah buah limau mandarin yang dimakan itu sebenarnya berkhasiat atau tidak. Mungkinkah penggunaan bahan kimia pengawet yang merbahaya atau apa sebenarnya?
Menjawab persoalan ini dan untuk mengetahui cara bagaimana untuk menikmati buah mandarin jom kita baca perkongsian Dr Fatimah Salim ini.
BENARKAH LIMAU MANDARIN MENGANDUNGI BAHAN KIMIA PENGAWET?
Benar. Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat. Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan. Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.
Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol. Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif.
Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)
Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindakbalas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan. Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, mentidakkan kesannya kepada individu sensetif lain. Usah pukul rata ya.
Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:
Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semulajadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E), serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ianya juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.