Sos Thai memang menjadi penyedap rasa terutama apabila makan dengan nasi ayam, bihun dan mee goreng. Malah sesuai juga untuk siakap tiga rasa.
Resipi oleh puan Rozmaliza Omar ini memang superb viral hingga 5K Share! Rasanya seperti di kedai. Apa lagi jumpa cuba!
RESEPI SOS THAI
Bahan² (semua anggaran)
Ads
250 gm cili padi merah** (anggaran pedas)
125 gm cili besar **
5 biji buah tomato ranum **
1 labu bawang putih**
1 tangkai daun ketumbar**
450 ml air
500 gm gula
250 ml cuka
1 sdt garam
1 sdb tepung jagung
3 batang akar daun ketumbar
Daun ketumbar dihiris kasar
Ads
Cara-cara
Ads
Blend kesemua bahan² bertanda (jangan lumat sangat)
Masukkan bahan blend ke dalam periuk dan masuk gula, cuka, garam dan akar ketumbar.
Masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau.
Akhir sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga sederhana pekat. Tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.
Siap!
Kredit: Rozmaliza Omar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menikmati keenakan masakan berasaskan daging korban tentunya pelbagai menu boleh disediakan. Salah satunya yang menjadi kegemaran ramai dan sangat istimewa untuk dinikmati di Hari Raya Haji ini tentulah Rendang Daging.
Jadi tidak salah kiranya kita sediakan menu rendang power ni yang dikongsikan oleh Puan Zaimah.
Menu yang disediakan nampak begitu menyelerakan dan ini dikongsikan resipi untuk menyediakannya.
Rendang Daging Power
Bahan
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
-kisar kering sampai halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 batang serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
Cara Penyediaan:
-kisar bahan-bahan bertanda *
-tumis bahan-bahan kisar sampai garing@pecah minyak
-masukkan rempah yang dikisar halus tadi..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan masak sampai pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dengan garam.. saya tak suka rendang yang manis, kalau suka manis nak letak gula pun boleh
-saya buat banyak rendang ni.. boleh frozen kan.. in case ada tetamu datang mengejut boleh pergi cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan?
*rendang saya tak ada lengkuas.. kalau nak tambah boleh jer, selera masing-masing.
Aneka resipi biskut terasa ingin dicuba untuk dijadikan sebagai hidangan istimewa di hari raya nanti. Diharapkan juga biskut yang dimasak nanti menjadi dan sempurna.
Pun begitu, ada baiknya hadam betul-betul beberapa tips berkaitan penyediaan biskut untuk info bersama. Semoga bermanfaat.
TIP BUAT BISKUT
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali arus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Siapa yang suka makan Soto bolehlah cuba resepi yang enak ini. Pasti akan makan menambah ketika menikmatinya. Apa tidaknya lihat sahaja kuahnya supnya yang nampak menyelerakan ditambah pula dengan sambal kicap, pegedel, ayam yang dicarek dan ramuan lainnya benar-benar menjadikan hidangan soto ini tidak sabar dinikmati andai terhidang di atas meja.
Oleh itu, bolehlah dicuba hari ini untuk dijadikan menu istimewa dan bolehlah juga disediakan ketika bulan Ramadan nanti sebagai antara juadah untuk berbuka seisi keluarga.
Resipi Kuah Soto (resipi ni untuk 2 liter air/ 6 orang makan)
1 inci lengkuas
1 inci halia
4 biji bawang merah besar (Kalau banyak lagi sedap)
Ekstra tip : Jika tidak mahu guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kadang guna rempah soto sahaja boleh dapat kan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata.
Cara masak:
1.Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.
2.Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.
3.Masukkan ayam. Agak-agak air ayam sudaa hampir kering baru masukkan air.
4.Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti)
5.Siap!
Resipi Begedil kentang
5-6 biji ubi kentang -potong kecil dan direbus kemudian lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
1 biji telur
lada sulah
Garam secukup rasa
Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.
Ekstra Tip : Cara goreng begedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil sahaja. Jangan penuh. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur dan kemudian goreng. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tidak garing/kekuningan. Apabila sudah garing baru balikkan. Jika balikkan awal-awal memang pecah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.