Akibat ramai sangat orang di luar sana membuat pembelian panik semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ini dilancarkan, kesannya turut menyukarkan orang lain yang ingin membeli.
Apa taknya, kalau kita lihat habis semua diborong oleh mereka hingga melebihi keperluan. Langsung tidak ambil kisah tentang orang lain. Geram juga kalau diingat-ingatkan.
Pun begitu, daripada kita terus marah sebab tak puas hati, apa kata kita belajar cara hendak buat susu pekat manis dengan guna bahan yang ringkas dan yang penting mudah sangat untuk membuatnya. Sekurang-kurangnya bolehlah kita buat stok susu pekat untuk keluarga tercinta.
Ini resipinya yang dikongsikan oleh Zan Zafirah dan bolehlah dicuba.
Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja
Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Cara buat:
1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
3. Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
sumber : Zan Zafirah Zainal
Resipi Cheese Cake Gebu Gebas, Guna Tiga Bahan Je
Cheese Cake atau kek keju, memang menjadi kegemaran ramai terutama anak-anak. Selalunya makan cheese cake di kedai kek dan pastri, lembut dan gebu sahaja. Nak puas makan, memang kena buat sendiri.
Nak buat cheese cake tidaklah sesusah mana pun. Bahan pun tidak banyak. Kalau ada yang kata nak buat kek susah, cuba buat cheese cake yang hanya guna tiga bahan ini.
Resipi cheesecake yang dikongsikan Nurul Ain Ridzwan ini sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak buat kek. Hasilnya memang puas hati.
Resipi Cheese Cake Gebu Gebas
Guna Tiga Bahan Je
BAHAN-BAHAN:
120gm tatura cream cheese
120gm susu pekat manis
3 biji telur gred B
Parutan cheddar cheese | jika suka
CARA MEMBUAT:
1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.
2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).
3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.
4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunan menggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.
5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).
7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).
8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia sudah masak.
9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.
10. Keluarkan dari ketuhar dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.
INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Kredit: Nurul Ain Ridzwan
Baca artikel lain yang berkaitan: Resipi Japanes Cheese Cake Super Sedap & Mudah Dengan Sukatan Cawan. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Gerenti Jadi!
4 Makanan Ni Wanita Jangan Tolak, Rugi Kalau Tak Makan!
Ada ramai wanita yang takut-takut untuk mencuba beberapa makanan yang selalu dianggap jahat. Bimbang badan naik gara-gara kolesterol dan kalori makanan itu yang tinggi. Sebenarnya setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jadi rugilah kalau mengelak daripada mengambil satu-satu jenis makanan itu.
Empat jenis makanan ini antara makanan yang sering menjadi pilihan kita dalam menu harian namun seringkali menjadi satu ketakutan untuk memilihnya. Usah takut kerana banyak khasiat tersembunyi di dalamnya. Namun berpada-padalah.
1.Daging
Ada dikalangan kita yang tidak makan sumber protein lain selain daging, tiba-tiba anda diminta berdiet tanpa daging, tentulah seksa jadinya. Ubahlah pemikiran anda. Daging walaupun tinggi kolesterolnya tetapi mengandungi protein yang tinggi serta nutrisi lain yang sangat diperlukan wanita seperti zat besi, zink dan juga vitamin B12.
Jika anda penggemar steak, potongan “lean cuts” paling disarankan kerana dalam daging steak ini mengandungi kurang dari 4.5 gram lemak. Pilihlah steak ‘sirloin’, ‘tenderloin’ dan ‘top round’. Hindarilah steak T-Bone, dan ‘prime rib’ yang mengandung lemak dan kalori 2 kali lebih banyak. Pilihan daging bakar atau direbus yang kemudiannya dicicah bersama air asam menjadi variasi sihat untuk anda mengambil daging ini dengan selamat. Pastikan anda mengambilnya dalam kuantitinya yang sedikit.
2. Susu
Ramai wanita hari ini tidak mahu makan susu dan deretan produk tenusu lain, kalau adapun jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Mengapa? Susu bukan makanan menggemukkan jika tahu cara pengambilannya. Malah susu juga kaya kalsium yang bertindak menguatkan gigi dan tulang terutama bagi wanita yang sudah berusia .
Lebih hebat lagi, susu mencegah terjadinya osteoporosis atau kereputan tulang, mencegah darah tinggi dan juga melawan obesiti. Jika anda tidak mahu menerima susu sepenuhnya sebaiknya jamahlah makanan berasaskan susu seperti aiskrim dengan susu dan krim karemel lain yang rasanya lebih menyelerakan. Elakkan susu pekat manis dan pilihlah yang rendah lemak dengan kalori hanya 80 kalori sahaja. Sebagai santapan bijirin pula, coklat panas dan susu rendah lemak antara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anda.
3. Kekacang
Kacang paling ditakuti wanita dengan alasan berlemak dan juga penyebab masalah jerawat. Soalnya benarkah kenyataan ini? Memang benar kacang mengandungi lemak yang tinggi namun lemak tidak tepu ini sebenarnya bertindak mengurangi risiko terkena penyakit jantung. Malah kacang juga dapat menurunkan berat badan anda kerana kandungan lemaknya mampu membuat anda berasa kenyang dari terus mengambil makanan ringan lain yang berisiko menambahkan berat. Malah kacang juga mengandungi magnesium dan dapat mengurangkan masalah senggugut wanita setiap bulan.
Kacang jenis apa yang paling disarankan? Makanlah jenis kacang apa sekalipun kecuali makanan yang sudah diproses daripada kacang seperti kacang tumbuk dan sebagainya. Pengolahan rasa kacang ini akan membuat tubuh mengumpul lebih banyak lemak, malah magnesium yang terkandung di dalamnya juga akan terhapus.
4. Telur
Ramai wanita menghindari diri dari makan telur kerana berpendapat telur memiliki kandungan kolesterol yang tinggi. Kajian membuktikan kandungan lemak tepu yang terdapat dalam telur sebenarnya diperlukan untuk perkembangan jantung. Sebiji telur mengandungi 5 gm lemak dengan kandungan lutein yang baik untuk penjagaan mata. Telur yang direbus pastinya lebih baik dari yang digoreng kerana kandungan minyaknya yang tinggi.
Resipi Sambal Kicap Stail Johor, Tahan Sampai 2-3 Bulan
Sambal kicap memang selalunya menjadi ‘kawan baik’ untuk hidangan seperti pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah dimakan bersama bihun sup, soto dan juga ikan bakar. Sambal kicap stail Johor memang antara resipi sambal kicap yang paling padu.
Kalau anda ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ini. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja dan senang hendak buat. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Ani Zam ini. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok.
Resipi Sambal Kicap Stail Johor
RESIPI SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
1 sudu makan gula pasir
1/2 cawan kicap
(terpulang kicap apa, empunya resipi guna kicap jalen manis )
Tahan Sampai 2-3 Bulan
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung agar sebati.
3. Sambal kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.
INFO:
*Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
*Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
*Tip agar sambal kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah jangan sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja.
*Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut .
*Petua orang tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api untuk mengelakkan dari sakit perut.
Kredit resipi & foto: Ani Zam
Baca artikel lain yang berkaitan di sini: Wanita Ini Kongsikan Resipi Sambal Kicap Power Ibunya Yang Confirm Sedap & Tahan Lama. Memang Terangkat!
Resipi Sambal Kicap Letop Terlajak Sedap & Tahan Lama Kalau Ikut Cara Ni. Confirm Habis Licin!