Stok udang selalu kita gunakan dalam sajian membuat Mi Udang tetapi tahu tak ada banyak menu berkuah lain yang boleh kita gunakan stok udang ini.
Malah kalau nak masak sayur pun boleh gunakan air stok ini sebagai tumisannya. Rasanya memang berbeza. Jadi janganlah dibuang ya, simpan kulit dan kepala udang dan buat stok simpanan.
Ikut seperti yang dikongsikan oleh chef ini.
Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, pakar masakan Melayu, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.
CARA HASILKAN STOK UDANG
1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.
Ads
2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.
3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.
Ads
4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.
Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.
Ads
Caranya:
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam dan hijau).
2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Berkebun bukan sahaja menjadi salah satu aktiviti menyihatkan dan menyegarkan untuk seisi keluarga tetapi juga salah satu cara menyediakan sayuran sihat yang bebas racun buat ahli keluarga. Malah ia juga dapat menjimatkan sejumlah wang kerana tidak perlu lagi membeli di pasar.
Untuk para ibu yang mula ingin berjinak dengan menanam sayur-sayuran di rumah secara kecil-kecilan ini 7 langkah yang perlu anda lakukan.
1. Tidak sukar sebenarnya ingin bermula. Apa yang perlu ada hanyalah pasu, tanah dan biji benih. Ada ketiga-tiga bahan ini maka anda sudah boleh bermula. Kesemuanya boleh didapati dari nurseri tanaman malah biji benih kini boleh dibeli secara online. Anda juga boleh dapati biji benih secara percuma iaitu sayuran yang dibeli jangan dibuang bijinya, ambil dan tanam contohnya cili.
2. Lokasi. Cari lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari tetapi tidak terlalu direct sun kerana pokok yang baru tumbuh tidak tahan pada cahaya yang terlalu panas. Lokasi yang baik dan sesuai ini akan membantu sayuran anda mengeluarkan hasil optimum. Paling penting cukup keperluan cahaya dan air.
3. Jenis tanaman. Tentukan jenis sayuran yang ingin ditanam berdasarkan kadar cahaya di kawasan tersebut. Contohnya cili perlukan cahaya matahari lebih banyak untuk tumbuh dengan baik berbanding kangkung dan bayam yang boleh diletakkan di lokasi yang sedikit teduh. Cara anda menyusun atur kedudukan pasu penting agar tidak kelihatan serabut dan pokok sayur menerima cahaya yang sesuai.
4. Bekas tanaman. Paling penting memilih bekas tanaman adalah saliran yang baik justeru pastikan setiap pasu atau bekas mempunyai lubang saliran di bawahnya. Ini kerana akar pokok akan rosak dan membusuk jika terendam di dalam air bertakung. Jika anda mengunakan bekas recyle, tebuk lubang di bawah bekas tersebut.
5. Pembajaan. Penting untuk melakukan pembajaan seminggu sekali atau mengikut jadual yang anda tetapkan. Untuk memudahkan anda boleh dapatkan baja organik di nurseri atau pun boleh sahaja menggunakan air beras atau baja kompos yang dibuat sendiri.
6. Medium tanaman pasu atau bahasa mudahnya tanah dan segala elemen tanaman di dalam pasu seperti sabut kelapa atau coco peat. Penting untuk anda memilih tanah yang ringan dan bersaliran baik. Beli saja tanah hitam yang banyak dijual di nurseri kemudian tambahkan sabut kelapa di atas tanah tersebut untuk berfungsi menambah nutrien dan mengekalkan kelembapan pokok sayuran anda.
7. Penyiraman. Agar pokok sayur tumbuh dengan baik, sihat dan lebat hasilnya selain pembajaan anda mestilah tidak culas dengan aktiviti siraman pokok-pokok sayur ini. Siraman mestilah tidak terlalu berlebihan atau terlalu sedikit. Sebaiknya siram lah 2 kali sehari pagi atau petang. Kebiasaannya sayur berbatang lembut seperti bayam dan kangkung memerlukan air yang lebih banyak berbanding pokok cili.
Nak tahu sayur sesuai ditanam untuk beginner? Klik link ini
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Kadang kala bila teringin nak makan Yong Taufu, memang kena pergi ke kedai. Untuk buat kuah dan sosnya memang perlu ada kemahiran. Barulah rasa seperti di kedai. Ikuti resipi wanita ini yang mendapat perkongsian lebih 21K. Tentu rare, resipinya.
Ikuti perkongsian ini.
Ada penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.
Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.
Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).
BAHAN A – SOS HITAM
6 sudu makan taucu 4 sudu makan tepung jagung. 1 cawan kicap cair (kicap lemak manis) 8 sudu sos tiram 8 sudu gula pasir 6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar) 2 ketul kiub ikan bilis Garam secukup rasa [Edit] **Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya. Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.
BAHAN B – KUAH SUP
3 ulas bawang putih – dititik 3 hiris halia 2 ketul kiub pati ikan bilis Garam secukupnya Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing) Daun bawang Bawang goreng Air masak (anggaran 1 jug setengah) Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas. Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis. Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih. Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.
Silakan kongsi resipi, saya izinkan. Selamat mencuba. Kredit : Nor Husma Husin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kucing ibarat anak sendiri bagi sesebuah keluarga yang cukup cintakan haiwan kesayangan Nabi ini. Apabila pulang beraya ke kampung halaman, masalah penjagaan haiwan yang diibaratkan seperti anak ini menjadi fokus utama.
Jika ada yang memilih untuk meninggalkan kucing-kucing ini di asrama kucing atau pusat peliharaan kucing, ia mungkin dianggap sebagai langkah bijak namun banyak aspek masih lagi perlu diambil kira.
Kes salah sebuah pusat jagaan kucing di Damansara Damai yang membiarkan kesemua kucing-kucing bertuan ini haus tanpa air dan makanan adalah satu perkara yang sangat zalim. Kes yang berlaku enam tahun lalu ini masih terkesan di hati setiap daripada kita.
Sejak itu ramai daripada kita yang memilih untuk meninggalkan kucing kesayangan mereka di rumah sahaja. Selain terjaga dengan baik, risiko jangkitan kulat dan penyakit-penyakit lain juga lebih terjaga.
Namun berbagai aspek perlu diambil kira sebelum meninggalkan kucing bersendirian di rumah. Sepuluh perkara ini patut anda buat sebelum melangkah pulang ke kampung halaman.
Mandikan Terlebih Dahulu
Sebelum balik pastikan kucing-kucing anda dimandikan terlebih dahulu. Menghantar ke kedai dengan pakej lengkap pembersihan mungkin lebih menjimatkan masa. Balik sahaja ke rumah, kucing anda berbau harum dan segar. Memastikan mereka bersih dan segar adalah penting supaya kucing lebih rasa selesa untuk ditinggalkan lama.
Beritahu Setiap Hari
Dua tiga hari sebelum pulang beritahulah kucing-kucing anda akan ketiadaan anda kelak. Bercakaplah dengan mereka seperti biasa dan pujuklah mereka untuk tinggal bersendirian. Mungkin ia dianggap kelakar namun kucing memahami setiap apa yang anda tuturkan. Percaya atau tidak, tanpa anda memberitahu mereka sekalipun, kucing kelihatan murung dan seperti memahami akan pemergian anda.
Makanan Guna ‘Auto Food Dispenser’
Sebelum meninggalkan kucing-kucing ini pastikan anda sudahpun mempunyai bekas makanan jenis ‘auto dispenser’, yang boleh membekalkan makanan sentiasa kepada kucing. Bila makanan berkurang, makanan akan jatuh dengan sendirinya ke dalam tempat makan. Jadi tiadalah masalah kehabisan makanan. Bekas ini penting. Kena ada. Sediakanlah makanan sepenuh-penuhnya. Biar lebih asal jangan terkurang. Begitu juga dengan air. Beli jenis yang sama, khusus untuk air.
Pasir Lebih
Selain makanan, pasir juga amat penting. Ada kucing yang kurang selesa melepaskan hajatnya apabila ada najis di dalamnya. Mereka sama seperti kita yang banyak ragam dan peelnya. Jadi sediakanlah bekas pasir lebih khusus untuk tujuan ini. Menyediakan dua hingga tiga bekas pasir yang besar adalah wajar.
Pengudaraan Tepat
Jika anda meletakkan kucing di dalam bilik tertutup, pastikan tingkap di buka sedikit. Jangan di buka terlalu luas kerana bimbang kucing keluar melaluinya. Pastikan tingkap anda ada besi pengadangnya.
Pasang Lampu
Biarkan lampu sentiasa terpasang sepanjang masa. Ini bagi mengelakkan mereka berada di dalam keadaan gelap ketika malam hari. Walaupun kucing mampu untuk ‘survive’ di dalam cahaya gelap, namun membuka lampu dirasakan lebih selamat bagi mereka.
Berikan Teman
Orang kata hidup biar berteman. Begitu jugalah si bulus kesayangan kita ini. Jika kucing anda seekor sahaja, ada baiknya anda bawa dia pulang bersama atau letakkan dia di asrama kucing. Namun jika berteman, itu tidak mengapa.
Letakkan Pakaian
Ini penting. Kucing kita terutama jenis parsi dan campuran cepat murung tanpa tuannya. Tinggalkan baju anda yang sudah dipakai bagi meninggalkan sedikit bau buatnya. Ini dapat mengelakkan rasa murung.
Ada Penghadang
Jika anda membiarkan kucing berada pada satu-satu kawasan yang luas seperti dapur, pastikan diletakkan pengadang seperti pengadang pagar. Ini bagi membolehkan kucing tidak bergerak ke kawasan lain seperti ruang tamu dan bilik. Namun jika anda meletakkan kucing-kucing ini di dalam sebuah bilik, pastikan bilik di tutup dengan rapat. Ada sesetengah kes, kucing masih berjaya membukanya dengan menolak kuat.
Mainan Tambahan
Mainan kena ada. Selain mengelakkan rasa bosan dan murung, mainan boleh membantu kucing-kucing anda bermain dengannya. Cara ini buat dia terlupa yang dia rindukan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...