Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesempitan hidup memaksa empat beranak ini terpaksa berteduh di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad di Jalan Long Yunus.
Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun. Turut tinggal bersama mereka adalah ibu Najwa, Ruzana Amat, 53.
Najwa yang berasal dari Thailand dan berkahwin dengan lelaki tempatan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2, kesemuanya memiliki sijil kelahiran Malaysia.
Bagaimana pun, selepas bercerai, Najwa hilang tempat bergantung. kehidupan yang serba daif itu memaksa Nur Airis Natasha dan Muhamad Hafiz Danial berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.
Najwa berkata, stor yang menjadi tempat tinggal mereka itu ditumpangkan tanpa bayaran, namun malangnya perlu dikosongkan pada penghujung bulan ini.
“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.
Ads
“Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.
Menurutnya, dia ada mencari rumah sewa, namun perlu memikirkan kemampuan untuk menjelaskan bayaran bulanannya kerana hanya bekerja sebagai pembantu gerai.
“Pendapatan saya hanya RM20 hingga RM25 sehari bergantung kepada keuntungan jualan dan duit itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk dan makanan kepada anak-anak.
Ads
“Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak apa-apa,” katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Nur Airis Natasha Mohd Khalis BSN 03011-41-00008747-3 atau menghubungi Najwa di talian 016-2552846.
Biarpun tinggal di tempat sedemikian, namun Najwa sangat menitik beratkan aspek kebersihan,Malah, baju-baju yang didermakan orang ramai kepada Nawja serta anak-anak berada dalam keadaan tersusun rapi.
Ads
Biarpun di dalam bilik tersebut hanya ada sekeping tilam nipis, bantal, kipas kecil dan periuk nasi elektrik berserta sebuah meja buruk terletak kemas di bahagian masing-masing. Namun cukup kemas dan teratur.
Menurut Najwa, dia sangat menghargai pemberi orang ramai dan menjaga baju itu dengan rapi selain meletakkan plastik di luar bagi mengelak habuk atau terkena kotoran.
“Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.
“Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.
4 beranak tinggal dalam stor dekat tangki najis Laporan : MOJO Sinar Harian Kelantan ADILA SHARINNI WAHID
Tidak seperti selebtriti lain yang memilih untuk berkongsi hal perkahwinan secara terang-terangan, namun pelakon yang tengah hangat membintangi drama Cemburu Seorang Perempuan ini mengambil pendekatan berbeza.
Nazrief Nazri, 28 semalam sah bergelar suami kepada seorang model hijab dalam satu majlis pernikahan sederhana namun meriah. Nazrief dan pasangannya, Aizatul Aqma Hamdan, 25, selamat bergelar pasangan suami isteri dan dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM15,000.
Pihak lelaki juga menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.
Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Aizatul berjalan lancar.
“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat.
Terdahulu, Nazrief juga menghantar rombongan merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.
Dalam pada itu, menurut Nazrief, dia dan isteri masih belum merancang majlis resepsi mereka kerana mahu memberi keutamaan kepada majlis pernikahan terlebih dahulu.
Difahamkan, Nazrief dan Aizatul berkenalan menerusi laman Instagram sebelum berkawan rapat dan seterusnya melangkah ke fasa perkahwinan.
Dalam pada itu, nazrief turut memuat naik sekeping gambar bersama isteri usai majlis pernikahannya menerusi laman instagramnya.
ALHAMDULILLAH Maka bermulalah perjalananan hidup kami sebagai suami isteri.
Terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai kami yang hadir ke majlis sederhana kami petang semalam.
Kepada yg tidak mendapat jemputan, kami mohon maaf kerana majlis kami dibuat secara sederhana sahaja. InshaaAllah, jika tiada aral melintang kami akan jemput utk majlis resepsi nanti. Doakan hubungan kami diberkati dan berpanjangan sampai syurga. I love u syg @angellajoliey.
Kehilangan insan tersayang ibarat separuh jiwa kita turut dibawa pergi. Pilu rasa hati bila mana menatap sekujur badan yang kaku tidak lagi bernyawa. Saat memberi ciuman kali terakhir, hibanya tak mampu diungkap dengan kata-kata.
Namun, situasi ini mungkin tidak berlaku pada masa kini tatkala wabak covid-19 telah menular. Proses pengkebumian tidak lagi mampu dilaksanakan seperti sedia kala.
Walaupun kisah kematian ini tidak membabitkan pesakit yang positif covid-19, namun apa yang dimuat naik cukup memilukan hati. Seorang lelaki meninggal dunia dan lebih menyedihkan bila mana ibu dan bapanya berada jauh dan hanya mampu melihat proses pengkebumian dilakukan menerusi video call sahaja.
Seorang nurse peribadi yang dikenali sebagai Sazriman berkongsi pengalaman sendiri melihat insan menghembuskan nafas terakhir tanpa ibu bapa disisi. Hanya adik arwah yang berada di sisi dari sakit sehingga ke saat akhirnya. Kisah itu dimuat naik di twitternya.
Keluarga duduk jauh
Pesakit nazak keluarga duduk jauh
Mak baik tapi selalu tak bernasib baik
Mak tak dapat balik sebab lockdown
Sakit tak boleh tidur, kena comfort dia
Adik sabar gila layan karenah abang dia
Sehari 5-6 kali mak nangis dalam phone
Last day, nampak tanda2 dia nak pergi
Mak mana yang kuat tengok anak bertarung nyawa
Mak dekat videocall , ayah dekat phone dia hembuskan nafas terakhir
mak ayah mampu tengok dan menangis dalam videocall
hargai masa bersama keluarga
Kisah yang dimuat naik oleh Saziman itu kemudiannya turut dikongsikan oleh adik arwah menerusi laman facebooknya. Menurut Muzill Mustakim, arwah abangnya, Mohd Muhaymin meninggal dunia akibat ‘Acute on chronic liver failure’
Bantuan kewangan RM 600 kepada pekerja yang bercuti tanpa gaji, sebagaimana diumumkan oleh PM baru-baru ini, disambut baik oleh ramai pihak.
Dan di sini, dijelaskan bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan tersebut sebagaimana yang dikongsikan di akaun Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan.
COVID-19: BAYARAN TERUS KE AKAUN PENERIMA UNTUK BANTUAN CUTI TANPA GAJI
Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan cara memohon bantuan cuti tanpa gaji ini.
Disini dijelaskan untuk pengetahuan rakyat bahawa anda yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan TIDAK PERLU MEMOHON kerana bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun bank anda oleh majikan masing-masing.
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memohon bagi pihak pekerja mereka. Majikan akan menerima bayaran dari PERKESO dan WAJIB mengkreditkan RM600 tersebut kedalam akaun pekerja mereka dalam tempoh 7 hari.
Juga diingatkan lagi, mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Anda boleh membuat pertanyaan lanjut di talian 1-300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my ATAU menyalurkan aduan/pertanyaan melalui https://www.facebook.com/PERKESO.Official/
Ramai pesakit kanser yang masih ragu dan keliru tentang makanan yang perlu dielakkan dan digalakkan.
Pemakanan pesakit kanser tidak sama dengan pemakanan pesakit diabetis atau...