Hidup ini sementara untuk kita harungi bersama pasangan hidup. Begitu juga dengan suami tersayang.
Bagi seorang isteri, rumahtangga yang bahagia adalah kehidupan yang diimpikan.
Keluarga sakinah terbentuk daripada suami yang memimpinnya.
Ikuti perkongsian ini.
Syurga untuk suami dan ayah
1. Perkataan takpe yang mengundang bahaya
Seorang lelaki yang telah berkahwin, bukan sahaja perlu menanggung dosa sendiri, malah dia juga perlu menanggung dosa si isteri, anak-anak perempuan yang belum berkahwin dan anak-anak yang belum baligh.
Beringat-ringatlah wahai isteri dan anak perempuan, jangan asbab kita suami dan ayah yang baik ini Allah humban ke dalam neraka.
Jangan tertipu dengan perkataan takpe…
Takpe buka aurat kerana belum dapat hidayah.
Takpe bertiktok sampai menampakkan keghairahan kerana itu trend terkini.
Takpe buat tutorial makeup kat laman sosial kerana nak jual products.
Takpe buat video prank sampai masuk bilik, tidur atas katil sebab nak buat orang terhibur.
Allahuakbar…Banyaknya dosa yang nak suami dan ayah tanggung.
Hargailah tanggungjawab seorang suami dan ayah. Patuh segala arahan dan permintaannya.
Besar tanggungjawab mereka yang sebenar.
Ads
Berperanan sebagai tiang dalam masyarakat bermaksud menguasai ilmu dunia dan juga akhirat. Jika pekerjaannya ahli perniagaan, Engineer, Arkitek, Doktor, Guru dan sebagainya, paling koman dia perlu jadi imam solat lima waktu untuk anak isteri, mesti pandai baca al-Quran dan mengajarkannya ( jika hafiz al-Quran lagi hebat nilainya di sisi Allah), baca tahlil serta miliki ilmu asas pengurusan jenazah jika berlaku kematian jiran terdekat serta menguasai asas ilmu faraid.
Jika kita longgokkan macam2 masalah pada mereka, berpeluangkah mereka meningkatkan diri untuk menjadi lelaki Qawwamah mengikut kehendak Ilahi…
Mereka hanya manusia.
2. Telan semua peel isteri dan anak dengan sabar
Kena rajuk, kena marah nga isteri tapi nafkah jalan macam biasa. Ada ayah atau suami yang sanggup korbankan keinginan. Mereka ada perasaan marah, sedih, gembira, mahu disayangi, disantuni, dimanja. Tapi kita buat seolah mereka takde perasan itu.
Yang kita nampak mereka kuat, mereka kebal tapi jika kita selak satu persatu pengorbanan mereka.. boleh menyesal seumur hidup dibuatnya kerana kita tidak pernah nak jaga perasaan mereka.
Kena ingat satu perkara.Suami adalah kunci syurga untuk isteri.
.Dosa isteri dan anak perempuan pula jadi penyebab mereka ke neraka.
KEBAIKKAN SUAMI
Ingatlah kebaikan seorang suami dan ayah. Mereka sanggup berdikit-dikit setiap kali mendapat gaji, tidak pernah dahulukan diri sendiri, tetapi meletakkan keperluan keluarga sebagai pariority.
Ads
Teringat almarhum ayahanda, bekerja sebagai pegawai halaqah ( menyampaikan kuliah agama dari masjid ke masjid), gaji tidak sebesar manapun tetapi pengorbanan untuk membesarkan anak seramai 9 orang, sanggup travel sejauh 50 KM ( kadang-kadang naik motor) dan bermalam di surau bertemankan suara unggas dan nyamuk, tidur beralaskan tikar ( surau kayu dan banyak lubang). Alhamdulillah, rezeki kami tidak pernah sempit malah sentiasa mencukupi.
Allahuakbar..
pengorbanan inilah yang telah membentuk jati diri saya sebagai anak. Inilah motivasi paling hebat.
3. Lindungilah aurat isteri dan anak.. Please
Melindungi dan mengasihi ahli keluarga , bermaksud menyelamatkan mereka dari bakaran api neraka. Memilih pakaian yang baik-baik untuk ahli keluarga, menyediakan keperluan yang baik-baik, bekalkan pengetahuan yang baik-baik. Wajib..Dek kerana perubahan zaman, tanpa sedar kita teruk dijajah dengan 3F, Fesyen, Fun (Hiburan) dan Food ( Makanan).
Semuanya terhidang, semakin lama fesyen yang melampau sudah dianggap biasa-biasa, hiburan yang keterlaluan juga menjadi halwa, begitu juga makanan yang datang dari pelbagai sumber tidak termampu untuk dibeza. Hanya ilmu, kebijaksanaan, iman dan takwa yang mampu membimbing diri untuk kekal istiqamah dalam sunnah.
4. Maafkanlah isteri dan anak-anak.. Sesungguhnya mereka adalah ujian dari Allah
Sikap orang islam yang paling baik ialah sabar dan pemaaf. Bijak mengawal emosi dan kemarahan dalam apa jua keadaan. Inilah bahagian yang paling susah. Tidak ramai orang lelaki yang dapat mengawal emosi apabila berada dalam keadaan tertekan, terutamanya apabila diasak dengan ujian yang bertubi-tubi.
Seorang suami yang adil kepada isteri dan anak-anaknya tidak akan membuka aib mereka di hadapan orang lain. Tidak merendahkan antara satu sama lain dan menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh ahli keluarga sekalipun ia kebaikan yang kecil.
Amalkan sunnah bermusyawarah apabila berdepan dengan masalah tertentu. Keadilan yang dituntut oleh agama ialah bagaimana seorang lelaki itu bertindak waras terhadap keluarganya.
Ads
5. Hormat suami dan ayah sebagai pemimpin keluarga
Dan setiap pemimpin bertangungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.
Seorang imam (pemimpin) bertanggungjawab terhadap rakyat di bawah pimpinannya.
Seorang lelaki bertanggungjawab terhadap ahli keluarga serta mereka yang terletak di bawah tanggungannya..
(Sahih Bukhri)
Tanggungjawab paling besar seorang lelaki terhadap ahli keluarganya ialah mengajar tentang kalimah tauhid, ilmu tentang ketuhanan, menerapkan rasa kasih dan sayang pada Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah Baginda di dalam rumah dan selalu membugarkan segala kisah perjuangan Baginda untuk ummat manusia.
Isteri yang sayang dan kasih kepada Rasulullah SAW dengan asbab dipupuk oleh seorang suami akan menjadikan kehidupan ini diberkati , melahirkan zuriat yang baik dan cerdik.
Tidak ada contoh paling baik yang Allah bekalkan untuk manusia kecuali Nabi Muhammad SAW.
Ingat! Jangan pernah memandang kehidupan beragama ini jumud dan tidak moden, kitalah yang membentuk persepsi sedemikian. Nak bahagia cari orang yang beragama, nak gembira cari sahabat yang beragama, nak cemerlang dan berjaya kena jadi orang yang beragama nak genggam dunia dan akhiratpun mesti bijak ilmu yang selari dengan agama.
Allahumma Thabbit Qalbi Fi Diinik.
Yakin dan percayalah bersikap adil dan seimbang dalam setiap tindakan mampu menyelesaikan banyak masalah sosial.
Ayah dan ibu sama-sama memainkan peranan penting dalam pembentukan diri anak-anak. Tidak lengkap andai salah seorangnya tiada. Kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa pelengkap dalam diri anak-anak.
Justeru, masing-masing kena tahu peranan jika mahu anak menjadi insan yang berguna suatu hari kelak. Saudara Najmi Nawawi kongsikan peranan seorang ayah dalam dunia keibubapaan.
AYAH DAN DUNIA PARENTING
Seorang ayah mampu memainkan peranan penting dalam dunia parenting sama seperti para ibu. Kebapaan ialah sebuah perkara yang ‘complex’ dan fenomena unik yang memberi impak besar pada emosi dan intelek anak-anak.
Pakar psikologi kanak-kanak mengatakan bahawa cinta dari ibu sangat berbeza dengan cinta dari seorang ayah. Ianya ialah sebuah pengalaman berbeza secara ‘qualitatively’.
Seorang ayah “love more dangerously” kerana cinta dari para ayah lebih “expectant, more instrumental” berbanding seorang ibu.
Sebab itu pentingnya penglibatan seorang ayah dalam dunia parenting. Kerana tugas ini tidak boleh ditiru oleh orang lain. Ia akan melengkapkan kecintaan yang telah dicurahkan oleh para ibu.
1. Gaya parenting ayah berbeza
Seorang ayah mempunya gaya tersediri khususnya dari cara komunikasi dan interaksi dengan anak-anak. Kelainan ini sangat baik untuk anak-anak, dimana mereka akan dapat pengalaman berbeza dalam interaksi seharian. Seterusnya anak-anak akan dapat belajar melihat dunia dari sudut pandangan berbeza dan ketahuilah, hal ini penting dan kritikal dalam pembentukan anak-anak.
2. Gaya permainan ayah berbeza
Ayah akan geletek anak lebih, ‘smack down’ anak lebih dan boleh angkat anak mereka terbang tinggi ke udara. Sebaliknya para ibu pula akan berterusan menasihati, ‘jangan tinggi sangat’, ‘jangan kasar sangat’ dan sebagainya. Perbezaan ini sangat penting untuk anak-anak belajar keseimbangan antara perilaku kasar dan lembut seterusnya memahami untuk menjadi adil dalam tindakan.
3. Gaya keyakinan ayah berbeza
Memang betul, kalau dengan ayah ‘confidence’ level itu tinggi sikit. Kalau tidak percaya, boleh pergi ke taman permainan dan ‘observed’. Siapa yang meminta anak untuk panjat lebih tinggi dan berlari lebih laju? dan siapa pula yang meminta anak-anak untuk hati-hati? Seorang ibu bersikap melindungi manakala seorang ayah pula mempengaruhi anak-anak untuk ‘push the limit’.
Kesimpulannya, lelaki dan perempuan itu memang berbeza. Mereka makan dengan cara berbeza, berpakaian berbeza, dan mengharungi kehidupan di dunia dengan pandangan berbeza.
Oleh sebab itulah, lelaki yang menjadi ayah dan perempuan yang menjadi ibu, mampu memberi gabungan resepi yang sesuai untuk pembentukan anak-anak.
p/s : Ramai ayah hebat di luar sana yang sudah membuktikan mereka mampu menjadi ‘involved father’. Iaitu mereka yang betul-betul melibatkan diri dalam parenting anak-anak. Tahniah!
Follow dan See First Najmi Nawawi untuk info kekeluargaan dan tips parenting yang dikongsi sentiasa.
Sebelum ini banyak kita dengar laporan tentang kes-kes penderaan daripada rumah asuhan atau taska.
Baru-baru ini ada seorang ibu yang dikenali sebagai Ameerah berkongsi kisah sedih apabila anak kesayangannya yang diberi nama Maryam mengalami beberapa kesan luka di tubuh badan selepas dihantar di sebuah taska.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ameerah di laman Facebooknya, dia mendedahkan perkara tersebut kepada orang ramai supaya isu yang dialaminya akan menjadi pengajaran dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, Ameerah memberitahu kejadian tersebut berlaku pada awal Januari 2023 iaitu hari ketiga anaknya berada di taska baharu ketika berusia 1 tahun 1 bulan.
Maryam dikenali sebagai kanak-kanak yang sangat ceria sewaktu di taska yang lama. Sangat rapat dengan cikgu serta mudah untuk diberi jaga pada setiap pagi.
Bismillahirrahmanirrahim.
After 3 bulan kumpul kekuatan dan after dah cuba macam-macam cara, saya rasa dah tiba masanya untuk saya disclose di sini apa yang terjadi kepada Maryam. Semoga menjadi pengajaran bagi semua pihak dan semoga Maryam mendapat pembelaan sewajarnya. Insiden ini berlaku pada awal Januari 2023. Iaitu pada hari ketiga Maryam di taska baru. Dan Maryam masa tu baru berusia 1 tahun 1 bulan. On the first day, Maryam was really happy. Dia jalan sendiri masuk ke pintu entrance. She looked so excited sampai lupa nak babai ummi dan abah. Petang tu, abah fetch Maryam di taska dan abah bagitahu ummi yang Maryam menangis kuat bila nampak abah di pintu.
Namun segalanya berubah apabila Maryam menangis dengan kuat sekali ketika dijemput pulang dari taska baharu dan secara tidak langsung ia telah membuatkan hati Ameerah tidak tenang.
Ummi mula rasa tak sedap hati. Because di taska lama, Maryam usually happy je sewaktu pergi dan balik. Jarang Maryam menangis or look stress. I think ramai followers and friends pun pernah tengok gelagat Maryam di story ummi especially bila sampai taska and sewaktu nak balik. Di taska lama, Maryam memang rapat dengan teacher and mudah nak hand over pagi-pagi.
Jadi di taska baru ni, bila Maryam cranky balik first day tu, ummi mula² cuba nak bersangka baik. Maybe Maryam take time nak adapt tempat baru atau maybe terlalu penat berjalan & bermain. Plus, taska baru ni besar dan fasilitinya memang wayyy better dari taska sebelum ni. Siap ada mini gym, indoor playground etc.
On the second day, ummi tak bagi abah fetch Maryam. Ummi decide nak pickup Maryam from kindy and nak observe sendiri. Ummi berdiri kat entrance with my phone utk record Maryam’s reaction. Memang obvious Maryam nampak upset.
Ummi hantar video tu kepada nenek. Nenek replied “Muka Yam tak ceria”. Nenek cakap “maybe Yam ngantuk school pagi sampai petang”. Nenek nak sedapkan hati ummi. Takmau ummi fikir buruk-buruk.
Sampai rumah, abah tengok ada kesan merah kat pergelangan tangan. Walaupun kesan tu kecik setompok je, ummi dan abah could sense theres a red flag sign.
Hari ketiganya, cikgu menghantar gambar kepada Ameerah menerusi WhatsApp dengan menghantar gambar tangan Maryam mempunyai kesan luka serta lebam yang didakwa digigit oleh rakan.
Disebabkan itu, Ameerah dan suaminya terus bergegas ke taska untuk melihat keadaan anaknya dan apa yang lebih mengejutkan, anggota badan yang lain seperti telinga, pipi, belakang tapak tangan turut mempunyai kesan yang sama.
Hari ketiga, ummi drop off Maryam macam biasa and notify teacher pasal kesan kat pergelangan tangan.
Tiba-tiba petang tu, teacher kelas Maryam whatsapp gambar tangan Maryam ada kesan lebam dan luka-luka. Teacher cakap “kawan gigit Maryam masa teacher keluar ambik minyak rambut”.
Ya Allah. Kaki rasa lemah masa tu. Ummi dan abah terus drive ke taska nak ambil Maryam. Masa tu jantung rasa nak pecah.
Terbayang keadaan Maryam yang tengah kesakitan. Ummi diam je dlm kereta bcs dalam kepala macam-macam benda fikir.
Sampai je di taska, Maryam nampak lemah sangat. Ummi dan abah terkejut bila tengok rupa-rupanya bukan tangan kiri je ada luka and lebam. Bawah telinga ada kesan. Dekat pipi pun ada kesan. Belakang tapak tangan ada kesan. Tengan kanan ada kesan gigitan. Kesan gigit, kesan cakar, kesan cubit. Ya Allah. Kesian sangat tengok Maryam masa tu. Abah ambik Maryam and bawa ke kereta. Ummi masa tu tak tahu nak fikir apa dah. Rasa macam gelap sekejap dunia. Ummi cakap kat teacher ummi nak tengok tempat kejadian and apa sebenarnya yang jadi.
Teacher bawa ummi masuk dalam. Masa tu ummi expect teacher akan bawa ummi ke classroom Maryam (kelas toddler 1- 2 tahun). Tapi bila sampai classroom Maryam, teacher cakap kejadian tu berlaku di bilik lain.
Teacher jalan terus lagi ke dalam menuju ke sebuah bilik kecil yang terletak di bahagian belakang.
Masa teacher bukak pintu, ummi nampak ada empat lagi budak-budak dalam bilik tu. Terkejut sangat ummi tengok keadaan bilik tu.
Bilik kecil yang KOSONG TAK ADA APA-APA. Tak ada floor mat, tak ada toto ke apa ke, tak ada mainan, tak ada buku, tak ada hiasan dinding, tak ada cot. Literally kosong! Is this a classroom for kids??
Sedangkan ummi dah bagi blanket etc. Masa visit tahun lepas, teacher siap cakap ada cot lah apa lah bagai. And classroom toddler sepatutnya bukan bilik kecik tu!
Ummi pijak lantai tu rasa sejuk sangat because taska tu beraircond. Memang sejuk. Teacher pun pakai selipar. Tapi budak-budak dalam tu baring and duduk atas lantai sejuk! Ya Allah. Sampainya hati.
Dan dalam bilik tu jugak ada empat air purifier dengan wayar atas lantai. Satu darinya memang dah tumbang atas lantai. Kalau lah budak-budak tarik wayar, terhempap ke apa ke, ya Allah. Tak terbayang.
Ummi terkejut sangat kenapa budak-budak ini diletakkan dalam bilik kosong?!!
Ummi tanya teacher, ni bilik apa? Untuk apa bilik ni? Kenapa letak Maryam dengan budak-budak tu dalam bilik ni? Dah berapa jam budak-budak ni kena duduk dalam bilik ni? Teacher cakap tu bilik isolasi. Ya Allah masa tu rasa macam nak menjerit pun ada. Kenapa letak dalam bilik isolasi sedangkan Maryam sihat walafiat pagi tu. Teacher pun dah check temperature and other common SOP.
Teacher simply jawab yang toddler (budak 1-2 tahun) diletakkan sementara dalam bilik isolasi pada waktu petang sebab tak nak ganggu baby lain yang tidur because area baby bersebelahan dengan area toddler.
Ummi rasa nak meletup dah waktu tu. Kenapa teacher bagi keutamaan kepada baby sampai tergamak asingkan budak-budak toddler dalam bilik isolasi??
Sedangkan kelas lain-lain. Teacher yang incharge pun lain-lain. Ada teacher yg mmg urus baby. Ada teacher yg mmg urus toddler. Masing-masing boleh kawal and jaga kelas masing-masing.
Kenapa tiba-tiba ada isu ganggu baby tidur? And at the first place, ITU TASKA. Where on earth ada taska senyapppppp macam perpustakaan?!! Especially pada waktu petang where all kids are getting excited too go home!
CCTV bukti kanak-kanak dibiarkan tanpa pengawasan
Bagaimanapun, segala rahsia sudah terbongkar apabila Ameerah mendapati kanak-kanak toddler (berusia 1-2 tahun) diasingkan dalam sebuah bilik kosong tanpa pengawasan orang dewasa selepas memeriksa kamera litar tertutup (CCTV).
Runtuh hati seorang ibu apabila mendapati anaknya dibiarkan dengan keadaan bilik yang sejuk tanpa sebarang alat mainan atau toto sebagai alas untuk baring.
Baby tak salah. Toddler pun tak salah. Masing-masing perlukan perhatian. Tapi kenapa ada diskriminasi??
Teacher cakap toddler duduk dalam bilik isolasi sekejap je sementara tunggu parents sampai waktu petang. SEKEJAP JE KATA TEACHER. Bila ummi tengok cctv, rupa-rupanya Maryam and 4 toddler lain memang diletakkan dalam bilik kosong tu SEJAK PAGI. Astaghfirullah. Remuk hati ummi.
Dalam cctv tu, ummi tengok budak-budak dibiar menyusu atas lantai! Tak ada alas. Tak ada bantal! Ya Allah. Anak orang kan tu. Anak kucing pun orang letak alas. Why teacher whyyy?? Kenapa tergamak??
Based on siasatan polis, teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik kosong tu tanpa pengawasan beberapa kali! And tak ada teacher lain ganti untuk tengokkan budak-budak dalam bilik tu. And ada 1 time tu teacher tinggalkan toddler with handphone yang diletakkan atas air purifier.
Polis maklumkan masa teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik tu, ada budak lain gigit and cubit Maryam. Masa ni, Maryam kena attack 3-4 kali.
Tak lama lepas tu, teacher SEKALI LAGI KELUAR DARI BILIK ISOLASI DAN TINGGALKAN BUDAK-BUDAK TANPA PENGAWASAN! So what do you expect? HABIS MARYAM KENA ATTACK LAGI DENGAN BUDAK TADI!! This time sampai 6 kali serangan gigit and cubit! Dalam cctv, Maryam masa tu dah terbaring lemah atas lantai. Maybe Maryam dah terlalu penat menangis and menjerit tapi tak ada sesiapa datang tolong. Mana teacher waktu ni!!!??? Pergi ambik minyak rambut?!!!
AND WHY TINGGALKAN BUDAK BANYAK-BANYAK KALI!!!! And until now ummi dan abah masih tertanya-tanya berapa kali sebenarnya teacher tinggalkan budak-budak. Dan berapa lama duration setiap kali teacher tinggalkan. TANPA PENGAWASAN. Sampai Maryam cedera macam tu sekali.
Dan paling kecewa sekali, rakaman cctv antara 11am-3.45pm tak diserahkan pada ummi dan abah. Apa yang berlaku dalam tempoh almost 4 jam ini, apa yang Maryam lalui, kat mana Maryam tido, macam mana Maryam makan, macam mana layanan teacher, hanya Allah je yang tahu.
Malam tu Maryam menangis-nangis. Maybe sakit. Maybe trauma. Pipi Maryam merah tak surut-surut.
Entah. Ummi dan abah masa tu rasa bersalah. Rasa marah. Rasa kecewa. Semua ada. Atok nenek, grandpa grandma semua sedih tengok keadaan Maryam. Nenek terus datang malam tu nak tengok Maryam. Grandma sampai tak lalu makan. Semua orang stress and sedih.
Tiba-tiba malam tu, bila dah selesai buat report di balai polis, sampai je kat rumah, hidung Maryam berdarah. Ummi dan abah cepat-cepat bawa Maryam ke hospital. Buat x-ray skull and nasal bone. The next day tu, Maryam was referred to ENT untuk further investigation. And Maryam was referred to child psychiatry because Maryam jadi susah nak tidur, senang terjaga malam, menangis high pitch and ada beberapa kali cuba nak gigit abang-abang dia. Dan sehingga May nanti masih ada follow-up dengan pakar. Kesian sangat kat anak ummi. Dalam sehari je berlaku semua ni.
Taska yang kononnya gah, menang anugerah itu ini, pengalaman berpuluh tahun. Advertisement bukan main hebat lagi. Tunjuk yang cantik-cantik. Cawangan pun belambak-lambak.
Bulan Okt tahun lepas dah kena daftar siap² untuk kemasukan 2023. Untuk daftar kena bayar seribu lebih.
Tapi anak-anak duduk dalam bilik kosong! Classroom cantik-cantik untuk apa? Semuanya untuk wayang semata!
Laporan polis sudah dibuat
Berikutan kejadian ini, Ameerah telah membuat laporan polis dan berharap agar orang ramai merahsiakan terlebih dahulu nama serta lokasi taska.
Siasatan polis pun dah selesai. Jadi dah tiba masa ummi dan abah usahakan cara lain untuk fight for Maryam. Ummi dan abah percaya ada banyak lagi kebenaran yang belum tersingkap.
Bila ummi dan abah jumpa pelbagai pihak, mereka advise utk ummi dan abah ambil legal action ke atas taska tetapi ia akan menelan kos yang tinggi. Baru lah ummi dan abah faham kenapa ramai parents yang pernah lalui benda sama macam ni, akhirnya senyap dan redha.
Ummi dan abah tahu perjuangan ini tak mudah dan tak murah. Tetapi ummi dan abah akan usaha sedaya mungkin supaya Maryam mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga pihak yang zalim mendapat balasan setimpal.
Yes, I know ramai parents di luar sana yang senasib dengan dengan kami. Please doakan kami kuat sehingga ke garisan akhir. 🙏
We believe that the truth will ultimately prevails. InsyaAllah.
Maryam surely akan sembuh dari semua ni insyaAllah. Tetapi luka di hati ummi dan abah tak akan terubat selamanya.
Maafkan ummi dan abah kerana tak dapat bersama Maryam ketika Maryam sangat-sangat perlukan pertolongan.
Hanya Allah yang dapat menjaga Maryam dan Allah lah sebaik-baik penjaga. Ummi dan abah sayang Maryam. Sangat sayangkan Maryam. Lillah.
To all parents and everyone out there, we welcome your continuous support and du’a. 🙏🏻 May Allah protect our kids’ bodies, minds, and souls from any kind of evil and harm. Amin.
Edited: Terima kasih atas doa-doa dan sokongan. Buat masa ini saya dinasihatkan untuk tak reveal nama dan lokasi taska. Namun, bila dah dibawa ke mahkamah nanti, tiada apa lagi yang boleh disorok dari pengetahuan umum. Saya dan suami dah cuba pelbagai usaha dan ini ikhtiar kami yang terakhir supaya kami tak give up di pertengahan jalan. Perjuangan ini baru sahaja bermula. Dan ia tak mudah. Dari awal ia tak mudah. Dengan rendah hati, kami mohon sokongan dan doa yg berterusan. Saya dan suami bukanlah orang yang bijak pandai dalam hal undang-undang. Jadi dengan rendah hati kami mohon sekiranya kalian ada apa-apa cadangan atau bantuan, boleh DM saya utk kita brainstorm sama². Jazakallah khayr. 🙏
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.