Garam adalah salah satu bahan yang wajib digunakan dalam masakan. Jika tak ada bahan ini, masakan jadi tidak enak.
Namun tahukah anda, jika salah penggunaannya dalam masakan, khasiatnya akan hilang. Nampak remeh. Tapi ia penting untuk kesihatan tubuh badan ini. Sebagaimana perkongsian Dr Fatimah Salim.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
GARAM
Sejak dahulu lagi, garam telah menjadi bahan perasa dan pengawet dalam makanan dan minuman. Percaya atau tidak, rasa sedikit masin garam mampu memberikan rasa manis kepada buah, dan mengurangkan rasa pahit sayuran. Manakala penambahan garam kasar kepada makanan juga boleh memberikan tekstur unik dan sesasi ranggup kepada makanan.
Tahukah anda garam juga merupakan nutrisi sangat perlu untuk memastikan proses biologi badan berjalan dengan optimum?
YA. Garam penting untuk penyeimbangan cecair badan, dan memastikan sistem saraf dan otot badan kita berfungsi dengan baik.
Garam terbentuk daripada bahan kimia ionik iaitu natrium klorida (NaCl). Asasnya rasa masin garam adalah disebabkan oleh ion natrium (aka sodium), Na+ yang berinteraksi dengan reseptor masin pada lidah. Terdapat beberapa jenis garam iaitu, garam meja/ garam putih (table salt), garam batu (rock salt), garam kosher, garam merah jamu Himalaya/ garam pink (Himalayan pink salt), garam celtic dan garam hitam (black salt), dan garam laut (sea salt).
Antara jenis garam ini, yang sering dibandingkan adalah garam meja/garam putih dan garam Himalaya. Garam putih diperolehi daripada air laut dan dasar bumi. Garam ini melalui proses pemurnian untuk mengasingkan sebarang bahan asing. Setelah dimurnikan, garam putih biasanya ditambah dengan bahan penstabil natrium ferrocyanide, natrium aluminosilicate dan magnesium carbonate. Umumnya garam putih mengandungi 99.7% natrium klorida.
Ads
Garam pink Himalaya pula berasal dari kawasan perlombongan garam Khewra, berhampiran Himalaya, Pakistan. Garam pink mengandungi 98% natrium klorida dan 2% lagi mineral lain seperti potassium, magnesium, calcium, iron, zinc dan chromium.
Bergantung kepada tempat melombong, disebabkan tiada proses pemurnian, garam jenis ini ada potensi mengandungi pasir, juga logam toksik seperti merkuri, asenik dan plumbum. Perlu diketahui, warna pink pada garam ini disebabkan oleh mineral iron aka ferum yang teroksida, atau dalam bahasa mudahnya karat.
Jika dilihat pada kandungan natrium klorida garam putih dan garam pink, ia lebih banyak dalam garam putih. Maksudnya garam putih lebih masin. Maksudnya untuk menghasilkan rasa masin yang sama, jumlah garam putih yang perlu ditambah dalam masakan adalah sedikit jika dibandingkan garam pink. Kajian menunjukkan perbandingan kandungan minerals dalam garam putih dan garam pink adalah sangat sedikit.
Menariknya, garam putih juga ditambah dengan iodin. Di sesetengah negara, garam juga boleh ditambah dengan zat lain seperti asid folik, zat besi, florida dan diethylcarbamazine untuk menghalang penyakit yang berkaitan. Garam dijadikan sebagai bahan yang sangat berkesan untuk memberikan iodin kepada umum kerana ia tidak mudah rosak dan merupakan keperluan asas dalam memberikan rasa kepada makanan.
Sesungguhnya kekurangan iodin yang berpanjangan boleh menyebabkan muka menjadi sembab atau bengkak dan goiter. Ia boleh menyebabkan kerosakkan intelektual hingga terencat akal yang teruk di kalangan kanak-kanak dan hipotiroidisme (di mana pengeluaran hormon tiroid di bawah paras normal) pada golongan dewasa.
Ads
Umumnya iodin boleh diperolehi daripada pemakanan harian seperti kebanyakkan makanan laut seperti ikan, udang dan rumpai laut, produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju serta telur.
Iodin ditambah ke dalam garam komersial biasanya berbentuk potassium iodate, potassium iodide, sodium iodate, atau sodium iodide. Jumlah yang ditambah adalah bergantung kepada pengeluar (5-25 mg/ kg garam). Bagi mengurangkan kadar kemeruapan iodin dan pengumpalan serta retakan pada struktur garam, ia juga ditambah dengan dextrose dan sodium silicoaluminate.
Pun begitu, keberadaan iodin yang ditambah dalam garam ini adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah
• Jumlah iodin yang ditambah semasa proses pengiodinan
• ketidakseragaman taburan iodin dalam garam di antara batch dan setiap paket bungkusan.
• kehilangan/ degradasi iodin disebabkan oleh bahan asing seperti magnesium klorida, pembungkusan dan faktor persekitaran semasa pengendalian dan penghantaran.
• kehilangan iodin dalam garam boleh berlaku semasa penyimpanan paket yang telah dibuka disebabkan suhu persekitaran dan kelembapan yang tinggi melalui proses pengoksidaan dan pemejalwapan (sublimation).
• Jumlah iodin daripada garam juga akan berkurangan dalam proses memasak makanan.
CARA YANG BETUL DIGUNAKAN DALAM MASAKAN
Kadar kehilangan iodin dalam proses memasak adalah bergantung kepada kaedah memasak dan durasi garam dimasukkan dalam masakan. Semakin lama dan tinggi tekanan masakan yang digaram dimasak, semakin banyak iodin termusnah. Dapatan kajian menunjukkan kaedah memasak menumis seketika (1 minit 15 saat) adalah paling kurang jumlah kehilangan iodinnya (6.58%), manakala memasak dengan periuk tekanan tinggi selama 26 minit memusnahkan lebih daripada separuh kandungan iodin garam (51.08%). Untuk durasi masakan dengan kaedah memasak merebus, memanggang, menggoreng, dan penggunaan ketuhar gelombang mikro adalah masing-masing 40.24%, 10.57%, 10.40% dan 27.13%.
Ini jelas menunjukkan bagi mendapatkan khasiat iodin secara optimun daripada garam yang diiodin, kita perlulah memasukkan garam dalam masakan di akhir proses memasak. Garam juga perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara untuk mengurangkan pengoksidaan iodin.
Ads
Kajian menunjukan, pengambilan garam yang berlebihan boleh mengurangkan kandungan kalsium tulang (osteoporosis), masalah buah pinggang and meningkatkan tekanan darah terutamanya kepada individu yang sensetif, berat badan berlebihan, berusia, dan penghidap darah tinggi. Pengambilan garam yang berlebihan juga dikaitkan dengan kanser perut.
Begitu bahaya garam berlebihan, kekurangan garam dalam badan (hyponatremia) juga mengancam kesihatan badan. Ini kerana garam mudah dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan seperti kencing dan peluh. Kekurangan dalam badan boleh menyebabkan komplikasi seperti keletihan, kejang otot, masalah tulang dan serangan jantung.
Kesimpulannya, tidak kisah garam jenis mana pun yang anda ambil, pastikan bersederhana dan jelas tujuan. Ambil tahu tahap kesihatan dan keaktifan badan. Pastikan juga keperluan badan kepada iodin.
Dalam kesibukan kita membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidliadha atau Raya Haji, usah lupa untuk mengambil peluang melakukan lebih amalan ibadat menjelang hari raya korban ini.
Biarpun ada antara kita belum berpeluang menunaikan ibadah haji, rukum Islam kelima pada tahun ini, namun kita masih tetap mampu mendapat manfaatnya iaitu berdoa waktu para jemaah haji wukuf di Arafah dan berpuasa Arafah.
Tinjauan daripada perkongsian beberapa media sosial, Majalah Keluarga nyatakan beberapa informasi yang berguna untuk kita siap sedia meraih pahala sempena hari wukuf pada hari ini.
Moga kita muhasabah diri menjadi mukmin terbaik.
Ikuti panduan ini:
WAKTU WUKUF, MUSTAJAB DOA
Hari ini (8/7.2022), jemaah haji wukuf di arafah lepas zuhur dan waktu di Malaysia bermula 5:27pm hingga 12:27malam.
Sila ambil kesempatan untuk berdoa untuk kejayaan dan kebaikan dunia dan akhirat.
31 PERMOHONAN DOA
Marilah kita sama-sama berdoa sempena Wukuf di Arafah In Shaa Allah
Allahhumma Shollialla Muhammad waalla’ali Muhammad
PUASA SUNAT ZULHIJJAH
PUASA TARWIYAH
(Hari Jumaat, 08 Zulhijjah / 8 Julai 2022)
PUASA ARAFAH
(Hari Sabtu, 09 Zulhijjah / 9 Julai 2022)
Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat digalakkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jemaah haji. Namun begitu, bagi jemaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 09 Zulhijjah.
Adapun yang dimaksudkan dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 09 Zulhijjah iaitu hari pada saat jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.
Dan Puasa Tarwiyah adalah (merenung atau berfikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 08 Zulhijjah, hari sebelum hari wukuf.
Alangkah banyak keberkatan dan kebahagiaan yang Allah SWT berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah.
Semoga kita termasuk di dalamnya.
NIAT Doa Niat Puasa Tarwiyah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
“ Saya niat puasa Tarwiyah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”
Do’a Niat Puasa Arafah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
“ Saya niat puasa Arafah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”
Semoga amalan yang dikerjakan akan dapat keberkatan dan kebahagiaan dunia mahupun akhirat. Insya Allah.
Sumber: FB Perkongsian beberapa warganet & Zakat Malaysia
Tidak dinafikan ramai yang memberikan pelbagai respon mengenai suntikan vaksin covid-19 ini. Namun ia hanyalah segelintir sahaja. Usaha kerajaan menyediakan vaksin untuk adalah langkah untuk memastikan pandemik ini ditamat segera.
Sehubungan itu, kerajaan menawarkan kepada rakyat Malaysia untuk menjadi sukarelawan bagi menjadi penerima suntikan vaksin terawal.
Salah seorang yang menawarkan diri adalah saudara, Ir Abdul Rahman Bahasa yang menyahut sahutan negara untuk berbuat demikian. Baginya ia adalah sumbangnya kepada negara.
Berkongsi kisah mengenai dirinya setelah menerima suntikan pertama. Semoga menjadi inpirasi dan mendidik masyarakat mengenai pentingnya menerima suntikan vaksin ini agar dapat menjalani kehidupan secara normal kembali.
COMPLETE HARI KE-7 SELEPAS SUNTIKAN PERTAMA
Hari ni aku pergi ke Hospital Ampang sekali lagi untuk menyerahkan diari kesihatan aku. Diari kesihatan ni untuk rekod pemantauan 7 hari pertama selepas di cucuk dalam kajian vaksin COVID19.
Appointment aku pukul 2pm.
Sampai² di Hospital Ampang..aku daftarkan diri and tunggu giliran untuk berjumpa petugas perubatan.
“No. 39…”
Aku tengok nombor giliran aku..Yes,aku lah nombor 39 tu..hahaha
Petugas: Encik boleh pergi ke kaunter sana ye..
Aku pun pergi ke kaunter yang diarahkan. Aku tengok yang akan entertain aku adalah seorang nurse.
Nurse: Encik, kita ambil suhu sekejap ye..
Aku disuruh kemam thermometer..
Selepas seminit
Teeet..teeet..teeeet..Thermometer berbunyi..
Nurse: Berapa bacaannya Encik?
Aku: 36.9
Nurse: Ok..suhu normal. Encik ada apa² alahan sepanjang seminggu ni..Macam cirit-birit, loya, susah bernafas, pening ²?
Aku: Tak ada
Nurse: Ok Encik.Ni diari baru untuk pemantauan 7 hari akan datang. Encik boleh ke bilik briefing sekarang untuk dengar briefing macam mana nak isi diari ni ye..
Aku: Ok.Terima kasih nurse.
Nurse: Sama².
Aku pun pergi ke bilik briefing dan dengar briefing selama 10minit lebih kurang.
Trainer: Ok Tuan Puan semua.Kalau tak ada apa² soalan. Kita jumpa lagi 7 hari akan datang ye..Tuan Puan boleh ambil kad appointment dekat kaunter pendaftaran
The End.
OK done stage 3 dalam kajian vaksin ni.
Stage 1: Swab test and check darah sebab nak confirmkan bebas COVID and HIV sebelum enroll dalam kajian vaksin COVID19
Stage 2: Ambil suntikan dos pertama (note: ini double blinded study.Aku or nurse yang cucuk aku sebelum ni pun tak tau aku dicucuk vaksin sebenar atau placebo)
Stage 3: Pemantauan 7 hari pertama untuk sebarang side effect.Isi diari kesihatan dan pulangkan diari kesihatan kepada team penyelidik team vaksin.
Next, Stage 4: Suntikan dos kedua.
Moga contribution kecil aku ini memberi manfaat kepada umat sejagat..Amin..
CATATAN DIARI
Dalam pada itu, beliau juga berkongsi catatan diari dalam tempoh menjalani suntikan vaksin ini.
AKU CUBA UNTUK CONTRIBUTE KEPADA NEGARA..TAPI APAKAN DAYA..
𝟭𝟲 𝗝𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭
Aku register nama aku untuk jadi sukarelawan Clinical Trial Vaksin COVID19 di Hospital Ampang melalui google form.
𝟭𝟴 𝗝𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭
Aku ikuti sesi briefing oleh pasukan penyelidik clinical trial dari Hospital Ampang melalui google meet. Ada 100orang yang mengikuti sesi briefing tersebut.
Briefing tu agak konklusif,semua soalan² yang di tanya oleh participants dijawab oleh para doktor penyelidik.
Point² penting semasa briefing:
Tempoh kajian: 13 bulan
So,para sukarelawan digalakkan untuk komited sepanjang 13bulan tempoh penyelidikan. Namun, sukarelawan mempunyai hak untuk menamatkan penyertaan pada bila² masa.
Vaksin yg digunakan adalah daripada Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS).Tiada jenama spesifik yang dinamakan.
Aku tahu ada yang cakap: Kalau dari China, Sinovac lah tu.
Actually,tak semestinya..
Type of vaccine: inactivated COVID19 (virus COVID19 yang telah dimatikan)
Inactivated virus type ni memang banyak digunakan dalam vaksin² yang diwajibkan oleh goverment kita.So,nothing new about this type of vaccine.
Ada 6 perjumpaan dengan pihak hospital sepanjang 2 bulan pertama. Selepas itu, akan ada follow up dari pihak hospital melalui telefon sepanjang 13 bulan tempoh kajian.
Sebanyak 50% daripada peserta akan diberi vaksin sebenar.
Lagi 50% lagi akan diberi placebo (vaksin yang tiada virus dimatikan). Ikut maklumat yang pegawai teknikal hospital berikan semasa briefing hari tu..Placebo adalah cecair garam sahaja..Bukan vaksin..
Then, tiada siapa akan tahu:
Siapa yg akan diberi vaksin sebenar
Siapa yg akan diberikan Placebo.
Termasuk lah penyelidik,nurse pemberi vaksin dan sukarelawan..Semua ini hanya akan diketahui selepas 13bulan tempoh penyelidikan tamat.
Inilah yang dikatakan double blinded study.2-2 pihak tidak tahu adakah vaksin sebenar diberikan atau tidak.
Clinical Study ini dicover oleh insurans.
Clinical study ini diberi pampasan perjalanan ke hospital untuk setiap perjumpaan (amaun tidak dinyatakan).
Dan macam² lagi lah..most of the things dalam briefing tu dah cover dalam FAQ ICR.
𝟮𝟭 𝗝𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭 (𝘀𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺)
Hospital Ampang call aku.
Hospital: Encik Abdul Rahman. Encik ada ikuti briefing kami hari Isnin haritu kan?
Aku:Ya
Hospital: Adakah Encik masih berminat nak menjadi sukarelawan?
Aku: Ya, saya masih berminat.
Hospital: Baik, sebelum kami masukkan nama Encik sebagai sukarelawan. Kami nak bertanya beberapa soalan.
(Soalan semua berkaitan sejarah kesihatan. Sama je dengan google form tetapi kali ni lebih detail lagi).
Bila sampai soalan ni…
Hospital: Encik ada allergic apa2? Ubat ke?
Aku: Ubat tak ada..tapi kecik² dulu ada lah allergic seafood.Sekarang dah tak ada dah..
Hospital: Oh ye ke? Kami kena check dulu profile Encik ni dengan Doktor.Nanti kami revert balik ye…
Aku: Baik…Terima kasih ya..
𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗻𝗶…
Aku sekali lagi dapat phone call daripada Hospital Ampang..
Hospital: Encik Abdul Rahman.Saya dari Hospital Ampang yang call semalam..
Saya dah check dengan Doktor berkenaan perkara allergic Encik tu..Walaupun Encik allergic seafood time kecik² or we can say dah lama jugak.Kami mintak maaf, kami terpaksa mengeluarkan nama Encik dari senarai sukarelawan untuk clinical trial ni.
Kami melakukan saringan yang sangat ketat.Kami tak nak nanti allergic Encik datang balik.
Terima kasih Encik kerana bersikap jujur untuk disclose semua sejarah kesihatan Encik.Kami tak tahu lah kalau yang lain boleh jujur seperti Encik.Hope, dorang pun jujur tentang semua maklumat yang diberikan oleh mereka.
All the best kepada yang join clinical study ni.Moga segala dipermudahkan…
Selanjutnya ikuti diari 2 dan 3 di link berikut:
12 JAM SELEPAS DICUCUK
Tak lama dahulu, aku pernah berkongsi yang aku tidak diterima untuk menjadi sukarelawan kajian vaksin disebabkan aku secara jujur bagitahu kepada team penyelidik kajian vaksin yg aku ada alahan seafood sewaktu kecil. Tapi alahan tu dah tak ada dah sekarang.
𝗡𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟮𝟮 𝗝𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭
Aku dapat message dari Hospital Ampang yang aku diterima sebagai sukarelawan atas sebab² yang korang boleh baca dekat photo.
Aku teruja! Sebab niat aku untuk menyumbang kepada negara melalui cara ini menjadi kenyataan!
𝟯𝟭 𝗝𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭
Aku mengikuti sesi penerangan lanjut daripada pihak penyelidik melalui google meet. Sesi ni dinamakan sesi “verbal inform consent”.
Sebagai pre requisite nak enroll dalam kajian vaksin ni..aku MESTI bebas dari jangkitan virus COVID dan HIV. So,nak pastikan perkara ini kena lah buat test dekat makmal.
𝟲 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟭
Aku ke makmal.Aku menjalani swab RT-PCR COVID dan diambil darah untuk ujian HIV.Ujian ini FREE OF CHARGE. Aku tak perlu bayar apa²..
8.45am-Aku diberi taklimat sekali lagi berkenaan kajian vaksin ini.Contohnya siapa terlibat,50-50 chances akan disuntik vaksin atau placebo,risiko,manfaat,nilai pampasan dan bla²..
9.15am- Aku jumpa Doktor
Doktor: Encik ada apa² nak tanya berkenaan perkara dalam “Inform Consent Form” (ICF) ni?
Aku: Saya just nak double confirm berkenaan alahan seafood saya waktu kecil. Sure saya boleh enroll ni?
Doktor: Ya, sebab badan Encik dah develop allergic tolerance and bla² (ada term medic yg disebut yg aku tak ingat dah apa yg Doktor sebut tadi) which will take long period.Kadang² boleh jadi 10tahun.
That why sekarang, Encik dah tak ada alahan dah.Disebabkan itu kami boleh terima Encik jadi sukarelawan.
Aku: Oh ya..Betul juga Doc.Dari apa yang saya baca dalam ICF ni..Exclusion criteria kajian ni pun tak ada specific pasal alahan makanan. Hanya disebut alahan vaksin dan ubat..Kalau ada sejarah alahan vaksin atau ubat,tak boleh sertai kajian ni kan?
Doktor: Ye betul..Encik tiada alahan vaksin dan ubat kan?
Aku: Tak ada.
Doktor: Ok..Encik ada soalan lain?
Aku: Ada. Saya faham saya berkemungkinan disuntik vaksin atau placebo.Peluangnya 50-50..Tapi dalam placebo saya ada baca kandungannya ada aluminum hydroxide.Selamat ke tidak aluminium hydroxide ni untuk manusia?
Doktor: Jika tak selamat, Ethics Committee KKM (MREC) tidak akan luluskan etika kajian ini.Aluminum yg digunakan dalam kajian ini adalah bahan normal yang digunakan di dalam kajian klinikal dan akan dinyahkumuh oleh badan dalam masa 48jam.
(Ya, aku tahu macam mana strictnya MREC bab safety ni..Aku pernah melaluinya dulu..Siapa pernah deal dgn ethics committee tau lah bertapa stringentnya mereka bila sampai bab safety..Kau kena defend with all scientific evidence.Kalau tak,sure reject apa yg kau propose.SAFETY IS NUMBER ONE!)
Sambung Doktor lagi: Ada apa² soalan lain Encik?
Aku: Oh ya..bab tak boleh mengandung.Maaf ye Doktor kalau soalan saya ni macam kurang sopan..Kadang² kita ni ter “accident” jugak walaupun kita dah pakai “protection” macam². Anak itu rezeki Tuhan..Kalau jadi macam tu, macam mana ye Doktor?
Doktor: Kami faham perkara tu..Kalau jadi macam tu.Maklumkan secepat mungkin kepada pihak kami.Kami akan appoint O&G specialist dari hospital kami untuk memantau kandungan isteri Encik dari mula² disahkan mengandung sehingga lah anak Encik selamat dilahirkan.
Aku: Ooo..ok
Doktor: Ada apa² lagi soalan?
Aku: Tak ada dah Doktor..
Doktor: Baik..Encik boleh sign ICF ni and Encik boleh proceed dengan health check ye..
Aku pun go through health check point..
Health check 1- check suhu badan
Result aku: 36.5 °C- PASS (suhu normal)
Health check 2: check tekanan darah
Result aku: 120/79 -PASS (tak ada darah tinggi)
Health check 3: check BMI dan denyut jantung
Result BMI aku: Rahsia.Yang penting tak obes
Result pulse aku: Normal
So overall PASS.
Then, aku selamat dicucuk pada pukul 10am. Disebabkan ini double blinded study.Maka tiada siapa tahu bahan yang dicucuk ke badan aku itu adalah vaksin atau placebo..
Selepas 35minit dicucuk,ada sesi pemantauan side effect.
Alhamdulillah..aku tiada apa² side effect kecuali ada rasa sakit sikit kat tempat cucuk.
Then, aku diajar macam mana nak isi diari kesihatan macam check suhu badan harian (thermometer diberi PERCUMA tau!),kalau ambil ubat semasa tempoh kajian, nak isi kat mana,kalau ambil supplement, nak record kat mana and bla²..
Now, selepas 12 jam aku dicucuk. Suhu badan aku 36.8! Dan aku tak ada rasa apa² kesan sampingan setakat ni..Sakit tempat cucuk siang tadi pun dah hilang..
So,now time to record everything dalam diari kesihatan yang dibekalkan..
Moga contribution kecil aku ini akan beri manfaat kepada rakyat negara kita dan seluruh dunia.Amin..
Diari 3:
HARI KE-4 SELEPAS DICUCUK: JANGAN STRESS!
Hai² semua
Bila aku bagitahu aku diterima sebagai sukarelawan vaksin haritu..Ramai yang mintak aku update perkembangan harian aku..
Kepada yang baru baca post ni or belum tahu. Aku adalah salah seorang sukarelawan kajian vaksin. Aku dah terima 1st injection aku pada 8 Feb haritu.
Hari ni 12hb Feb.Bermakna hari ni adalah hari ke-4 selepas aku menerima 1st injection haritu.
So far, aku masih boleh menjalani kehidupan aku macam biasa.
Aku masih boleh makan,minum,g kerja,main ngn anak², tengok kerja sekolah anak macam biasa.Semua masih normal! Alhamdulillah..
Lepas tu, tak ada pulak rasa ada benda gerak² dalam badan. Ye lah kan..katanya ada chip dalam botol vaksin/placebo tu
(Haih..Depa² tu bnyk sgt tgk muvi Hollywood ni.Ingat nak buat chip yang boleh terendam dan gerak² dalam salur darah tu macam buat air sirap ka?)
Anyway,hari ni aku nak share sikit perbualan aku dengan Doktor semasa hari aku nak ambik 1st injection hari tu..
Before that, kepada yang tak tahu juga..Salah satu syarat nak jadi sukarelawan kajian vaksin, aku kena buat swab test COVID19.
𝗦𝗼, 𝟲 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟭
Aku kena g makmal untuk buat swab test.
Tapi pagi tu aku ada selsema sikit.
Dalam hati aku cakap:
Aduh…nak g swab test ni lah nak selsema.Sebelum² ni tak ada pulak
Tapi aku g jugak buat swab test.Tawakal je orang kata..
𝟳 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟭
Aku dapat result swab test.Resultnya macam dalam gambar.. Alhamdulillah.
𝟴 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟭
Aku pergi ke Hospital Ampang untuk ambik 1st injection aku.Sebelum ambik injection dan jalani health check, ada sesi bersama Doktor.
Doktor: Encik Rahman ada ambil apa² supplement?
Aku: Ada.
Doktor: Supplement apa?
Aku: Vitamin C, 1,000mg.
Doktor: Tiap² hari ke Encik makan vitamin C ni?
Aku: Tak, saya ambil bila perlu je..
Doktor: Bila perlu tu maksudnya apa?
Aku: Contoh, 6hb haritu hari saya buat swab test.Tapi saya selsema pulak pagi tu.Selalu tak ada pulak selsema pagi². Maybe 𝗦𝗧𝗥𝗘𝗦𝗦 kot nak buat swab test. Tu yang tiba² selsema tu..hahah..So,time tu saya ambil vitamin C.
Doktor: Owh..ok..Untuk pengetahuan Encik. Stress adalah salah satu faktor penyumbang immunity kita jadi lemah.
Dalam apa yang Encik beritahu tadi..Itu adalah salah satu contoh..Encik stress, then Encik dapat selsema.Of course banyak faktor lain boleh jadi selsema kan..But one of the reason when your immunity system lemah..
So, always positive ye.Sebab dengan berfikiran positive,ia akan membantu kita menjalani kehidupan yang sihat.So,how long the flu last on swab day? The whole day?
Aku: Eh tak lah Doc.Lepas je swab tu..Hilang dah flu..
Doktor: I see, ok then. Saya kena rekod yang Encik ada ambil supplement Vitamin C dalam rekod kesihatan Encik ye.
Aku: Ok
So, kawan²..Jangan stress² ye. Sebab kalau stress, sistem immuniti or sistem ketahanan penyakit kita akan jadi lemah
Moga kita semua di diberikan kesihatan yang baik..Amin..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.