Daripada sekadar suka-suka masak dan memuat naik ke yioutube, siapa sangka pasangan ini meraih perhatian. Sugu Pavithra berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum melalui perkongsian video memasak pelbagai menu dan bertutur dalam bahasa Melayu di YouTube. Sikap rendah diri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah setiap kali memuat naik video pasti mendapat sambutan ramai. Terbaru, pasangan ini berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru. Kelihatan rumah tersebut lebih besar berbanding rumah lama, dapat diperhatikan pasangan itu bersama beberapa ahli keluarga turut datang membantu membersihkan rumah.
Ads
Rumah baru itu terletak di di Pekan Sungai Siput, Perak. Dalam pada itu, suaminya, M-Sugu, sudah tidak lagi bekerja di ladang. Ini kerana, dia mahu fokus dalam penghasilan video di Youtube.
Sebut sahaja namanya, mula terbayang akan kelembutannya, gebunya adunan dan rasa tak puas makan sebiji. Itulah penangan Donut. Namun, apabila ibu-ibu cuba buat sendiri dengan resepi yang dikongsi adakalanya tidak menjadi. Lama menguli tepung tapi hasilnya donut tidak selembut yang diingini.
Jadi macam mana nak buat donat yang gemuk gebu, lembut tapi tanpa uli. Sangat mudah, boleh lihat resepi yang dikongsikan menerusi daridapuraida.blogspot. Jom cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ini adalah istimewa buat yang bergelar bapa. Ramai yang menghantar ucapan dan memberi hadiah sempena hari bapa kepada ayahanda tersayang.
Pengorbanan ayah tidak nilainya. Biarpun ayah kelihatan tegas dan garang namun jauh di sudut hati sanggup melakukan apa jua terutama sekali untuk kejayaan anak tersayang.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang pelajar, Anissa Suhaimi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Melaka.
Sebagaimana laporan kosmo online baru-baru ini, pelajar cemerlang ini ‘menghadiahkan’ keputusan 7A dan 2B yang diraih kepada ibu dan bapanya.
Merupakan anak kepada seorang anak pekerja pembersihan pelajar ini tidak pernah mensia-siakan jasa kedua orang tuanya.
Kesukaran hidup menjadi kekuatan diri untuk berjaya bagi mengubah nasib keluarga untuk membalas jasa ayah, Suhaimi Md. Jas, 63, dan ibu, Nor Aini Meslan, 54.
Ayah redah hujan hantar duit belanja
Lebih meruntun jiwa, pelajar ini meluahkan bahawa ayahnya pernah datang ke asramanya dalam keadaan basah kuyup untuk menghantar duit belanja RM10 untuk dua minggu.
Bahkan pengorbanan ayahnya pasti tidak dilupa apabila susah payah menunggang motosikal lebih 40 kilometer selama tiga tahun bagi menyekolahkannya.
“Kami sekeluarga hanya mempunyai sebuah motosikal lama untuk bergerak. Jadi sepanjang bersekolah, emak dan ayah terpaksa menunggang motosikal dari Kesang Laut untuk berjumpa saya yang tinggal di asrama.
“Malah pernah sekali, ayah datang dalam keadaan basah kuyup semata-mata ingin menghantar duit belanja berjumlah RM10 untuk dua minggu.”
Malah katanya lagi, jika keluarga ingin berjumpa pada waktu pelepasan asrama, bapanya akan menurunkan ibunya terlebih dahulu di Melaka Sentral dan kemudian akan mengambilnya di sekolah sebelum berpatah balik ke stesen bas itu untuk meluangkan masa bersama-sama.
Berjimat cermat
Didik hidup sederhana dan bersyukur seadanya, Anissa mengamalkan sikap berjimat cermat agar tidak menyusahkan orang tuanya.
Namun, Anissa bertuah apabila dikelilingi rakan-rakan yang baik di sekolah.
“Disebabkan tidak mahu menyusahkan keluarganya, saya cuba berjimat cermat dan jarang berbelanja di sekolah, sebaliknya hanya mengulang kaji pelajaran pada waktu rehat.
“Namun, saya tidak pernah berlapar, ada sahaja kawan-kawan yang baik hati membekalkan makanan untuk saya atas balasan saya membantu mereka dalam pembelajaran.
“Guru-guru di sekolah juga banyak membantu dan memberi dorongan untuk saya buat yang terbaik, bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga kokurikulum.”
Begitulah kisah pengorbanan seorang ayah. Segala nikmat yang kita ada sekarang, adalah dari usaha keras ayah untuk memberikan keselesaan dan kebahagiaan buat keluarganya. Selamat hari bapa!
Kasih ibu membawa ke syurga. Pengorbanan saat mengandung sehingga melahirkan tidak terbayar dek wang ringgit. Demi anak-anak semuanya diharungi dengan cekal.
Malah setiap masa dan saat, mereka memikirkan hal anak demi memastikan mereka dalam keadaan sihat sejahtera selain mengharapkan yang terbaik untuk mereka.
Biar perlbagai kesulitan terpaksa dilalui sepanjang membesarkan dan mendidik anak-anak, namun demi meastikan zuriat penyambung warisan mereka ini sentiasa terpeliharna oleh Yang Maha Pencipta, si ibu tidak terhenti dari menitipkan doa.
Perkongsian daripada Pakar Motivasi Tuan Mohamad Bin Mohshin ini mungkin boleh dijadikan panduan oleh semua ibu dalam mendidik anak-anak.
Tadi masa balik dari rumah mak, masa nak salam mak tu, aku sempatlah cakap kat mak..
“Mak, doakanlah alang ni ya.. Sihat.. Kaya..”
Bila aku sebut kaya je.. Mak pandang aku..
“Kenapa mak? Tak boleh ke jadi kaya. Alang nak jadi kaya macam Abu Bakar Assiddiq, macam Uthman Affan..” aku balas terus sebab tengok muka mak pelik je..
“Boleh.. Bacalah doa selalu”
Jadi posting kali ni aku nak share doa yang mak aku ajar.
Mak aku ni memang spesel tau.. Rezekinya memang selalu murah. Kerja cikgu.. Tapi duit simpanan boleh tahan jugak banyaknya. Aku tau sebab selalu tolong dia bank in duit atau keluarkan duit dia.. Walaupun kerja cikgu je.. Pergi haji dah dua kali.
Pernah pergi melancong ke Jordan dan Syria siap support aku sekali sebagai pemandu pelancong, huhuhu.. Rumah ada, tanah pun ada. Loan yang ada hanyalah loan rumah je.. Lain dia banyak beli cash. Duit nya jugaklah selalu guna untuk baiki dan upgrade surau depan rumah..
Anak ada 8 orang. Kata dia semua dengar cakap.. Bangun pagi pun senang.. Dulu-dulu pukul 5 pagi kami adik beradik dah bangun pergi mandi pergi sekolah.. Huhuhu.. Kalau demam pun malam je, pepagi kami semua sihat balik, senang nak pergi kerja.. Rezeki duit pun murah, rezeki anak pun murah..
Okay.. Kembali kepada topik, asalnya aku nak mintak mak doa je, sebab setiap kali aku mintak mak doa, projek Seminar Tapow A kami mesti meletop-letop. Testimoni pun dapat banyak dan gempak.. Paling besar seminar kami hari tu adalah seramai 4200 peserta di Stadium Tertutup Nilai masa bulan Mac.
So, bila aku mintak mak doa, dia suruh aku doa sendiri hari-hari, lepas solat dhuha. Walaupun mak tau doa ibu makbul untuk anaknya, dia tetap nak aku doa sendiri.
Aku yakin ini doa yang dia amalkan. Sebab dia boleh jawab spontan tiga doa ni tanpa lupa. Memang power.
Dia kata amalkan, selalu jadi pada dia rezeki tak putus. Bila rasa duit nak habis je, mesti tetiba ada je rezeki baru masuk.
So, korang kalau rasa bagus, jom lah kita amalkan ya. Share lah bebanyak terutama suri rumah yang mahu keluarganya murah rezeki melimpah ruah. Dalam pada suami pergi kerja, kita banyakkan kirim doa dari rumah.
Ok, inilah 3 doa yang mak aku pesan tadi.
1. Doa Nabi Sulaiman yang memohon rezeki dan kerajaan yang hebat
” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ” Surah Shod, ayat 35.
Doa Nabi Sulaiman, surah Shod ayat 35
2. Doa yang Nabi baca masa minum air zam-zam. Kita amalkan walaupun minum air biasa.
“Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit”
Doa minum air Zam zam
3. Doa Nabi Muhammad sewaktu pagi yang ditulis Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar
“Ya Allah, aku bermohon pada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”
Doa Nabi Muhammad waktu pagi
Semoga bermanfaat buat anda semua. Semoga semua murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.