Hari ini adalah istimewa buat yang bergelar bapa. Ramai yang menghantar ucapan dan memberi hadiah sempena hari bapa kepada ayahanda tersayang.

Pengorbanan ayah tidak nilainya. Biarpun ayah kelihatan tegas dan garang namun jauh di sudut hati sanggup melakukan apa jua terutama sekali untuk kejayaan anak tersayang.

Begitulah yang dikongsi oleh seorang pelajar, Anissa Suhaimi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Melaka.

Sebagaimana laporan kosmo online baru-baru ini, pelajar cemerlang ini ‘mengha­diahkan’ keputusan 7A dan 2B yang diraih kepada ibu dan bapa­nya.

Merupakan anak kepada seorang anak pekerja pembersihan pelajar ini tidak pernah mensia-siakan jasa kedua orang tuanya.

Kesukaran hidup menjadi kekuatan diri untuk berjaya bagi mengubah nasib keluarga untuk membalas jasa ayah, Suhaimi Md. Jas, 63,  dan ibu, Nor Aini Meslan, 54.

Ayah redah hujan hantar duit belanja

“Ayah Basah Kuyup Hantar Duit RM10 Ke Asrama.” Luahan Pelajar SPM 7A Ini Meruntun Jiwa.

Lebih meruntun jiwa, pelajar ini meluahkan bahawa ayahnya pernah datang ke asramanya dalam keadaan basah kuyup untuk menghantar duit belanja RM10 untuk dua minggu.

Bahkan pengorbanan ayahnya pasti tidak dilupa apabila susah payah menunggang motosikal lebih 40 kilometer selama tiga tahun bagi menyekolahkannya.

“Kami sekeluarga hanya mempunyai sebuah motosikal lama untuk bergerak. Jadi sepanjang bersekolah, emak dan ayah terpaksa menunggang motosikal dari Kesang Laut untuk berjumpa saya yang tinggal di asrama.

“Malah pernah sekali, ayah datang dalam keadaan basah kuyup semata-mata ingin menghantar duit belanja berjumlah RM10 untuk dua minggu.”

Malah katanya lagi, jika keluarga ingin berjumpa pada waktu pelepasan asrama, bapanya akan menurunkan ibunya terlebih dahulu di Melaka Sentral dan kemudian akan mengambilnya di sekolah sebelum berpatah balik ke stesen bas itu untuk meluangkan masa bersama-sama.

Berjimat cermat

“Ayah Basah Kuyup Hantar Duit RM10 Ke Asrama.” Luahan Pelajar SPM 7A Ini Meruntun Jiwa.

Didik hidup sederhana dan bersyukur seadanya, Anissa mengamalkan sikap berjimat cermat agar tidak menyusahkan orang tuanya.

Namun, Anissa bertuah apabila dikelilingi rakan-rakan yang baik di sekolah.

“Disebabkan tidak mahu menyusahkan keluarganya, saya cuba berjimat cermat dan jarang berbelanja di sekolah, sebaliknya hanya mengulang kaji pelajaran pada waktu rehat.

“Namun, saya tidak pernah berlapar, ada sahaja kawan-kawan yang baik hati membekalkan makanan untuk saya atas balasan saya membantu mereka dalam pembelajaran.

“Guru-guru di sekolah juga banyak membantu dan memberi dorongan untuk saya buat yang terbaik, bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga kokurikulum.”

Begitulah kisah pengorbanan seorang ayah. Segala nikmat yang kita  ada sekarang, adalah dari usaha keras ayah untuk memberikan keselesaan dan kebahagiaan buat keluarganya. Selamat hari bapa!

Sumber: Kosmo Online

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Ayah Basah Kuyup Hantar Duit RM10 Ke Asrama.” Luahan Pelajar SPM 7A Ini Meruntun Jiwa.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI