Siapa yang tak kenal dengan jurumekap yang satu ini, terutama bagi peminat dunia online. Sebut sahaja nama MUA Bellaz pasti ramai tak menafikan, ibu kepada tiga cahaya mata ini seorang yang cukup menghiburkan terutama ketika membuat ‘live’ di media sosial.
Bahkan, Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini yang sememangnya akrab dengan peminat. Malah, sikap mesra dan suka membantu membuatkan ramai yang senang dengannya. Apatah lagi, dia cukup humble walaupun sudah mengecap kejayaan namun tetap merendah diri.
Sering kali dia berkongsi tip serta membantu mereka yang memerlukan, Sebelum ini dia berhasrat menaja seorang pengantin yang dianaiya mak andam dengan mekap dan baju busana perkahwinan baru, terbaru, Bellaz sekali lagi membuat kebaikan sempena ulang tahun kelahirannya.
Ads
menerusi perkongsiannya di Instagram, Bellaz memuat naik beberapa foto bekas makanan yang terisi karipap pusing frozen yang diedarkan secara percuma kepada ibu-ibu hamil.
Apa yang menariknya, wanita kelahiran Pulau Pinang ini memaklumkan bahawa karipap-karipap itu dibuat olehnya sendiri dibantu suami dan beberapa orang lagi secara manual di rumah!
Ads
Chaiyok2 mat nuart skit lagi haha..kami xlena lagi weh dri smalam …tingai lagi 260 pcs lagi …rehat solat subuh apa ni mkn2 nk tak kepala st ..bangun stg nk buat bg perabis smua ..insyallah dh siap smua bellaz update na..hihi
“Lambat sikit al maklumlah semua manual ja dgn anak2 kecik lgi Hampa hihi ,Alhamdulilah ada kwn 2-3org datang membantu tdi .
Ads
“Insyallah sy buat dgn tulus ikhlas hati sy Demi Allah ikhlas dri kmi berdua untuk ibu2 hamil yg tringgin nk rasa karipap pusing muabellaz akan diedarkan secara percuma ..❤️❤️❤️❤️ sy suka masak hihi sgt suka..karipap pusing bellaz/nuart
Musim durian kembali lagi, tentunya buat peminat raja buah sekarang akan tersenyum lebar. Maklumlah, di mana-mana sahaja ada orang menjual buah durian, jadi tidak kira waktu boleh sahaja seisi keluarga menikmati buah durian yang digemari ramai ini.
Pun begitu, tidak dinafikan bila terlalu banyak sangat makan durian, hingga sendawa pun berbau durian. Bimbang juga buat orang tidak selesa dengan keadaan itu. Mungkin ada juga yang tertanya bagaimana cara paling mudah dan cepat untuk hilangkan bau durian tersebut.
Hal ini dikongsikan oleh saintis Dr Suri Roowi dan bolahlah dipraktiskan.
BERNAFAS dan SENDAWA BAU DURIAN – Bagaimana Cara Atasinya?
Anda mengalami masalah NAFAS @ SENDAWA berbau selepas makan durian? Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian.
WALAUBAGAIMANAPUN
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian
Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANTIKANSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH @ DURIAN, perut akan jadi kurang selesa.
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih
Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.
Iaitu
“MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”
Ini kerana bahan SULFUR durian akan diikat oleh lemak dan protein SUSU atau SANTAN dan bantu KURANGKAN nafas berbau durian
Dia orang yang paling sibuk berlari ke sana ke mari, membantu pelajar, mencari dan mencatat nama pelajar yang rebah, sesak nafas. Membantu mengangkat dan memapah pelajar ke van ambulans.
Namun semalam, tubuhnya kaku, senyap, di bilik ICU, HSI. Tiada sebarang respond walaupun berkali-kali dipanggil namanya. Allahuakbar, tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Tonggak keluarga dan dahan tempat berpaut kini bertarung nyawa dek kerana musibah yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab.
Pemandu ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, dianggap hero selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang terhidu gas beracun metana Khamis lalu, kini terlantar di hospital.
Mangsa dimaklumkan tidak sedarkan diri selepas terhidu gas sama menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi dengan sempurna.
Isterinya, Hanisah Alias, 45, berkata, kali terakhir dia berbual dengan suami menerusi telefon bimbit ketika Mohd Fariz dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Pasir Gudang untuk membantu pelajar yang mengalami keracunan akibat gas itu pada jam 10 pagi Khamis lalu.
Menurutnya, Mohd Fariz memberitahu sibuk membantu mangsa dan memaklumkan akan menghubungi kembali pada tengah hari selepas selesai tugasan.
“Malangnya pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat komplikasi kesihatan,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dimaklumkan suami yang memandu ambulans ketika kejadian turut membantu ramai mangsa membabitkan murid dan pelajar yang pengsan akibat terhidu gas beracun itu.
“Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa,” katanya yang tinggal di Taman Scientex, Masai di sini.
Hanisah berkata, akibat terhidu gas beracun itu, suaminya mengalami bengkak pada paru-paru selain masalah pada buah pinggangnya.
“Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.
“Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya,” katanya.
Menurutnya, suami yang dirawat di ICU mula sedarkan diri petang semalam dan menunjukkan perkembangan positif.
“Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.
“Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.
“Saya turut bekerja sebagai pembantu pembangunan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz mengesahkan seorang daripada mangsa keracunan gas yang juga pemandu ambulans masih dirawat di ICU dan keadaannya bertambah baik berbanding hari pertama kejadian.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh bernafas sendiri. Sebelum ini, dia tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, keadaannya bertambah baik dan hanya paru-parunya yang berdepan masalah, tiada organ lain. Kami memantau perkembangannya sama seperti pesakit lain dan melihat dia menunjukkan tanda positif,” katanya.
Sementara itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat Mohd Fariz di HSI di Johor Bahru.
Orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga Mohd Fariz boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB Hanisah di 7072150611.
Baru beberapa hari kita menyambut ramadan, ada ibu-ibu yang sudah memikirkan juadah utama pagi raya seperti rendang dan ketupat. Walaupun dalam situasi menangani covid-19 ini dan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tak salah andai ibu-ibu nak buat biskut raya.
Apa kata sediakan biskut dua bahan ni. Paling menarik cara buatnya teramatlah mudah. Cuma gaulkan sahaja dan sudukan ke dalam acuan kertas. Serius, anak-anak pun boleh buat biskut mudah ni.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.