Tidak dinafikan pengorbanan ibu saat hamil dan melahirkan sungguhlah tak ternilai. Nyata suami dan anak-anak wajib menghargai ibu.
Selain curahan kasih sayang seorang ibu kepada keluarganya tanpa mengira saat duka dan suka, anak-anak harus diberi pendedahan mengenai jasa dan pengorbanan ibu.
Perkongsian Taufiq Razif sungguh inspirasi apabila beliau menceritakan momen isteri melahirkan anaknya.
Ikuti coretannya.
Tolong ceritakan pada anak kita pengorbanan ibunya
Semalam saya buka cerita pada Maryam Soolihah tentang pengalaman bidadari saya melahirkan dia.
Ads
” Maryam tahu tak masa nak melahirkan Maryam tu Ummi sakit macam nak mati?. Sakitnya bukan main sebab Ummi dah five in ten dah ( contraction 5 kali dalam 10 minit).
Abi ingat lagi Maryam keluar daripada perut Ummi dengan mata membulat tapi masa Abi nak pegang Maryam, doktor bawa lari Maryam cepat cepat. Masa tu pernafasan Maryam agak laju.
Rupanya masa tu Maryam kena TTN ( Transient Tachypnea of the newborn). Sebab suspek tertelan najis (meconium) sendiri. Masa tu dah Moderate Meconium Stain dah. Warna ketuban pun dah bertukar hijau dah.
Ads
Doktor kata kalau Maryam taknak keluar dalam masa beberapa minit lagi, doktor nak belah perut Ummi tau.
Sayang Ummi tak?
Maafkan Abi ye Maryam Soolihah sebab ceritakan benda yang mengerikan macam ni tapi percayalah cerita ini akan Maryam ingat sampai ke mati.
Ads
Suatu hari nanti ketika Ummi Maryam dah tua dan nyanyuk sampai nak cebok berak sendiri pun dah tak mampu, yang mana ketika itu mungkin Maryam nak mengeluh kepenatan menjaga Ummi yang dah dimamah usia maka cerita inilah yang akan berlegar legar di dalam kepala Maryam nanti.
Cerita inilah yang akan membuatkan segala kepenatan tu hilang dan cerita inilah juga yang akan membuatkan perasaan sayang Maryam pada Ummi akan semakin mendalam!
p/s : Ni la cara saya nak bagi kasih sayang anak pada Umminya makin mendalam. Sekarang kita tengok ramai anak mula derhaka pada ibunya. Jangan jangan sebab kita tak pernah cerita pada anak kita pengorbanan ibunya sampai mereka pun terlupa
Semoga anak menjadi seorang yang menghargai jasa ibu yang melahirkannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baju berbau hapak boleh menyebabkan anda kurang selesa terutama apabila berada di tempat ramai orang. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan baju tersebut disimpan terlalu lama atau tidak kering dengan betul sebelum anda menyimpannya di dalam almari.
Berikut tiga tip untuk pastikan baju dalam almari anda tidak berbau hapak tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
1. Serbuk kopi – Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi ke dalam bekas atau tin yang bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Tak perlu isi serbuk kopi tu penuh satu tin, separuh pun boleh.
2. Sabun buku – Sabun yang terdedah pada suhu bilik, mampu menghasilkan bau yang kuat untuk menjadikan bau pakaian anda lebih wangi. Pilih jenis bau sabun kesukaan anda dan letakkan sabun itu di atas satu lapisan kain nipis di dalam almari.
3. Uncang herba – Isi uncang kapas dengan herba kesukaan anda. Contohnya bunga lavender atau serai, kemudian gantungkan atau letakkan di dalam almari yang bertutup.
Sumber: Era fm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang tua-tua kita dulu boleh dikatakan setiap waktu ada sahaja nasihat dan pesanan, diulang-ulang percakapannya. Tidak pernah jemu menasihati anak-anaknya agar terdidik akhlak dan adab.
Hatta di meja makan sekali pun pasti ada pesanannya.
Berkongsi pengalaman ini, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan turut ada pandangannya. Jom baca untuk jadikan panduan dan Inspirasi mendidik anak-anak kita pula.
Ini perkongsiannya.
Bila berada di meja makan, di hadapan rezeki yang sudah terhidang, mak saya selalu pesan:
“Ambil sikit dulu, kalau tak cukup, boleh tambah.”
“Ingat sikit orang belakang(yang belum makan).”
“Cukup ni. Kalau makan rebut-rebut baru sedap.”
“Jangan beri orang sisa. Asingkan dulu siap-siap.”
“Dah, kalau tak habis, jangan paksa habiskan.”
Ia melatih kami adik-beradik untuk sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada, sentiasa berkongsi walau sedikit mana pun milik kami, dan sentiasa memberi yang terbaik(bukan sisa) untuk orang lain.
Alhamdulillah, rezeki kami empat beradik sentiasa tak pernah putus. Walaupun jalannya berbeza, tapi kami semua berjaya mengecapi impian kami untuk jadi doktor, berkhidmat kepada ummah.
Begitulah hikmah sentiasa menghormati rezeki.
Memang tanggungjawab kita untuk cari rezeki, tetapi jangan pula sehingga tamak bila mengumpul duit.
Bukan tak boleh bina kekayaan, cuma tak usah sampai berbelanja terlalu mewah untuk habiskannya.
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain, jadi asingkan siap-siap bahagian untuk zakat, cukai dan sebagainya.
Jika rezeki kita bukan dalam bentuk harta dan wang ringgit, boleh sumbang tenaga dan masa yang ada.
Jika kita memberi(perkhidmatan/sumbangan/dsb), berilah yang terbaik dan dengan sepenuh hati. Tak usahlah beri barangan yang telah terlalu lusuh dan dengan cara yang ala kadar.
Berbulu lebat, manja, lincah dan sekali sekala agak nakal sifatnya menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan yang cukup istimewa. Bahkan sifatnya yang seakan meminta diberi perhatian dan tumpuan, begitu cukup disenangi ramai antara kita.
Malah anak-anak kita juga sering berasa geram bila melihat kucing di depan mata. Semahunya ingin dipeluk sebagai bukti tanda kasih dan sayang! Atas naluri dan perasaan cinta pada si bulus ini jugalah, menjadikan ramai antara kita menerima kehadiran haiwan peliharaan ini di dalam rumah.
Apabila bercerita tentang memelihara kucing, tahukah anda sebenarnya banyak kebaikan yang diperoleh. Bukan sesuatu yang pelik, bila pelihara kucing akan memberi kesan positif pada tahap kesihatan bukan sahaja fizikal malah emosi seisi sekeluarga. Nak tahu selanjutnya, jom semak.
1. Tingkatkan daya tahan penyakit
Pendedahan sejak awal haiwan berbulu ini pada anak-anak akan membantu meningkatkan daya ketahanan terhadap alergi malah dikatakan dapat mengurangkan risiko alahan dan asma. Ini kerana interaksi dan sentuhan antara anak anda dengan kucing menjadi sesuatu yang biasa dan menjadikan tubuh anak sudah dapat menerima keadaan tersebut.
2. Kurangkan rasa takut dan bimbang
Bercakap dan mengusap kucing umpamanya boleh mengalihkan rasa bimbang yang bersarang dalam hati. Contoh paling mudah bila anak berasa takut dengan sesuatu, dan dalam masa yang sama ada pula kucing kesayangannya di sisi. Pasti anak tersebut akan leka dengan kucing tersebut dan secara tidak langsung perasaan bimbang yang dialami tadi dapat dilupakan dengan sendirinya.
3. Kurangkan risiko strok
Kajian daripada University of Minnesota ada menunjukkan pemilik kucing kurang berisiko mendapat serangan strok. Oleh itu jika anda prihatin terhadap kesihatan keluarga, sebaiknya peliharalah kucing di rumah walaupun hanya seekor.
4. Emosi Lebih ‘Cool’
Bayangkan sedang anda baru melangkah masuk ke rumah saat pulang daripada kerja, tanpa diminta, disapa oleh kucing kesayangan yang setia menanti di hadapan pintu. Lalu anda usap mesra kucing tersebut. Saat itu pasti anda akan rasa begitu tenang dan beban kerja yang ditanggung terasa hilang seketika. Begitu juga halnya bila anak-anak kembali daripada sekolah, perkara yang sama akan dilakukan oleh seekor kucing kesayangan tanpa jemu. Hal ini secara tidak langsung, menjadikan emosi setiap keluarga akan menjadi lebih baik, tenang dan harmoni sepanjang waktu.
5. Tingkatkan kemahiran berbual
Seorang anak yang mempunyai kucing peliharaan akan dilihat lebih pandai berbual. Ini memandangkan sikap kucing suka berinteraksi dengan pemiliknya. Perasan atau tidak, kadang-kadang bila kita ‘bercakap’ dengan kucing, ia seakan faham dan seakan membalas setiap kali kita cuba berbual dengannya. Memang unik!
Oleh itu, sebagai pemilik kucing pastinya kita mahu berikan yang terbaik untuk kucing kesayangan. Apatah lagi bila kita telah menganggap kucing tersebut menjadi sebahagian daripada ahli keluarga.
Berikan terbaik untuk ‘si bulus’
Bagi memastikan kebaikan dan kepuasan optimum kepada kucing kesayangan anda, sebaiknya berikanlah si comel dengan makanan Delizios™ 100% Ikan Bonito Segar.
Makanan ini dihasilkan daripada daging putih tuna dan boleh didapati dalam bentuk sup atau jeli lembut. Amat sesuai bagi menyokong metabolisme kucing dan membantu membina ketahanan daripada serangan penyakit.
Antara kebaikan yang boleh diperoleh dalam Delizios™:
√ Menggabungkan kepuasan utama dengan manfaat penting kepada pemilik kucing.
√ Dipilih daripada 100% daging putih bonito.
√ Dihasilkan dengan daging putih tuna.
√Boleh didapati dalam bentuk sup atau jeli lembut.
√ Dilengkapi dengan 100% protein ikan.
√ Menyokong metabolisme kucing dan sistem imun yang membantu membina ketahanan terhadap jangkitan kulit, gangguan kulit dan kekotoran lain pada permukaan kulit dan bulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fasha Sandha berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Jemyma, yang memperoleh 10A. Luahan jujurnya sebagai ibu bekerjaya meraih pujian ramai kerana menghargai usaha anak melebihi gred.