Selagi hidup kita tak akan terlepas daripada berdepan dengan ujian,  sama ada diuji secara peribadi melalui pasangan mahupun anak-anak dan keluarga.

Hakikatnya Allah uji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya yang tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Suami Diuji Dengan Isteri & Anak. Ujian Isteri Pula Adalah Suaminya!

Menyentuh tentang ujian menjadi pasangan suami isteri, perkongsian daripada Mohd Ibrahim ini bagus juga untuk difahami.

“Suami itu ujian buat isteri.. isteri juga ujian bagi suami”

“Burung takkan mampu sampai ke awan kalau hanya menggunakan sebelah sayap. ”

Samalah dengan kita sebagai suami isteri. Kalau hanya sebelah pihak yang menjalankan peranan maka matlamat hubungan takkan pernah tercapai.

Suami Diuji Dengan Isteri & Anak. Ujian Isteri Pula Adalah Suaminya!

Jadilah seperti burung yang menggunakan kedua-dua belah sayapnya untuk terbang hingga ke awan.

Suami yang luar biasa hadirnya dari wujudnya isteri di sisi yang luar biasa.

IKLAN

Biasanya suami yang luar biasa, hadirnya dari isteri yang hatinya TEGUH taat pada Allah swt.

Kerana itu jugaklah, saat seorang isteri sedang menceritakan kekurangan dan kelemahan suaminya sendiri pada orang lain sesuka hati, pada ketika itu jugaklah tersingkap peribadi isteri itu sendiri bagaimana.

Isteri yang ada HARGA DIRI akan cuba jaga AIB suami sendiri serapi yang mungkin.

Dia tahu itu UJIAN atas diri dia yang Allah sedang beri. Kenapa perlu dibuka untuk diketahui oleh orang lain. Hilang KEMANISAN nya disitu.

Isteri jagalah harga diri. Jaga maruah diri.

Saat aib suamimu sendiri engkau buka, itu sama sahaja seperti engkau sedang membuka aib diri sendiri. Terserlah kelemahan diri mu sendiri.

IKLAN

Isteri ibarat tulang belakang suami. Jika suami mu itu rebah, bermakna engkau sendiri tidak teguh berada di belakangnya.

Sebahagian kesempurnaan kepimpinan suami yang berjaya tu ada pada dirimu wahai isteri.

Jadilah isteri yang membantu membina keteguhan suami untuk teguh pada agama.

Kerana suami itu tidak pernah akan jadi sempurna. Suami kita adalah lelaki biasa. Bukan Nabi saw yang terlampau agung peribadinya.

Lantaran mudahnya wanita masuk syurga atas ketaatannya pada suami, maka syaitan pantas membelokkan fokus dan menggoyah keazaman wanita ke arah itu.

IKLAN

Tak susah nak alihkan fokus wanita ini. Tanam dan semai benih ragu-ragu dan cemburu di hatinya atau cukup dengan menjentik ego dan rasa besar diri pada isteri yang kedudukannya sama atau lebih tinggi dari suaminya. Bagai api menerkam daun kering, taatnya hilang, hormatnya tiada lagi, darjat suami jatuh merudum di matanya.

Suami tak layak lagi dihormati. Segala kebaikan dilupakan, hanya kejahatan suami nampak di mata serta kelemahan merata-rata.

suami tegur – tepis
suami cadang – sanggah
suami minta – bantah
suami perintah – buat tak tahu.

Mungkin ya.. suami cuai di sana sini. Tapi ia tidak bermakna anda boleh melayaninya persis wanita ahli neraka.

Mungkin juga suami ada sejarah silam yang hitam dan cacat cela, diungkit-ungkit dan disebut-sebut pula oleh si isteri hingga menyusahkan hati dan fikiran suami, mendatangkan rasa tidak redha suami pada si isteri.

Syurgamu tetap dalam redhaNya melalui dia. Ujian suami adalah isteri dan anak-anaknya, ujian isteri adalah suaminya.

Bantulah suami jadi taat pada Ilahi melalui cerminan akhlakmu padaNya dan pada dia.

Alhamdulillah.

Sumber : Mohd Ibrahim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI