“Biasalah isteri kadang-kadang merajuk kan,” kata dia sambil kesat air mata. Aku yang tadi boleh lagi membentuk senyum dah mula rasa berat bibir. Tak mampu membalas aku cuma mengangguk tanda setuju.
Dia sambung, “malam tu pula dia panggil saya tidur sebelah dia. Saya yang rasa berat perasaan nak ikut cakap suami. Saya buat keras tak nak.
Saya sibukkan diri main telefon dan mesej dengan kakak saya. Bercerita pasal suami saya lah. Tak sangka esoknya dia meninggal.”
Lagi banyak air jernih jatuh daripada mata dia. Disapunya kain tuala kecil ke mata kiri dan kanan. Keringkan air mata yang mengalir tak sudah. Makin disapu, makin banyak yang keluar.
Ads
Mungkin terkilan sangat dia tak layan suami betul-betul malam sebelum tu.
“Tak sangka ustaz, saya memang tak sangka suami nak pergi secepat ini,” diulang dekat 3-4 kali sepanjang kami bersembang hal kematian suami dia.
Puan ini saya kenal melalui seorang kawan. Dia sungguh nak tahu tentang pembahagian harta. Jadi bawa jumpa dengan saya. Banyak benda bersembang sampai akhirnya dia cerita hal tadi.
Benar kawan-kawan, kita ini selalunya rasa akan hidup lama lagi. Bermasam muka hari ini dengan pasangan, kita biar berlarutan 2,3 hari. Bahkan ada yang sampai berminggu-minggu tak bercakap. Walhal duduk serumah.
Kadang masing-masing tak nak mengalah. Menunggu-nunggu dipujuk. Kalau suami tak pujuk, isteri terus simpan muncung mulut. Biar panjang berjela.
Ads
Suami pun sama, kalau isteri tak pujuk punya lah sibuk main game tak sudah. Konon tak ada apa, tapi dalam hati merayu-rayu.
Bertahan-tahan akhirnya lewat malam tertidur. Esok pagi bangun terkejar-kejar urusan nak pergi kerja pula. Kalau sempat bersalaman lah, kalau tak sempat main lambai-lambai begitu sahaja. Mata tak bertentang langsung. Masih pertahan ego sendiri.
Takdir Tuhan salah seorang meninggal. Tuhan ambil dahulu. Tak balik dah rumah lepas keluar pergi kerja pagi tadi.
Allahu.
Tinggal lah seorang sendirian. Waktu ini apa pun dah tak boleh. Nak patah balik masa jangan harap. Meratiblah perkataan maaf berjuta kali sekali pun, dah tak sampai ke deria pendengaran pasangan kita. Ini yang banyak berlaku.
Ads
Kawan-kawan yang dikasihi;
Pertahankan ego ni tak akan ke mana. Lebih lagi dalam hidup rumahtangga. Dengan pasangan kita lah lebih lagi untuk kita mudah beralah dan mengalah.
Sebelum tidur setiap malam, berdamailah. Minta maaf dan memberi maaf. Itu lebih baik buat kita dan pasangan.
Bukan untuk orang lain, untuk jiwa yang kita mengaku separuh hidup kita juga.
Sebelum segalanya tinggal kenangan, kalian bina lah kenangan yang indah. Yang menjadi realiti. Bukan cuma dalam mimpi bila kita tinggal sendiri nanti.
Begitulah.
Kredit: Firdaus Mokhtar,
Balik daripada perjumpaan tu baru lah aku menangis sakan. Ya Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ubat gigi umumnya kita gunakan setiap hari untuk memberus gigi dan boleh dikatakan sedari usia 2 atau 3 tahun sudah diajar akan rutin memberus gigi untuk tujuan penjagaan gigi dan memastikan gigi bersih dan putih.
Pun begitu, mungkin ramai belum tahu kegunaan dan manfaat yang boleh kita dapati apabila menggunakan ubat gigi dalam kehidupan harian. Bayangkan dengan ubat gigi juga boleh memberi kesan yang cukup hebat dan ini antara yang boleh dibuat dengan ubat gigi.
AGEN PEMBERSIH
1.Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.
2.Bersihkan barang kemas dengan cara calitkan ubat gigi dan gosok hingga bersih. Kesannya dapat dilihat barang kemas lebih bersinar.
3.Jika anak terconteng perabot kayu segera ambil ubat gigi dan sentallah sehingga bersih.
4. Jika anak bujang anda suka kasut snikers. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.
5. Gula-gula getah melekat di rambut anak? Ohh tidak! Tapi jangan risau nak tanggalkannya guna sahaja ubat gigi dan berus gigi saja.
6. Kilatkan hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi. Bersih berkilat.
7. Ini paling tak disangka-sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda bercalar dan kotor boleh hilangkan saja dengan ubat gigi.
8. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Nak sental kuat-kuat nanti koyak pula kain tu. Kini selesai dengan ubat gigi.
9. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi.
10. Piano kena conteng? Ubat gigi boleh selesaikan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu pasti memiliki momen menyusukan anak-anak, termasuklah juga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Bagi isteri kepada angkasawan negara ini, perjalanan menyusukan dua anak kembarnya, Eusoff dan Emelia meninggalkan kenangan yang cukup manis dalam lipatan diari hidupnya.
Lebih 16 bulan menyusukan kedua-duanya, kini sudah hampir waktu untuk bercerai susu namun dia kental untuk terus menyusukan.
Akuinya walaupun penat namun dia tidak kisah, bahkan dia tak sampai hati untuk berhenti menyusu.
“These two muchkins. Hampir 16 bulan perjalanan penyusuan dengan kedua-dua ni. Boleh dikatakan Eusoff dah mula minum susu sepenuhnya setiapmasa. Malam-malam je cari mommy kalau haus.
“Emelia pulak, dah slowly weaned off breast milk, kat sekolah dah tak hantar frozen breast milk dah. Kena belajar berdikari dengan formula milk. Tapi bila balik sekolah je, terus masuk dalam baju Mommy.
“Bagi saya ia adalah satu perjalanan penyusuan yang cukup indah. Tapi mommy dah malas nak pump dekat tempat kerja. Sekarang pulak saya pam sekali saja pada waktu siang, tu sahaja. sayang pulak kalau tak pump,” kongsinya menerusi kapsyen.
Bukan itu sahaja, dia mengakui dengan memberikan anak-anak susu badan, banyak manfaat diperoleh termasuklah dapat menjimatkan ribuan ringgit.
Namun kini, sudah masa yang cukup sesuai untuk dia memperkenalkan susu formula kepada anak kembarnya itu.
“Saya dah berjaya jimatkan beribu ringgit dari beli susu formula..haha. Stock yang ada ni, boleh guna bila terlupa beli formula.
“Alhamdulillah tak ada masalah setakat ni. Kitorang banyak dah menyumbang kepada ekonomi S26 sebab dah beli sejak 10 tahun lalu masa Bella baby lagi.
“Saya mahu badan saya kembali, perjalanan yang indah untuk berada di jabatan F&B..hahaha.(dulu di jabatan Hiburan). But this mommy still tak sampai hati nak totally stop breastfeeding. I just can’t make up my mind,” ujarnya lagi.
Melalui perkongsian isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar ini lagi, anak kembar lelakinya, Eusoff mengambil langkah awal minum susu formula terlebih dahulu dan kini diikuti pula dengan Emelia.
Dalam kehidupan anak-anak, semestinya restu ibu bapa itu penting agar lebih rasa tenang dan ada keberkatan dalam usaha yang dibuat.
Begitulah yang diamalkan oleh pengacara, Hawa Rizwana yang mendedahkan dia telah meminta restu daripada bapanya terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan tawaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos baharu program MeleTOP.
Jelasnya, dia sama sekali tidak menyangka dengan keputusan bapanya yang membenarkan dia untuk mengemudi program berkenaan.
“Ada satu malam, saya tanya pandangan ayah, sebab keputusan untuk menjadi hos perlu restu daripadanya.
“Hawa tanya ayah ok ke kalau saya buat program MeleTOP? Ayah kata boleh, go for it. Itu adalah jawapan yang saya betul-betul tak sangka datang daripada ayah.
“Kenapa saya tak sangka, sebab saya tahu ayah dan mak sangat-sangat tegas, kalau nak keluar rumah mereka akan tanya apa yang saya buat dari pagi sampai malam.
“Jadi bila dapat restu daripada ayah untuk buat MeleTOP ,saya harap akan ada perkara yang indah hasilnya nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Hawa akui gembira selepas menerima restu daripada bapanya.
“Satu perkara tentang ayah dan ibu, mereka akan lihat hasil kerja saya dan mereka akan komen selepas itu jika ada yang tak kena atau sebagainya.
“Ada kalanya ayah akan beri doa untuk saya baca, jika dia lihat saya macam dalam keadaan yang gelabah.
“Apa-apa yang saya buat adalah untuk mereka, walaupun saya tahu diri ini tidak lah sebaik mana.
“Bila dapat restu itu buat saya gembira, kerana dia sahaja yang tahu apa yang saya lalui selama ini. Dia juga tahu bila saya sedih bila saya suka,” tambahnya.