Suami Isteri Maut, Tangkap Ikan Di Laut, Bot Terbalik – “Mereka Bersama Hingga Akhir Hayat.” “Tidak sangka mereka bersama hingga ke akhir hayat,” kata Muhammad Haziq Adha Abdul Rahim, 19, anak kepada pasangan suami isteri, Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Norhasriah Che Osman, 46, yang ditemukan lemas di Pantai Merchang, Marang semalam.
Suami Isteri Maut, Tangkap Ikan Di Laut, Bot Terbalik – “Mereka Bersama Hingga Akhir Hayat”
Menurut Muhammad Haziq, ibu bapanya sememangnya tidak pernah berenggang dan sering melakukan aktiviti bersama, termasuk turun ke laut untuk menangkap ikan.
Katanya, selepas bersara daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpengkalan di Lumut, Perak pada tahun 2019 ketika berusia 41 tahun, ayahnya menjadikan kerja menangkap ikan sebagai sumber rezeki keluarga.
“Ikatan kasih sayang mereka sangat kuat, malah hari ini pun mereka pergi bersama buat selama-lamanya. Memang tidak sangka kasih sayang mereka membawa hingga ke akhir hayat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, kehilangan mengejut tersebut menjadikan dia dan adik-beradiknya kini sekelip mata bergelar anak yatim piatu.
Lima lagi adik beradiknya yang lain ialah Nur Nadhirah, 26, seorang guru di Pasti Serating; Muhammad Aniq Arsyad, 24, anggota TLDM di Lumut; Nur Nabilah, 23, kakitangan TNB di Selangor; Nur Najihah, 16, serta yang bongsu, Nur Nazirah, 15.
Ads
“Memang mereka tidak tunjukkan apa-apa perubahan sikap, tapi sejak kebelakangan ini, kucing kesayangan kami, Puyeng, kerap ke bilik arwah mak dan ayah setiap malam, sesuatu yang sangat luar biasa,” katanya.
Menurutnya, kucing betina itu sangat manja dengan kedua orang tuanya dan kebiasaannya tidur bersamanya setiap malam.
“Saya tidak fikir apa-apa sehinggalah kejadian ini berlaku. Barulah saya sedar, seolah-olah Puyeng tahu mereka akan ‘pergi’,” katanya.
Jelasnya lagi, arwah ibu bapa hanya memaklumkan kepada adiknya, Najihah, sebelum keluar ke laut kira-kira jam 7.45 pagi semalam tanpa memberitahu anak-anak lain.
Muhammad Haziq yang bekerja di sebuah pasar mini di Merchang berkata, sekitar jam 3 petang, dia menerima panggilan daripada rakan bapanya yang memaklumkan bot milik arwah ditemui terbalik di laut.
Ads
“Saya kemudian terus ke jeti nelayan Merchang dan mendapati bot berkenaan tidak ada di kawasan itu dan mengesyaki sesuatu kejadian buruk menimpa mereka,” katanya.
“Walaupun sedih namun saya reda kerana semua yang berlaku ini adalah ketentuan Allah,” katanya.
Dalam kejadian itu, bot gentian kaca yang dinaiki pasangan tersebut dilaporkan terbalik sekitar jam 3.30 petang. Mayat Norhasriah dijumpai pada 4.30 petang, manakala Abdul Rahim ditemui 15 minit selepas itu.
Jemaah haji lelaki bawa pulang ‘sekandang’ unta untuk cucu, semua dapat habuan. Kepulangan seorang lelaki dari tanah suci baru-baru ini bukan sahaja menggembirakan ahli keluarganya, malah menyentuh hati warga maya apabila tindakannya membawa pulang patung anak unta untuk cucu-cucu mendapat perhatian ramai.
Jemaah Haji Lelaki Bawa Pulang Unta Untuk Cucu, Semua Dapat Habuan, Tak Ada Yang Tertinggal
Menurut anak beliau, Muhammad Shyrull Affendy Yacob, 32, ayahnya yang merupakan seorang usahawan katering di Melaka memang terkenal dengan sifat pemurah dan tidak pernah berkira, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga.
“Sejak dulu lagi ayah sangat mementingkan kebajikan keluarga. Dia memang rapat dengan anak-anak dan lebih-lebih lagi dengan cucu-cucunya,” katanya ketika ditemui.
Tambahnya, sambutan di lapangan terbang sempena kepulangan ayahnya daripada menunaikan haji bertukar menjadi detik penuh kegembiraan apabila kelihatan patung anak unta yang disandang di bahu si datuk.
“Pada awalnya, suasana agak sebak kerana lama tidak berjumpa. Tapi bila ayah keluar dengan membawa patung unta pelbagai warna, terus suasana jadi meriah dan ceria. Cucu-cucu bersorak gembira dan tak sabar nak terima cenderamata mereka,” katanya.
Kisah tersebut menjadi tular di media sosial selepas sebuah video memaparkan lelaki itu membawa pulang 15 patung anak unta dari Makkah untuk diberikan kepada cucu-cucunya. Patung-patung tersebut digantung pada tali dan disangkut kemas di bahunya.
Menurut Muhammad Shyrull lagi, bukan sekadar patung unta, setiap cucu turut menerima ole-ole lain seperti coklat, kurma dan tasbih daripada datuk mereka.
“Semua cucu dapat hadiah, tiada seorang pun yang tertinggal. Bila dapat saja cenderamata tu, masing-masing terus peluk datuk kerana terlalu rindu.
“Sejak kami kecil, ayah sudah ajar tentang pentingnya memberi, bersederhana dan membantu orang lain. Nilai-nilai itu kekal sampai sekarang,” jelasnya.
Tindakan kecil yang penuh kasih sayang ini membuktikan bahawa seorang datuk bukan hanya pelindung, malah sumber kasih dan inspirasi buat generasi yang menyusul.
Tular sebuah video menyentuh hati memaparkan seorang anak lelaki berusia 12 tahun dengan penuh kasih sayang menguruskan ibunya di wad hospital. Tingkah lakunya yang tenang dan tidak kekok menyentuh hati ramai, mengundang sebak dalam kalangan netizen
Pengorbanan kanak-kanak dikenali sebagai Iman yang baru berusia 12 tahun menjaga ibunya yang diserang strok membuatkan ramai kagum dan menitis air mata.
Muat naik video berdurasi 51 saat menerusi perkongsian di laman sosial TikTok @norasni31 telah meraih tontonan hingga 2.8 juta.
Anak kelas pendidikan khas, bangga pencapaian anak, bapa tak pernah rasa malu. Seorang bapa membuktikan kasih sayang sejati tidak mengenal batasan apabila beliau tidak pernah merasa rendah diri memiliki anak istimewa yang mengikuti kelas Pendidikan Khas.
Anak Kelas Pendidikan Khas, Bangga Pencapaian Anak, Bapa Tak Pernah Rasa Malu
Sanusi Ali, seorang penasihat jualan kenderaan, meluahkan rasa bangga terhadap anak keduanya daripada empat beradik, Muhammad Hazem Sanusi yang kini berusia 13 tahun. Muhammad Hazem didiagnos dengan Disleksia ketika berusia 10 tahun oleh pakar perubatan.
Sanusi, 52, yang membesarkan anak-anaknya sebagai bapa tunggal setelah kehilangan isteri beberapa tahun lalu, berkongsi perjalanan anaknya yang istimewa itu.
“Hazem mula disahkan menghidap Disleksia ketika dia berumur 10 tahun. Saya segera mendaftarkannya di sekolah yang menyediakan kelas Pendidikan Khas bagi membantunya,” katanya.
MUHAMMAD HAZEM TELAH MERAIH ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SESI AKADEMIK 2024/2025. BELIAU MEMENANGI PINGAT EMAS DALAM ACARA 100 METER LELAKI BAWAH 12 TAHUN DENGAN CATATAN MASA 14.87 SAAT.
Selain itu, Hazem turut menyertai pelbagai kejohanan seperti pertandingan petanque Pendidikan Khas jemputan antara daerah Kulim, Kedah, serta kejohanan merentas desa dan olahraga Pendidikan Khas untuk acara 400 meter dan 800 meter.
Walaupun berdepan kekurangan, Hazem tetap bersemangat mengambil bahagian dalam kem jati diri di peringkat sekolah, menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap aktiviti sukan.
Sanusi turut menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan menyedarkan masyarakat mengenai potensi anak-anak istimewa. Beliau percaya bahawa setiap anak istimewa berhak diberikan peluang untuk mengembangkan bakat dan minat mereka sepenuhnya.