Jangan anggap orang lelaki boleh memendam perasaan dengan menghadapi tekanan seorang diri.

Hakikatnya mereka juga manusia perlu punya teman atau pasangan untuk meluahkan apa yang di rasa.

Malah, daripada laporan luar negara mengatakan peratusan lelaki bunuh diri lebih tinggi daripada wanita. Mengejutkan!

Melalui perkongsian Muhammad Hassan ada benarnya. Pasangan kena saling melengkapi antara satu sama lain. Kena saling memahami dan membantu. Ikuti perkongsian ni.

Suami Jangan Banyak Berahsia. Isteri Sedia Jadi Pendengar Setia.

Dulu saya banyak memendam. Banyak berahsia. Rupanya kena luahkan juga. Apabila kita luahkan ikut pemerhatian saya jiwa kita akan lebih tenang,kita akan lebih yakin kerana ada insan yang sentiasa memberi sokongan. Syukur ada isteri tercinta dan jadi pendengar yang setia.

Isteri jangan anggap suami itu mengada atau lembik apabila suami ingin meluahkan sesuatu. Jangan anggap suami menangis itu tidak maskulin. Nabi Muhammad s.a.w pernah menangis apabila anaknya meninggal.

Stiqma masyarakat kita lelaki mesti kuat tak boleh merajuk,tak boleh menangis,kena hidup uruskan hal sendiri tanpa sokongan. Lagilah jika ada lelaki menangis disebabkan putus cinta ramai yang mengejek. Inilah dia stereotype emosi lelaki kena tempuhi akhirnya jadi toksik.

LELAKI RAMAI YANG TERTEKAN

Apabila saya baca data dari WHO kadar bunuh diri dari kalangan lelaki lebih tinggi berbanding wanita. 7.80% berbanding wanita 3.10% pada tahun 2016.

Saya nak pesan kepada mak ayah. Jika ada anak lelaki menangis jangan guna stigma diatas.

“Anak ayah tak boleh menangis,malulah kat orang perempuan anak lelaki menangis”

Akhirnya anak lelaki ini lebih memendam berbanding meluahkan. Inilah punca kenapa ramai anak anak muda lebih cenderung ambil dadah,isap rokok pada usia muda. Sebab mereka merasakan buat perkara nampak jahat barulah dipanggil LELAKI!

biarkan anak lelaki menangis,merajuk,mengadu dan berikan sokongan,panduan kepada mereka supaya setiap masalah itu ada penyelesaiannya.

TAK KIRA LELAKI ATAU WANITA, KENA LUAHKAN EMOSI

Menangis,meluahkan,mengadu itu adalah emosi yang normal yang patut kita rasai. Rupanya menangis ini adalah satu perasaan kekuatan untuk kita. Lebih lebih lagi apabila kita menangis dihadapan Allah s.w.t. ia sangat membantu untuk menenagkan jiwa kita.

So lelaki jangan takut untuk menangis,untuk meluahkan. Buang ego atau stigma karut itu dan mulakan hidup baru.

-EncikMatt-
#PinjamBahuIsteri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI