Isteri dan ibu mana yang tak pernah rasa penat bila menguruskan hal rumah tangga. Namun semua itu dilupakan seketika kerana merasakan ianya satu tanggungjawab dalam berkeluarga.
Benar ia satu tanggungjawab tapi isteri kenalah bijak mengawal tekanan dalam diri. Kalau penat, bawa-bawalah rehatkan tubuh dan minda. Suami pula jangan buat tak faham. Jangan sebabkan kita jenis tak ambil kisah sampaikan
isteri penat pun kita tak tahu.
Perkongsian Dr Taufiq Razif ini banyak benarnya. Suami kenalah kenal pasti bila isteri penat. Isteri selalunya tak pernah beritahu. Tapi kita kenalah ambil tahu, baru bahagia dunia akhirat.
Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.
Ads
Antaranya :
? Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa
? Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
? Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab
Ads
? Mudah jatuh sakit
? Wajah jadi redup tak bermaya
? Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau
? Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak
Ads
? Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi
Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.
Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.
Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.
Taufiq Razif
Sangat percaya takkan jatuhnya ego seorang lelaki yang belajar untuk memahami isterinya sendiri
Kredit: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keterujaan menyambut kelahiran cahaya mata sering membuatkan ibu bapa mahu memilih nama yang indah, unik dan istimewa. Namun, ada kalanya nama yang pada awalnya dirasakan sedap didengar akhirnya menjadi cabaran apabila sukar disebut, malah mengelirukan orang sekeliling.
Dalam konteks ini, isu tukar nama anak JPN kembali menjadi perhatian apabila satu perkongsian tular membuka mata ramai ibu bapa tentang kepentingan memilih nama yang praktikal dan mudah digunakan dalam kehidupan harian.
Baru-baru ini, tular di aplikasi Threads kisah seorang ibu yang meluahkan rasa pening apabila nama anak lelakinya sendiri sukar untuk disebut. Perkongsian jujur itu bukan sahaja menarik perhatian ramai, malah turut mendapat maklum balas daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ibu tersebut yang dikenali sebagai @lienda_idris meluahkan rasa ralat kerana nama anak lelakinya yang hampir mencecah usia tiga tahun terlalu sukar disebut, termasuk oleh dirinya sendiri dan orang sekeliling.
Nama penuh anak berkenaan ialah Muhammad Hezeque Maleeq Bin Muhammad Gabriel Ikhwan.
“Boleh lagi ke nak tukar nama anak? Bulan depan dah 3 tahun. Masalahnya aku nak sebut pun susah lagikan orang lain,” luah Lienda di laman Threads.
Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa sebutan sebenar nama tersebut dipengaruhi oleh nama ‘Ezekiel’ yang sering dikaitkan dengan nama Nabi Zulkifli.
“Cara sebutan Ezekiel ialah /ˈiːzɪkiəl/, dibaca lebih kurang sebagai ee-zi-ki-el,” katanya bagi menjelaskan kekeliruan ramai terhadap nama anaknya itu.
Melihatkan keluhan tersebut, pihak JPN turut meninggalkan komen balas secara santai namun sarat dengan informasi.
“Sebutan Hezeque tu kalau orang tak tau mesti sebut Hezeque..padahal sebutan sebenar dia Hezeque,” seloroh wakil JPN.
Bagaimanapun, mereka kemudian tampil memberikan penjelasan profesional berhubung persoalan mengenai prosedur tukar nama anak di JPN.
“Tapi menjawab kepada soalan puan, pindaan nama anak boleh dibuat sebelum anak mencecah umur 1 tahun.. Apabila sudah lebih 1 tahun, pindaan boleh dibuat atas alasan tertentu.. Sebagai contoh: nama membawa maksud tidak baik. Jangan lupa kemukakan dokumen sokongan semasa permohonan,” jelas JPN.
Bagi ibu bapa yang berada dalam situasi sama dan anak masih belum berusia setahun, proses tukar nama anak adalah lebih mudah. Mereka dibenarkan menukar nama anak sekali sahaja atas alasan yang munasabah seperti tersalah ejaan atau nama yang tidak sesuai.
Antara langkah yang perlu dilakukan ialah hadir sendiri ke mana-mana cawangan JPN berdekatan. Ibu bapa tidak perlu kembali ke cawangan tempat pendaftaran kelahiran anak dibuat.
Dokumen yang perlu dibawa termasuk borang permohonan, MyKad ibu dan bapa beserta salinan, sijil kelahiran asal anak serta surat sokongan daripada hospital atau pihak berkaitan jika ada.
Selain itu, bayaran pemprosesan sebanyak RM5 juga perlu disediakan semasa urusan di kaunter JPN. Kebiasaannya, proses ini mengambil masa sekitar satu hingga dua minggu sebelum sijil kelahiran baharu siap untuk diambil.
Bagi anak yang telah melebihi usia setahun pula, prosedur tukar nama anak tidak lagi boleh dilakukan secara terus di kaunter. Proses tersebut perlu melalui arahan rasmi daripada pihak mahkamah terlebih dahulu sebelum JPN boleh membuat perubahan pada sijil kelahiran.
Satu fakta penting yang perlu diketahui, JPN tidak akan memadam nama asal anak daripada rekod. Sebaliknya, nama baharu akan dimasukkan bersama satu catatan yang menunjukkan nama asal sebelum ditukar bagi tujuan rekod rasmi.
Perkongsian ini menjadi peringatan buat ibu bapa agar lebih teliti dalam memilih nama anak. Walaupun nama yang unik dilihat menarik, pastikan ia membawa maksud yang baik serta mudah disebut supaya tidak menimbulkan kesulitan dalam urusan harian dan masa depan anak.
Isu seperti ini juga membuktikan bahawa keputusan memilih nama bukan sekadar trend, tetapi satu tanggungjawab jangka panjang. Sekiranya berdepan situasi sukar, memahami prosedur tukar nama anak boleh membantu ibu bapa membuat keputusan yang lebih tepat dan teratur.
Melalui perkongsian dari seorang guru yang berkhidmat di SMK Tun Fatimah Hashim, Tebrau, Johor, siapa sangka percubaanya menanam halia dengan caranya tersendiri membuahkan hasil yang cukup luar biasa.
Ilmu dan perkongsian seperti ini paling tidak dapat memberi info kepada ibu-ibu yang asalnya menanam halia sekadar suka-suka di laman rumah, boleh memikirkan untuk beralih menjadi lebih serius bagi menjana pendapatan.
Oleh itu, ikuti dahulu teknik dan langkah yang dipraktikkan oleh cikgu Izra ini yang dikatakan mampu menjanjikan hasil tuaian halia lebih berganda. Jom semak!
Tak menang tangan saya nak balas mesej bertalu-talu FB, wassup dan mesej mohon belajar tanam halia. Apa yang saya ajar ini adalah pengalaman dan mungkin sesetengah orang akan kata bukan cara terbaik. Apapun, saya orang praktikal. Suka mencuba. Percubaan itu alhamdulillah berjaya pula. Berikut kaedah-kaedahnya:
1) Halia yang saya tanam ialah halia tua dan saya beli sahaja di pasaraya. Nak tentukan sama ada tua atau muda ialah halia tua agak keras dan bila dihiris akan kelihatan sabut-sabutnya.
2) Saya tanam guna polibeg dan masukkan hanya sabut kelapa semata-mata. Dahulu saya guna polibeg kecil dan hasilnya cecah 2 kilogram sepolibeg dalam tempoh 4 bulan. Kali ini saya guna polibeg besar dan nak tengok hasilnya selepas 6 bulan. Harap-harap dapat lebih 3 kilogram. Doakan saya ya
3) Bila tanam, korek sedikit jer sabut tu. Jangan tanam dalam-dalam. Nanti lambat tunas keluar. Kalau dalam sangat, dikhuatiri mata tunas akan lemas dan akhirnya mati.
4) Kali ini, lepas saya tanam, saya letakkan sedikit tahi ayam kering. Pemerhatian saya antara polibeg bersabut bertahi ayam dan tidak bertahi ayam amat ketara pertumbuhannya. Dapatan ini membenarkan teori bahawa ada kebaikan letak sedikit baja tahi ayam tu.
5) Halakan mata tunas ke bahagian atas, jangan ke bahagian bawah. Nanti tak bolehlah tumbuh daunnya.
6) Saya siramkan baja AB dalam 2 atau 3 kali jer seminggu. Kemudian air biasa sahaja. Kadang-kadang tak sempat pun nak siram, hanya bergantung air hujan jer, he3
7) Tips terakhir ialah kena selalu belai manja. Sebenarnya bukan pokok halia sahaja saya buat malah semuanya saya puji dengan kasih sayang dan doakan fatihah 3 kali tiap pagi dan petang, dengan niat pahalanya disedekahkan kesemua tanaman dengan berharap Yang Maha Esa menyuburkan tanaman dan mengelakkan sebarang penyakit. In shaa Allah sama-sama kita belajar dan usahakan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.