Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita pelakon, Fasha Sandha yang mengalami kecederaan di bahagian matanya ketika menjalankan penggembaran pada minggu lalu.

Setelah beberapa hari, akhirnya aktress jelita ini munculkan diri di sosial media, iaitu di laman Instagram dengan mengucapkan kata syukur dan terima kasih kepada ibunya, Hatijah Tehman atas doa-doa yang tidak putus dizahirkan buatnya sepanjang berada dalam kesakitan itu.

“Assalamualaikum. Kali ini menaip menggunakan sebelah mata. Mujur mata kanan masih sihat sempurna. Pertama kali, syukur Alhamdulillah, terima kasih buat Mama. Mungkin kerana kebaikan dan doa-doa mama, Allah melindungi mata kanan saya.

“Juga saya pasti doa daripada suami, anak-anak saya, keluarga, peminat, sahabat, jiran-jiran dan kucing-kucing peliharaan saya. Saya terus kuat.

“Saya tidak pernah rasa tertekan. Tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya anggap Allah ingin saya berehat seketika. Ya, lapan hari yang begitu panjang buat saya” tulisnya.

Malah, Fasha yang sering memegang watak air mata ini mengakui bahawa ini pertama kali dalam hidupnya duduk di wad akibat kecederaan.

IKLAN

“Pertama kali admitted di hospital kerana cedera. Pertama kali menggunakan personal medical card dan personal insurans yang saya ambil sejak tahun 2004.

“Saya tak pernah bermalam di hospital kecuali ketika bersalin. (Itu pun hanya satu malam),” jelasnya di ruangan kapsyen.

Jelas Fasha lagi, dia akur dan reda atas ketentuan yang Maha Berkuasa atas kemalangan yang telah berlaku ini, namun diselubungi rasa bersalah atas tanggungjawab yang terkendala.

IKLAN

“Iya, ‘benda nak jadi’. Apa kita boleh buat.. Kita cuba sehabis baik, kita buat yang terbaik.. tapi kemalangan tetap terjadi. Dalam hati saya hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh.

“Malah pada hari kejadian, saya hanya fikir ingin habiskan tugas. Tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan. Dikala kesakitan, baru kita sedar siapa yang betul-betul sayangkan kita.

“Kepada yang bertanya, keadaan saya ketika ini fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan darah beku.

“Walau begitu, saya tetap bersyukur mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya daripada ujian ini.. Saya dah boleh discharge hari ni Alhamdulillah,” tambahnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sebelum ini, Fasha dilaporkan mengalami kecederan di mata kiri sehingga tulang patah ketika menjalankan penggambaran drama TV3 Anak Tuan bersama pelakon gandingan, Azhan Rani.

Sumber : Instagram Fasha Sandha

https://youtu.be/dUpt50y0xaQ

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI