Umum mengetahui anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggal dunia pada baru-baru ini.
Anak keduanya itu meninggal dunia akibat kanser sarkoma. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Kota Seriemas, Nilai Negeri Sembilan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Muat naik terbaru di Instagram miliknya, beliau berkongsi video meletakkan tanda batu di kubur arwah anaknya.
Bagaimana pun video berkenaan undang sebak dikalangan netizen.
Nyata kasih ayah sepanjang masa buat anak walaupun telah mengadap Ilahi
Sunat meletakkan batu atau kayu atau yang sesuai di atas kubur di bahagian kepala di sisi mazhab Syafie sebagai tanda untuk memudahkan penziarah mengenalpasti kubur. Zaman sekarang umumnya di Malaysia diletak batu nisan.
Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW meletakkan sebuah batu di bahagian kepala kubur ‘Uthman Bin Maz’un dalam hadith riwayat Abu Daud.
Imam al-Bujairimi mengulas hadis tersebut dengan menjelaskan, anjuran meletakkan batu bersaiz bersaiz besar bagi memudahkan untuk dikenali apabila ziarah. Imam al-Mawardi menambah anjuran meletakkan batu di bahagian kedua kaki jenazah.
Perbahasan lanjutnya ada dinyatakan dalam al-Majmu, Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, dan Hasyiah l’anah al-Talibin.
Ads
“Alhamdulillah semalam abah bawa batu sungai untuk buat penanda kubur”
Meninjau di ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa sebak melihat video yang dikongsi oleh Dr Zulkifli.
Perkongsian daripada Encik Mohd Rizal Mohd Rais yang juga merupakan petugas NLPt Psychotherapist di Hentian Dengar & Rawat (pusat terapi keluarga) di Taman Molek, Johor Bahru, tentang mengetahui tanda anak remaja kurang dapat kasih sayang ibu dan ayah ini elok difahami.
Ini penting agar kita dapat berikan kasih sayang sepenuhnya dan anak-anak tahu pula menilai dan hargainya.
Terdahulu, Encik Muhd Rizal turut menjelaskan fokus HDR (Hentian Dengar Rawat) adalah Family Coaching & Therapy iaitu membantu keluarga dalam pembangunan mental, emosi & tingkahlaku anak-anak serta juga kemahiran keibubapaan.
Ayuh semak perkongsian bermanfaat ini.
Salah satu tanda anak remaja kurang dapat kasih sayang ibu ayah ialah lihat bagaimana cara anak peluk ibu ayah.
? Ketika ibu ayah peluk anak-anak, perhatikan cara anak kita balas pelukan kita.
? jika cara dia peluk kita tidak seerat kita peluk dia, maka itu lah tandanya. Terutama 10 tahun ke atas.
Anak yang jarang di peluk akan kurang merasai kasih sayang. Bila anak kurang merasai kasih sayang, kesannya anak tidak akan tahu bagaimana nak menunjukkan kasih sayang mereka.
Terutama kepada ibu ayah dan adik beradik.
Kesan lain :
1. tidak pandai menghargai. 2. kuat melawan. 3. degil. 4. kurang berkomunikasi bersama keluarga. 5. hubungan tidak mesra. 6. mencari kasih sayang bersama pihak ke3.
Dan bermacam lagi masalah emosi yang akan membawa kepada masalah sosial yang lain.
Apa nak buat :
1. peluk anak setiap hari dan sekerap yang boleh.
2. bila peluk, katakan betapa kita sayangkan mereka.
3. sambil peluk selawat 3x dan doakan kebaikan anak.
Amalkan sekerap mungkin dan InsyaAllah hati anak akan tenang, emosi akan stabil dan mereka akan mudah diurus.
Ibu bapa mana yang tak mahu anak-anaknya gembira. Kan? Gembira kerana dapat makanan yang mencukupi, kesihatan yang baik, terasa disayangi setiap masa dan diberikan hadiah mengikut kemampuan diri.
Sejujurnya, tidak semua dapat menikmati hidup yang sempurna seperti ini, tetapi disebabkan kegigihan diri, benda yang tak mustahil pun boleh dikecapi walaupun tidak menggunakan wang ringgit.
Itulah yang dilalui oleh seorang bapa apabila sanggup membuang rasa malu dan mengutip mainan di tempat sampah untuk diberikan kepada anak-anaknya.
Video yang tular di laman Tiktok itu dimuat naik oleh ayah itu sendiri dengan kapsyen ‘tak malu ke ambil mainan kat sampah… tak kisahlah orang nak cakap apa, asalkan anak-anak aku happy dengan cara aku.’
Menerusi video itu dapat dilihat rentetan video bermula dari lelaki berkenaan mengambil mainan yang masih lagi elok kondisinya di kawasan sampah, kemudian mencuci mainan tersebut sebaiknya sehingga bersih sebelum diberikan kepada anaknya.
Lelaki itu mengambil troli mainan untuk diberikan kepada anaknya yang berusia 5 tahun dan 3 tahun. Kedua-dua mereka gembira menerima hadiah tersebut meskipun anaknya tahu di mana si ayah mendapat mainan tersebut.
Difahamkan video tersebut dikongsi bertujuan agar penonton sentiasa menghargai jasa dan pergorbanan seorang ayah namun lain pula yang jadi apabila ramai yang tersentuh.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada mereka turut kagum melihat usaha si ayah untuk mengembirakan anak-anaknya di rumah. Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman diri yang pernah melalui situasi sebegini.
Sumber: TikTok Abieaisymikhail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini pengacara dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya, berkongsi momen manis meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang ke 12, Indah Sutera Jannah.
“Selamat ulangtahun buat anakanda tercinta- Indah Sutera Jannah yang ke-12. Semoga menjadi puteri yang solehah dan memberi manfaat kepada ummah.,” tulisnya.
Manakala di hantaran yang berlainan, Fedtri juga berkongsi nukilan nan indah ‘berbunga’ buat anak tersayang. Penuh dengan kata-kata nasihat buat puteri sulungnya itu dengan menggunakan penggunaan bahasa laras tinggi.
Kakak Sayang,
Nanti dewasa miliki rasa, mahalkan cinta sebelum binasa
Jangan merindu pada yang tak sudi, jangan meratap pada yang dah pergi
Jangan mengharap pada yang tak pasti, jangan merayu pada yang dah benci
Serasi bukan terletak di mata, tetapi sepadan di dalam jiwa
Jangan terkesan bandingan orang, selami sendiri si dia tersayang
Jika getaran telah berputik, impian bersatu selalu berdetik
Jangan serah segala hati, simpan separuh sebagai sakti
Jangan mudah termakan harapan, simpan iman sebagai penampan
Jika nanti rekah jalinan, ada bekalan untuk bertahan
Jika nanti hambar hubungan, ada penawar meluput kenangan
Jika nanti cintamu zulmat, tak perlu tabur dendam kesumat
Bangkit dan julang seribu maaf, tadabbur makna pasrah dan khilaf
Usah rebah sebelum nikah, usah berlebih dalam bercanggah
Yang terkurang disantuni cermat, yang menawan jadikan azimat
Usah berteman si dia yang dayus, dilanda gelora terus menikus
Dunia adalah duri dan fitnah, Pegang teguh Quran dan sunnah
Pancarkan pesona pada yang halal, tutup laluan ke jalan yang dangkal
Tak rugi tidak dipuji, hidup bukan mainan janji
Jangan menangis di dalam hati, luahkan rasa pada Yang Mengerti
Andai tertutup telinga manusia, keluh dan kesah hamparkan padaNya
Jangan menanti terlalu lama, tegaskan diri bak dewi kesuma
Jangan jadi bunga murahan, sebelum kembang ditimpa dahan
Jangan pudar sebelum menguntum, simpan kejutan mustika terharum
Jangan mengorak kelopak terluka, sucikan diri setulus cempaka
Kalau seroja damailah di tasik, beralun tenang air berbisik
Kalau dipuja bagaikan mawar, jadikan duri perisai yang tegar
Ingat sejarah semalu di tanah, dalam malu senjata memanah
Namun tak perlu simalakama, racun rahsia di hati kama
Menjadi apa pun biarlah berpada, walau diri di puncak persada
Kerana dirimu tetap indah, sutera syurga lambaian jannah
Naiklah ke langit dengan cinta, bukan di bumi tersilau mata
Ada takdir kasih mulia, berkat doa munajat padaNya
Bidadari terhormat taman firdausi, puncak segala nikmat abadi
Menjengah diruagan komen, rata-rata netizen berasa kagum bahasa yang digunakan Fedtri Yahya. Bahkan ada yang mengakui baru pertama kali mendengar bahasa yang digunakan oleh pengacara popular itu. Bahkan yang ada menyentuh hati.
Antara komen yang menarik adalah
“Allah hebat sungguh pesanan puisi seorang ayah. Moga jadi panduan buat sang puteri dan kita semua. Amin.”
“MashaAllah… 🥲 Perkataan baru saya belajar harini: Simalakama”
“Terindah Puisi Untuk Sang Puteri.”
“Pesanan yang sangat indah dan penuh kasih sayang”
“Saya ada anak perempuan. Bila baca madah @fedtriyahya menitis air mata saya”
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.