Seorang wanita di Jombang dekat sini dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan pemutihan di sebuah salon kecantikan yang tidak berdaftar.
Menerusi perkongsian suaminya, dia dan seluruh keluarga masih bersedih dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu namun memuat naik videonya untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
Tambah suaminya lagi, isterinya berada dalam keadaan sihat ketika ke salon kecantikan berkenaan pada Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan suntikan pemutihan.
Ads
Namun, hanya dalam tempoh 48 jam selepas rawatan, tahap kesihatannya merosot begitu pantas. Malah pada hari berkenaan isterinya juga pulang dengan perkhidmatan E-hailing kerana tidak berdaya selepas rawatan itu.
“Isteri saya pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing kerana tidak berdaya.
Ads
“Keadaannya semakin memburuk sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin.
Ads
“Kesan sampingan yang dialami isteri saya sangat menakutkan. Saya berharap tiada lagi individu yang mengalami nasib serupa hanya kerana mahu cantik sekelip mata,” ujarnya menerusi TikTok pada Rabu.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih rawatan kecantikan dan mendapatkan khidmat daripada klinik estetik berdaftar yang dikendalikan oleh doktor bertauliah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memetik secara terperinci tentang cyst oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata, yang dipaparkan di Sinar Harian, cyst merupakan ketumbuhan pada ovari lazimnya mengandungi cecair.
Ujar Dr Fauziah, ia berlaku ketika proses ovulasi dan pada saat telur (ovum) dikeluarkan pada setiap bulan.
“Kebanyakan wanita yang mempunyai cyst yang tidak mempunyai apa-apa masalah termasuk membawa mudarat dikategorikan functional cyst yang berlaku di atas sebab fisiologi dan bukan kanser.
“Namun, terdapat juga jenis cyst lain yang boleh membawa masalah kepada wanita seperti endometriosis, dermoid, corpus luteal dan cystadenomas,” terangnya.
Mengulas lanjut, Fauziah berkata, golongan wanita yang memiliki berat badan berlebihan atau obes berkecenderungan menghidap polycystic ovarian syndrome (PCO’s) terdapat banyak cyst kecil pada ovarinya.
Cyst kecil ini tidak dapat mengeluarkan telur dari kilang ovari oleh wanita PCO’s lazimnya sukar untuk hamil. Sebahagian kecil daripada cyst adalah barah ovari.
Dan ini pula melalui perkongsian di Facebook oleh Hariza Azmi tentang pengalamannya menghidap cyst dan pernah melalui peroses pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Pun begitu, siapa sangka cyst yang telah dibuang itu boleh tumbuh kembali.
Hariza juga turut berkongsi tip penjagaan rahim yang dikongsikan oleh doktor yang merawatnya untuk info lebih ramai warganet. Untuk itu, jom ketahui apakah caranya itu.
3 tahun lepas aku operate buang cyst. Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.
Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Dr macam kita sembang dengan kawan.
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang tak nak dengar lantaklaa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
1. Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih pil kecut jerawat dan whatever jenis suppliment. NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen. ( rasanya macam aku dengar estrogen ). Makan lagi suppliment menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon.
2. Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya.
3. Kurangkan makan ayam.
4. Banyakkan makan ikan dan sayur . Ikan Parang tak boleh makan.
5. Amalkan pemakanan yang sihat
6. NO FAST FOOD
7. NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc )
8. NO STRESS
Lakukan pemeriksaan berkala
Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku ” Abah kau ! Malu konon “.
Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Aku dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada kkm sekalipon. Mudah sungguh orang kita percaya dengan kkm tu. Ntah betul ke tidak heheh.
Setiap apa yang kita makan akan mencerminkan kesihatan untuk jangka masa panjang. Makan sikit tetapi makanan yang diambil tidak sihat ia sebenarnya tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Apa yang kita harus lakukan untuk mendapat kesihatan yang baik adalah mengamalkan cara hidup dengan mengambil makanan yang sihat dan betul, bukan yang salah hingga jejaskan kesihatan.
Doktor Zubaidi Haji Ahmad melalui perkongsiannya menegaskan mengenai pendapat yang salah mengenai pemakanan. Ikuti ulasannya.
MAKLUMAT YANG SALAH BIASA KITA DENGAR TENTANG PEMAKANAN
1. Jika kita tidak ambil gula dalam makanan dan minuman, kita akan jadi lemah. Padahal glukos hanya membekalkan 4kCal sementara lemak membekalkan 9kCal. Sebab itu sepatutnya orang berpuasa lebih bertenaga sebab bila kita tak ambil gula, lemak dalam tubuh akan digunakan. Oleh kerana ketika berpuasa kita tidak cukup minum air, itu yang buatkan kita lemah. Bukan sebab tak cukup ambil gula.
.
2. Bila sebut lemak, kita kaitkan dengan kolesterol dan beranggapan semua lemak itu berbahaya. Padahal ada lemak sihat seperti minyak zaitun, buah zaitun dan avocado yang memberikan gabungan lemak mono dan poly unsaturated fat. Ia baik menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.
3. Kita gagal membezakan refined carbo dan complex carbo. Kita anggap kedua-duanya sama. Refined carbo mempunyai nilai Glisemik Index yang tinggi, sementara complex carbo mempunyai nilai Glisemik yang rendah. Nilai glisemik yang tinggi boleh menyebabkan keradangan yang kronik dalam tubuh dan menyebabkan penyakit kronik seperti diabetes, gout, hypertension dan lain-lain.
.
4. Jika kita tidak makan dalam masa 6-8 jam, apatah lagi 14-16 jam, ia berbahaya. Sedangkan kita berpuasa setiap tahun selama sebulan selama 14-16 jam sejak berpuluh tahun lalu. Semakin kita menjarakkan waktu makan, semakin kita bertambah sihat. Ini dibuktikan oleh Pemenang Nobel Prize 2016 Prof Yushinori Ohsumi yang menerangkan konsep “autophagy” bila kita berpuasa.
5. Kita mahu mengamalkan pemakanan sunnah, tapi kita masih berada dalam sistem pemakanan yang salah. Jadi kita umpama mengambil daging segar dalam kuah yang basi. Tidak memberikan impak yang terbaik
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walau secantik mana sekali pun seorang wanita itu bersolek dan mengenakan pakaian berfesyen terkini, tapi bila bahagian intimnya berbau dan ditambah pula keadaan badan yang lesu tidak bermanya tentu sahaja menjejaskan kecantikan sebenar bagi seorang wanita lebih-lebih lagi yang telah bergelar isteri.
Menyentuh tentang terhasilnya bau vagina, sebenarnya kesan daripada infeksi atau ketidakseimbangan bakteri, dan anda harus menemui doktor untuk menyelesaikan masalah tersebut jika serius bagi merawat masalah ini.
Oleh itu, sebelum hal ini terjadi pada diri anda, ada baiknya amalkan petua lama ini. Sejak dahulu diamalkan dan terbukti memberi manfaat bukan sahaja bahagian intim terhindar daripada berbau malah tubuh badan juga lebih ringan dan segar. Sememangnya, petua warisan Melayu ini tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, bersifat malar hijau.
Sebagai contohnya bagi Puan Azwani Muzammel ini yang cukup konsisten dalam mengamalkan petua bagi tujuan penjagaan kecantikan dalaman dan luarannya. Malah beliau juga cukup selesa untuk berkongsi amalan petua tersebut untuk manfaat wanita lain juga.
Ini Katanya…
“Assalamualaikum semua.Ilmu yang ada jika tak diamal seperti sepohon pokok yang tak berbuah. Begitu juga, setiap amalan mestilah dipelajari sebaiknya. Hari ini saya nak kongsikan amalan yang dapat membantu para wanita. Dan semua ini saya belajar dari Sifu saya.”
Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
Bahan-bahannya :
2 / 3 batang serai di ketuk
3cm halia (tua/muda)diketuk
2cm kunyit di ketuk
Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
1 helai daun pandan
Sedikit gula batu
*Gula batu boleh di ganti degan madu jika suka.
Cara buat :
2. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.
3. Didihkan.
4. Tapis dan saringkan.
5. Dan boleh diminum suam-suam.
PERINGATAN!!!
Rebusan ini TIDAK disyorkan diminum setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri. SEELOKNYA di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid SAHAJA.
sumber : Azwani Muzammel Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.